29
Dec
08

“Allah takley wat tu….”

“Allah takley wat tu,Allah tak makan,Allah tak meludah,”kata Atoy kat Ceghah.”Da tu,kalo Allah tak wat tu,tak wat ni,ape yang Allah wat?”Atoy jawab,”la,ko tatau ke?Allah hanya buat sesuatu yang Tuhan buat.Sbagai contoh,kite as hamba,kita wat apa yang hamba buat,kita makan,kita minum,kita solat.Tapi Allah,Allah tak makan,Allah tak minum dan Allah tak solat sbb tu tak menepati sifat ketuhanan,Allah mencipta,menghapuskan dan memelihara.”

Itulah apa yang kami dapat semase menghadiri program Dakwah Masyarakat Majmuk suatu ketika dahulu.Perenangan tentang konsep ketuhanan dan perbandingan agama dijelaskan secara jelas oleh Bro. Kamarul dari Hidayah Center.

Aq ngan Cerah dihantar ke Subang Parade n tugas kitorang adalah untuk berbual tentang Islam dengan Non-Muslim.Cerah mengorak langkah,mangsa pertama seorang India,berumur sekitar 50-an,Hindu.”Kami pelajar dari UNISEL,nama saya Asraf dan ni Syahjaril.Kami sedang buat servey tentang apa pandangan oram bukan Islam terhadap Islam.Boleh pak cik luangkan masa sedikit?”Wah,1st time aq nampak Cerah yang slalu berkate-kate,tetibe nampak cuak.”Islam is like other religion.Nothing special ’bout it”,kate pak cik tu.Aq ngan cerah cube masuk,cube betulkan padangan pak cik ni tentan Islam.At last,kitorang bagi flyers kat pak cik tu.
Pusing punye pusing,Aq lak nak start.Tapi 3 oran aq pergi,sume tolak.Barulah aq sedar,macamane prasaan Rasulullah.Aq baru ditolak oleh 3 oram,tapi Rasulullah?Rasulullah keluar dengan memakai jubah yang putih wangi dan pulang pada waktu petang dengan jubah yang berwarna hitam busuk.Jalan ke jalan,lorong ke lorong,rumah ke rumah,pintu ke pintu,semuanye telah dilewati Rasulullah.Suatu ketika,semasa Rasulullah dan Ali berehat di dalam sebuah gua,Rasulullah sujud dan Ali berkata,”aku berfikir Rasulullah takkan bangun lagi dari sujud untuk selama-lamanya.”Selaput kaca pada mataku,mulai retak,mutiara-mutiara mengalir membahasahi pipiku.Ya Rasulullah,mengapa engkau sanggup berkorban sampai ke tahap tu?

Ya Allah,aku masih kabur.aku masih tidak nampak apa yang Rasulullah nampak.Berilah daku cinta kepada Mu dan cinta kepada orang yang mencintai Mu.Amin…


0 Responses to ““Allah takley wat tu….””



  1. No Comments Yet

Leave a Reply




Kenali Az-Zariyat

Az-Zariyat merupakan sebuah buletin yang diterbitkan di UNiSEL Shah Alam oleh para pelajar Japanese Associates Degree Programme. Buletin yang diterbitkan dua minggu sekali ini, merupakan satu medium untuk menyampaikan berita, informasi, dan pengumuman kepada para pelajar. Walaubagaimanapun, objektif utama penerbitan Az-Zariyat ini adalah bertujuan memupuk dan membina jati diri, rohani, dan intelektual golongan remaja, khususnya pelajar.

Renungkan Sejenak…

Cinta layaknya seperti seekor rama-rama. Semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka. Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan untukmu

Perhatian

Perhatian kepada semua pembaca,anda dibenarkan untuk menyalin dan menyebarkan sebarang artikel yang dikeluarkan oleh Azz.Wordpress dan kami mengharapkan kredit diberikan kepada laman blog. Harap Maklum.

Arkib

Kategori

Siapa sedang baca?

website stats

Blog Stats

  • 27,536 pengunjung