21
Apr
09

kita tak sedar….

kita-tak-sedar

Alhamdulillah, dah beberapa minggu kita start blaja balik kat JAD. Bagi aku kehidupan mase U2 ni memang meletihkan. Dulu satu report 2 minggu baru kene anta, skarang seminggu satu report. Dalam beberapa minggu ni banyak bende yang terjadi.

Smalam,kelas aku start lambat, 9.30pg. masuk2 kelas rase panas tapi aku wat biase2 je. Bile da duduk baru tahu remote aircond hilang. Pastu sume orang termasuklah aku x senang duduk macam cacing kepanasan. Aku yang duduk belakang ni boleh la tengok gelagat sume orang dalam kelas. Masa Ueno Sensei duk ngajar kat depan,sume orang ganbatte(berusaha) cari bende untuk buat kipas. Ade yang nasib baik jumpe la kipas Bon Odori kat atas meja, ade yag gune kertas untuk buat kipas. Ade yang kuar kelas g cari remote tapi tak jumpe. Aku cube melihat dan fikir bende ni dari aspek yang berbeza.Tapi x tahu la ape yang aku fikir ni btol ke x.

Bagi aku setiap apa yang berlaku adalah satu peluang. Peluang ape? Peluang yang Allah bagi untuk kita sama-sama muhasabah diri. Allah bagi kita bertahun-tahun nikmat belajar dalam bilik yang luas, ade aircond. Jarang sekali aircond kat kelas tu rosak. Bile rosak je, kite pon tak senang duduk. Allah baru tarik satu nikmat saja, kite da merungut. Allah bagi kita panas dunia seketika supaya kita sedar yang diri kita amat lemah. Tu baru panas dunia, panas api neraka macammane? Pasti berganda-ganda panasnya, mungkin tak pernah tercapai dek akal fikiran kita bagaimana panasnya api neraka. Jika kita terus hidup dengan dosa,nerakalah menjadi destinasi kita kelak. Nauzubillah!!Kita harus muhasabah diri kita, jika kita sudah gelisah hidup dengan panas dunia, bagaimana agaknya hidup kita andai nerakalah tempat singgahan kita kelak? Nauzubillah!! Jadi sebenarnye apa yang berlaku tadi adalah satu peluang untuk kite sama-sama ingat balik kebesaran Allah s.w.t.

Apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita sebenarnya boleh membawa kita lebih dekat dengan Pencipta Yang Satu jika kita lihat ia dari aspek keagamaan. Cuba kita cari dan nilai nikmat-nikmat yang Allah bagi tanpa kita sedari. Contohnya bile kite turun dengar kuliah Maghrib kat surau hari Khamis. Sebenarnya itu adalah nikmat yang kita tak sedar. Allah pilih kita untuk berada dalam majlis ilmu yang mana ketika seseorang berada dalam majlis ilmu, Malaikat tidak putus-putus berselawat dan memohon ampun untuknya. Kadang-kadang kite x sedar sume tu. Sebab ape? Sebab kite x berfikir. Aku pinjam kate2 saudara Uwais dalam post ‘think’,AKAL TANPA FIKIR IBARAT GULA TANPA MANISNYA. Aku cukup tertarik dengan kate2 tu. Kita dikurniakan akal supaya kita berfikir, kalu x berfikir x bermakna la hidup kite.Kita mesti cuba dan cuba untuk berfikir dan menilai nikmat yang Allah bagi supaya dalam diri kita tertanam satu nilai kesyukuran yang tinggi.Ni cuma satu perkongsian, kalu salah sape-sape boleh betulkan agar kita sama-sama dapat belajar..


5 Responses to “kita tak sedar….”


  1. 1 aisya hadija
    April 21, 2009 at 12:40 pm

    tapi saye plg ksian bler encik ueno lap2 muka sbb panas.
    =(

  2. 2 naml11
    April 21, 2009 at 12:45 pm

    btol2..tp die tabah je ajar kite..kite sabagai umat islam sepatutnye lagi tabah dr die kan?
    mujur la kejap je x de aircond..

  3. 3 miss susi
    April 22, 2009 at 12:29 pm

    yg bg comment kat blog ni kebayakannye bdk2 JAD ye..hehe..ap2 pn,kter umat Islam ad tjuan hidup yg sme cm dlm surah Az-zariyat:56…pendpat peribadi,kter manusia slalu n sntiasa leka dgn kesengn hidup padahal kesengn tu merupakan salah satu ujian..huhu..sentiasa ingt-mengingatkan ye…=)

  4. April 22, 2009 at 3:12 pm

    takpe,bukan budak jad pom bley bg komen..ISLAM FOR ALL… hahahha (**)

  5. 5 NamL11
    April 22, 2009 at 3:20 pm

    btol3..
    sebenarnya saye nk cuba kongsi ape yg saye fikir
    dan saye cube kaitkan bende tu dengan kehidupan kat JAD
    same je kan kat mane2 pon kite blaja
    suasane blaja lebih kurang je
    so miss susi bleh je kongsi ape2 kat azzariyat ni
    bleh same2 kite timba ilmu~


Leave a Reply




Kenali Az-Zariyat

Az-Zariyat merupakan sebuah buletin yang diterbitkan di UNiSEL Shah Alam oleh para pelajar Japanese Associates Degree Programme. Buletin yang diterbitkan dua minggu sekali ini, merupakan satu medium untuk menyampaikan berita, informasi, dan pengumuman kepada para pelajar. Walaubagaimanapun, objektif utama penerbitan Az-Zariyat ini adalah bertujuan memupuk dan membina jati diri, rohani, dan intelektual golongan remaja, khususnya pelajar.

Renungkan Sejenak…

Cinta layaknya seperti seekor rama-rama. Semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka. Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan untukmu

Perhatian

Perhatian kepada semua pembaca,anda dibenarkan untuk menyalin dan menyebarkan sebarang artikel yang dikeluarkan oleh Azz.Wordpress dan kami mengharapkan kredit diberikan kepada laman blog. Harap Maklum.

Arkib

Kategori

Siapa sedang baca?

website stats

Blog Stats

  • 29,427 pengunjung