Allah bangga dengan kita..

Hari demi hari,aku semakin bersemangat bermain game online,My Brute. Game ini tidak memerlukan anda luangkan masa berjam-jam untuk ‘leveling’, jadi aku fikir game ini tidak melalaikan sesiapapun yang bermainnya. Game ini menyuruh kita mencipta makhluk kita sendiri dan kita akan bertanding nasib untuk menjadi yang terbaik. Aku dengan keyakinan yang cukup tinggi mencabar anda semua untuk berlawan dengan makhluk ciptaanku ini,ABG_SEIN.

Apa kaitan game online ini dengan tajuk ‘Allah bangga dengan kita”? Jom, terjah!

Apabila aku mencabar sesiapa sahaja untuk berlawan dengan makhluk ciptaanku, bermaksud aku begitu yakin dan bangga sekali dengan makhluk ciptaanku,ABG_SEIN.Bagiku, ABG_SEIN adalah makhluk yang sempurna dan dia mampu untuk mengalahkan lawannya dengan mudah sekali, jadi aku mencabar sesiapa sahaja yang berani melawannya.

Apabila Allah mencipta manusia, Allah menyuruh semua malaikat sujud kepada Nabi Adam. Semua malaikat tunduk dan patuh kecuali Azazil. Azazil mempersoalkan kenapa dia harus sujud kepada nabi Adam. Katanya, ” Aku diciptakan daripada api yang menjulang sedangkan Adam diciptakan daripada tanah yang paling hina.”

Keegoan Azazil mendatangkan murka Allah. Mendengar kata-kata daripada Azazil, Allah terus menjawab, “Mulai hari ini kamu diharamkan daripada syurga dan kamu adalah makhluk yang dilaknat. Pasti Nerakalah tempat kamu kembali.”

Terkejut Azazil mendengar jawapan daripada Yang Disembahnya. Dia dulu merupakan makhluk yang tinggi di sisi Allah, kini menjadi makhluk yang paling hina di sisi Allah. Dia dulu makhluk yang dibangga-banggakan oleh Allah, kini dia dilaknat oleh Allah. Semua angkara manusia! Manusialah yang menjadikan Azazil hina. Dia tidak berpuas hati.

“Ya Allah, jika aku dijanjikan neraka, maka izinkan aku menambah teman-temanku di neraka kelak,” rayu Azazil.

“Aku benarkan,”jawab Allah.

“Pasti, aku akan sesatkan anak-anak Adam hingga ke hari qiamat,” nekad Azazil di dalam hatinya dengan bersungguh-sungguh.

Persoalannya, mengapa Allah membenarkan Azazil menghasut, menyesatkan anak-anak Adam atau mengapa Allah benarkan Azazil meramaikan umat neraka?

Jawapannya disebabkan Allah yakin dengan manusia. Allah bangga dengan manusia. Allah membenarkan Azazil menghasut manusia disebabkan Allah tahu kredibiliti ciptaan Nya. Dia tahu manusia tidak akan tergoda dengan hasutan si syaitan durjana. Lalu, diberi Nya manusia sesuatu yang istimewa yang menjadikan manusia adalah sebaik-baik kejadian iaitu akal.

Dengan akal lah manusia menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Dengan akal lah manusia mentadbir alam ini sesuai dengan kehendak Allah. Dengan akal lah manusia menjadi yang dibangga-banggakan atau yang dihina-hina.

Betapa yakinnya Allah dengan ciptaan Nya ini, Allah sendiri membuka jalan-jalan kepada syaitan bagi menjatuhkan manusia. Allah membenarkan syaitan menghasut manusia dari mana-mana sudut tanpa membuat sebarang sekatan contohnya nabi Allah, Ayub. Daripada sekaya-kaya manusia, sebahagia-bahagia keluarga menjadi semiskin-miskin manusia dan ditinggalkan isteri-isteri dan kematian anak.

Apabila syaitan meminta dengan Allah untuk menjadikan Ayub miskin, Allah benarkan. Syaitan minta lagi daripada Allah keizinan untuk membuat Ayub kehilangan keluarga, Allah benarkan dan Allah berkata, “Pasti kamu tidak akan berjaya.” Dimintanya lagi daripada Allah keizinan untuk membuat Ayub sakit, Allah benarkan lagi dan Allah berkata perkara yang sama.

Ternyata segala tipu daya syaitan, segala hasutan syaitan tidak berjaya menggoncangkan walaupun sedikit iman insan yang bergelar Ayub ini. Tatkala dia mengambil wudhu’, ulat yang memakan daging-dagingnya jatuh ke tanah, dikutipnya kembali. Dia ditanya oleh malaikat, “Kenapa engkau mengutip kembali ulat itu wahai Ayub?” Ayub menjawab, “Sesungguhnya Allah telah meletakkan rezeki ulat itu di badanku. Siapalah aku untuk menentang hukum Allah.”

Apabila penyakit yang dihidapnya semakin parah, isteri kesayangan yang terakhir telah meninggalkannya, Allah membuka hijab langit, membiarkan malaikat melihat kehebatan insan yang bernama Ayub ini. Semua malaikat yang melihat menangis sehingga ada yang berjumpa dengan Allah dan meminta supaya Allah mengubati Ayub. Allah berfirman, “Aku benarkan jika Ayub meminta daripada Ku.” Mendengarkan firman Allah itu, semua malaikat gembira dan Jibrail pun turun ke bumi untuk berjumpa dengan Ayub.

“Wahai Ayub, mintalah kesembuhan daripada Allah. Pasti Dia sembuhkan mu,” beritahu Jibrail.

“Tidak wahai Jibrail. Jika dengan berkeadaan begini aku lebih dekat dengan Allah, aku lebih rela sebegini. Biarlah Allah menyembuhkanku apabila tiba masanya,” jawab Ayub yang tidak mampu berkata-kata panjang.

Semua syaitan yang melihatnya merasakan satu tamparan hebat daripada makhluk yang dihinanya dulu, manusia. Inilah kehebatan sebenar manusia. Disebabkan Allah tahu manusia mampu menjaga diri mereka sendiri, maka Allah lepaskan manusia ke atas muka bumi ini. Hiduplah manusia di atas muka bumi sebagai pejuang. Perjuangan menentang musuh yang utama, Syaitan Laknatullah alaih.

Namun, Allah tidak membiarkan manusia hidup sendiri. Dia tahu kita perlukannya, maka diturunkan Nya satu panduan hidup yang sempurna, Islam. Tetapi turunnya Islam bukanlah satu bentuk paksaan tetapi satu bentuk pilihan. Allah membenarkan sesiapa untuk memilih Islam dan Allah juga tidak kisah sesiapa yang memilih Islam.

Kita Islam ataupun tidak, sedikitpun tidak menjatuhkan martabat Allah sebagai Tuhan sekalian alam. Kita amal Islam ataupun tidak, sedikitpun tidak menjatuhkan martabat Islam yang sentiasa tinggi di sisi Allah.

Di sini lah peranan akal. Akal dibekalkan oleh Allah kepada manusia supaya manusia tahu apa yang patut dipilih oleh mereka .Namun, akal sifatnya terhad, bukan semua benda dapat dipilih oleh akal, bukan semua benda dapat dicapai oleh akal. Bagaikan orang-orang buta menilai gajah. Seorang terpegang ekor gajah, maka dikatanya gajah itu seperti tali. Seorang lagi terpegang kaki gajah, maka disimpulnya bahawa gajah itu seperti pokok. Seorang lagi memegang badan gajah, dikatanya bahawa gajah itu seperti dinding. Disebabkan keterhadan untuk melihat, mereka gagal menafsir apa itu gajah. Disebabkan akal yang terhad, manusia tidak dapat mengenal siapa Tuhan mereka.

Maka orang-orang buta tadi diberi bantuan, seorang yang celik datang menarik tangan-tangan si buta. Dibawanya ke semua bahagian pada badan gajah supaya orang-orang buta tadi mengenal apa itu gajah yang sebenar. Orang celik tadi tidak ubah seperti Rasul, membimbing manusia yang berakal terhad ini mengenal Tuhan. Menjadi ketua kepada manusia dalam perjuangan menentang musuh yang utama.

Produk yang Allah hasilkan ini lengkap, ada ketua dan ada pengikut. Kenapa? Kerana musuh yang bakal ditentang produk-produk ini juga mempunyai organisasi yang cukup mantap, ada ketua dan ada pengikutnya. Sayangnya Allah pada produk ini, diberi Nya strategi yakni Islam supaya musuh produk Nya itu mati terdampar di neraka.

Namun, langit tidak selalu cerah, trafik tidak selalu lancar. Apabila produk-produk ini berada di medan perang yang betul-betul, ramai yang tersungkur. Ramai yang kalah di tangan syaitan dan kuncu-kuncunya. Ada yang terang-terang kalah dan ada juga diracun dari dalam.

Yang murtad, kafir, sudah jelas namun yang digoda dengan ibadah sehingga tinggalkan dunia, inilah yang patut dirunsingkan. Kalau betul-betul jelas matinya di medan perang, senang tetapi yang berjuang gila-gila tetapi dia tidak perasan bahawa tiada musuh di hadapan, inilah yang bahaya.

Kita menegur, dimarahnya kita. Dituduhnya kita berhasad dengki dengannya. Dituduhnya kita macam-macam. Inilah yang bahaya, ‘bodoh tidak boleh diajar,pandai tidak boleh ditumpang.’

Wahai produk-produk yang dibangga-banggakan oleh Allah, bangunlah, sedarlah. Usah kalian berputus asa dalam perjuangan ini. Perjuangan ini belum selesai walaupun kalian menghembus nafas terakhir, baton akan berpindah tangan kepada anak cucu kalian. Sekali kalian tersungkur, jangan sesekali mengaku kalah, bangkitlah kembali kerana Pencipta kalian sudah memenangkan kalian dalam peperangan ini, cuma kalian tidak boleh jatuh dan tunduk pada musuh kalian.

Wahai manusia, jadilah produk yang dibangga-banggakan oleh Allah. Jangan sesekali kamu memalukan oleh kepada syaitan dengan mengikut godaan syaitan. Jangan sesekali kamu mengubah persepsi Allah terhadap mu dengan melakukan segala suruhan syaitan. Jangan sesekali kamu menjatuhkan aib Allah dengan kekalahan mu. Allah telah bersumpah di hadapan semua malaikat bahawa kamu mampu untuk menangkis sebarang hasutan, ancaman daripada syaitan,mahukah kamu menjadi salah seorang yang menafikan sumpah Allah?

Picit kepala,tanyalah iman mu wahai sang robot Allah…

About these ads

6 thoughts on “Allah bangga dengan kita..

  1. fuhhh
    memang mantap!!
    wahai manusia,makhluk Allah yg istimewa
    ape tunggu lagi
    fikir2kan lah
    jgn dikenang kesilapan lalu
    segera pohon ampun dr Allah
    mulakan hidup baru
    hidup yang lebih dekat dgn Allah S.W.T

  2. nice article…..
    saye mmg tersentuh bace article ni…
    semoga ALLAH sentiase membuka pintu hati kita
    utk menerima hidayahNya….
    kpd muslimin dan muslimat sekalian….
    teruskan perjuagan anda…
    Allah sentiasa bersama2 org berjuang di jalanNya…

  3. kita sentiasa tahu bahawa Allah sentiasa tahu apa yg kita lakukan, persoalannya kita selalu tak mahu lakukan apa yg Allah mahu kita lakukan, dan selalu beri alasan kita x mampu sedangkan Allah lorongkan banyak kekuatan dan kemampuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s