Walaupun sedikit terlewat, namun krew Azzariyat dan mewakili seluruh warga JAD dan YPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam sejak semalam.
Kepada seluruh warganegara Malaysia, marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu kepada Dato Najib. Semoga beliau akan memimpin Malaysia untuk maju setapak lagi ke hadapan. Kepada Tun Abdullah dan Tun Mahadhir pula, semoga kedua-dua Tun akan terus memainkan peranan masing-masing dalam mencorak negara Malaysia pada masa akan datang.
Sebenarnya kita amat bertuah kerana Dato’ Najib ada mengambil perhatian kepada perkembangan internet dan teknologi. Dato’ Najib dah pun mempunyai blog/web dan twitter sendiri(malu la korang kalau takde twitter). Anda boleh melayari blog Dato’ Najib di 1Malaysia atau follow twitter Dato’ Najib.
Selamat bersara Pak Lah, dan selamat berjuang Dato’ Najib. Semoga masa depan dan hala tuju Malaysia yang tercinta ini akan lebih cerah.
“Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
psst: kalau Tun Abdullah kita panggil Pak Lah, ok tak panggil Dato’ Najib sebagai Pak Najib?
pssst: entri ini tiada unsur politikus untuk menyokong atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak
Komen Terbaru