Author Archive for muynes

23
Nov
09

Kubur Oh Kubur

By: Bashariah

“Mengapa saudara menangis di kubur ibu saya?”

“Kubur ibu saudara?!!” Jeng jeng jeng…Kassim Selamat benar-benar terkejut.  Masih ingatkah kamu semua pada dialog dalam filem Ibu Mertuaku ini? Ingat? Bagus.. Kali ini topik yang akan disentuh bukanlah berkenaan dengan Selamat, Ibu atau Mertuanya, tetapi mengenai KUBUR.

Selain lemang, ketupat dan rendang, ada satu lagi perkara yang cukup sinonim dengan Hari Raya iaitu amalan menziarah kubur kaum keluarga dan sanak saudara. Tatkala kaki kita melangkah menuju ke kubur ayah, ibu ataupun saudara, apakah niat sebenar kita ke situ? Ada yang akan menjawab, “Saya ikut mak je,” ada juga yang akan menjawab, “Saya rindu pada ayah saya, dia dah meninggal, jadi saya lawat kubur die,” Tapi apa yang paling ditakuti jika ada yang menjawab, “Ni dah memang amalan keluarga saya sejak dulu lagi, lagipun hari raya adalah hari terbaik untuk lawat kubur,”. Jika ada yang berniat begini, ataupun seakan-akan sama maksud, NAUZUBILLAH! Ingin ditegaskan bahawa tiada langsung penetapan waktu-waktu tertentu untuk melawat kubur, bahkan pada mulanya, Rasulullah SAW melarang para sahabat  melawat kubur atas alasan akidah yang masih belum betul-betul kukuh. Bimbang juga akan menimbulkan kesedihan terutamanya pada kaum wanita. Tapi, setelah beberapa lama, ia dibenarkan berdasarkan dua hadis di bawah, tetapi kita boleh melawat kubur pada bila-bila masa.  Bukan pada hari raya sahaja.  TIADA istilah waktu sunat atau afdhal untuk melawat kuburan.

Continue reading ‘Kubur Oh Kubur’

13
Apr
09

Transformasi Diri

transformasidiri

Sedar tak sedar, dah nak habis pun cuti 2 minggu kita. Jarang-jarang kita dapat cuti panjang tanpa shukudai(homework) macam ni, dah la lepas exam,result pun dah dapat, boleh la cuti dengan tenang. Tapi cuti biasanya membawa kita kepada kelalaian, seperti apa yang dikupas oleh saudara Uwais dalam post “hakikat sebuah cuti”.

Continue reading ‘Transformasi Diri’

26
Mar
09

Golongan Manusia Yang Didoakan Malaikat

glngnmsia

oleh : Naml

Cuti bukan satu halangan untuk aku berkongsi ilmu dengan kawan-kawan diblog yang semakin dikenali ini. Hari Jumaat lalu, aku ada baca satu article dalam Harian Metro. Rasanye article ni sesuai dikongsi dengan rakan-rakan semua.

Continue reading ‘Golongan Manusia Yang Didoakan Malaikat’

23
Mar
09

Ketika Berbeza Pendapat

brbzpndpt

Dalam Islam, perbincangan yakni dialog yang harmonis adalah amat digalakkan tetapi perdebatan adalah amat ditegah kerana di dalam perdebatan pasti akan ada unsur keinginan untuk menewaskan pihak lawan dengan apa jua cara sekalipun walaupun tidak disandarkan kepada logik dan neraca persetujuan bersama. Allah mengeji orang kafir dan musyrik yang suka berdebat:

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab yang bercahaya.” (al-Haj:8 )

Continue reading ‘Ketika Berbeza Pendapat’

13
Mar
09

Result oh Result!

result oh result

oleh: saya

Sedang aku dok makan mamee dengan seorg teman terdetik aku nak tulis dekat Azzariyat ni . Semalam rasa macam mimpi aja kan bila kita semua dah dapat result. Ramai yg bajet dapat Jumaat ni tapi alih2 YPM bagi surprise dapat tau awal from tarikh asal . Continue reading ‘Result oh Result!’

12
Mar
09

Langkah-Langkah Memelihara Kesihatan Iman

langkah-memelihara-kesihatan-iman

Iman itu boleh bertambah dan berkurang.Iman juga boleh dihinggapi penyakit.Firman Allah yang mafhumnya:

“Di dalam hati mereka ada penyakit”(Al-Baqarah:10)

Continue reading ‘Langkah-Langkah Memelihara Kesihatan Iman’

11
Mar
09

Azzariyat 46

Azzariyat yang terakhir yang dihasilkan oleh pelajar JAD kumpulan 8.

Kami dari krew Azzariyat mengucapkan jutaan terima kasih terhadap pembaca setia Azzariyat. Kami meminta maaf sekiranya terkasar atau pun terguris semasa pembacaan artikel di dalam Azzariyat yang dihasilkan oleh kami. Di harapkan kouhai pada semester akan datang melakukan yang lebih baik. Dan diharapkan kepada para pembaca, teruskan membaca Azzariyat. Salam perjuangan dari kami.

page1-copy2

Untuk membaca, sila klik pada mukasurat pertama Azzariyat Edisi 46 di atas. Untuk memuat turun, klik pada link ‘azzariyat pdf” di bahagian atas blog atau ‘right click’ di sini dan ’save link as’.

09
Mar
09

Bagai di pintu maut

Bagai Di Pintu Maut Oleh: Naml Beberapa hari yang lalu, aku dilanda demam yang agak teruk selama dua hari. Biasanya sebelum demam aku mesti sakit kepala atau selsema. Tapi kali ni, aku demam tiba-tiba. Kisah bemula apabila aku dan tiga orang kawan sepakat ‘menyerang’ Sogo dan Masjid India sebab dengar cerita, Sogo tengah ’sale maut’. Pada hari tu, awal-awal pagi lagi kami berkumpul di kedai nasi lemak di bawah. Continue reading ‘Bagai di pintu maut’

06
Mar
09

Kunci Mencintai & Dicintai

kuncicinta

oleh: konokokoro

Suatu petang, setelah solat Asar, saya duduk termenung mengenangkan exam chemistry yang tak dapat di jawab dengan baik. Termenung sambil mencari keredhaan hati terhadap perkara yang di luar batasan kawalan diri ini. Betullah apa yang dikatakan orang, perkara yang paling susah adalah untuk menerima teguran. Mungkin ini teguran dari Allah buat diri ini yang mungkin terleka dengan study sahaja di musim peperiksaan ini.

Tiba-tiba saya disapa oleh seorang kouhai,

“Akak, nak tanye boleh?”

“Eh, tanye je la…nape?”

“Hm, macam mane ek nak tanamkan rasa cinta pada Rasulullah?”

“Hm…”

“Xpe2…akak xyah jawab sekarang…jawab lepas xm ek…k, gi dulu”

Continue reading ‘Kunci Mencintai & Dicintai’

04
Mar
09

Bila Malu Tiada Lagi

malutadalagi

Hakikat Sifat Malu

Sifat malu ada yang positif dan ada juga yang negatif. Malu yang positif akan menjauhkan seseorang dari perbuatan maksiat, salah dan keji. Malu yang positif akan juga menimbulkan rasa bersalah kepada seseorang apabila ia meninggalkan perintah dan suruhan Allah Ta’ala.

Malu yang negatif pula menghalang seseorang itu dari melakukan ketaatan, kebaikan dan kebajikan. Malu negatif ini juga kadang-kala menyebabkab seseorang itu terdorong untuk melakukan perbuatan maksiat, salah dan keji, umpamanya lantaran malu diangap sebagai kolot atau ketinggalan zaman maka ia sanggup mendedah aurat, minum arak, merokok dan seumpamanya.

Continue reading ‘Bila Malu Tiada Lagi’




Kenali Az-Zariyat

Az-Zariyat merupakan sebuah buletin yang diterbitkan di UNiSEL Shah Alam oleh para pelajar Japanese Associates Degree Programme. Buletin yang diterbitkan dua minggu sekali ini, merupakan satu medium untuk menyampaikan berita, informasi, dan pengumuman kepada para pelajar. Walaubagaimanapun, objektif utama penerbitan Az-Zariyat ini adalah bertujuan memupuk dan membina jati diri, rohani, dan intelektual golongan remaja, khususnya pelajar.

Renungkan Sejenak…

Cinta layaknya seperti seekor rama-rama. Semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka. Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan untukmu

Perhatian

Perhatian kepada semua pembaca,anda dibenarkan untuk menyalin dan menyebarkan sebarang artikel yang dikeluarkan oleh Azz.Wordpress dan kami mengharapkan kredit diberikan kepada laman blog. Harap Maklum.

Arkib

Kategori

Siapa sedang baca?

website stats

Blog Stats

  • 29,427 pengunjung