Author Archive for semut ajaib

03
Dec
09

BOLEH KE KATE MACAM TU???

        Alhamdulillah diberi kesempatan olehNya untuk saya mengisi ruangan Azzariyat WordPress ini dengan article yang tak seberapa ini. Kerana terlalu sibuk, lalai mungkin ,dengan kerja-kerja akademi saya hampir terlupa akan amanah yang diberi oleh rakan untuk menulis article untuk blog Azzariyat ini.
       Apa topic menarik yang ingin saya kongsi kali ini? Mungkin ia tidaklah terlalu menarik tetapi saya berdoa agar article ini berjaya memberi ruang kepada pembaca malah diri saya sendiri untuk berfikir sejenak tentang apa yang berlaku dalam kehidupan kita.
       “ saya pergi program hari tu, saya dapat satu point yang sampai sekarang melekat dalam ingatan saya,” seorang rakan membuka bicara. Lantas saya sambut bicara rakan tadi tanda ingin tahu tentang point tersebut. “ Kalau kita nak tahu Allah sayang kita ke tak, kita nilai balik kehidupan seharian kita. Kalau kita banyak buat dosa tu tandanya Allah tak sayang kita. Kalau Allah sayang kita, Allah akan pelihara kita dari buat dosa.”
       “ Dalam kisah Raulullah sendiri, 2 kali Rasulullah nak pegi majlis tari menari, tapi Allah tidurkan Rasulullah and Rasulullah tak pergi majlis tu. Tengok betapa Allah sayang Rasulullah. Betapa Alah memelihara Rasulullah dari majlis yang melalaikan”
Mantap point itu. Disertakan sekali dengan kisah Rasulullah sendiri. Malah, point ini juga dibangkitkan seorang rakan ketika sesi muzakarah baru-baru ini.
       “ hari tu saya ada dengar kawan cakap kalau kita nak tahu Allah sayang kita ke tak, kita nilai balik kehidupan seharian kita. Kalau kita banyak buat dosa tu tandanya Allah tak sayang kita. Kalau Allah sayang kita, Allah akan pelihara kita dari buat dosa. Maknanya kalau saya pegi tengok wayang, maksudnye Allah tak sayang saya la ni? Sebab senang je saya buat bende yang lagha”
Macam-macam pendapat yang dikemukakan rakan-rakan lain untuk menjawab soalan tadi. Namun tiba-tiba saya terfikir banyak perkara.

Layak ke kita nak menilai yang Allah sayang kita ke tak?

Layak ke kita kate apabila kita buat dosa dalam kehidupan seharian kita, tu tandanya Allah tak sayang kita?

Tu macam membawa maksud kite bersangka buruk dengan Allah.

Boleh ke kate macam tu??

Bukankah Allah punya sifat MAHA PENYAYANG yang tiada tandingannya?

Boleh diterima pakai ke point tadi? Kalau boleh sertakan bukti yang meyakinkan.

         Article ini saya tulis bukan niat saya membangkang point menarik tadi. Tapi Cuma timbul sedikit persoalan dalam kotak fikiran saya. Saya tamatkan penulisan saya disini kerana saya juga ingin tinggalkan persoalan kepada pembaca. Siapa yang sudi boleh berkongsi.

09
May
09

Jangan, Ya Allah…….

Jangan Ya Allah

Segala-galanya bermula bila aku mencelah percakapan 2 orang rakan ketika tengah tunggu bas untuk jogging di Tasik Shah Alam pada tahun lepas…..

“ Nok pakai tudung labuh gini gop.” aku berkata kepada seorang kawan dengan nada bergurau.

“Pakai  la. Baru juruh sket.” rakan tadi membalas.

“ Haha. Gurau je. X sei la pakai. Takut. Labuh sangat.” aku membalas selamba tanpa memikirkan perasaan rakan tadi.

“ Kite ni kalu nak berubah kene cepat-cepat berubah. Nanti Allah tarik balik hidayah baru tahu.” Kata seorang  lagi  rakan dengan lantangnya. Continue reading ‘Jangan, Ya Allah…….’

01
May
09

persona zulaikha

post ni bukan bertujuan nk sambung kisah 2  srikandi penyeri hati..

sbb aku x tahu sgt cite Zulaikha..tp maybe ramai yg dah tahu..

aku nk kongsi lirik lagu PERSONA ZULAIKHA sbb ia menceritakan kisah cinta Zulaikha kpd Nabi Yusuf  a.s

yang akhirnya membawa dia bertemu ‘cinta segala cinta’…—–> Continue reading ‘persona zulaikha’

21
Apr
09

kita tak sedar….

kita-tak-sedar

Alhamdulillah, dah beberapa minggu kita start blaja balik kat JAD. Bagi aku kehidupan mase U2 ni memang meletihkan. Dulu satu report 2 minggu baru kene anta, skarang seminggu satu report. Dalam beberapa minggu ni banyak bende yang terjadi.

Smalam,kelas aku start lambat, 9.30pg. masuk2 kelas rase panas tapi aku wat biase2 je. Bile da duduk baru tahu remote aircond hilang. Pastu sume orang termasuklah aku x senang duduk macam cacing kepanasan. Aku yang duduk belakang ni boleh la tengok gelagat sume orang dalam kelas. Masa Ueno Sensei duk ngajar kat depan,sume orang ganbatte(berusaha) cari bende untuk buat kipas. Ade yang nasib baik jumpe la kipas Bon Odori kat atas meja, ade yag gune kertas untuk buat kipas. Ade yang kuar kelas g cari remote tapi tak jumpe. Aku cube melihat dan fikir bende ni dari aspek yang berbeza.Tapi x tahu la ape yang aku fikir ni btol ke x.

Continue reading ‘kita tak sedar….’




Kenali Az-Zariyat

Az-Zariyat merupakan sebuah buletin yang diterbitkan di UNiSEL Shah Alam oleh para pelajar Japanese Associates Degree Programme. Buletin yang diterbitkan dua minggu sekali ini, merupakan satu medium untuk menyampaikan berita, informasi, dan pengumuman kepada para pelajar. Walaubagaimanapun, objektif utama penerbitan Az-Zariyat ini adalah bertujuan memupuk dan membina jati diri, rohani, dan intelektual golongan remaja, khususnya pelajar.

Renungkan Sejenak…

Cinta layaknya seperti seekor rama-rama. Semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka. Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan untukmu

Perhatian

Perhatian kepada semua pembaca,anda dibenarkan untuk menyalin dan menyebarkan sebarang artikel yang dikeluarkan oleh Azz.Wordpress dan kami mengharapkan kredit diberikan kepada laman blog. Harap Maklum.

Arkib

Kategori

Siapa sedang baca?

website stats

Blog Stats

  • 30,135 pengunjung