Ya Rasulullah..ya habiballah

Alangkah indahnya hidup ini

andai dapat ku tatap wajahmu

kan pasti mengalir air mataku

kerna pancaran ketenanganmu

12 Rabiul Awal memanggil aku untuk berkongsi sedikit sirah supaya kita bersama-sama dalam mengingati insan agung,Muhammad bin Abdullah.Harap penulisan yang sedikit ini mampu memberi kesan ke hati setiap insan yang membaca.

Engkau dilahirkan sebagai seorang yatim,dibesarkan tanpa mengenal kasih sayang seorang bapa.Belum sempat engkau mengenal dunia,ibumu pergi meninggalkanmu,mengikut jejak suami tercinta.Engkau yatim piatu.Engkau diambil oleh datukmu,Abdul Mutalib.Dialah yang membesarkanmu,namun tidak lama kemudian, dia pula meninggalkanmu.Kini engkau dijaga oleh bapa saudaramu,Abu Talib.Abu Taliblah yang mengajarmu erti kehidupan,dibawamu berdagang supaya kenal makluk bernama manusia.

Ya Rasulullah..demi kami engkau sanggup menjadikan nyawamu sebagai taruhan.Engkau kumpulkan seluruh rakyat Makkah dan engkau Tanya, “wahai penduduk Makkah,jika aku katakana di belakang bukit ini ada musuh yang akan menyerangmu,adakah kamu semua percaya?”Penduduk Makkah sebulat suara membenarkan perkara itu.Lalu engkau berkata, “bersaksilah bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku adalah pesuruh Allah.”Seraya Abu Lahab menjerit, “celaka kamu Ya Muhammad,adakah kerana ini kamu mengumpulkan kami semua?!” Ya Rasulullah,engkau sungguh berani.Walaupun engkau sudah tahu akibatnya tetapi demi cinta engkau terhadap kami,engkau lakukan juga…

Ya Rasulullah..Siti Khadijah ada berkata, “Rasulullah keluar pada waktu pagi dengan jubah yang putih bersih dan pulang pada waktu petang dengan jubah yang hitam kotor.”Engkau berjalan dari lorong ke lorong,dari rumah ke rumah,dari pintu ke pintu,semuanya hanyalah untuk menyebarkan kalimah lailahaillallah.Engkau ketuk pintu dan engkau berikan mereka senyuman tetapi engkau dicaci,dimaki dan dibaling dengan pelbagai benda hatta najis manusia sendiri.Namun engkau sabar,engkau tenang,engkau teruskan perjuanganmu.Suatu ketika engkau dan Ali berehat di dalam gua dan engkau sujud di situ.Ali berkata, “sememangnya aku melihat Rasulullah sujud dan seolah-olah baginda tidak akan bangun lagi dari tempat sujud itu kerana bimbangnya baginda terhadap umatnya.”

Ya Rasulullah..suatu malam,kota Makkah dihujani dengan hujan yang sangat lebat hinggakan anjingpun tidak berani keluar daripada sarangnya.Tiba-tiba pintu rumah Abu Lahab diketuk oleh seseorang.Abu Lahab berkata kepada isterinya, “yakinlah kepadaku,sesungguhnya orang yang datang itu mempunyai hajat yang sangat besar dan aku berjanji akan penuhi apa sahaja hajatnya.”Apabila pintu dibuka, terkesima Abu Lahab melihat kelibat anak saudaranya,Muhammad bin Abdullah. “Apa hajatmu datang ke mari ya Muhammad?”Soal Abu Lahab.Jawab Nabi, “Sebutlah lailahaillallah dan pak cik Berjaya.” Abu Lahab membalas, “Cis,celaka kamu Muhammad.Adakah kerana perkataan ini kamu datang?Kamu redah hujan yang lebat semata-mata perkataan tak berguna ini?” Rasulullah tersenyum dan berkata, “Ya, semuanya kerana perkataan ini.”Pang~pintu ditutup kuat-kuat di hadapan muka engkau wahai Muhammad tetapi engkau sabar,engkau tenang,semuanya kerana sayangnya engkau pada kami.

Ya Rasulullah…Mereka tidak pernah serik,mereka tidak pernah kenal erti jemu dalam menentangmu.Engkau dipulau,kaum keluargamu dipulau,umat islam dipulau.Makanan minuman disekat,semua orang merintih meminta makanan.Untuk menenangkan hati pengikut-pengikutmu, secara rahsia engkau kutip beberapa biji batu,engkau masukkan batu-batu itu ke dalam serbanmu dan engkau ikatkan ia pada pingganmu supaya engkau kelihatan kenyang.Tidak ya Rasulullah,engkau boleh berlakon tetapi tidak perutmu,bunyi perutmu menyedarkan pengikut-pengikutmu bahawa engkau dalam kelaparan.Ya Rasulullah,agungnya perngorbananmu…

Ya Rasulullah..Kepemergian bapa saudaramu yang tersayang,Abu Talib dan isterimu yang tercinta Siti Khadijah membuatkan engkau murung.Engkau bersama-sama dengan Zaid Bin Harithah pergi ke Thaif, fikir engkau ketibaan engkau akan disambut oleh orang Thaif secara terbuka tetapi engkau disambut dengan cacian,makian,ludahan dan balingan najis-najis kotor.Fizikalmu cedera,darah mengalir.Jibrail sudah tidak mampu bersabar lagi melihat keadaanmu yang sedemikan teruk, “Ya Rasulullah,andai engkau menyuruh aku hancurkan penduduk Thaif,akan aku angkat gunung itu dan hempapkannya ke atas bumi Thaif supaya tiada seorangpun di antara mereka yang hidup,”kata Jibrail. Engkau senyum membalas, “tidak perlu Jibrail,insya Allah akan ada di antara anak cucu mereka yang akan beriman kepadaku,insya Allah..” Ya Rasulullah,tingginya akhlakmu….

Ya Rasulullah….Setiap hari apabila engkau keluar daripada rumah untuk meronda akan ada seorang makcik yang akan menghina dan mengejekmu.TIba-tiba pada suatu hari,orang tua itu tiada.Engkau menyiasat sebab ketiadaan orang tua itu dan engkau dapati makcik itu sedang terlantar di rumah disebabkan sakit uzur.Engkau meminta izin dengannya dan engkau sendiri memasak bubur untuknya. Makcik itu bertanya, “Ya Rasulullah,mengapa engkau menjagaku sewaktu aku sakit padahal waktu aku sihat aku mengejek dan menghina mu?” Apa yang engkau jawab? “Inilah Islam…” ..Ya Rasulullah,tidak terbayang betapa terpujinya dikau…

Ya Rasulullah..Sebelum engkau wafat engkau telah pergi ke pasar.Di sana engkau melihat seorang yahudi tua buta sedang meminta sedeqah.Engkau menghampirinya dan bertanya apa yang dibuatnya. Yahudi itu menjawab, “ketahuilah bahawasanya aku dari pagi tadi lagi duduk di sini meminta sedeqah namun tiada seorangpun yang mengasihani aku.” Rasulullah berkata, “pakcik tunggu di sini ya,saya pulang ke rumah ambilkan makanan.” Engkau bergegas pulang dan memanggil Aishah, “Ya Humaira, apa yang ada di dalam rumah kita untuk di makan?” Aishah menjawab, “hanya ada sedikit makanan,cukup untuk engkau dan aku sahaja.” Engkau berkata, “Wahai Aishah,hari ini kita tahan perut sikit ek,kita tak payah makan.Di pasar sana ada seorang pakcik yang sedang lapar dan lebih memerlukan makanan daripada kita.”Engkau kembali ke pasar tadi dengan makanan yang sedikit itu dan engkau menyuap makanan itu ke dalam mulut Yahudi dengan tangan engkau sendiri.Tatkala engkau menyuap Yahudi itu makan,Yahudi itu tidak pernah berhenti mengutuk Muhammad Bin Abdullah tetapi engkau mendiamkan diri.Begitulah rutin engkau pada setiap hujung minggu sehinggalah engkau wafat.Abu Bakar bertanyakan Aishah adakah dia sudah mengikuti kesemua sunnah Rasulullah,Aishah kata tidak.Aishah memberitahu Abu Bakar bahawa Rasulullah pada hujung minggu akan ke pasar dan memberi makan kepada seorang yahudi buta.Pada hujung minggu,Abu Bakarpun pergi ke pasar yang sama dan memberi makan kepada orang yahudi itu tetapi orang yahudi itu menyuruhnya berhenti. “Engkau bukan orang yang selalu memberi makan kepadaku,”tegas Yahudi buta itu. “Tidak,sayalah orangnya,”ujar Abu Bakar. “Tidak, bukan engkau.Melalui cara suapan makanan itupun aku dah tau kamu bukan orang biasa suap kepadaku,”tegas Yahudi buta itu lagi. “benar pakcik,aku bukanlah orang yang biasa menyuapmu.orang yang menyuapmu sudah meninggal 2 minggu yang lalu,’jawab Abu Bakar. Yahudi itu bertanya , “meninggal?2 minggu lalu?Setahu aku orang yang meninggal 2 minggu lalu adalah Muhammad Bin Abdullah?”Abu Bakar menjawab, “Ya pakcik,orang yang selalu menyuap pakcik adalah Rasulullah.”Yahudi tua itu terkesima lalu menangis, “alangkah celakanya aku,orang yang aku hina itulah orang yang menyuapkan aku minggu-minggu,dengan ini aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah.”

//UPDATE: Anda mahu download mp3 nasyid ‘Ya Rasulullah’ oleh Raihan? Sila klik link di bawah.

download-button2

4 thoughts on “Ya Rasulullah..ya habiballah

  1. subhanallah
    mulia sungguh peribadi insan agung ini
    Bagindalah sebaik2 contoh

  2. Ada 3 hal yang bila ada semuanya pada diri seseorang, ia akan merasakan manisnya iman: pertama, Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari apapun selain keduanya; kedua, ia mencintai orang semata-mata karena Allah; dan ketiga, ia benci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya seperti ia benci untuk dilemparkan kedalam api neraka.

  3. kita sbgi umat baginda ptt bersyukur krn Rasulullah sgt mencintai kita sbg ikhwannya.,iaitu org yg mengikuti ajarannya tanpa pernah melihatnya…

  4. ak bimbang andai kte ak adlh org yg mnjdi benteng utk org lihat kemurniian islam yg sbnr..Ya Allah peliharalah ak dri sifat2 keji….amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s