Ikhlaskan niat mu!

ikhlaskan-niatmu

Pernah aq terfikir,Allah kate jangan takot selain kepada Dia tetapi aq takut akan neraka,apakah aq sudah syirik?Pernah aq terfikir,Allah kate beribadahlah semata-mata kerana Nya tetapi aq beribadah untuk kejar syurga Nya,apakah aq sudah syirik?Pening,pening dan pening aq memikirkannya.Aq tujukan soklan ni kat budak2 usrah kelas aq n sambil tu aq pom x penah putus pk,mencari jawapan kepada persoalan yang memeningkan ini.

“Kita makan,Allah yang bagi kita kenyang,bukan makanan.Kita sakit,Allah yang bagi sembuh,bukan ubat,”ujar seorang kawan yang mantap akidahnya. Persoalannya,adakah dengan kita makan ubat menafikan yang Allah menyembuhkan kita?Adakah dengan kita makan nasi ayam,kita telah menafikan yang Allah mengenyangkan kita?

Lama aq termenung dan aq yakin,itulah jawapan kepada persoalan aq.Apakah salah kita makan ubat untuk sembuh jika Allah telah nyatakan sifat ubat itu penyembuh?Apakah salah kita makan nasi ayam untuk kenyang jika Allah dah kata makan nasi ayam kita kenyang?Jadi,apakah salah kita mengejar syurga yang sememangnya Allah ciptakan syurga untuk dikejar dan apakah salah kita menakuti nereka yang sememangnya Allah ciptakan neraka untuk ditakuti?Kompom tidak salah!

Andaikata mengejar syurga dan menakuti neraka adalah perkara yang salah, nescaya nabi Muhammad awal-awal lagi tidak akan menerangkan kita perihal syurga dan neraka kerna ia sia-sia.Tetapi nabi dalam banyak hadis menerangkan perihal nikmatnya syurga dan dasyatnya neraka,membuktikan kepada kita bahawa pentingnya mengejar syurga dan menakuti neraka. Semuanya kerana apa?Semuanya kerana lemah,kerdilnya kita wahai manusia. Benar,memang ada orang yang boleh beribadah semata-mata kerana Allah tetapi berapa ramai sangat?

Rabiatul adawiyah di dalam doanya, “Ya Allah,jika Engkau mentakdirkan syurga bagiku maka haramkanlah syurga bagiku dan jika Engkau haramkan neraka untukku,maka campakkanlah aku ke dalam nerakamu.”Doa ini bukanlah menunjukkan Rabiah mengejar neraka Allah,tetapi yang dimaksudkan sebenarnya,jika redha Allah berada di dalam neraka dia sanggup memasuki neraka Allah untuk mendapatkannya.Ala,seperti orang yang sedang mabuk bercinta, “neraka api pun ayang sanggup renangi demi sayang.”Adakah benar neraka api sanggup direnangi?Tidak,semuanya kata-kata yang dipenuhi dengan metafora dan hiperbola dengan tujuan untuk menambahkan lagi rasa cinta kepada seseorang.

So,apakah ini juga dikira ikhlas?”Sahaja aku solat fardu asar 4 rakaat mengikut imam ikhlas kerana syurga Allah.”Adakah ini ikhlas?Atau, “sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat mengikut imam kerana Allah semata-mata.” Adakah ini ikhlas?Apa itu ikhlas?Mengapa ikhlas sangat penting?

Semasa penciptaan bumi,bumi bergoncang maka Allah pajakkan bumi dengan gunung maka bumipun berhenti bergoncang.Malaikat-malaikat melihatnya dengan penuh kagum,lalu ditanya kepada Allah, “Ya Rabbi, apakah masih ada makluk yang lebih hebat daripada gunung?”Allah menjawab, “Ya,ada.Besi.”Maka malaikat melihat gunung ditarah dengan besi dan mereka bertanya lagi kepada Allah, “Ya Rabbi,apakah masih ada makluk yang lagi hebat daripada besi?”Allah menjawab, “Ya,ada.Api.”Allah membakar besi dengan api dan besi menjadi cair dan malaikat bertanya lagi, “apakah masih ada makluk yang lagi hebat daripada api?”Allah membalas, “Ya,ada.Air.”Dengan tiba-tiba api dipadamkan dengan air dan malaikat teruja lalu bertanya, “lagi?”Allah menjawab,”angin lebih hebat daripada air.”Air- air tadi diterbangkan oleh angin dan hilang pada satu sudut.Malaikat bertanya lagi, “ada lagi yang hebat?”Allah menjawab, “ada.”Malaikat dengan penuh teruja bertanya kepada Allah, “apa dia Ya Rabbi?”Allah menjawab, “Orang yang bersedaqah dengan tangan kanan tetapi tangan kirinya tidak nampak.” Apakah yang dimaksudkan dengan Allah adalah sedaqah?Tidak,yang dimaksudkan sebenarnya ialah ikhlas,orang yang ikhlas menderma.

“Saye ikhlas nak couple ngan awak…”Rayu sorang lelaki macho.Eh,ape pula ikhlas ini?Couple pom bley ikhlas ke?Tak,yang dimaksudkan oleh lelaki macho ni,dia mencintai budak tu gle2 dan dia ingin bercouple ngan budak tu tanpa mengharap budak tu balas ape2.Hebatnya!Ya,memang hebat! Apabile kita kata, “saya ikhlas derma ni,”maksudnya kita memang nak derma dan kita tidak mengharapkan apa-apa balasan,kalao orang tak balas takpe dan kalo orang balas,Alhamdulillah.

Dalam konteks islamik,Ikhlas secara kasarnya bererti membuat sesuatu semata-mata kerana Allah. Amalan apapun kalau tidak ikhlas ia tidak memberi apa-apa makna kepada pembuatnya dan amalan yang ikhlas akan menjadi ‘harta’ kepada pembuatnya. Sebagai contoh,orang menjemput kita ke majlis tahlil arwah.Jika kita pergi ke majlis itu semata-mata kerana roti jala maka bacaan tahlil kita itu tidak dapat dihadiahkan kepada si mati kerana amalan kita tidak ikhlas dan tidak menjadi harta kita.Tetapi,jikalau kita ikhlas,bertahlil semata- mata kerana Allah,pahala itu akan menjadi harta kita dan kita bebas menghadiahkan kepada sesiapa yang kita mahu.

Ikhlas ini ada 3 macam bak kata ulama.Kita beribadah semata-mata kerana Allah tanpa mengharapkan sebarang balasan dan inilah ikhlas yang paling utama.Yang kedua,kita beribadah demi syurga dan neraka Allah dan yang ketiga kita beribadah demi pahala dan dosa.Sememangnya ikhlas yang pertama itu merupakah tahap tertinggi dan memang sukar untuk kita lakukannya.Kita kena terima hakikat diri yang lemah dan hebatnya Allah. Menjadi resam manusia,apabila lakukan sesuatu mesti ada upah.Jadi Allah telah ciptakan syurga sebagai upah manusia,supaya manusia nampak bahawa kerana apa mereka beribadah,jika mereka solat malam apa yang mereka dapat.Lihatlah,betapa agungnya Allah.Dia suh kita beribadah kepadanya,Dia bagi kita tangan,kaki,hidung,mata,hati dan bila kita beribadah Dia bagi lagi syurga untuk kita.Ya Allah,agungnya Dikau.

“Sahaja aku solat fardu zohor kerana Allah.”Jadi,adakah dengan kita lafaz kerana Allah ibadah kita,solat zohor kita menjadi ikhlas kerana Allah?Tidak, ikhlas kerana Allah itu haruslah dari awal kita solat hinggalah selesai kita salam atau dalam erti kata lain,sepanjang kita solat,kita kena niat ikhlas kerana Allah.Imam Maliki berkata,” ibadah yang selalu diperbetul niatnya kerana Allah akan diterima sebagai ibadah yang ikhlas walaupun ditengah-tengahnya kita terlalai.”Maksudnya,jika niat kita lari seharusnya kita cepat-cepat perbetulkan niat kita biar ikhlas kerana Allah.

Ya,sudah menjadi adab manusia.Bila nak wat baik,akan datang bisikan dalam hati, “ko wat baik ni kerana budak pompuan tu kan.”Bila nak pakai tudung labuh,”ko pakai tudung labuh sebab Atoy ade kan.”Bisikan demi bisikan datang dalam diri kita hingga menyebabkan kita membatalkan niat kita yang baik dan murni.Tolak lah ia kerana ia adalah daripada syaitan! inilah Qatir Syaitan!Syaitan tidak akan pernah putus asa dalam menggoda kita,menggoda kita samada untuk kita tidak lakukan atau kita lebih-lebih dalam lakukan. Apabila datang situasi seperti itu,buatlah kebaikan itu dan betulkan niat di dalam hati.”Aku pakai tudung labuh ni kerana Allah,bukan kerana Atoy.” “Aku bace quran ni kerana Allah bukan kerana senpai.”Betulkan niat anda! Ikhlaskan niat anda!

Betapa pentingnya ikhlas niat ini,ulama dulu-dulu,apabila diorang nak taw diorang ikhlas tak karang buku,selepas sahaja diorang abis karang buku,diorang akan buang buku diorang tu ke dalam laut.Dalam hatinya ,” Ya Allah,jika benar aku menulis buku ini kerana Mu,lindunglah tulisannya dan jika aku menulis buku ini kerana wang,kerana nama,maka hilangkanlah tulisannya.”Apabila buku itu diambil,wah,tulisannya masih elok.Disebabkan itulah,buku-buku hasil penulisan ulama’ dulu-dulu masih kekal sehingga sekarang.

jadi,apa yang anda tunggu lagi?Perbahrui niatmu!Ikhlaskan niatmu kerana Allah!

“AKU HIDUP INI KERANA ALLAH!”

4 thoughts on “Ikhlaskan niat mu!

  1. smlm ble dpt result xbp ok,t’pk lak ak da jd bek sket sem ni,ibdt pn rsnyer da lbh sket tp nape Allah xbg ak dpt result y ok gk..pas2 bru tpk.ak pk cmni cm xikhlas je wat ibdt slame ni.ble dpt result x ok nk mpersoalkn takdir Allah lak..
    ya Allah ampuni ak..bntu ak ikhlaskn dr ini..

  2. saye nk tanye….kalu sorang tu bwt ibadat die tk pk pun nk kejar syurga sbb rse tk layk…nk elak neraka sbb die rse die mmg jht…tp dia bwt ibadat sbb dia nk rse tenang dlm hidup die….tu msk kategori ikhlas thp mane…..

  3. sudah lama mencari makna sebenar ikhlas..akhirnye ketemu juga..trima kasih cerah..sedikit perkongsian.. ari tu pernah terbaca kisah penciptaan Adam..dalam buku ada tulis..Allah berfirman: “Ikhlas itu ialah suatu rahsia daripada rahsiaKu yang aku letak akan ia di dalam hati hambaKu yang Aku kasihi..” semOga kita tergOlong dalam org yang Allah kasihi, dikurniakan sifat ikhlas dan istiqamah..Amin

  4. salam kpd cik saya,
    firman Allah dalam surah Ar-ra’du ayat 28 yang membawa maksud: “Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram”
    Kita,sbg hamba Allah memang beribadah kerana janji-janji Nya jadi tidak salah untuk beribadah kerana kita berasa tenang dan persoalan tahap ikhlas itu terpulang pada dirimu dan Allah.Bak kata cik semut merah, “Ikhlas itu ialah suatu rahsia daripada rahsiaKu yang aku letak akan ia di dalam hati hambaKu yang Aku kasihi..”
    Wallahua’lam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s