Hilang barang,Hilang iman..

“Sahabat-sahabat kalau diletakkan syurga dan neraka di tepi mereka, nescaya iman mereka tidak akan berubah.Tidak akan naik dan tidak akan turun sebab iman mereka sudah tepu,”ceramah Tamlikha kepada rakan-rakannya.

“Ade satu hari,sorang sahabat ni hilang seekor kambing.Die pun mengadu kepada seorang sahabat yang lain.Sahabat yang kehilangan kambing tu berkata bahawa dia sudah kehilangan kambingnya yang sangat berguna.Mendengarkan keluhan sahabatnya ini,sahabat yang sorang lagi pun berkata bahawa selamat kambing yang hilang,bukan iman yang hilang.Mendengarkan nasihat daripada kawannya ini,sahabat yang kehilangan kambing itu berasa gembira dan bersyukur kepada Allah,”terang Tamlikha lagi.

Itulah para sahabat,setiap masalah yang muncul,mereka akan rujuk kepada ajaran Rasulullah.Setiap dugaan yang datang akan ditempuh dengan penuh kesabaran dan mereka redha dengannya.Mungkin disebabkan mereka redha dengan apa yang Allah tetapkan pada mereka,maka Allah redha dengan mereka.

Kembali kepada peristiwa yang diceritakan oleh Tamlika sebentar tadi, sahabat yang bersyukur kerana yang hilang bukanlah imannya tapi ialah kambingnya.Mungkin anda akan cemuh, “cet,kambing je yang ilang. Bukan banglo ke ape ke.”Sebelum anda mencemuh sedemikian,anda harus teliti balik situasi ketika itu.Sahabat yang kehilangan kambing itu sebenarnya ade sekor tu je untuk die cari makan,kalo xde tu memang idup die lagi susah. Hidup mase ade kambing da kais pagi makan pagi,kais petang makan petang, ni kambing da xde,xley nk bayang.

Mudahnya,cuba anda bayangkan anda kehilangan enset anda.Ala,enset je bukan rumah,bukan kete.Tapi mesti anda akan rase susah yang amat sangat kan?(Macam aq skang)Kalo para sahabat ilang barang akan mendatangkan iman kepada mereka tapi kita apabila ilang barang maka ilangla iman kita. Mana tidaknya,bile enset kite ilang terus kite bkata, “setan mane curi enset aq ni?Celake mak bapak die,knape lahirkannya.Bengom.”Dengan ayat-ayat sebegitu anda masih kate ilang barang mendatangkan iman seperti para sahabat?Sedarlah,anda digolongkan dalam ketegori ‘ilang barang,ilang iman’.

Cube anda bayangkan bahawa sahabat yang kehilangan kambing itu adalah anda.Tengah anda bersedey barang ni ilang,anda pun meluahkannya kepada kawan baik anda dan kawan baik anda cakap, “oh,selamat iman ko tak ilang.” Rase nak bagi penampar je kam tapi tidak pada para sahabat,mereka redha dengan apa yang berlaku.Kenapa kite marah bile kawan kite bergembire disebabkan barang kite yg  ilang tu bukanlah iman kite padahal mereka layak untuk berbuat demikian,para sahabat berbuat demikian.Bila mendengar mereka kata sebegitu,kompom,kalau bukan kat luar,kat dalam hati kite cakap , “gurau bodow la…orang mintaq tolong suh cari,bley die gembire cakap camtu.”

Kenapa para sahabat bley redha dengan kehilangan-kehilangan barang sebegitu.Malah kalao tengok peristiwa-peristiwa lain,lagi menyedihkan tapi mereka redho malah ade yang mintaq supaya barang itu diberikan kepadanya banyak lagi supaya boleh dihilangkan.Peristiwa mane?Jap kite tanye abang Tamlikha.Peristiwe mane ye bang?

“Oh peristiwe mane ek.Rasenye yang ni bley kaitkan.Pristiwe sahabat yang berdakwah di Rom la kot.Rasulullah hantar satu kumpulah utusan untuk berdakwah raja Rom tapi dakwah itu ditolak dan sahabat-sahabat itu ditawarkan hidup mewah di Rom dengan syarat sahabat-sahabat itu masuk agama mereka.Namun jika sahabat-sahabat tolak tawaran mereka,sahabat- sahabat akan dibunuh.Cube adik-adik teke apa pilihan sahabat-sahabat tu? Ya,dibunuh.Mereka pilih untuk dibunuh.Mereka pilih untuk hilang nyawa mereka,hilang ‘barang’ mereka.Keesokan harinya,sahabat-sahabat ditolak ke dalam air yang direbus,sorang demi sorang.Ktua rombongan,kalo x silap name die Huzaifah, menangis.Raja Rom gembira melihat Huzaifah menangis dan tanya skali lagi kepada Huzaifah samada dia menerima tawarannya ataupun tidak.Huzaifah berkata bahawa dia menangis bukanla disebabkan takut kepada mati tapi die kate die menangis sebab nyawa nya hanya 1. Alangkah baiknya kalau nyawa nya sebanyak bulu roma yang ade di badannya,maka banyakla yang boleh die korbankan di jalan Allah.”

Tengokla sahabat sanggup kehilangan ‘bende’ yang paling berharga dalam hidup manusia.Tiada ‘bende’ tu maka tiada la bende lain.Tapi kerana Allah, mereka sanggup.Kenapa ek mereka sanggup?

Jawapannya kerana mereka redha dengan apa-apa yang berlaku, mereka redha dengan Allah.Bukan macam kite,ilang barang je sume bende kite sumpah.Bukan takat ilang barang,kalo kite jalan-jalan pastu terlanggar tiang, dimakinya tiang,”Takde mate la,takde akal la,bodow langgar aq.”Padahal kite yang salah.Apa masalah kite yang sebenarnye?Kenape kite xley jadi cam sahabat?Redha dengan ape yang mereke ilang?

Jawapan kseluruhan bagi persoalan pokok yang dibincangkan pada kali ini ialah kita tidak betul-betul beriman pada rukun iman ke6.Hal ini berlaku kerana kita tidak faham apa itu beriman pada qada dan qadar.Kite selalu mempersoalkan ketetapan Ilahi.Kita mengeluh apabila kita gagal.Kita menangis apabila kehilangan.Cuba fikir,adakah anda pernah bersyukur dengan kegagalan?Anda pernah bersyukur dengan kehilangan?Rasenye tidak kan.

Kite lupe bahawa apa yang kita ada sekarang sebenarnya adalah pinjaman daripada Allah,bukan milik kita yang mutlak dan kita akan pulangkannya pada bila-bila,tak semestinya di akhirat.Itulah perjanjian kite dengan Allah, mengembalikan barang pinjaman pada bila-bila masa Allah suke.Alif pernah kate kat aq, “kite pinjam pinggan.Kite gune pinggan tu dan pinggan tu pecah. Kompom peminjam tu amik pinggan yang pecah tu dan buang ke dalam tong sampah.Satu lagi,kite gune pinggan tu dan kite anta yang kotor kat peminjam ,peminjam tu kompom basuh lu baru letak kat atas rak pinggan.Last skali, kalo kite gune pinggan dan kite basuh.Peminjam tu akan amik dan letak atas rak pinggan.Begitula idup kite.Allah bagi kite pinjam hati contohnye,Allah bagi kat kite yg bersih,putih,suci.Kalau kite anta kat Allah hati yang kufur padanya,kompom Allah buang kite lam neraka.Kalao kite anta hati yang ade sdikit je kufur pada Nya,Dia akan basuhkan kite lam neraka lu baru Dia bagi kite masuk syurga.Kalo kite anta hati yang beriman pada Nya,nescaya awal-awak lagi kite kan masuk syurga.”

Tapi masalah tidak bersyukur ni merupakan masalah biasa bagi orang awam macam kita,masalah yang lagi teruk apabila kita merasakan kita telah bersyukur padahal hakikatnya tidak.Kita merasakan kita sudah faham hakikat qada dan qadar padahal kita tidak memahaminya.Jadi,untuk mengelakkan perkara ini menular dalam diri kita,kita haruslah bermuhasabah diri sendiri dan jangan sesekali merasakan diri kita sudah cukup dengan ilmu. Ingatlah nasihat daripada orang alim, “ilmu ini semakin banyak kita tahu semakin banyak yang kita tidak faham.”

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s