Hidayah,permata yang di cari~

hidayahpermataTerdapat 2 riwayat tentang kedatangan Islam ke Melaka,1 pengislaman Parameswara dan 1 lagi pengislaman Sultan Alaudin Riayat Shah.Tidak kisahlah yang mana-mana,namun pengislaman raja Melaka ini secara tidak lansung mengislamkan semua penduduk Melaka.”terang cikgu Syukor,seorang guru sejarah.

Tiba-tiba Amirah bangun dari tempat duduknya dan bertanya, “so diorang ikhlas tak masok islam cikgu?Ye la,diorang masok islam sebab diorang ikut raje diorang,bukan diorang nak masuk.”

Kelas menjadi diam buat seketika.Cikgu syukor tiada jawapan buat soalan itu,ye la,cikgu Syukor ialah cikgu sejarah bukan cikgu PAI,jadi cikgu Syukor tanya pendapat budak-budak lain, “sape dapat jawab soalan Amirah?”

“Tu la hidayah cikgu.Tak kisahla diorang masuk sebab pemimpin diorang ke, sebab mak diorang ke,sebab ape ke,bila die masuk Islam bermakna Allah telah memilihnya untuk masuk ke dalam Islam.Allah telah beri hidayah kepadanya. Perhatikan ayat-ayat di dalam surah An-Nashr,ayat 1 dan ayat 2.

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan”[110:1]

“Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah berbondong-bondong”[110:2]

ayat 1 itu menerangkan kepada kita tentang peristiwa pembukaan kota Makkah yang mana sebelum ayat ini diturunkan,kota Makkah dikawal ketat oleh orang kafir quraisy dan umat Islam dilarang masuk untuk melakukan sebarang ibadah.Kedatangan nabi bersama dengan 10,000 tentera umat Islam telah menggerunkan pihak lawan lantas memberi kemenangan yang mutlak kepada nabi.Tiada pertumpahan darah yang berlaku kecuali di bahagian yang dikawal oleh Khalid Al-Walid.Khalid Al-Walid mendapat tentangan daripada Ikrimah ibnu Abu Jahal.

ayat 2 pula menceritakan peristiwa yang berlaku sesudah pembukaan kota Makkah oleh nabi.Apabila nabi berjaya masuk ke Makkah,nabi memusnahkan semua berhala yang ada di sekitar ka’bah.Penduduk Makkah ketika itu sudah pasrah dengan apa yang bakal mereka hadapi selepas ini.Fikir mereka,mereka akan dikenakan hukuman mati disebabkan perbuatan-perbuatan mereka sebelum ini.Tapi mereka terkejut apabila nabi memberi pengampunan kepada mereka,maka ramailah yang memeluk agama Islam.Ada yang peluk agama Islam kerana sifat pemurah nabi,ada yang peluk agama Islam disebabkan takut kepada nabi dan ada yang betul-betul ingin peluk agama Islam.

Inilah hidayah.Sumting yg very spesel n precious.So,tidak kisahla penduduk Melaka ketika itu memeluk Islam disebabkan sultan mereke ke,sebab mereka betul-betul beriman ke,yang penting apabila mereka telah peluk Islam bermakna mereka telah dipilih oleh Allah untuk dapat hidayah,”terang Aqil dengan bersungguh-sungguh.

Menanti sebuah hidayah..

Hidayah merupakan petunjuk daripada Allah dan hidayah adalah milik mutlak Allah,takde sape pom dapat bagi hidayah selain Allah.Betapa pentingnya hidayah ni,try bayangkan situasi ni.

Ada satu kawasan yang lapang dan tertutup,tanahnya dilapisi dengan lapisan kaca yang sangat tajam dan hanya ada satu je jalan keluar yang terletak kat hujung sana. Nak sampai kat sana,anda kene berhati-hati memijak kawasan yang tak berkaca supaya kaki anda tidak cedera.Tengah anda berusaha untuk keluar, lampu tiba-tiba padam.Mampukah anda keluar daripada tempat yang bahaya itu tanpa sebarang luka?

Cahaya lampu itu boleh diibaratkan sebagai hidayah.Tanpa cahaya lampu itu, anda bukan sahaja akan luka malah yang lebih teruk,anda tidak akan jumpa dengan jalan keluar.Anda terkapai-kapai dalam kesakitan dan kegelapan. Satu langkah anda ke hadapan atau ke belakang akan menyebabkan kaki anda luka dan kemungkinan apabila kaki anda luka,anda tidak akan mampu melangkah walaupun setapak dan anda berasa kondisi anda yang tidak mampu bergerak itu sebagai satu kegembiraan.Mana tidaknya,anda tidak perlu berjalan menikam nasib untuk keluar daripada tempat bahaya itu kerana kondisi anda yang tidak mampu bergerak.Jadi,anda tidak perlu luka lagi.

Begitulah dengan kehidupan kita yang penuh dengan pancaroba ini,apabila kita sudah terjebak dengan maksiat,bukan senang untuk kita kembali ke pangkal jalan.Contohnye kalo kite ske tengok awek lawa.Mule-mule memang kte tengok awek2 tepi jalan je,bile jiwe kite da dirasuk dengan bende tu,kite mule cari cd la,dvd la n macam-macam lagi la.Kite rase sronok dengan bende-bende tu sedangkan kte tidak sedar yang kite sbenarnya tengah luka,kite sebenarnya tengah sakit berdarah yang amat parah.

Apabila kaki anda berdarah dek terpijak kaca tadi,anda pun lepak kat situ.Anda tunggu cahaya datang kepada anda tanpa anda bangun,melangkah kaki ke pintu keluar.Memang tak dapat cari pintu disebabkan tiada cahaya tapi ada peluang untuk anda menjumpainya daripada anda duduk dan tunggu pintu itu datang kepada anda.

Begitulah yang berlaku kepada sesetengah orang,apabila ditegur, “nantila aq solat,tunggu hidayah sampai.””aq pakai la tudung bila Allah da bagi hidayah,” jawab mereka.Mereka menunggu satu ‘event’ besar berlaku dalam hidup mereka untuk dijadikan ‘turning point’.Tunggulah tapi anda harus ingat bahawa maut juga menunggu anda.Firman Allah dalam surah As-Sajda ayat 11:

Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”.


Hidayah,permata yang dicari..

Nabi menangis melihat tubuh bapak sedarenye,Abu Talib,terkujur kaku di hadapanya.Nabi berasa amat kesal disebabkan dia tidak sempat mengislamkan bapa sedara kesayangannya.Allah menegaskan bahawa hidayah itu miliknya,bukan milik sesiapapun.Tidak kiralah dia seorang rasul ke,seorang nabi ke,seorang wali ke atau apa-apa aje,die tidak mampu untuk mengislamkan orang kafir.Kerana apa?Kerana hidayah itu milik Allah yang mutlak.

Kawan aq ade cerite kat aq bahawa die ade sowang kawan kristian,lelaki, namanya Yoshua.Yoshua ni sangat berminat dengan Islam.Dari sekolah menengah lagi Yoshua asyik bertanya kepadanya tentang Islam dan kini boleh dikatakan ilmu agama Islam Yoshua itu lagi banyak daripadanya. Pernah sekali Yoshua ditanya tentang konsep trinity yang mengatakan Tuhan itu 3,kawan aq bagi satu analogi.Katanya, “katakan aku mempunyai seorang ayah bernama Anep,seorang isteri bernama Aina dan seorang anak bernama Aida.Jika suami kepada Aina meninggal,adakah ayah kepada Aida masih hidup atau anak kepada Anep masih hidup?”Yoshua terdiam.Keesokannya dia mengaku bahawa ajaran kristian yang dianutinya mempunyai keraguan tetapi sampai sekrang dia masih memeluk agama kristian.Kerana apa?Kerana hidyah itu milik Allah yang mutlak.

Mencari permata bukanlah senang,apa lagi jika permata itu kepunyaan seorang yang sangat kaya.Sudah pasti,permata itu akan disimpan di dalam tempat yang paling selamat,dilindungi oleh beberapa bilik kebal dan sentiasa dirakam oleh cctv.Bukan senang.Tapi kite kene berusahe,semoga dengan usaha kita yang sedikit itu menyebabkan empunya kepada permata itu berasa kesian kepada kita dan menghadiahkan permata itu kepada kita.

Bunga hidayah membuahkan mardhotillah..

Pernah diceritakan tentang seorang penjual tembikai datang berjumpa dengan seorang ahli ibadah dan meminta ahli ibadah itu mendoakannya supaya Allah memberinya hidyah sebesar biji tembikai dan ahli ibadah itu mendoakannya.Pada hari seterusnya, orang ramai tidak lagi berjumpa dengan si penjual tembikai dan ada yang bertanya kepada ahli ibadah tadi di manakah penjual itu berada.Ahli ibadah itu menjawab bahawa penjual tembikai itu sedang berada di atas bukit,beribadah kepada Allah dengan penuh kusyuk.Jika kamu mengambil kapak dan cuba membunuhnya, nescaya dia tidak akan bergerak daripada tempat peribadatannya kerana hidayah sebesar biji tembikai yang dimintanya.

Aq yakin bahawa penjual tembikai itu sudah mendapat mardhotillah (keredhaan Allah).Hidayah sebesar biji tembikai itu mampu mengubah seorang daripada gilakan dunia kepada seorang yang gilakan akhirat. Allah telah memilih sesiapa yang Dia kehendaki untuk dianugerahkan keredhaannya.Kita ditarbiyahkan dari kecil lagi dengan kisah pelacur yang memberi anjing minum.Pada akhirnya pelacur itu berjaya memasuki syurga. “Wah,senangnya nak masuk syurga.Melacur pun kalo kite wat baik ngan mnatang dapat masuk syurga.Senang gle siotttt,”fikir kita.Tapi adakah anda benar-benar tahu cerita ini atau anda hanya mendengar sinopsisnya sahaja?

Suatu hari seorang pelacur sesat di padang pasir.Bekalan air yang dibawanya sudah kehabisan.Jalan demi jalan menyebabkan die berasa dahaga yang amat sangat.Ditakdirkan Allah,dia terjumpa sebuah perigi tetapi untuk mendapatkan air dia terpaksa turun ke perigi yang dalamnya berkali ganda daripada ketinggiannya.Nak tak nak,dia terpaksa.Dia pun turun ke bawah. Tak taw kenapa,kat bawah tu dia terfikir untuk membawa air itu naik ke atas dan barulah dia minum.Dia tidak terfikir lansung untuk terus minum di bawah itu. Bayangkan dengan keadaan 1 tangan,dia naik ke atas dengan berhati-hati supaya air yang ditakung di dalam kasutnya tidak tumpah.Sampai kat atas, ada seekor anjing yang menjelir-jelir lidahnya seakan-akan tersangat-sangat dahaga.Dia tidak sampai hati melihat anjing itu lalu dia memberi anjing itu minum tanpa menghiraukan dirinya.Lalu dia meninggal.

Perhatikan,bukan senang nak dapat keredhaan Allah.Allah telah memberi hidayahnya kepada pelacur itu untuk memberi anjing yang dahaga itu minum walaupun dirinya sendiri dahaga yang teramat sangat.Pengorbanan harus dilakukan untuk mendapat hidayah Allah bagi mencapai mardhotillah. Pengorbanan?Ya,pengorbanan untuk mengangkat selimut kita di pagi hari yang hujan demi turun berjemaah di surau.Pengorbanan untuk tidak membeli aiskrim sebelum solat jumaat demi bersedaqah.Pengorbanan untuk tidak bermain game demi membaca Azz.Wordpress…..

2 thoughts on “Hidayah,permata yang di cari~

  1. salam
    tertarik dengan kisah si penjual tembikai
    dengan hidayah sebesar biji tembikai
    die mencapai satu tahap ketaatan yg tinggi kepada Allah
    betol la
    hidayah tu amat bernilai
    macam permata…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s