Ketetapan yang boleh diubah…

ketetapanPernah tak anda merasakan bahawa dunia ini tidak adil?Anda study gle2 sampai xtdo malam tapi result anda xgempak lansung sedangkan kawan anda yang sorang tu,xstudy pom tapi result die gempak gle,pernah tak?Atau anda ‘rase’ mempunyai wajah yang ensem tapi xdpt awek lawa sedangkan kawan anda tu, da la itam legam,muke cam permukaan bulan,tapi dapat awek cun gle cam Takeuchi Yuko,pernah tak?Pernah kan,jadi adakah betul ‘dunia’ ini tidak adil atau ayat yang lebih tepat n persis,adakah Allah itu zalim?

Tidak,Allah tidak zalim.Dalam 99 nama Allah,tiada satupun yang memberi maksud Allah zalim,tapi Pemurah,Penyayang ada.Sebenarnye yang zalim itu anda,anda telah zalim dalam menerima ketetapan Allah.”Abis tu,aq da studi gle-gle da tapi xdpt2 gak,”keluh Tamlikha.Btol,anda da studi gle2 tapi anda kena ingat bahawa apa yang berlaku sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi, anda seharusnya redha dengan apa yang berlaku malah disebalik apa yang berlaku itu,ada hikmahnya.Contohnya,kalo anda da studi gle2 tapi result anda xgempak gak,anda kene studi lagi.Mungkin cara studi anda tak kena atau ada sumthing yang anda buat yang menyebabkan anda xdpt apa yang anda inginkan.

Percayalah kepada ketetapan Allah.Apabila Dia inginkan anda menjadi kaya,walaupun anda peniaga keropok lekor di tepi jalan,anda akan jadi kaya.Apabila Dia kehendaki anda menjadi seorang pemimpin,walaupun dengan apa cara sekalipun anda tolak,anda akan jadi seorang pemimpin. Suatu ketika dahulu,semasa di skolah agama,Miqdad(bukan nama sebenar) tidak terpilih untuk menjadi pelapis bagi naqib.Tetapi sehari sebelum kem pelapis diadakan,salah seorang pelapis meletak jawatan dan secara tidak sengaja,Miqdad dipilih menggantikan pelapis tersebut.Ditakdirkan Allah, daripada tidak menjadi pelapis,akhirnya Miqdad dijadikan salah seorang daripada ahli Majlis Tertinggi.Inilah ketetapan Allah.

Ingat,semuanya telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi dan anda wajib yakin dengannya kerana inilah yang disebut qada’ dan qadar dan beriman kepadanya adalah wajib,rukun iman ke-6.Sblm bunga kefahaman rukun iman ke-6 ini mekar dengan lebih sempurna,kta perlu tahu bahawa ada golongan yang menentang perbincangan ini.Kata mereka, “perbincangan tentang qadha’ dan qadar akan mendatangkan keraguan terhadap ketentuan Allah,natijahnya orang yang berbincang tentangnya akan tergelincir daripada jalan yang lurus.”

Benar,perbincangan tentang qada dan qadar akan menimbulkan keraguan tapi anda perlu ingat bahawa perbincangan tentang apa-apapun akan mendatangkan keraguan kerana syaitan sentiasa meniupkan roh keraguan ke dalam hati kita,ia dipanggil qatir syaitan.Melencong sikit daripada topik asal ek,qatir syaitan ini wajib dilawan,jika dilayan akan mendatangkan keburukan.Pernah tak tyme anda dot sowang2,tibe2 terfikir, “betul ke Allah tu satu?Betul ke Islam yang aku anuti ni betul?Betul ke nabi Muhammad itu utusan Allah?”Pernah kan?Ni la yang dipanggil qatir syaitan,bisikannya untuk menyesatkan kita.Kita kena lawan, “Betul,Allah itu satu.Islam adalah satu-satunya agama yang Allah redha.Nabi Muhammad adalah utusan Allah.” Anda kena lawan,jangan layan.Da jauh aq side track ni,nak taw lebih, YM aq..( ^^) atau lagi baik,tanye ustat.

So,apakah hujah yang membenarkan perbincangan qadha’ n qadar ni? Yang paling jelas hujah berkaitan dengan Iman.Amal tanpa ilmu adalah taqlid dan taqlid dalam beraqidah tidak dibenarkan dalam Islam dan ia mrupakan pemisah antara Iman dan Kafir.Jadi,adakah wajar kita beriman dengan qadha’ dan qadar tanpa memahami hakikatnya?Tu hujah pertama.

Hujah kedua,berdasarkan 1 hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Suraqah bin Malik(orang yang mengejar nabi ketika hijrah) datang kepada nabi selepas memeluk Islam dan bertanya, “Wahai Rasulullah,jelaskan kepada kami tentang agama kami,seolah-olah kami baru diciptakan pada hari ini,yaitu mengenai amal perbuatan kami hari ini,apakah berdasarkan apa yang ditulis oleh pena yang sudah mengering dan takdir2 yang telah ditetapkan, atau berdasarkan dengan apa yang kita hadapi?”Rasulullah menjawab, “Tidak,bahkan berdasarkan pada pena yang telah kering dan takdir-takdir yang telah ada.”Suraqah bertanya lagi, “lalu untuk apa kita beramal?”Lalu baginda menjawab, “Beramallah! Sebab semuanya telah dimudahkan.”Dalam riwayat yang lain,nabi menjawab, “setiap orang yang berbuat telah dimudahkan untuk perbuatannya.”Inilah bukti bahawa Rasulullah dan sahabat berbincang perihal qada dan qadar.

IKEA's Karipap by gary_ykw

karipap

K,kte teruskan dengan kelopak bunga yang kedua,apakah itu qadha’ dan apakah itu qadar.Adakah qada dan qadar ni seperti kari dan pap(puff)?Ya, sama. Tiada currypuff tanpa kari atau tiada currypuff tanpa pap.Begitulah keimanan kepada qadha’ dan qadar,tiada satu maka ilanglah satu yang lain. Bgaimana qadha’ dan qadar ni ber’kankei'(berkaitan)?Qadar secara istilah bermaksud ketetapan Allah ke atas makhluknya bertepatan dengan ilmu Allah yang penuh dengan hikmah,manakala Qadha’ pula membawa maksud kepastian dan penjelasan atau dengan kata yang lain pelaksanaan bagi Qadar.Jadi,sememangnya mereka xley dipisahkan,ye la, bagaimana boleh dipisahkan konkrit bangunan(qadar) dengan bangunan (qadha’)?Bagaimana boleh pisahkan nyawa(qadar) dengan kehidupan (qadha’)?Takley kan?begitulah qadha dan qadar.

Kelopak bunga yang sterusnya,jadi buat apa kita berusaha jika semuanya telah ditetapkan sejak azali lagi?Mana tidaknya,hadis ke-4 dalam hadis arbai’n menerangkan 4 perkara yang telah ditetapkan untuk anak adam. Yang pertama perihal lelaki atau perempuan,yang kedua perihal rezeki, yang ketiga perihal kematian dan yang keempat perihal syurga neraka. Semasa mendengar naqibku,abg Hisyam,baca hadis ni,aq tkejut gle.Ye la, buat apa kita beramal jika dari awal lagi kita telah ditetapkan untuk masuk syurga atau neraka.Rupe-rupenye,bukan aq je yang tkejot,sume orang tkejut.Lepas tu abg Hisyam terangkan hadis sterusnya yang membawa maksud, ” ahli syurga dimudahkan dengan amalan ahli syurga dan ahli neraka dimudahkan dengan ahli neraka.”Tyme tu aq agak x paham dengan penerangan tu tp aq trime je n aq rase korang yg membaca pom x paham gak,so arap2 dengan penerangan lepas ni korang paham maksud ‘dimudahkan’  tu.

Ada orang tanye,jika kadar nasi ayam yang dimakan telah ditetapkan dan tarikh kite mati telah ditulis,bagaimana pula dengan sabdaan nabi yang bermaksud:

“Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan usianya,maka hendaklah dia menyambung tali silaturrahmi”

Perlu anda ketahui bahawa qadar itu ada 2 macam,mustbat dan mu’allaq. Mustbat ialah qadar yang telah tertulis dalam Lauhz-Manfuzh dan pasti yang qadar ini takkan berubah walau apapun anda cuba lakukan.Manakala Qadar Muallaq atau kadang-kadang orang menyebutnya Muqayyad merupadakan qadar yang tertulis di dalam catatan Malaikat dan qadar inilah yang boleh berubah,boleh ditambah atau dihapuskan.Jadi, dapat kita simpulkan bahawa qadar ada yang ditetapkan dan ada yang boleh berubah.

Jom guna analogi bagi mengukuhkan lagi kefahaman kita.Anda boleh katakan Mustbat itu sebagai titik maksimum dan Mu’allaq itu sebagai titik minimum.

takdir by you.

pink tu mu'allaq | biru tu musbat(mustbat)

Hidden Money - Can you see what I see? by cleebster

gambar hiasan

Dalam konteks rezeki,katakan mu’allaq kita RM100 dan musbat RM100,000. Hal ini bermakna, kite akan dapat duit dalam range RM100 – RM100,000.Jika kite x usehe pun, contohnye kite goyang kaki kat umah sambil minum kopi pun,kite takkan dapat kurang daripada RM100 sebab tu minimum kite dan kalo kite usehe lebih pun,kite takkan dapat lebih daripada RM100,000 sbb tu maksimum kite.Contoh lagi,katakan mu’allaq kite dalam xm 45 markah dan mustbat kite dalam xm 73 markah.Kalo kite xstudy pom,paling rendah yang kite akan dapat adalah 45 markah dan kalo kite studi gle2 sampai xtdo malam pom,paling tinggi kite akan dapat 73 markah.Ni la konsep mu’allaq dan mustbat.

geometry of death II by deborah d. lattimore

gambar hiasan

Dalam konteks ajal lak,yang dimaksudkan dengan mu’allaq dan mustbat ialah umur, umur paling awal kite ade potensi untuk mati dan umur paling lewat untuk kita hidup. Contohnye,mu’allaq bagi ajal Tamlikha ialah ketika berumur 12 tahun dan mustbatnya ketika dia berumur 66 tahun.Kalo Tamlikha tak hati-hati selepas umur 12 tahun,ade kemungkinan besar dia akan mati dan walaupun Tamlikha jaga kesihatan die betul-betul pun,ble tibe umur 66 tahun,die akan meninggal.

Hell & Heaven by Theodore Springman

gambar hiasan

Kembali kepada perihal syurga dan neraka,perkataan yang penting daripada hadis di atas ialah ‘dimudahkan’. Maksudnya,sesiapa yang Allah tetapkan untuk memasuki syurga akan dimudahkan untuk lakukan perbuatan ahli syurga.Die mudah untuk mengerjakan solat,die mudah untuk habiskan puasa 1 bulan,dia mudah untuk beramal.Begitu juga dengan ahli neraka,dia senang lakukan amalan ahli neraka.Dia senang untuk berzina, dia senang untuk tinggalkan solat,dia senang lakukan sebarang maksiat.Jika dia ditetapkan sebagai ahli syurga,dia akan susah untuk lakukan sebarang maksiat.Bila nak berzina je,dengar azan.Bila nak minum arak je,tetibe die pengsan.Dia tidak dipermudahkan untuk lakukan maksiat. Dan begitu juga jika dia ditetapkan sebagai ahli neraka,dia akan susah untuk lakukan kebaikan.Bila nak solat je,ade urusan lain.Bile nak sedeqah je, pemungut hutang datang.Die tidak dipermudahkan untuk lakukan kebaikan.Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘dimudahkan’.

Soal mu’allaq dan mustbat dalam konteks syurga-neraka ada sedikit kelainan tetapi secara kasar kita boleh anggapkan neraka itu sebagai mu’allaq dan syurga itu sebagai mustbat.Memang benar stiap orang mempunyai tempat di syurga dan neraka,tidak kisahlah orang Islam mahupun kafir.Anda harus ingat kembali ayat ,”bayi yang baru lahir adalah berkeadaan fitrah,maka ibu dan ayahlah yang mencorakkannya.”Jika Tamlikha ditakdirkan memasuki syurga,jadi neraka miliknya akan diwarisi oleh kafir dan jika Tamlikha ditakdirkan memasuki neraka,tempatnya disyurga akan diwarisi oleh orang Mukmin.Insya Allah,kte akan bincangkan hal ini dalam post lain,

Last skali,stelah selesai kte bincang bunga qadha’ dan qadar,kte harapkan bunga itu menjadi buah.Jadi,buah apakah yang ingin dihasilkan?Setelah kite tau yang adenye titik minimun dan titik maksimum,maka kite seharusnya terus berusaha,lagi dan lagi kerana kite xtaw titik minimum dan maksimum kite.

“Mungkin takat ni je Allah takdir kat aq…”keluh aq suatu ketika dahulu setelah kalah dalam pertandingan pidato peringkat negeri.

“Mane ade,kalo ko nak taw,walaupun kite usehe banyak mane pun,kite takkan dapat sampai pada kadar maksimum yang Allah tetapkan kepada kite.Ko rase dengan kalah pringkat ni mrupakan kadar maksimum Allah tetapkan kpd ko,padahalnya tidak.Sebenarnye Allah tetapkan kat ko untuk menang pringkat kebangsaan, cumenye ko kene berusehe lagi,”nasihat seorang sahabat.

Dalam kulit kacang,kte sebagai umat Islam wajib berusaha untuk menjadi yang terbaik.Jika kita kecundang,jangan sesekali kita mengaku kalah. Jika apa yang kita inginkan kita tak dapat,jangan sesekali salahkan takdir kerana disebalik kegagalan kite ade hikmahnya.

“Aq minta daripada Allah sekuntum bunga dan seekor rama-rama,tapi Allah berikanku kaktus dan ulat.Aq sedey dan cube menyalahkan Nya. Selepas beberapa lama,aq tgk balik kaktus dan ulat yang diberikan,aq tkejut sbb kaktus yang berduri itu mengeluarkan bunga yang indah dan ulat yang huduh itu bertukar menjadi rama-rama yang cantik.”

Reposting unedited bokehlicious butterfly... my most interesting bokeh image... HBW to all! by Kamoteus (Contemplating)

rame-rame

Wallahu’alam….

p/s:xtaw nk letak tajok ape..huhuhu

4 thoughts on “Ketetapan yang boleh diubah…

  1. slm
    menarik2…
    ingatlah Allah menilai kita dari usaha kita bukannya dari apa yang kita dapat…

  2. “ Makin kita mendekatiNya, maik kita diuji. Makin banyak doa, makin banyak ujian yang menimpa kerana segala yang dipinta tak datang dengan segera. Tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberikanNya kerana Allah tak memberi apa yang kita MAHU tapi Allah beri apa yang kita PERLU. SABAR adalah ubat segala derita, berkat kesabaran itu ada ganjaran dariNya. InsyaAllah.

  3. “God gives us no power to change the past, but He gives us options on how we destine our future.”

    walaupun sebelum ni kita berakhlak spt ahli neraka, tapi kita masih berpeluang untuk memperbaiki diri mencontohi akhlak ahli syurga..sesungguhnya sebesar-besar dosa kita, seburuk-buruk masa silam kita, besar lagi Pengampunan Allah SWT..semoga kita semua beroleh masa depan dan pengakhiran yang baik…amin..

  4. Seringkali kita memohon apa yang kita MAHU, tetapi kita sering lupa Allah lebih mengetahui apa yang kita PERLU.,

    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu&boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak’ -AlBaqarah216-“

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s