Masih lakukan maksiat? Betulkan solat anda!

Betulkan Solat Anda

“Ko tengok Noora tu,walaupun dia free hair tapi bila masuk bab solat,dialah orang yang solat kat saf yang paling depan,”kata Tamain kepada Tokmato.

“A’a la,aku pun perasan.Moga-moga sampai hidayah kat dia supaya dia pakai tudung,”sahut Tokmato.

Persoalannya di sini,adakah hidayah belum sampai kepada Noora untuk pakai tudung,sedangkan kawan-kawannya yang lain selalu menegurnya, atau adakah ada sesuatu yang tidak kena dengan solatnya sehingga menyebabkan dia tidak rasa bersalah apabila mendedahkan aurat?

Secara peribadi,aq merasakan alasan hidayah belum sampai itu bukanlah satu hujah yang boleh dijadikan alasan untuk Noora tidak bertudung kerana berkali-kali dia ditegur oleh kawan-kawannya tentang itu dan Noora sendiri pun tahu bahawa Islam tidak menbenarkan wanita mendedahkan aurat mereka.Bagi aq jiwa yang kerdil ini,itulah panggilan daripada Ilahi,itulah cara Allah menyampaikan hidayah Nya kepada hamba yang dikehendakinya cuma bergantung kepada diri hamba itu sendiri samada untuk menerima atau tidak. Bagi aq,jawapan yang paling tepat kenapa Noora masih tidak bertudung walaupun dia sentiasa solat di saf yang paling hadapan adalah kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan solatnya. Berdasarkan firman Allah:

“Sesungguhnya solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran”

Persoalan yang sentiasa dikaitkan apabila orang membaca nas di atas, solat yang bagaimana dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar?Adakah solat dengan menangis teresak-esak sehingga membaca al-fatihah pun menjadi susah?Atau adakah solat dengan memejam mata sehingga ular melingkar di tempat sujud pun tidak perasan?Atau adakah solat dengan bacaan al-quran yang panjang sehingga tapak kaki menjadi pecah?Tidak, bukan solat yang seperti ini yang dimaksudkan dengan nas di atas.Solat yang dimaksudkan adalah solat sepertimana Nabi Muhammad solat.

“Solatlah sepertimana kamu melihat aku solat”

Benar,kita tidak hidup pada zaman nabi dan kita tidak dapat lihat macamana nabi solat.Persoalan ini bukanlah satu persoalan yang perlu diperbesarkan kerana pada zaman dahulu lagi para ulama’ dapat mengesan masalah ini.Para ulama’ telah mengkaji berdasarkan hadis-hadis nabi,  bagaimana nabi solat dan mereka telah mengeluarkan satu rumusan untuk kita rujuk.Jadi,menjadi kewajipan ke atas kita untuk menuntut daripada para ulama’,bagaimana nabi solat.

K,kte sudah faham solat yang bagaimana dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar,persoalan seterusnya, bagaimana solat itu dapat mencegah diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar. Untuk menjawab persoalan ini,jom kita renung kembali cara Rasulullah mendirikan solat.

Solat berjemaah di Masjid

Suatu hari,selepas balik daripada solat asar,aq bukak lappie aq n aq on9 YM. Ade mesej off9 dan salah satu daripada mesej itu berbunyi ,”Jom la sama-sama kite turun kat surau untuk solat berjemaah.Ingatlah,satu-satunya amalan yang nabi tidak pernah tinggal ialah solat berjemaah. Walaupun nabi tengah nazak pun,nabi minta para sahabat untuk memapahnya ke masjid untuk berjemaah.”Mesej yang ingin disampaikan jelas,mengajak orang solat berjemaah di surau.Aq tertanya-tanya,takley ke solat berjemaah di rumah? Kalo solat berjemaah di rumah,dapat pastikan ousemate2 kite solat,lagi baik.

Secara logik akal,betul tetapi secara agama salah.Aq berpesan balik pada diri aq n kalian,agama ini,kita kene ikut acuannya bukan agama yang kena ikut acuan kita.Kalau diikutkan kita,semua benda tak jadi.Solat subuh yang dah pendek 2 rakaat tu dibatalkan terus,ye la,menyusahkan orang.Orang tengah syok tdo,tengah rehat sebab semalam studi gle2,ade ke kene bangun kol 6 untuk solat 2 rakaat,menyusahkan betul.Tak,agama bukan macam ni.Agama bukan logik akal sebab itu Rasul diutuskan bagi menerangkan ilmu yang tidak dapat dicapai oleh akal yang terhad ini.

Jadi,kenapa perlu berjemaah di Masjid?Jawapan pertama,sebab nabi buat macam tu,nabi solat berjemaah di Masjid.Aq taw alasan ni akan buat korang cakap,”ala,tu sume orang taw la, xyah cakap takpe.”Tapi anda semua perlu ingat bahawa pada hakikatnya, alasan sebeginilah alasan yang paling tepat,kukuh dan tidak mempunyai sebarang keraguan.Tak percaya?K,side track skit.

Orang cina tanya, “lu ha,kenapa tak ley makan itu babi ha?”Kite terdiam memikirkan jawapan yang sempurna.Setelah puas berfikir,kita memutuskan untuk menjawab soalan ini dari sudut sains.Terang kite, “Itu babi,ada itu punya virus.Virus ini kalau dipanaskan pada suhu yang paling panas pon,tidak mati wo..Kalau masuk dalam badan,bahaya maaa..”Orang cina itu bertanya lagi, “tapi kan,itu dekat jepun sana,sudah ada saintis wo.Saintis tu cipta satu jenis babi yang bersih,tiada virus.So,lu buley makan ka?” Letih anda berfikir macamana nak jawab soalan apek ni,last skali,jawapan ini yang keluar ,”tak bley,ktorang takley makan itu babi walaupun ia bersih pek, kerana ktorang punya Tuhan tak kasi makan wo.”

Tengok,last skali anda akan kembali kepada alasan perintah Allah, perbuatan nabi.Jadi anda masih mengatakan bahawa hujah nabi lakukan itu sebagai satu hujah kanak-kanak?Tidak,anda silap.

Jawapan kedua kenapa mesti solat berjemaah di masjid dan bukan di rumah ialah nabi ada bersabda bahawa ada 7 golongan yang akan dilindungi arasy Allah tatkala orang lain berpanas dek sinaran matahari yang sejengkal daripada kepala,salah satu golongannya ialah pemuda yang hatinya sudah terpaut di masjid.Dalam satu hadis yang lain,nabi bersabda yang mafhumnya berbunyi, “Sesiapa yang selalu datang ke rumah Allah(Masjid) merupakan tetamu Allah dan menjadi hak Tuan rumah memuliakan tetamunya.” Satu lagi hadis Rasulullah yang berbunyi, “sesiapa yang hadir ke rumah Allah adalah berjiran dengan Allah dan mereka berkawan dengan para malaikat.”

Ade orang cakap kat aq,hadis nabi tak kuat untuk dijadikan hujah.Takpe, untuk memuaskan hati golongan seperti ini,aq sediakan ayat quran.Apabila berlaku khilaf di antara ulama’,jika ayat al-quran dikeluarkan,maka ulama’ akan tunduk dan bersetuju dengan pendapat yang mempunyai nas al-quran.

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

(At-Taubah ayat 18)

Dan ada juga golongan yang mempertahankan solat berjemaah di dalam rumah lebih baik daripada berjemaah di masjid dengan alasan dapat mengajar isteri dan anak-anak solat.Tapi yang peliknya,apabila ditanya hadis atau nas mana yang mereka pegang,mereka terdiam,bisu seribu bahasa.Sudah terang dan tak perlu disuluh lagi bahawa solat berjemaah di Masjid itu lebih baik daripada solat berjemaah di rumah.

Signifikasi Solat Berjemaah di Masjid

Kelebihan solat berjemaah di Masjid sudah diterangkan dalam beberapa hadis di atas tetapi kali ini aq try terangkan kelebihan solat berjemaah di masjid ini dari sudut yang lain yakni dari sudut logik akal.

Apabila kita solat berjemaah di masjid,kita terpaksa mengikut waktu solat dengan tepat dan secara automatik,hal ini mendidik kita supaya menepati masa.Sebagai contoh,jika azan bagi solat Magrib ialah pada pukul 7.30 ptg,janganlah terhegeh-hegeh bermain bola sampai pukul 7.25ptg, saya berani potong kuku bahawa anda tidak akan sempat untuk mendapat takbiratul-ula.Jika solat Magrib pada pukul 7.30ptg,anda seharusnya berhenti daripada bermain bola pada pukul 7.00ptg,barulah anda sempat untuk mandi dan bersiap-siap untuk solat Magrib berjemaah di Masjid.Inilah cara Islam mengajar penganutnya cara untuk mengurus masa.Kita selalu respect lebih2 kepada oram Jepun kerana belajar mengurus masa dari mereka kecil lagi,rupa-rupanya kita tidak sedar betapa Islam mengajar kita untuk mengurus masa ini,5 kali sehari dan 1,825 kali setahun.Muhasabah lah diri anda.

Apa yang penting untuk solat di Masjid ini ialah Biah(suasana)nya.Jika kita solat sowang2 di rumah,kita tidak akan berasa apa-apa yang special semasa kita mendirikan solat tetapi jika kita solat di Masjid,satu suasana yang lain akan merasuki jiwa kita.Tambah-tambah lagi apabila melihat saudara-saudara Islam lain yang memakai full sunnah.Kepalanya berserban,matanya bercelak, badannya berjubah dan baunya cukup wangi sehingga kita berasa tenang ketika menghampirinya.

Apabila kita sedang berfikir tentang awek kita tyme dirikan solat,kita perasan yang Ahmad kat sebelah sedang menangis takutkan Tuhan,maka timbul dalam hati kita perasaan kesal pada diri sendiri. “Ya Allah,Ahmad tu menangis kerana takutkan Engkau sedangkan aku leka memikirkan Timah.Ampunilah daku.Aku hamba Mu yang kerdil,yang penuh dengan dosa.Ya Allah, dosaku menggunung tinggi namun rahmat Mu,melangit luas.Bila selangkah ku rapat dengan Mu,seribu langkah Kau rapat denganku.Ampunilah aku Ya Allah…” Sepanjang kita solat,inilah dialog yang bermain di dalam hati kita.Kita tidak sedar bahawa kita sudah mencapai solat yang kusyuk.Padahal Ahmad tu menangis disebabkan rindu tak dapat balik kampung 3 bulan. ( ^^)

Selesai daripada solat berjemaah,kita toleh ke belakang untuk keluar daripada masjid.Tatkala kita toleh ke belakang,alangkah terkejutnya kita apabila melihat ramai orang sedang membaca al-quran,bacaan mereka sungguh enak sekali.Apabila melihat kanak-kanak pun membaca al-quran,datang satu semangat dalam diri kta,semangat yang tiada apabila kita berseorangan. Langkah kita menuju rak al-quran menjadi ringan,tidak seperti apabila kita berada di rumah.Senang untuk kita melakukan amal ibadah,tidak kiralah membaca al-quran atau mendirikan solat sunah,kesemuanya menjadi senang apabila suasana ibadah itu ada.Inilah speselnye di masjid berbanding di rumah.

Jadi,dengan tarbiyah2(pendidikan) secara tidak lansung ini,aq yakin bahawa aq dan kalian akan dapat menghindarkan diri daripada perkara keji dan mungkar.

Solat yang kusyu’ dan khudu’

Lama aq berfikir bagaimana aq ingin mendefinisikan solat kusyu’,aq rujuk sana sini untuk mendapat maksud sebenar solat kusyu’ dan aq rase aq dapat simpulkan solat kusyu’ ini ialah solat yang jujur,jujur dengan yang Maha Disembah dan jujur dengan orang di sekelilingnya.Hatinya jujur takutkan Allah,bukan kerana orang di sekelilingnya.Hatinya jujur menangis menyesali dosa-dosa yang dilakukan.Hatinya jujur dalam meluahkan perasaanya kepada Segala tempat Mengadu.

Bagi mendefinisikan solat yang khudu’,aq pinjam istilah jemaah tabligh. Solat yang khudu’ ialah bagaimana kita ingin bawa sifat di dalam solat ke luar solat. Contohnya jika di dalam solat kita bersifat tawaduk,jadi di luar solat juga kita kena bertawaduk.Kalau dalam solat kita kita bertaqwa,maka di luar solat juga kita kena bertaqwa.Inilah solat yang khudu’ dan sahabat-sahabat merupakan contoh terbaik dalam aspek ini.Jika dalam solat mereka,mereka menangis memohon bantuan Allah,di luar solat juga mereka menangis memohon bantuan Allah.Solat mereka tidak dikotori dengan syirik pada Allah,tidak terlintas lansung di hati mereka untuk meminta pertolongan dengan selain Allah.

Diriwayatkan pada suatu hari,khadam kepada Anas bin Malik datang berjumpanya dan menceritakan bahawa ladangnya sedang kemarau.Lalu Anas mendirikan solat 2 rakaat dan apabila selesai solat 2 rakaat,Anas menyuruh khadamnya balik ke ladangnya dan melihat keadaan di sana. Keadaan masih sama,kemarau.Khadamnya kembali kepada Anas dan menceritakan keadaan yang sama dan Anas mendirikan lagi solat 2 rakaat. Begitulah yang berlaku  berkali-kali sehingga apabila khadam Anas balik ke ladang,dia melihat ada awan hitam di atas ladangnya sahaja.Daripada awan hitam itu turun air hujan yang sangat lebat.Khadamnya balik berjumpa dengan Anas lalu menceritakan rahmat Allah itu.Lantas Anas pun memanjatkan kesyukuran kepada Allah.

Lihatlah para sahabat,bagaimana jika didalam solat dia bersungguh-sungguh meminta pertolongan daripada Allah,maka di luar solatnya dia bersungguh – sungguh meminta pertolongan Allah.Kalau secara logik,boleh je Anas menyuruh khadamnya mencarikan air lalu menyiram pokok-pokok di ladangnya tetapi keyakinan mereka pada Allah adalah keyakinan yang haq, keyakinan yang tidak akan berubah walaupun sebesar zarah.

Apabila Allah menerangkan bahawa dengan solat dapat mencegah seseorang daripada perkara keji dan mungkar,hal ini juga memberi makna bahawa dengan solat akan menggalakkan seseorang melakukan kebaikan dan kemuliaan.Jadi,solat yang kusyuk dan kebaikan adalah satu benda yang seiringan,satu benda yang tidak boleh dipisahkan.Jika dalam solat anda,anda menangis menyesali dosa-dosa yang lalu,maka apabila anda ingin lakukan maksiat di luar solat,anda akan terfikir, “tadi aq menangis mintak ampun dengan Allah tapi skang aq wat balik..jahilnya aq..”Secara tidak lansung,anda akan meninggalkan perbuatan keji dan mungkar.

Ada ustaz yang menafsirkan bahawa solat kusyuk itu kita sentiasa mengingati Allah sepanjang solat didirikan.Benar tetapi perkara itu amat mustahil bagi kita selaku orang kebiasaan.Aq tanye sorang ustat lain, namanya ustat Abdullah,katanya, “solat yang kusyu bagi kite,orang awam, kita cube mengingati Allah dalam solat.Jika kita leka terfikir bende lain, cepat-cepat kita kembalikan fikiran kita kepada Allah.Insya Allah,inipun dikira kusyuk.”

Ketahuilah bahawa solat itu mengumpul kelima-lima rukun Islam,jadi jika kita betul-betul menghayati solat kita,insya Allah,solat kita akan memberi impak yang sangat besar kepada kita.Dalam solat ada kalimah syahadah, dalam solat kita tidak makan dan minum,dalam solat kita membayar zakat masa kita dan solat kita menghadap ka’bah.Cukup kelima-limanya.Jadi, yakinlah dengan solat sepertimana Rasulullah,anda akan dapat mencegah diri anda daripada melakukan maksiat.Jika anda masih melakukan maksiat, percayalah bahawa masih ada kekurangan di dalam solat anda!

2 thoughts on “Masih lakukan maksiat? Betulkan solat anda!

  1. salam …
    aku begitu tertarik dgn definasi solat khudu’
    hari ni baru tahu istilah itu.. betapa diri ini sangat lemah kerana byk lagi bende yg x tahu pasal islam
    juga tertarik dgn perenggan terakhir entri ni
    “Ketahuilah bahawa solat itu mengumpul kelima-lima rukun Islam,jadi jika kita betul-betul menghayati solat kita,insya Allah,solat kita akan memberi impak yang sangat besar kepada kita.Dalam solat ada kalimah syahadah, dalam solat kita tidak makan dan minum,dalam solat kita membayar zakat masa kita dan solat kita menghadap ka’bah.Cukup kelima-limanya.Jadi, yakinlah dengan solat sepertimana Rasulullah,anda akan dapat mencegah diri anda daripada melakukan maksiat.Jika anda masih melakukan maksiat, percayalah bahawa masih ada kekurangan di dalam solat anda!”

  2. salam..
    sama2 kita tekadkan diri kita, untuk mempersembahkan kualiti solat yang terbaik sekali setiap kali kita solat..andaikan itu adalah solat kita yang terakhir…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s