Ramadhan dalam kenangan…

ramadhandalamkenangan

Isyak tadi aq agak terkejut mendengar pembaca taqlim membaca tentang fadhilat ramadhan.Sudah menjadi kebiasaan di tempat kami,fadhilat Ramadhan tidak dibaca kecuali dalam bulan Rejab,Sya’ban dan Ramadhan. Mendengarkan fadhilat bulan Ramadhan,aq terfikir,adakah aq yang skarang sama dengan aq tyme bulan Ramadhan.

Semasa di bulan Ramadhan,aq merasakan bukan aq seorang sahaja yang berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan,aq merasakan semua orang berlumba-lumba mengkhatamkan al-quran.Ada yang berjaya khatam 2 kali dalam bulan Ramadhan dan ada juga yang 1 kali.Wah,hebat btol sahabat-sahabat kita ini,mampu mengkhatamkan al-quran dalam satu bulan. Maknanya, sahabat kita ini berjaya membaca 1 juz 1 hari atau 20 muka satu hari.Hebat betul.

Pagi2 lagi sahabat kita ini sudah bersiap dengan pakaian untuk ke kelas, mana tidaknya,sahabat kita ini sudah merancang bahawa selepas selesai solat subuh,dia akan beriktikaf di atas masjid dan membaca al-quran sampailah bas tiba.Abis kelas sesi pagi,lebey kurang pukol 12.30,sahabat kita ini kebiasaannya tidur di dalam surau tetapi tidak pada kali ini.Sahabat kita ini sanggup bersekang mata untuk membaca al-quran,ade 10 muka lagi belum abis ni.Balik dari universiti,biarpun dalam keadaan yang sangat penat namun sahabat kita ini try jugak abiskan 10 muka,maka cukuplah 1 juz 1 hari. Penat tapi berbaloi.

Jika kita sama dengan sahabat tadi,ada 1 persoalan yang anda kena tanya diri anda sendiri.Adakah diri anda yang sekarang sama dengan diri anda tyme anda Ramadhan.Jika pada bulan Ramadhan anda berjaya khatamkan al-quran sekali,selepas Ramadhan sampai sekarang,sudah berapa kali anda khatamkan al-quran?1 kali,2kali,4kali atau tiada?

“Ah, bulan Ramadhan takpe la..syaitan kene gari,xde penggode..”jwb anda.

Jadi anda salahkan syaitan?Aq pernah tulis ayat dalam artikel berkaitan cuti,adakah salah seorang pelari pecut memecut 200km/h?Adakah salah seorang penggali parit menggali parit?Adakah salah seorang pelawak menyebabkan anda gelak?Tidak,mereka tidak salah kerana itu adalah kerja mereka.Begitu juga dengan syaitan,syaitan tidak salah dalam menggoda anda yang salah ialah diri anda sendiri.

Mengapa pada bulan Ramadhan anda boleh bangun malam untuk qiamullail tetapi tidak pada bulan Syawal,Zulkaedah dan Zulhijjah? Mengapa pada bulan Ramadhan anda sanggup memenatkan badan turun ke surau selepas isyak untuk mendirikan solat sunat tarawih padahal solat sunat tarawih ialah solat sunat sedangkan pada solat fardu yang lain anda tidak hadir ke surau?Anda tiada jawapannya?Da agak da…

Renungkan kembali,anda berlebih-lebih dalam beramal pada bulan Ramadhan tetapi amalan-amalan itu tidak diteruskan pada bulan-bulan selepasnya.Inilah yang dinamakan sindrom ‘tidak istiqamah’.Aq x salahkan anda jika anda tidak dapat beristiqamah dalam beramal kerana istiqamah bukanlah perkara yang senang,tapi anda perlu tanya diri anda,adakah anda pernah cuba untuk beristiqamah?

“Aq xley istiqamah,susah..”keluh Fuda.

Memang keluhan seperti ini biasa bermain di telinga aq,ada seorang ustat tu bagitaw, “ada orang tu tanya saya,’ustat,saya ni takley tgk pompuan. Gersang sangat,nak wat camne ek?’Saya pun jawab, ‘anta puasa la.’Dia cakap, “saye xley puasa ustat.’Saya tak menyambung perbualan sebab saya taw orang macamni,kita nasihat apa-apapun dia takkan dengar.Ya la, buat tak lagi macamana dia tau dia takley?”So,sudah anda cuba untuk istiqamah? Tepuk dada,tanya iman..

Aq bukanlah orang yang menentang golongan yang beramal di bulan Ramadhan,aq cuma mengingatkan kembali supaya beristiqamah dalam beramal.Amalan yang istiqamah itu lebih bernilai berbanding amalan yang dibuat secara berlebih-lebihan tetapi dilakukan kadang-kadang.Jadi, fikirkan kembali bagaimana anda semasa bulan Ramadhan dan cuba bandingkan dengan diri anda sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s