Ceramah Ustaz Fairuz:Kunci dalaman

kuncidalaman

Kehadiran Ustat Fairuz semalam sememangnya dinanti-nantikan oleh budak-budak JAD yang sedang kelaparan dan kehausan makanan minuman rohani. Pada minggu sebelumnya,Ustat Fairuz tidak dapat menghadirkan dirinya di TBP kerana berlaku kecemasan selepas solat Magrib.Tajuk yang dibincangkan pada ceramah kali ini,aq simpulkan sebagai ‘Kunci Dalaman’. Berikut adalah ceramah beliau dan sedikit penambahan oleh aq.

Pada muqaddimah ceramah kali ini,ustat mengingatkan kepada kita bahawa suasana yang kita alami sekarang(waktu remaja) merupakan keadaan yang kamu tidak akan lupa buat selama-lamanya(Zikrayyan Abadan Abada) Zikrayyan ini sangat mahal sebab pengalaman seperti ini hanya berlaku sekali sahaja dalam seumur hidup kita.Keadaan kita duduk bersama rakan-rakan mendengar ceramah,kau urut aq,aq garu belakang kau,kau tersengguk-sengguk,aq picit-picitkan.Semua pengalaman ini berlaku sekali sahaja seuumur hidup.Selepas berkerja,sudah tiada masa lagi untuk melakukan perkara-perkara sebegini,semua orang sibuk dengan kerja masing-masing.Aq ,  aq dan engkau, engkau.

So happy =) by horizontal.integration
yg tengah2 tu aq.. ( ^^)

“Sekarang kamu tak dapat rasai lagi bagaimana perasaan teringat kembali peristiwa-peristiwa lalu.Cukup manis.Ustat baru ketemui kawan ustat yang sudah lama tidak contact,mearly 24 tahun..Eh tak,tak sampai 23 tahun kot. Tu pon dalam alam siber.Cukup menggembirakan,” terang Ustat sambil tersenyum.

Melihat senyuman ustat itu,aq sedikit faham apa yang ingin disampaikan oleh ustat.Teringat kisah-kisah silamku di sekolah lama,terutamanya semasa di form 4 dan form 5.Cukup menggembirakan.Pergi bahas sama-sama, pergi kuiz sama-sama,lawan cikgu sama-sama,fly sama-sama, semuanya sama-sama.Sangat menggembirakan.Natsukashi naa (rindunya)..

Disebabkan kehidupan remaja ini merupakan kehidupan yang paling gembira di dalam hidup manusia,maka jalinkanlah ukhwah sesama insan. Tidak salah berkenalan walaupun antara lelaki dan perempuan asalkan tidak melanggar batas syarak.Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Malah Rasulullah juga ada bersabda yang maksudnya, “barangsiapa yang ingin menyambung usianya dan meluaskan rezekinya,maka sambunglah silaturahmi.”

Bersahabatlah kerana Allah kerana salah satu golongan yang dilindung daripada terik matahari di akhirat ialah 2 orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah.Masa tu,matahari satu jengkal je atas kepala,da takde tempat untuk berlindung kecuali di bawah bayangan arasy Allah. Bayangkan kalau terik matahari sekarang pun kita sudah tidak tahan, bagaimana pula kita di akhirat nanti?

Ustat meneruskan perbincangan dengan kata-kata motivasi daripada Saidina Umar.Umar Al-Khattab bermadah, “hitunglah dirimu sebelum Allah mengitung diri kamu dan timbanglah amalanmu sebelum Allah menimbang amalanmu.”Di akhirat,semuanya akan dihitung.Dosa kecil mahupun dosa besar.Malaikat pencatit di kiri kanan kita(kiraman katibin) tidak pernah lalai walaupun sesaat dalam mencatat apa yang kita lakukan.

Di akhirat esok,Allah tunjuk buku amalan Cik Mbong.Di situ ada tertulis ,”Cik Mbong mengata Cik Mbing.”Cik Mbong terkejut beruk, “Ya Allah, bila aku mengata Cik Mbing?”Puas Cik Mbong berfikir,akhirnya barulah dia teringat.Semasa kenduri kat rumah Cik Mbing dulu,Cik Mbong kutk air sirap yang dibuat oleh Cik Mbing. “Cik Mbing ni,air sirap manis sangat. Lori kilang CSR tumpah ke?”Cik Mbong menyesal.

Ingat,setiap amalan di atas dunia ini akan dihitung satu per satu tanpa sebarang kesilapan.Jika kita pernah membunuh seekor semut hitam yang comel dengan niat untuk menganiyanya,pasti semut itu akan membunuh kita balik di akhirat.Jika dulu kita pernah menyepak seekor kucing sehingga kakinya patah,maka pasti di akhirat esok,kucing itu akan menyepak kita sehingga kaki kita patah.Dari amalan sekecil cara kencing sehinggalah amalan besar tunaikan haji,semuanya dihitung.Tapi perlu kita ingat, Allah ini sangat pemurah.Apbila kita berniat untuk lakukan kebaikan,Allah bagi kita 1 pahala dan jika kita menunaikannya,kita dapat 1 lagi pahala.Namun, apabila kita niat untuk melakukan kejahatan,Allah tidak berikan kita dosa melainkan kita menunaikannya.

Untuk itu,kita perlu cerminkan diri kita dan diri sahabat kita.Sabda Rasulullah yang bermaksud, “orang mukmin adalah cermin sahabatnya.” Jika kita berkawan dengan orang yang baik,insya Allah kita akan jadi baik dan jika kita berkawan dengan orang yang buruk,maka ada kemungkinan besar kita akan berperangai buruk seperti kawan-kawan kita.Kisah penjual minyak wangi dan penjual arang sangat tepat dengan situasi ni.Jika kita berkawan dgn penjual minyak wangi,badan kita pun akan berbau wangi kerana tempias daripadanya tetapi jika kita berkawan dengan penjual arang, badan kita pun akan berbau arang.

Ceramah diteruskan lagi,ustat fokus kepada solat.Allah menerangkan di dalam al-quran ‘aqi mu ssolah’ yakni bangunkan solat bukan buatlah solat. Maksudnya,Allah ingin terangkan kepada kita bahawa untuk tunaikan perintah solat bukan senang,bukan mudah macam bersedeqah tetapi perlukan nekad dan kekuatan seseorang.Yup,bukan senang anda ingin bangun daripada tidur yang selesakan?begitulah dengan solat,bukan senang untuk anda tunaikan solat jika anda sedang asyik bermain game Ragnarok kan?Anda perlu berkorban.Sebab perlukan susah payah inilah,solat merupakan amalan yang pertama dihisab di akhirat esok,jika baik solat seseorang maka amalan-amalan lain akan dipertimbangkan jika tidak,solat kita akan dicampak oleh Allah sepertimana kita mencampak kain cerca.

Datanglah ceramah agama kerana Allah,bukan kerana attendant’s sheet. Datang lah disebabkan anda mahu bukan kerana dipaksa,barulah jiwa ini dapat dirawati.Allah telah terangkan perihal jiwa di dalam surah As-Shams.

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; –
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Dalam diri kita ini,ada seketul daging.Jika baik daging itu,maka baiklah segalanya dan jika buruk daging itu,maka buruk lah segala-galanya.Daging itu ialah ‘qalbu’@hati.Tindakan luaran kita sebenarnya menggambarkan hati kita.Contohnya,apabila kta gelak ketawa,adakah hati kita sedang menangis?Atau ketika kita marah,adakah hati kita ketawa gelak2?Tidak, inilah bukti dalaman digammbarkan melalui perbuatan.Jika dalaman seorang wanita itu baik,insya Allah,dia akan menutup auratnya dan menjaga maruahnya dan jika dalaman seorang lelaki itu baik,insya Allah, dia akan menjaga solat berjemaahnya di surau.

Pernah tak anda terfikir bagaimana satu ummat yang mana tidak bertamadun mampu mengalahkan 2 kerajaan yang paling besar,Rom dan Parsi sedangkan pada sebelum itu,tiada seorang pemerintah pun yang berkeinginan dengan ummat itu.Tapi kehadiran lelaki itu telah mengubah nasib ummat yang tidak bertamadun ini,umat yang dahulunya sifar dengan adab dan tatasusila menjadi ummat yang sanggup berkorban demi sahabatnya.Dalaman mereka terdapat unsur tunjang yang menjadikan mereka kukuh,contoh nya Saidina Umar.Semasa Umar menjadi khalifah, dia telah berjaya meluaskan empayar Islam ke 2/3 dunia.Bagaimana Umar capai hal ini?Kunci dalamannya!

Bagaimana ingin mendapatkan kunci dalaman ini?

Keys (Nøkler) by Åsta
kunci

Yang pertama,selalu membaca al-quran.Bukan sekadar membaca tetapi cuba tadabbur ayat al-quran,cuba fahami mesej yang ingin disampaikan oleh Allah.Semasa membuka bible yang baru dibeli,ade terselit satu helai kertas.Di kertas itu menulis cara-cara membaca bible.Yang pertama buka al-kitab dan baca.Yang kedua,renungkan pembacaan dan cuba fahami.Yang ketiga sesali dosa dan berazam.Aq terkejut dan terfikir, jika beginilah cara umat Islam membaca al-quran,nescaya kemenangan itu milik Islam.

Bacalah al-quran sehingga kita merasakan al-quran itu teman kita.Jika tidak membacanya sehari,kita akan berasa gelisah.Sabda nabi, “bacalah al-quran dan sesungguhnya al-quran itu akan datang kepada pembacanya dan memberinya syafaat.”Ustat mempersoalkan, “Jika bahasa jepun awak boleh belajar,mengapa awak tidak boleh belajar bahasa Al-quran?”

Sahabat-sahabat cukup bersemangat dalam mengkhatamkan al-quran. Ada yang mampu khatam 1 bulan sekali,15hari sekali malah 3 hari sekali pun ada.Bangun,makan dan tidur mereka ditemani al-quran,jadi mereka berjaya.Untuk berjaya,perbanyakkan membaca al-quran,banyak bukti yang kita sudah lihat,ramai hafiz-hafiz yang berjaya dalam pelbagai bidang walaupun pada asalnya mereka bukan daripada bidang itu.Sebab apa?Sebab mereka percaya bahawa ilmu itu daripada Allah,bukan daripada buku.Bertaqwalah kamu kepada Allah,pasti Allah mengajarmu.

Kunci dalaman yang kedua,mengiringi nabi dalam perjalanan sirah. Sirah dibahagikan kepada 3,sirah,surah dan sorirah.Sirah ialah cara hidup nabi, cara nabi makan,cara nabi minum,cara nabi berpolitik dan banyak-banyak cara lagi.Surah pula luaran nabi,fizikal nabi,kehenseman nabi,cara nabi sikat rambut,penampilan nabi.Sorirah pula,cara fikir nabi.Nabi selalu menangis malam-malam sebelum tidur memikirkan umatnya jadi kita pun patut lakukan bende sama,bagi berkongsi dengan nabi perasaannya.

Tidak adil jika anda mampu habiskan novel ayat-ayat cinta tetapi buku sirah nabi anda letak kat tepi.Tidak adil jika anda mampu membelek-belek manga naruto sedangkan sirah-sirah pejuang Islam anda simpan di dalam almari.TIdak adil jika kehidupan pelajar kesayangan anda di akademi fantasia anda boleh hayati sehingga anda mampu menitiskan air mata apabila dia terkeluar namun,anda tidak dapat menangis apabila orang menceritakan kisah nabi kepada anda.

Wahai anda!Ingatlah perjuangan nabi.Semasa nabi dan abu bakar berada berhampiran dengan unggun api,mereka melihat kelkatu yang berterbangan berhampiran dengan unggun api.Tiba2 ada kelkatu yang terbakar sayap sendiri lalu jatuh,sujud ke bumi.Nabi bersabda, “lihatlah. Kelkatu itu ibarat manusia,mereka bermain-main di tepi neraka.Aku menarik mereka dengan sedaya upayaku namun mereka tetap ingin pergi ke sana.”

Kita sepatutnya lupakan Mawi,lupakan Mahathir,kerana apa?Kerana kita WAJIB mengingati Muhammad Abdullah!Insan agung inilah sebenarnya idola yang terbaik.Dalam buku yang ditulis oleh Michael Hart yang bertajuk, “The Most Influential Man in History“,nabi Muhammad berada pada tangga teratas.Diikuti oleh Sir Issac Newton dan Jesus Christ.Lihatlah, bukan sahaja Islam,malah orang barat sendiri mengakui bahawa nabi Muhammad merupakan insan yang paling agung di atas muka bumi ini. Jadi,mengapa anda masih merujuk pada barat bila berlaku masalah sedangkan kita mempunyai contoh teladan yang paling baik?Sebabnya, anda belum menjumpai ‘kunci’ di dalam hati anda.Carilah ia dengan segera kerana maut itu pasti!

3 thoughts on “Ceramah Ustaz Fairuz:Kunci dalaman

  1. salam.
    alhamdulillah..dapat juge paham ape sbenarnye yg disampaikan oleh ustaz smalam
    sbb smalam mic macam slow.. tp x pe
    sesungguhnye ape yang disampaikan oleh ustaz smalam merupakan sesuatu yg berkait rapat dgn kehidupan kite sume
    moga-moga kita semua diberi kekuatan utk melaksanakan apa yang belum dilaksanakan…
    dalam satu hadith,“Rasulullah s.a.w menjamin bahawa sesiapa yang menpunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan Allah semata-mata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.”

  2. assalamualaikum.syabas aq!penulisan antum sgt ringkas,senang difahami oleh gol remaja dan yg lbh penting sgt terkesan!!!teruskan usaha murni antum🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s