Aku pilih untuk berjaya

berjaya

Rusuhan yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke-4 hari itu sunguh-sungguh memalukan aq sebagai penyokong ‘The Red Worriors’.Tindakan penyokong-penyokong fanatik itu seolah-olah menggambarkan rakyat Kelantan tidak bertamadun sedangkan sudah 18 tahun di bawah pemerintahan Islam.Semua orang menuding jari kepada Tok Guru.Cuma yang menjadi persoalannya,adakah apa yang berlaku di Kelantan ini boleh disalahkan kepada Tok Guru?Adakah pembakaran sebuah trak polis itu berpunca daripada Islam?

Selipar Jepun by Syed Nabil

slipar jepung..

“Tuan,macamana selipar anak saya boleh hilang?balik rumah je kene beli selipar baru.Abis la duit saya camni!”tengking seorang bapa kepada seorang pengetua sekolah agama menerusi talefon bimbit.

“Sabar encik,kami pun telah banyak berusaha untuk mengatasi masalah ni.Sabar..”pujuk Pengetua.

“Sabar ape nye!Ni da 10 kali die ilang selipar.Saye cari duit untuk die blaja, bukan untuk bli selipar.Name je sekolah agama!”marahnya lagi.

“Encik,perkara ini tiada kaitan dengan sekolah agama.Mana-mana pun ada masalah ni.Di Makkah tu pun ada orang hilang barang,ni kan pula sekolah agama,”jawab Pengetua tadi yang sedikit bengang mendengar kata-kata bapa yang mengaitkan masalah ini dengan Islam.

Pengetua itu berada pada landasan yang benar,masalah-masalah yang timbul pada waktu sekarang,tiada satu pun berpunca daripada agama.Cuba anda kembali kepada zaman arab jahiliyah,apabila seseorang itu melakukan kesalahan,membunuh anak,merogol wanita yang tidak berdosa,adakah agama anamisme mereka yang dipersalahkan?Tidak,orang itulah yang dipersalahkan kerana tindakannya yang tidak bertamadun. Tetapi kenapa bila Islam datang,jika orang Islam melakukan kesalahan, Islam yang dipersalahkan,bukan orang yang melakukan kesalahan itu?

Jawapannya mudah,dengki.Manusia tidak akan duduk senang melihat sesuatu yang sempurna,hati kecil yang penuh dengan hasad dengki ini sentiasa mengintai-intai keburukan pada yang sempurna itu walhal mereka tahu mereka tidak akan dapat mencarinya.Untuk menegakkan prinsip mereka yang salah itu,mereka sanggup melakukan apa sahaja.Pelbagai cara digunakan,pelbagai helah disabitkan supaya yang sempurna itu nampak seperti ada kelemahan.

Perhatikan,ada tak di dalam sejarah,jika orang Kristian melakukan kesalahan, Kristian dipersalahkan?Ada tak Yahudi dipersalahkan jika ada penganutnya yang merogol?Atau ada tak Buddha dimaki,dicaci disebabkan penganutnya membunuh orang?Tidak,tak pernah ada walaupun sekali.Kenapa?Kenapa bila orang Islam membuang sampah merata-rat,Islam disalahkan?Kenapa?Sebab agama-agama lain tidak sesempurna Islam. Bagaikan kain hitam,terkena tahi sekalipun,orang tidak akan perasan.

Praying Mat by wazari

kain putih..

Berlainan dengan Islam yang sempurna,apabila seorang sahaja penganutnya melakukan kesalahan,Islam akan dipersalahkan.Yup,kain putih,kalau kena debu pun orang akan perasan.Kain itu ialah agama manakala apa-apa unsur luar yang terkena padanya merupakan penganutnya.Jika anda seorang yang beriman dan beramal soleh,anda boleh diketogerikan sebagai cat yang bewarna-warni,yang akan menghias kain itu namun jika anda seorang yang mempunyai ‘tamadun’ yang sama dengan penyokong fanatik Kelantan yang ‘gila’ itu,maka anda adalah najis yang mengotori kain yang putih itu.

Masalah tamadun ke tak,bukanlah masalah agama.Agama sememangnya mengajar penganutnya untuk bertamadun,perhatikan agama mana-mana sekalipun,mengajar penganutnya untuk berdisiplin.Siapa kata hanya Islam yang mengharamkan babi dan arak?Kristian pun mengharamkan babi dan arak.Siapa kata hanya Islam sahaja yang melarang penganutnya melakukan hubungan luar tabi’e?Yahudi pun melarang penganutnya melakukan hubungan luar tabi’e.Lihatlah,semua agama mengajar manusia untuk menjadi sempurna.Masalahnya pada diri manusia itu sendiri.

Aqeel berasa sangat lapar,lalu dia meminta ibunya menggorengkan apa-apa untuknya.Ibunya dengan penuh kasih sayang membuatkan Aqeel ayam goreng dan menghidangkannya di atas meja.Namun,Aqeel tidak makan ayam goreng itu dan mengakibatkan dirinya berada terus dalam kelaparan.Jadi,adakah boleh kita salahkan ibu Aqeel sedangkan ibunya telah berusaha untuk mengenyangkannya?

Begitulah analoginya kita dengan Islam.Allah telah menyediakan kita satu cara hidup yang sempurna,lengkap tanpa kecacatan.Namun kita sebagai manusia yang diberi hak untuk memilih,tidak memilih secara menyeluruh. Kita pilih apa yang kita hendak,apa yang kita mahu padahal kita sepatutnya pilih apa yang kita perlu.Allah sebagai Pencipta kita,tahu apa yang kita perlu jadi Dia menyediakan kita satu cara hidup yang kita perlu iaitu Islam.

Bukti Allah mengetahui apa yang makluk Nya perlu.Lihatlah beruang kutub.Allah tahu bahawa beruang kutub tinggal di tempat sejuk,maka Allah ciptakan lapisan bulu yang tebal pada badannya untuk dia teruskan kehidupan dengan sempurna.Bayangkan kalau Allah ciptakan berang kutub mempunyai bulu senipis bulu kucing,alamatnya terpaksalah kita memakaikan beruang itu baju sejuk.Lihatlah lagi burung yang berterbangan. Disebabkan Allah tahu burung sifatnya ingin terbang lama, maka Allah ciptakan sayap yang ringan untuk burung terus terbang.Dan Allah tahu manusia perlukan satu cara hidup maka Allah beri manusia Islam untuk manusia teruskan hidup dengan sempurna.Cuma,yang speselnya manusia, Allah beri kita akal,Allah beri kita kuasa untuk memilih,maka bergantung pada diri kita sendirilah untuk memilih Islam ataupun tidak.

polar bear by MatthewPHX

polar bear

‘Pilih’.Inilah ujian Allah.Ujian untuk menilai hamba-hamba Nya.Dalam surah Al-Mulk Allah berfirman bahawa mati dan hidup ini adalah ujian untuk menentukan yang terbaik di kalangan hamba Nya.Bagaimana bentuk ujian ini?Soalan berbentuk Pilihan!Soalan pertama,anda harus memilih antara agama yang ada di atas muka bumi ini.Allah tahu bahawa anda tidak akan dapat jawab soalan ini maka Allah berikan anda satu klu yang cukup jelas dalam ayat yang lain yang berbunyi, “sesungguhnya agama yang diredho di sisi Allah ialah Islam.”

Apabila anda memilih Islam sebagai cara hidup,maka timbul lagi satu persoalan iaitu kejayaan yang macamana yang anda mahu.Jika dalam xm,adakah anda hanya sekadar ingin lulus kesemua subjek atau anda ingin mendapat anugerah dekan?Persoalan sekarang,bukanlah anda mahu berjaya atau tidak,tetapi kejayaan yang bagaimana yang anda mahu. Dan aq sebagai manusia biasa yakin bahawa kita semua inginkan kejayaan yang paling utama dan disebabkan Allah tahu yang kita semua mahukan kejayaan yang utama,maka Allah beri kita satu lagi petunjuk.

Dalam surah Al-Asr,Allah berfirman bahawa semua manusia dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh,berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran.Berdasakan ayat ini,jika anda tidak ingin menjadi orang yang rugi atau dalam perkataan lain,jika anda ingin mencapai kejayaan yang paling menguntungkan,anda harus beriman dan beramal soleh,berpesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran.Tapi,kenapa Allah fokuskan kepada amalan-amalan ini?Benar, inilah amalan-amalan yang utama dalam Islam!Jika anda mengatakan solat merupakan amalan utama,maka anda asyik kusyuk dengan solat sehingga anda melupakan tanggungjawab anda sebagai seorang pendakwah,maka anda bukanlah orang yang berjaya.Kalau anda mengatakan hanya dengan solat anda akan berjaya,bagaimana dengan Sumayyah?Sumayyah syahid sebelum perintah solat diturunkan,bermakna Sumayyah tidak pernah solat tetapi mengapa nabi mengatakan Sumayyah merupakan orang yang berjaya?Sebab dia berpesan-pesan pada kebenaran dalam kalangan ahli keluarganya.

Mengapa berpesan-pesan kepada kebenaran menjadi salah satu amalan utama yang difokuskan oleh Allah?Amalan ini difokuskan kerana amalan ini mampu mengubah diri sendiri dan orang lain.Apabila kita berpesan kepada orang lain,sedarlah bahawa orang pertama yang dipesan ialah diri kita sendiri. Apabila kita berkata sesuatu,telinga kitalah telinga yang pertama mendengarnya,bukan telinga kawan kita.Jadi ,secara automatik kita telah berpesan kepada diri kita sendiri.Untuk orang mendengar nasihat kita, kita harus melakukannya.Kita tidak suka orang membuka aurat,maka kita kena tutup aurat,barulah kita layak untuk menegur orang lain.Adakah Cuwii yang berbogel layak menegur Kasma yang membuka aurat?Tidak!

Jadi,jika inilah yang diamalkan oleh penyokong2 bola yang fanatik,aq yakin bukan sahaja trak tidak dibakar,malah tiada satu sampah pun akan tertinggal di dalam stadium.Kejayaan para sahabat disebabkan mereka saling berpesan kepada kebenaran.Apabila mereka berjumpa,mereka akan bertanya tentang iman sahabat yang lain dan mengingatkan mereka supaya beriman kepada Allah.

Kenapa perlu berpesan-pesan ini?Kerana manusia itu sikap azalinya pelupa! Manusia dalam bahasa arab,Nas yang berasal daripada perkataan Nasi iaitu lupa.Lupanya manusia ini,sehinggakan dalam surah An-Nas Allah berkata, “katakanlah, Aku adalah Raja manusia.” Cuba anda fikir,jika ada masalah di kampung anda dan Dato’ Sri Najib turun ke kampung anda,maksunya masalah yang dilanda oleh kampung anda itu bukanlah masalah yang kecil tetapi masalah yang tersangat besar.Jika seorang pemimpin turun padang di suatu tempat,bermakna tempat itu betul-betul mempunyai masalah yang teruk.Apabila Allah sendiri turun padang, mengingatkan manusia siapa Raja mereka, hal ini menerangkan betapa manusia ini betul-betul makluk yang pelupa.Disebabkan hal inilah, wajib ke atas kita untuk berpesan-pesan antara satu sama lain.

Kuwii jalan-jalan dalam sebuah taman dengan memakai baju yang baru.Tiba-tiba seekor burung cenderawasih berak di belakang Kuwii tanpa pengetahuannya.Ditakdirkan Allah,semasa Kuwii sedang berjalan-jalan,dia terjumpa Yuwii,lalu dia memamerkan baju baru yang dipakainya tetapi Yuwii gelak kepadanya.Adakah Kuwii akan tahu bahawa di belakangnya ada najis burung jika Yuwii tidak memberitahunya?

Di sinilah pentingnya berpesan-pesan kepada kebenaran.Walaupun pahit untuk menyatakannya,anda wajib melaksanakannya kerana jika tidak diberitahu,dia akan terus berada dalam kesesatan.Jika Yuwii tidak memberitahu Kuwii yang di belakangnya ada najis,Kuwii akan terus dikutuk.Memang berat untuk Yuwii menyatakan baju baru Kuwii ada najis, tapi Yuwii wajib memberitahunya,kalau tidak Kuwii akan terus berada dalam keadaan yang memalukan.

“Taknak lah..nanti Kuwii marah..tu baju baru dia..nanti die ingat aq dengki dengannya,”jawab Yuwii.

Jika anda betul-betul sayangkan Kuwii,anda wajib lakukan,kalo tidak,hal yang lebih teruk akan berlaku.Mungkin jika anda tidak akan menegurnya, selepas dia sedar bahawa di belakangnya ada najis,dia akan mempersalahkan anda disebabkan anda tidak memberitahunya awal-awal lagi.Atau mungkin,orang lain akan mempersalahkan anda disebabkan anda berdiam diri tidak menegurnya.Nabi telah ajar kita secara jelas tentang hal ini.Nabi telah bersungguh-sungguh menjelaskan tentang Islam kepada bapa saudaranya,Abu Lahab, walaupun baginda tahu bahawa kemungkinan besar baginda akan dibunuh.Bagi baginda,biarlah dirinya dibunuh asalkan dia dapat menyelamatkan bapa saudaranya daripada api neraka. Lihatlah,nabi sanggup menggadai nyawanya semata-mata untuk berpesan-pesan.

Jadi,mulai hari ini,marilah kita bersama-sama dalam berpesan-pesan ke arah kebaikan.Kita tidak perlu untuk jadi ustat baru dapat berpesan-pesan, kita tidak perlu menjadi maulana untuk berpesan-pesan,cukuplah dengan diri kita sekarang.Agama ini bukanlah milik ustat,maulana,mahupun mufti tetapi agama ini milik kita semua,jadi semua orang boleh berbicara tentang agama.Jika anda menunggu ilmu anda cukup dulu baru anda ingin berpesan-pesan,maka tunggulah sewaktu di kubur nanti.Anda berpesan-pesanlah kepada ular dan kala jengking.Sahabat-sahabat tidak pernah belajar ilmu hadis tetapi mereka tetap berpesan-pesan kepada kebenaran.Inilah muslim sejati,inilah muslim yang tidak rugi yang dimaksudkan oleh Allah dalam surah Al-Asr.

One thought on “Aku pilih untuk berjaya

  1. “Jadi,mulai hari ini,marilah kita bersama-sama dalam berpesan-pesan ke arah kebaikan.Kita tidak perlu untuk jadi ustat baru dapat berpesan-pesan, kita tidak perlu menjadi maulana untuk berpesan-pesan,cukuplah dengan diri kita sekarang.Agama ini bukanlah milik ustat,maulana,mahupun mufti tetapi agama ini milik kita semua,jadi semua orang boleh berbicara tentang agama.Jika anda menunggu ilmu anda cukup dulu baru anda ingin berpesan-pesan,maka tunggulah sewaktu di kubur nanti.Anda berpesan-pesanlah kepada ular dan kala jengking.Sahabat-sahabat tidak pernah belajar ilmu hadis tetapi mereka tetap berpesan-pesan kepada kebenaran.Inilah muslim sejati,inilah muslim yang tidak rugi yang dimaksudkan oleh Allah dalam surah Al-Asr.”

    marilah sma2 kita saling berpesan2..
    semoga Allah merahmati kita..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s