Bagai meniti jalan berduri

jalanberduri

Membaca dan mengkaji al-Quran mempertemukan saya dengan satu perkataan yang sering muncul dalam penceritaan Allah SWT tentang ahli-ahli syurga. Apakah perkataan tersebut? Apakah maksudnya? Bagaimana menggapainya? Let’s check it out..

” Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.”(surah ar-Ra’d:35)

” Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu,”(surah al-Lail:17)

Ayat-ayat Allah ini menerangkan bahawa orang yang bertakwa itu dijanjikan syurga dan dijauhkan dari neraka.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”(surah ali-Imran:102)

” Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,”(surah al-Baqarah:2)

“……Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”(surah al-Maidah:2)

“….Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(surah al-Maidah:8)

Allah juga berpesan agar kita tolong-menolong dalam mengerjakan kebaikan dan takwa. Kita juga diseru untuk berlaku adil kerana itu lebih dekat dengan takwa.

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”(surah al-A’raf:26)

“Jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka, padahal sesungguhnya kamu sudah menentukan maharnya, maka bayarlah seperdua dari mahar yang telah kamu tentukan itu, kecuali jika isteri-isterimu itu mema’afkan atau dima’afkan oleh orang yang memegang ikatan nikah, dan pema’afan kamu itu lebih dekat kepada takwa. Dan janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang kamu kerjakan.”(surah al-Baqarah:237)

Allah juga menerangkan bahawa pakaian takwa itulah yang terbaik dan sesungguhnya memberi kemaafan itu lebih dekat dengan takwa.

” (Ingatlah) hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang yang takwa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat,”(surah Maryam:85)

” Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang- orang yang mendapat kemenangan.”(surah an-Nur)

Dan yang pasti, mereka yang bertakwa adalah mereka yang berjaya disisi Allah SWT. Membaca ayat-ayat ini membuatkan otak ini berputar ligat memikirkan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan takwa? Macam mana nak jadi hamba Alllah yang bertakwa?

Alhamdulillah..dalam pencarian tersebut, Allah memperkenalkan saya dengan Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam karangannya yang bertajuk Ruhaniah Daieah kalau tak silap. Siapakah beliau? Beliau adalah ulama’ yang hidup sezaman dengan Sayyid Qutb, Abdul Qadir ‘Audah dan lain-lain. Ulama’ yang cukup saya kagumi kerana di saat-saat akhir hidupnya pun, dengan sisa kekuatan yang sedikit akibat sakit, beliau masih mampu untuk menyumbang dalam dakwah. Pakar-pakar perubatan dan sahabat handai menasihati beliau supaya berhenti membaca dan menulis kitab kerana ianya akan menjejaskan rawatan dan menambahkan kesakitan yang dialami, tetapi Dr Abdullah Nasih Ulwan hanya tersenyum dan berterima kasih atas keprihatinan mereka serta menyatakan, selagi tangan, mata dan nadinya masih berdenyut selagi itulah sumbangan kepada dakwah Islamiah wajib diteruskan. Selagi tangannya mampu memegang pena selagi itulah beliau akan terus menulis. Sehinggalah pada keadaan beliau tidak dapat bangun, beliau meletakkan bantal di atas perut untuk menulis dan membaca. Keadaan ini berterusan sehinggalah beliau bertemu Allah. Semoga saya dan rakan-rakan juga diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk istiqamah dalam dakwah seperti beliau. Ok, untuk next post mungkin saya boleh ceritakan lebih detail mengenai tokoh yang hasil tulisannya sangat menyentuh hati ini.

Menjawab kepada persoalan tadi, apakah itu takwa?

Perhatikan kisah perbualan antara Saidina Umar dan Ubai bin Kaab.

“Apakah itu taqwa?”

” Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?”

” Pernah.”

” Jadi taqwa ialah perbuatan bersungguh kamu melalui jalan yang berduri itu tadi.”

confusing_cross-roads

Hm, bayangkan kita berjalan di atas jalan yang penuh duri. Sudah pasti kita akan berhati-hati melaluinya kerana kalau tersilap langkah, pasti kita akan kesakitan dicucuk duri. Begitulah takwa. Sifat berhati-hati kita dalam menjalani kehidupan agar selari dengan kehendak Yang Maha Esa. Takwa juga menurut ulama’ bermaksud memelihara diri dari azab Allah dengan beramal soleh secara terang atau sembunyi.

Dan bila takwa sudah berada dalam diri kita, kita sudah tidak perlukan hujah lagi untuk beramal. Seperti para sahabat yang apabila diperintahkan solat, maka mereka dirikan solat. Tanpa perlu bertanya kenapa. Kita sekarang ni yang didedahkan dengan kebaikan-kebaikan solat dan sujud dari segi sains dan kesihatan pun masih bertanya, kenapa perlu solat? Jauhnya kita dengan generasi sahabat. Ya Allah, ampunilah kami…

Jadi,bagaimana untuk kita menjadi hambaNya yang bertakwa? Disini, Dr Abdullah Nasih Ulwan menunjukkan 5 wasilah(cara) mencapai takwa yang boleh diamalkan oleh kita semua insyaAllah.

1.Mu’ahadah (perjanjian)

Carilah masa yang sesuai untuk kita berkhalwat(berdua-duaan) dengan Allah SWT setiap hari, di tempat yang sunyi tanpa orang lain untuk kita memperbaharui janji kita padanya. Janji dalam surah al-Fatihah ayat 5 hingga 7. Berjanjilah denganNya secara bersungguh-sungguh. Semoga kita termasuk dalam hamba-hamba yang dipeliharaNya dari azab api neraka.
2. Muraqabah ( pengawasan)

kita perlu memahami konsep ihsan. Melakukan sesuatu dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Seperti Allah melihat kita, atau seperti kita melihat Allah. Kita perlu mengawasi diri kita dalam segala aspek kehidupan. Kalau kita makan pastikan sumber yang kita perolehi ialah dari sumber yang halal.

3. Mu’aqabah ( penghukuman atau dera diri )

Kita mestilah rasa bersalah sekiranya telah tidak melakukan perkara yang disuruh oleh agama. Seperti mana peristiwa yang berlaku kepada Saidina Umar ketika mana beliau pada suatu hari keluar ke kebunnya. Oleh sebab terlalu asyik dengan kerjanya, beliau telah terlepas solat Asar secara berjemaah. Sebagai balasannya kepada kealpaanya, beliau telah memberi semua kebunnya untuk kegunaan fakir miskin.

Deralah diri kita biarpun tertinggal amalan yang sunat seperti terlupa membaca al-ma’thurat, atau tertido hingga terlepas qiam, dengan deraan seperti kene baca al-Quran satu juzuk pada hari tersebut atau lain-lain. Kerana sesungguhnya dengan mendera diri, kita dapat mengajar diri untuk istiqamah dalam sesuatu amalan.

4. Muhasabah ( penilaian )

Seperti mana kata Saidina Umar ” Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab ” yakni sentiasa melakukan penilaian apa yang telah kita kerjakan dalm kehidupan harian kita sama ada selari dengan syara’ atau tidak. Jika tidak, beristighfarlah dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi pada esok hari.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(surah al-Hasyr:18)
5. Mujahadah ( kesungguhan )

Yang paling penting dalam kita mengejar takwa ialah mujahadah. Bukan mudah untuk melakukan keempat-empat perkara di atas jika tiada usaha dan kesungguhan dalam diri. Berusahalah untuk memperbaiki diri, beruasahalah untuk menjadi lebih baik. Berusahalah untuk melawan futur(malas) dan berusahalah untuk menjaga diri daripada dikawal oleh hawa nafsu kerana mujahadah yang tertinggi ialah ialah mujahadah melawan nafsu.

Semoga saya dan rakan-rakan diberi kekuatan untuk berusaha mencapai takwa dan menggapai syurga Allah SWT. Sesungguhnya syurga Allah itu mahal. Berkorbanlah sedikit di sini, demi kebaikan sendiri di sana kelak.

One thought on “Bagai meniti jalan berduri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s