Think!

think

Post kali ni,aq nak bgtaw korang ape hobi aq.Kalo dalam interview ke,ta’aruf ke,aq jarang bgtaw hobi aq yang sebenar,biase aq cakap hobi aq ngorat awek, main game,melukis.Tapi,tu bukan hobi aq.Hobi aq yang sebenarnya ialah berfikir.Bukan berangan,tapi berfikir.Tak kisahlah fikir ape,tapi memang aq ske berfikir walopon at last x dpt solve masalah yg aq pk.Sebab tu,kadang2 korang pk bende tu agak simple tapi aq amik serius.

Pernah sekali,aq bukak komputer aq,aq tengok ade oram misscall aq. Aq trus tanye die, “kenapa misscall?salah tekan ke?”Die jawab ye.Mungkin bagi die, perkara itu berhenti pada tyme tu,tapi tidak bagi aq.Aq terus berfikir, “betol ke die salah misscall aq atau die sengaja misscall aq.Em…Kalo die gune YM baru(version 9 atau Vista) mungkin bley salah call tapi kalo die gune YM lame, bukan senang nak salah call.Maksudnye,die sengaja call.Kalo die sengaja call aq,knape die call aq? dan…”

Cukup,aq taknak crite lebey2 ape yang aq pk selepas tu.Ni lah aq,sorang yang ske berpk panjang.Aq paling suke pk tentang ‘apa yang akan jadi kalo aq buat ni’. Nampak seperti berangan tapi seriously,perkara ini banyak membantu aq dalam kehidupan seharianku.Aq xtaw la hobi ni ok ke tak,ye la,mana tidaknya,perkara simple tapi aq pk sampai bley jadi fukuzatsu giler(complicated).Aq start berpk ni lepas aq dimalukan dalam satu persidangan naqib seluruh Kelantan di Falahiah tahun 2004.Aq pk knapa aq dimalukan,ape yang aq telah buat, apa akan jadi kalo aq cakap ini,semua aq pk.Ah,tak kisahlah dengan hobi aq, ape yang aq nak crite sebenar ialah ‘berfikir dalam Islam’.

Fikir merupakan kuasa terhebat manusia.Manusia dianugerahkan akal oleh Allah untuk mentadbir alam ini menjadi alam yang sesuai dengan kehidupan manusia.Disebabkan anugerah yang agung ini,manusia dinobatkan sebagai sebaik-baik makluk.Namun,akal tanpa berfikir seperti gula tanpa manisnya, seperti mati sebelum ajal.Tidak sempurna.Orang gila juga berakal namun dia tidak dapat berfikir,at last,dia akan dihantar ke sebuah tempat khas untuk dijaga oleh orang yang berakal dan mampu berfikir dengan waras.

Hebat tak hebat kuasa fikir ini sehinggakan besi yang sifatnya tenggelam apabila diletakkan di dalam air menjadi terapung dan besi yang sama, dengan kuasa fikir manusia,mampu terbang bebas di angkasa.Dengan kuasa fikir manusia,manusia tidak perlu lagi untuk berjalan jauh demi menyampaikan maklumat, cukup dengan duduk di hadapan komputer. Semuanya di hujung jari anda! Inilah kehebatan kuasa fikir manusia.

Antara lelaki dan wanita,yang mana lagi hebat berfikir?Sememangnya lelaki!Sejarah telah membuktikan betapa hebatnya lelaki dalam berfikir sehingga lelaki itu menjadi batu!Gurau2..Memang terdapat perbezaan antara cara berfikir lelaki dan wanita,secara umumnya.Seorang lelaki tidak akan dapat menyempurnakan sesuatu tanpa fikir daripada seorang wanita dan begitu juga dengan wanita,dia tidak akan dapat mencapai konklusi yang sempurna tanpa bantuan daripada fikir lelaki.Inilah fitrah alam yang diciptakan oleh Yang Maha Kaya.

Ronin tengah berfikir..

Mengikut naqib ku,lelaki apabila berfikir sesuatu masalah,dia akan terus fikirkan jawapannya manakala kalau wanita berfikir,dia akan berfikir masalah-masalah lain yang berkaitan dengan masalah utama.Sebagai contoh,kalau lampu di rumah rosak.Wanita akan berfikir macamana ingin menggantikan lampu yang baru,kalau boleh ganti,macamana nak capai tempat tinggi,kalau guna tangga,tangga tu nak cari kat mana.Banyak persoalan yang akan timbul dalam kepala otak wanita. Manakala lelaki pula,apabila diberitahu oleh isterinya yang lampu dapur rosak,dia akan pergi ke kedai untuk membeli lampu.Bila balik ke rumah, barulah dia perasan,macamana nak naik ke atas.Nampak tak?Lelaki ni lurus skit dalam berfikir,terus kepada penyelesaian,tetapi wanita,dia bercabang-cabang tapi tiada penyelesaian.Sebab itu lelaki n wanita ini perlu bergabung dalam menyelesaikan sesuatu masalah,barulah sempurna.

Dalam al-quran,Allah memberitahu ayat untuk berfikir ini secara tegas dan sindir.Banyak ayat quran yang berakhir dengan ayat ‘afala tatafakkarun!’ yang bermaksud, ‘adakah kamu tidak berfikir!’Tegas dan sindir. Apabila Allah berbicara tentang  sesuatu kejadian,Dia akan akhiri ayat itu dengan ayat di atas,supaya apa?Supaya manusia nampak hikmah di sebalik kejadian itu.Jika hujan turun,memanglah Allah suruh manusia tengok hujan itu turun tapi Allah tegaskan lagi supaya manusia berfikir,apa hikmah di sebalik hujan yang turun.Apa yang boleh dibuat dengan air hujan yang turun.Apa yang akan berlaku kat tempat tinggal manusia jika hujan turun.Ha,inilah yang Allah maksudkan.-Berfikir-

Kenapa tegas dan kenapa sindir?Allah menegaskan ayat supaya manusia tahu bahawa berfikir itu sangat-sangat penting,bukan untuk Nya tapi untuk manusia.Untuk manusia mengenal siapa dirinya lantas mengenal siapa Pencipta nya.Ramai di antara saintis-saintis yang memeluk Islam disebabkan mereka berfikir.Mereka menemukan proton,neutron dan elektron dalam satu struktur yang menagungkan.Mereka berfikir, macamana struktur benda-benda ini dapat kekal dalam bentuk yang menakjubkan.Akhirnya mereka mengakui bahawa ada satu kuasa besar yang mengawal kesemuanya dan mereka memeluk Islam. Ayat ini juga merupakan ayat sindiran kepada manusia.Pinjam kata-kata Tok Guru dalam menerangkan ayat ini merupakan ayat sindiran, “mung xdok otok ko?!”Kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Kay-El, “adakah kamu tidak mempunyai otak?”Kan kasar bunyinya.

Allah kalau Die nak suruh sesuatu,Dia akan tunjukkan.Sebab Allah faham manusia tidak dapat membuatnya kalau tiada demo.Maka,Allah utuskan Nabi Muhammad untuk ajar manusia berfikir.Nabi Muhammad punya fikir, fuh,cukup hebat.Tiap-tiap malam baginda menangis mengenangkan nasib umat akhir zaman.Dalam tak dalam pemikiran nabi,sehinggakan diberi satu analogi.Baginda berfikir macamana bayi yang lahir pada akhir zaman akan masuk syurga.Memanglah tiada guna berfikir tentang golongan yang sudah dijanjikan masuk syurga,tapi nak cakap seriusnya nabi dalam fikir ummat sehinggakan golongan yang dijamin masuk syurga pun baginda fikir, apatah lagi golongan yang tak dijamin.

Malam-malam baginda menangis sehinggakan pipi baginda basah dengan air mata disebabkan fikir risau baginda terhadap ummatnya.Alhamdulillah, berkat fikir baginda tiap-tiap malam,kini bilangan umat Islam begitu banyak sehinggakan ke mana sahaja kita pergi,mesti ada muslim walaupun seorang.Lihatlah,inilah kuasa fikir manusia.

Jadi,jika nabi sentiasa fikirkan tentang kita,adakah wajar kita tidak berfikir tentang baginda?Pernahkah kita menangis kerana baginda?Pernahkah kita berasa bersalah apabila tidak berselawat ke atas baginda?Pernahkah?

Kerana kita menjadikan nabi sebagai role-model maka wajiblah ke atas kita untuk mengikuti segala jejak langkah nabi.Oleh itu,marilah sama-sama kita berfikir cara-cara untuk menyelamatkan umi,abah,abang long,kak long,angah,cu dan kita sendiri daripada dijilat api neraka.Percayalah, hanya dengan kuasa fikir sahaja kita mampu mengubah diri kita dan orang lain dan percayalah,hanya anda sahaja dapat membuatkan kuasa fikir anda menjadi hebat.

Anda sibuk memikirkan nasib kawan-kawan anda yang bercouple,anda sibuk memikirkan nasib kawan-kawan anda yang membuka aurat sehingga anda terlupa untuk memikirkan diri anda sendiri.Inilah yang berlaku terhadap Azazil.Apabila diminta oleh para malaikat untuk mendoakan mereka terselamat daripada menjadi kufur,Azazil terlupa untuk mendoakan dirinya sendiri.Natijahnya,dia diharamkan syurga dan dicampakkan ke dunia.Samalah dengan kita ,jika kita asyik sibuk memikirkan masalah orang lain dan melupakan masalah diri sendiri, akibatnya kita yang akan terkorban.

Namun hanya dengan berfikir tanpa tindakan,semuanya sia-sia.Anda habiskan masa yang begitu lama untuk berfikir tapi tiada sebarang tindakan diambil seolah-olah anda menyediakan makanan yang banyak tetapi anda tidak menyentuhnya,tiada makna dan tiada faedah.Nak tak nak,anda harus lakukan apa yang anda fikir,barulah apa yang difikirkan itu menjadi realiti. Kalau tidak,kita boleh klasifikasikannya sebagai angan-angan.Mak Jening juga berfikir cara-cara nak jadi kaya namun dia hanyut dalam pemikirannya sehingga mengakibatkannya terbunuh.

Ingatlah pepatah arab,”amal tanpa ilmu itu bodoh dan ilmu tanpa amal itu jahil.

“Finally….THINK and DO IT!

One thought on “Think!

  1. salam..
    hmm..menarik post kali nie..mmg manusia sentiasa berfikir..even nk anta comment ni pn kna berfikir..but da way we think will lead us to one conclusion..berfikir ade caranye..cm ne nk bezakan kter berfikir menggunakan akal atau mengikut hati??huhu…=)..think about it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s