Kan kita kawan?

kan-kita-kawan

Kawan? Saya percaya tak ada siapa pun yang boleh hidup seorang diri . selain ibubapa , kawan la orang yang paling dekat dan rapat dengan kita. Tambahan pula bagi pelajar macam kita ni , yang duduk berjauhan dengan ibubapa ni,dekat kawan la kita nak berkongsi rahsia kita minat kat awek mana , berkongsi makan walaupun kawan kita tu suka tibai semua makanan kita , share2 katil bila tengok cerita hantu pastu takut nak tidur sorang2 dan macam2 lagi . pendek kata kawan la yang turut mewarnai hidup kita hari2 . betul tak ? kalau hidup seorang diri mesti boring tahap gama beta la . namun adakah kawan kita tu menyanyagi kita agar kita bahagia bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat jua ataupun untuk dunia semata2? Cuba kita renungkan sejenak dua situasi dialong di bawah tentang nasihat seorang kawan terhadap kawannya dalam meniti cabaran hidup .


Situasi A

Leman : huh ! tension betul aku . memang la tak ada la 24 jam aku tengok buku tu tapi kira study jugak la nak dibandingkan dengan si Dolah tu . tapi alih2 dia lulus tapi aku pulak yang fail . menyampah betul aku . apa la nasib aku ni . weekend ni nak kena buat extra assignment pulak nak bagi lulus .

Seman : eh relaks la bro ! . ko ni cepat angin la . amacam kalau malam ni kita pergi disko ? orait bro ?

Leman : Disko ? aku mana main tempat macam tu . tak apa la .

Seman : kau tak cuba pergi lagi memang la cakap macam tu . tapi bila dah pergi tiap2 hari kau rasa nak pergi tau . ala bro …malam ni pukul 12 set ?

Leman : aku tak biasa la .

Seman : ala kau ni . aku ni bukan apa . tak nak tengok kau sedih je . try la kau ni rasa nikmatnya hidup ni sikit . kan kita kawan ? apa guna kawan kalau kawan sedih pun tak leh tolong . betul tak bro ?

leman : aku tak pernah lagi pergi tempat macam tu . kalau mak bapak aku tahu tak ke mati aku ?

Seman : haloo bro ! kau tu nak jadi bapak orang pun tak lama lagi . tak kan la nak duduk bawah ketiak mak bapak kau aje . cuba la kau rasai sikit bahagianya hidup kat atas muka bumi ni . kita hidup ni kena happy2 tau bukan nak sedih2 .

Leman : memang la nak happy tapi ……….. Seman : dah2 ! kau jangan nak pikir2 lagi . kau ikut aje aku malam ni . aku jamin settle punya semua problem kau . kau percaya la kata2 aku ni . aku ni dah rasa macam2 nikmat hidup kat atas muka bumi ni kau tau ? haa..sekarang ni….aku nak kau pun rasa gak nikmat yang aku rasa ni .

Leman : ok la camtu .

Situasi B

Senah : aku bengang la . macam mana aku bleh fail tuk Chemistry ? aku dah study mati2 dah kau tahu.

Minah : sabar Senah . ada hikmahnya tu . kau ni cepat sangat nak marah2 .

Senah : mana nak sabarnya aku Minah . kau bayang la orang macam si Jenab yang tidur 24 jam sehari tu pun bleh lulus . ni kan pulak aku yang study ni . kau rasa adil tak ?

Minah : Senah kau mana tahu si Jenab tu 24 jam tidur ? mana tahu kat kelas dia tidur tapi kat umah bersengkang mata study malam2 . kalau tak mana la boleh dia tersengguk2 tidur dalam kelas . cuba kau pikir2 elok2 . tak elok kau marah2 ni .lagipun kita kena banyak sabar . mungkin ni dugaan dari Allah untuk kau sebagai hambaNya .Dalam surah Al-Ankabut(ayat 2) Allah berfirman “ Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , “ Kami telah beriman ,” dan mereka tidak diuji? ”..mungkin tanpa kau sedar sekarang Allah tengah uji tahap keimanan kau . kau kena banyak bersabar Senah..mungkin kau rase dah ganbatte abis-abisan sampai nak pecah otak kau..tapi mungkin ade something yang kau buat yang Allah tak suka jadi Allah nak kau sedar. kau kena ingat bahawa Allah S.W.T tu sangat adil kepada setiap hambaNya . lagipun Allah dah bagitau awal-awal dalam Al-Quran“ Demikianlah itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri . Dan sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hamba-Nya “ (surah Al-Anfal ayat 51).Yang aku nak highligthkan kat sini adalah disebabkan oleh tangan kau sendiri Senah..maksud aku kau fail disebabkan diri kau sendiri . mane la tahu cara kau study tak betul ke…mesti ada kurangnya Senah .

Senah : mana kurangnya aku study Minah ? tiap2 hari aku stay up tau semata2 untuk Chemistry tau . nota2 Chemistry aku tu aku bawa aje pergi mana2 . mana kurangnya lagi Minah ?

Minah : Senah…kita ni kalau study macam mana pun kena ingat kat Allah jugak . bila dekat2 nak exam kau ada tak buat semayang hajat malam2 ? mengaji Al-Quran ke berzikir untuk mengisi jiwa kau ? solat2 sunat untuk menampung solat2 yang wajib ? kalau tak kerana nak exam pun ada tak kau buat benda2 tu bila2 masa kau free? kadang2 kita ni kan terlalu mementingkan apa yang kita nampak kat dunia aje sampai kita lupakan tanggungjawab kita yang sebenarnya . nak kejar dunia tak salah tapi jangan lupa akhirat jugak . aku nasihat kau ni sebagai kawan yang sayang sangat kat kau . kau jangan terasa hati dengan kata2 aku ni pulak .dan lagi satu..kau kena ingat firman Allah dalam surah Al-Araf ayat 42 “ Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan , Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya . Mereka itulah penghuni syurga , mereka kekal di dalamnya .”kau kena ingat janji Allah ..syurga untuk orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan …bukan untuk orang yang putus asa dan kecewa..

Senah : terima kasih Minah . memang aku terlalu asyik kejar nak lulus aje sampai aku lupa kepada Pencipta kita , Allah . dah lama aku tinggalkan solat sunat semata2 nak kejar masa untuk study dan aku pun dah lama tak isi jiwa aku ni dengan ilmu kerohanian . teruknya aku . aku tak sedar pun benda tu .

Minah : tak apa Senah . kan kita kawan ?

Hurm..apa pendapat anda tentang Seman dan Minah ? dua2 pun sayang pada kawan . tapi sayang yang macam mana ? pada Seman kebahagian itu hanya terletak pada dunia semata2 tanpa memikirkan yang lebih kekal abadi iaitu akhirat sana . tapi pada Minah dunia bukan segala-galanya . bagi Minah kebahagian hidup di dunia hanya sementara tapi akhirat jua yang kekal abadi . dalam hidup kita yang penuh dengan rintangan dan dugaan ini macam2 kawan yang kita boleh temui . betul tak ? persoalannya kawan macam mana yang kita perlukan ? seorang kawan yang akan membawa ke jalan maksiat mahupun ke jalan yang penuh dengan nur cahaya keimanan . dalam hidup kita ni senang sangat nak cari kawan yang boleh untuk kita bergembira untuk kehidupan yang sementara ini . petik aje jari confirm boleh dapat ramai kawan punyer . apatah lagi kalau poket tu dah penuh dengan wang ringgit dan card credit aje . lagi senang nak dapat kawan untuk enjoy kan ? tapi bukan yang itu yang patut kita kejar-kejarkan . carilah kawan yang dapat membimbing anda bukan sahaja untuk kehidupan yang sejahtera di dunia bahkan akhirat jua . umur kita sudah cukup matang untuk kita memilih di antara kawan yang baik dan yang tidak baik bukan . jadi pilihan sudah ada di tangan anda sendiri . terpulang la pada anda untuk memilih yang mana . kawan yang hanya akan membawa anda kepada kebahagiaan dunia tapi kehancuran di akhirat ataupun kawan yang akan sentiasa membawa sinar bahagia bukan sahaja untuk di dunia bahkan akhirat jua . ingatlah kawan untuk bergembira senang untuk dicari tapi kawan ketika kita bersedih sukar sekali kan ? hurm..tapi anda pun harus ingat yang anda pun harus mencuba untuk menjadi seorang kawan yang baik yang dapat menunjukkan jalan yang penuh dengan nur cahaya keimanan kepada kawan2 anda . saya coretkan coretan ini untuk memperingati kelemahan diri saya sendiri dan untuk berpesan2 kepada kawan semua . sebab kan kita kawan ?

robocon6 by you.

nukilan:sahabat

3 thoughts on “Kan kita kawan?

  1. sahabat..org yg paling dekat dgn kter lagi2 bile kter jauh dri keluarga lagi2 bile kat perantauan nie..mmg sahabat la tmpt nk cter everything..tapi,pilih kwan kna pandai sbab dri kter ni dipengaruhi oleh org sekeliling..so,sygngi n hargai sahabat anda…=)

  2. “Aku menyayangi sahabatku dengan seganap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang,makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. jika ku temui, aku akan setia padanya”______dipetik dr kata2 Imam Shafie

  3. Ya Allah,
    kiranya RasulMu hidup bersahabat kuriakan jua aq sahabat,
    tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membanarkanMu seperti kebenaran AsSiddiq,
    biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmuMu seperti Ali,
    berilah sahabatku dari kemuliaan Khadijah yg Kau cipta sbg pasangan buat kekasihMu,

    Ya Allah,
    kiranya semua itu tidak layak untuk hamba miliki,
    hamba bersyukur dipertemukan dgn sahabat yg satu ini,
    mgkin padanya letak apa yg aku impikan slama ini,
    ana uhibbuki fillah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s