Sememangnya lelaki cair pada wanita

lelaki-cair-pada-wanita1

“Ayang da makan?”tanya si Romeo.

“Dah..sayang?Kalau belum meh ayang masak untuk sayang ek?”balas si Juliet.

“Ayang nak masak untuk sayang? Hepinye…Ayang..rindu la kat ayang..macam nak mati dah ni..”beritahu si Romeo.

“Ayang pon rindu kat sayang..rase tak boleh hidup tanpa sayang..sayang la segala-galanya bagi Ayang..”jawab si Juliet.

“Ayang..Ayang cinte kat sayang tak?”soal si Romeo.

“Sure la! Sayang la segala-galanya.”Jawab si Juliet namun jawapan itu tidak sampai kepada Romeo kerana kreditnya sudah kehabisan.

Wah,wah,wah~.Romantis sungguh percintaan Romeo dan Juliet.Ni ayat-ayat sebelum mereka kahwin,kalo mereka da kahwin?Lagi la romantik kan.Ape? Tak romantik lansung?geli?Meluat?Eh,tak baik cakap camtu. Memang la kite yang kat luar daripada dunia dorang merasakan meluat,nak muntah, menjijikkan,tapi mereka sangat bahagia dengan keadaan mereka sekarang.Kita takkan faham perasaan mereka melainkan kita juga merasakannya. Perasaan yang tidak dapat dirasa dengan gambaran seperti rasa buah durian.Anda mampu jelaskan kepada saya rasa buah durian?Pasti tidakkan.Dah tu macamana orang nak taw rasa buah durian?Orang yang nak taw tu kena rase!

Aq bukan menyuruh korang bercouple,apa yang aq maksudkan,jangan sesekali menghina atau mencemuh orang bercouple.Korang takkan paham perasaan mereka.Benar,bercouple itu salah tapi bukan senang untuk mereka berpisah.Alhamdulillah,sekarang kita masih selamat daripada ujian couple tapi kita tidak dapat pastikan bahawa esok kita tidak tergolong dalam golongan itu maka sama-samalah kita berdoa kepada Sang Pencinta supaya melindung kita daripada ujian ini.Ya Allah,jauhkanlah hamba-hamba Mu ini daripada ujian couple.

Dari form 1 lagi saya pikir,kenapa lelaki sanggup bunuh diri kerana wanita?Kenapa Sheh Jehan sanggup membunuh ramai hamba-hambanya semata-mata ingin membina memorial buat Mumtaznya?Kenapa seorang ayah sanggup mengikat perutnya untuk mencari sesuap rezeki buat keluargannya?Dan aq telah ketemui jawapannya.Semuanya kerana cinta.Kerana cinta lah manusia sanggup buat itu,buat ini.Biarlah apa-apapun terjadi pada dirinya tapi tidak sesekali dia akan biarkan orang yang dicintainya disakiti.Inilah kuasa cinta dan saya sangat-sangat mengaguminya.

Minggu lepas,aq ditegur oleh seorang kouhai(junior) tentang cinta.Tegurannya memberi satu tamparan hebat buat ku.Dia menyuruh aq membaca puisi yang dibuatnya.Dalam puisinya,dia menyoal pembaca kenapa seorang lelaki yang mulia darjatnya sanggup merendahkan darjatnya kerana wanita.Dari 1 aspek,aq menerima ini sebagai 1 teguran kerana sememang aq jahil bab cinta dan dari 1 aspek lagi,aq merasakan soalan ini tidak perlu ditanya kerana sememangnya FITRAH LELAKI AKAN MERENDAHKAN DARJATNYA UNTUK WANITA.Kenapa?Tak percaya?

Aq berfikir dan terus berfikir.Adakah aq benar-benar bodoh kerana mencintai seseorang yang bernama wanita?Jahil ke aq?Lama aq berfikir dan aq jumpa satu perkataan iaitu ‘fitrah’.Fitrah tentang kelemahan lelaki.Fitrah kisah kekalahan lelaki pada wanita.Perkataan ini muncul dalam benak fikiranku ketika aq berfikir tentang peristiwa nabi Adam memakan buah khuldi.Ketahuilah bahawa tidak pernah terdetik di hati nabi Adam untuk mendekati pohon khuldi.Kalau mendekati pun tidak,apatah lagi memakan buahnya.Namun,disebabkan digoda oleh Hawa,nabi Adam termakan buah khuldi.Bagiku cukuplah ini sebagai bukti bahawa lelaki memang secara fitrahnya lemah pada wanita.Tapi aq tetap teruskan pencarianku, adakah aq jahil disebabkan merendahkan darjatku demi seorang wanita.

Kisah Aqamah,sahabat Nabi,bermain-main difikiranku.Aqamah merupakan salah seorang sahabat nabi yang alim.Namun di akhir hayatnya,dia tidak dapat melafazkan kalimah toyyibah disebabkan dia telah menderhakai ibunya.Semuanya berpunca daripada isterinya.Aqamah sangat-sangat menyayangi isterinya sehingga dia sanggup menegetepikan ibu kandungnya sendiri.Lihatlah,seorang yang alim kalah dengan cinta seorang wanita.So,aq pikir,ini satu lagi hujah yang menyatakan sememangnya fitrah lelaki,lemah pada wanita.Namun,aq masih rasekan ada lagi peristiwa yang boleh aq jadikan hujah,bukan untuk melawan nasihat kouhai yg tercinta,tapi untuk kepuasan diri sendiri.Fikir punya fikir,aq dapat satu hujah yang sememangnya kukuh.Peristiwa apa?Siapa yang terlibat?Apa Allah kata?

Kalau ditanya tentang sebab-sebab turunnya surah Al-Lahab,pasti anda menegetahuinya.Begitu juga dengan surah Al-Fil,anda tahu sebabnya tapi kalau ditanya sebab apa surah Tahrim diturunkan,mungkin ada di antara anda yang tidak tahu.

Terdapat beberapa riwayat hadis-hadis tentang sebab turunya 5 ayat pertama dalam surah At-Tahrim,aq ketengahkan salah satu yakni hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari.Adalah nabi meminum madu di rumah Zainab binti Jahasy dan dia duduk bersamanya agak lama.Lalu aku (aishah) dan Hafsah membuat perancangan,sesiapa di antara kami yang berjumpa dengan nabi terlebih dahulu,hendaklah berkata kepadanya, “engkau rupanya makan maghaafir,aku terbau-bau mangaafir!”Perancangan itu kami laksanakan dan selepas itu nabi berkata, “tidak!aku tidak makan manghafir,tetapi aku minum madu lebah di rumah zainab.Aku tidak akan mengulanginya lagi,aku  bersumpah tetapi jangan kau khabarkan kepada orang lain.”

Sebelum kita teruskan perbincangan,ketahuilah bahawa maghafir itu ialah minyak yang terhasil daripada pohon kayu,rasanya manis tetapi baunya busuk dan nabi sangat tidak menyukai makanan itu.

Melalui cerita itu,dapat kita simpulkan bahawa nabi telah mengharamkan yang halal baginya(madu) kerana isterinya.Dek kerana hal ini tidak selari dengan prinsip Islam,maka Allah menegur tindakan nabi dengan menurunkan 5 ayat surah At-Tahrim.

Jadi jelas kepada kita,sememangnya sudah menjadi fitrah bagi lelaki untuk merendahkan darjatnya kepada wanita.Namun,anda perlu ingat, ada batasnya!Allah membuang Adam ke dunia sebagai peringatan kepada Adam supaya tidak mengulanginya lagi,Allah menurunkan surah At-Tahrim seupaya nabi ingat akan kesalahannya itu.Tunduk kepada seorang perempuan tidak salah,tapi ada cara dan ada batasnya!

14 thoughts on “Sememangnya lelaki cair pada wanita

  1. ilek2..asek cakap sal couple2 je..ape kate abiskan study dulu baru fikir sal kawen..hahaha..
    kawen bukan mende simple lah…die banyak mende kene fikir..responsibility tu banyak gileee..and mmg banyak kene ubah..ape kate study dulu dapat 1st class honours dalam exam and berjasa kat parents dulu baru fikir sal kawen..hahaha.

  2. salam..
    ade sket request
    kalu ade kelapangan, nk mintak saudara Uwais atau sape2 saje
    kongsi cite pasal wanita2 yang diredhai Allah di zaman nabi
    kalu boring2..best gk bace kisah2 zaman nabi

  3. insya Allah..skang pom tengah kumpol maklumat psal khairunnisa’…agak susah coz ble pk je sal tu,akan terpk sal aurat pompuan..so,kali ni nak try olah dari sudut lain..insya Allah

  4. salam..mse bce intro tuh..tringt la plak pd kwn2 y ske sgt msg2 nih..
    ak pon student gk..so ble stdy nih kadang2 x slesa tgk org dk msg2 dlm klas..x tau ke klu nk bjaya,perhatian kt klas la plg pntg sbb klu da fhm mmg sng nk hfl..
    nih ade lg 1 cte..org slalu ngadu kt ak,die stdy lme tp x gk lpas2..2 sbb kte x bg att btol2..klu kte study smbil msg,ssh nk kmblikn perhatian kte klu da dok msg jek,tgu die rply la,nk bina ayt rply la..ak yakin org y stdy tnpa msg or kje2 lain nih mmg cpt fhm n x yah buang mse stdy lme..so nsht ak klu nk msg pon biar la kne mse nye k..tq^_^

  5. salam..kalau ad ssiapa leh terangkan psl kaitan al-fil ngn wanita, sy harap dpt trgkan sket kat sy..

  6. hmmm sekadar pendapat (no offense)…

    org yg bercinta/bercouple, slalu mintak dirinya difahami kan…

    “korg x rase lagi….”

    mungkin begitu jua lah luahan hati zulaikha ketika diuji cinta kpd yusuf, “kamu tak rasa apa yang aku rasa”, kerana itu dikumpul sekalian wanita bangsawan yang mengutuk cintanya kepada yusuf agar melihat wajah yusuf, dan dengan hanya melihat wajah yusuf cukup membuat mereka terpotong jari sendiri…. mungkin tatkala itu, zulaikha berbisik dalam hatinya, “haaa baru korg tau camne rasa nye…”

    saya tidak mencemuh bahkan jauh sekali memandang rendah atau hina mereka yg bercinta, namun tidakkah kita ingin belajar dari kisah wanita yg tenggelam dalam cintanya ini sehingga Allah nukilkan :

    “Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, Sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

    ya cinta itu meresap dalam lipatan hatinya, hingga dia terasa hendak berteriak kepada dunia, “kalian takkan faham cintaku pada yusuf sebelum kalian merasainya”…
    namun itu juga lah yg menyebabkan Allah melihatnya dalam kesesatan yg nyata…

    kalau bercakap soal fitrah, bukankah mudah menisbahkan segala kelemahan diri kpd fitrah manusia…

    malas sembahyang, fitrah manusia..
    suka mengumpat, fitrah manusia….
    suka menipu, fitrah manusia….

    bahkan saya juga boleh lambakkan kisah2 untuk buktikan itu fitrah manusia… namun bukan itu persoalannya, soalnya adakah kerana itu fitrah, kita boleh berlapang dada dan membiarkan diri kita dalam kesesatan yg nyata… sy tidak berbicara kisah hasutan syaitan, atau agenda tersembunyi zionis dan lain2, saya mengajak kita bertanya pada diri, cukupkah berlindung atas alasan fitrah untuk terus hanyut dalam lautan fitnah…

    jika fitrah jadi alasan, takut2 lambat laun, org tak kesah pun masuk neraka… kan dah fitrah manusia tak suka kebaikan dan suka bermaksiat….

    moga dijauhkan,….

    wallahualam…

    p/s: bukan menulis untuk mengkritik……

  7. wah encik titiktitiktitik,hebat bermadah…bley la tulis artikel pasal cinta n bagi kat euforia lepas ni kan?
    huhuhu

  8. huhu kebetulan pulak, baru semalam cik titiktitiktitik hantar draft pasal cinta, tapi lewat sikit nak post sebab internet kat rumah ade problem, gomen ne chief editor….

  9. emcik titik titik guna nama apa bagi artikel?
    n apa artikel dia?

    p/s:en titik titik suda ada peminat~

  10. betul kan.
    sebab tu kita kena perangi nafsu, dan balasannya ada syurga utk org-org yang beriman dan bertqwa.~

    HMm…moga dikuatkan hati utk menangani nafsu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s