Warnakan hidup anda dengan hiburan

Warnai hidup dengan hiburan

Berhibur tiada salahnya

kerna hiburan itu indah

hanya pabila salah memilihnya

membuat kita jadi bersalah

Suatu ketika dahulu,lagu iman adalah mutiara telah memecah masuk hampir kesemua rumah muslim di Malaysia.Daripada anak-anak kepada ibubapa, daripada petani hinggalah peniaga,semua orang meminati lagu itu.Di samping melodinya yang indah,liriknya juga membawa kesan yang mendalam kepada pendengarnya.Hasil daripada kemantapan kumpulan Raihan ini,banyak kumpulan-kumpulan nasyid yang baru ditubuhkan,bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Konsep nasyid yang dulunya berfokuskan Ketuhanan berubah wajah apabila munculnya satu kumpulan yang menggunakan ‘kekasih’ sebagai tema. Percintaan di antara hamba dan Tuhan ditekankan.Pada awal pelayaran bahtera ini,Alhamdulillah,bantera kelihatan seperti berada pada jalan yang lurus.Namun,setelah bertalu-talu dipukul ombak,konsep ‘kekasih’ tadi telah berpindah.Daripada laman percintaan Ketuhanan kepada laman percintaan manusia.

Kontroversi demi kontroversi timbul.Belah sini mengata belah sana,belah sana mengata belah sini.Niat berdakwah masih lagi sama namun perlaksanaan sudah terpesong.Hiburan yang dulunya mampu menggegarkan hati pendengarnya,hiburan yang dulunya mampu mengenalkan Tuhan kepada pendengarnya,kini berubah secara total. Nasyid yang dulunya bertujuan untuk dakwah kini berubah,popular semakin dikejar.Tujuan asalnya diselimuti kabus yang sangat tebal hingga menyebabkan para ahli terpaksa bersidang,mengeluarkan fatwa. Persoalan Islam dan hiburan dibahaskan sekali lagi,ada yang menyokong dan ada yang mengharamkannya.

Aq sebagai seorang yang sangat mencintai arena nasyid berpendirian teguh bahawa muzik itu harus ada dalam kehidupan manusia yang dipenuhi dengan kesunyian.Aq menyokong seratus peratus fatwa yang dikeluarkan oleh Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin yang menyatakan:

hukum seni musik dan seni suara adalah HARUS. Keharamannya adalah disebabkan oleh  hal2 lain bukan sebab zatnya sendiri

Hujjatul Islam menggunakan ayat 29 daripada surah Al-Baqarah sebagai hujah.”Allah telah menjadikan segala apa yangg ada di dalam bumi ini untuk kamu”[2:29]

Sebelum aq pergi lebih jauh,apa kata kita membincangkan sejarah muzik itu sendiri.Ye la,bak kata orang,tak kenal maka tak cinta.Tapi ingat,aq x suruh korang bercinta dengan muzik!(^ ^)

Muzik ditemukan oleh orang-orang dari zaman Paleolitik lagi.Bunyi kicauan burung di dalam hutan membuatkan hati mereka berasa gembira. Kajian lebih terperinci dilakukan oleh Pythagoras pada zaman Yunani. Namun begitu,orang yang mencipta not-not lagu adalah hasil daripada sarjana Islam sendiri.Yang paling awal ialah Abu Yusof al-Kindi. Selepas itu mucullah Abu Nasr Muhammad al-Farabi dan dia digelar sebagai tokoh muzik dunia dengan menghasilkan banyak tulisan agung.Ke mana saja Al-Farabi pergi,dia akan membawa alat muziknya yang seakan-akan gabus. Baginya bunyi muzik mendatangkan ilham,membawa dia mengenal Sang Pencipta.

Jadi,melalui sejarah ini,jelas kepada kita bahawa muzik ini dibenarkan di dalam Islam namun harus bersyarat.

Untuk korang lagi percaya kat aq,aq buktikan melalui satu kisah.Imam Muslim meriwayatkan satu kisah tentang seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah. Suatu hari ketika bertembung dengan Abu Bakar,Abu Bakar bertanya kepadanya, “bagaimana keadaan kamu wahai Hanzalah?”Lalu Hanzalah menjawab, “aku telah munafiq.”Mendengarkan jawapan daripada Hanzalah,Abu Bakar terus terperanjat dan bertanya, “kenapa kamu mengeluarkan perkataan sedemikian?”Hanzalah menjawab,” ketika aku berada di sisi Rasulullah,aku diperingatkan syurga dan neraka sehingga aku terasa bagaikan syurga dan neraka berada di hadapan mata.Tetapi apabila aku pulang ke rumah,aku sibuk dengan anak isteri dan harta benda sehingga aku melupakan perihal syurga neraka.” Abu Bakar menambah, “Demi Allah, aku juga telah munafiq.”Lantas, mereka bertemu dengan Rasulullah dan menceritakan perkara sama.Lalu baginda bersabda, “Demi jiwaku yang berada di tanganNya. Sesungguhnya sekiranya kamu berterusan dengan kelakuan kamu ketika bersamaku dan berterusan dalam keadaan zikir, tentu para Malaikat Allah akan bersalam-salaman dengan kamu di tempat pembaringan dan di jalanan kamu. Tetapi wahai Hanzalah, ada ketika-ketikanya, ada ketika-ketikanya, ada ketika-ketikanya (baginda mengulanginya tiga kali).”

Daripada hadis ini,Syeikh Ubbiy mengulas, katanya; “Sunnah Allah untuk alam kehidupan manusia iaitu segala perlakuannya adalah pertengahan antara alam Malaikat dan alam Syaitan. Malaikat dipermudahkan untuk melakukan kebaikan di mana mereka melakukan segala apa yang disuruh serta bertasbih menyucikan Tuhan malam dan siang tanpa henti. Syaitan pula dipermudahkan untuk melakukan kejahatan dan menggoda manusia tanpa pernah lalai. Sementara alam manusia dijadikan pelbagai rupa. Inilah yang disentuh oleh Baginda menerusi ucapan baginda: “Ada ketika-ketikanya wahai Hanzalah.”

Mungkin dengan hadis ini korang x brape jelas sangat,aq bawakan 1 lagi. Sammak bin Harb menceritakan bahawa dia pernah bertanya kepada Jabir bin Samurah,”pernahkah kamu mendampingi Rasulullah?” Jawab Jabir, “Pernah! Baginda suka mendiamkan diri.Para sahabat pula selalu mendendangkan syair di samping baginda dan bercerita perkara-perkara yang berlaku di zaman Jahiliyah sambil bergelak ketawa.Apabila mereka bergelak ketawa,Rasulullah tersenyum.”

Daripada hadis ini pula jelas kepada kita bahawa Rasulullah membenarkan hiburan itu berlaku.Kalaulah Rasulullah tidak membenarkannya,Rasulullah akan menegur para sahabat.Keadaan Rasulullah dalam hadis ini tidak boleh disamakan dengan hadis Dhob,hadis yang menerangkan ‘diam tanda setuju’ dek kerana Rasulullah turut tersenyum bersama sahabat.Apabila diteliti sirah baginda,kita akan tahu bahawa Rasulullah hanya tersenyum apabila baginda ketawa.Jadi,hadis ini menyokong penuh,hiburan itu dibenarkan di dalam Islam.

Tak yakin lagi?Takpe,ade 1 lagi.Kalo x yakin gak,xtaw la..huhuhu

Rasulullah pada satu hari telah menegur satu majlis menghantar pengantin perempuan kepada pengantin lelaki yang dibuat secara diam-diam tanpa diiringi dengan hiburan dan nyanyian. Baginda bersabda, “Kenapa tidak diiringi dengan hiburan? Orang-orang Ansar sukakan hiburan.”

Melalui hadis ini,secara kasar as orang awam,dapat kita fahami bahawa Rasulullah ‘menyuruh’ hiburan itu dilakukan.Apabila sesuatu perkara itu disuruh,adakah perkara itu dilarang?Hukum alam menyatakan sesuatu yang disuruh itu dibenarkan dan sesuatu yang dilarang itu diharamkan. Mana la logik,aq kate, “pergi ke toilet skarang juga!” Tapi orang tafsir, “masuk ke dalam toilet adalah haram sama sekali.”

Kembali pada fatwa yang dikeluarkan oleh hujjatul Islam, “…Keharamannya disebabkan sebab-sebab lain,bukan zatnya.”Maksud ‘zat’ di sini adalah muzik atau hiburan itu sendiri dan ‘sebab-sebab lain’ adalah sesuatu yang ditambah di dalam hiburan itu.Analoginya, ayam itu halal untuk dimakan,namun kalau ayam itu digoreng dengan mencampurkan arak,hukumnya adalah haram.Hiburan itu halal tapi penambahan yang melampau menjadikannya haram.

Apa yang speselnya hiburan ini,hiburan dalam Islam sama dengan Tabarruj di dalam Islam,mengikut ‘uruf’@budaya sesuatu kawasan.Ok, secara basic nya kite sume da faham bahawa hiburan itu harus di dalam Islam.Yang menjadi isu skarang,hiburan yang macamana yang Islam bagi.  Aq rase perlu untuk aq ingatkan,post kali ini kita hanya berfokuskan muzik,pasal hiburan-hiburan lain macam online games,main catur,main PES,tu kita bincang lain kali.

Islam membenarkan muzik tapi mesti bersyarat.Syaratnya mudah, jangan melalaikan dan tidak mengandungi unsur-unsur mensyirikkan Allah.Yang 2nd tu memang la senang nak paham sebab memang nampak dengan jelas. Jadi,dapat kita simpulkan lagu-lagu black metal diharamkan sama sekali. Apa sahaja lagu yang mengandungi unsur yang mensyirikkan Allah, diharamkan sama sekali.Ada ulama’ yang melabelkan sesiapa yang menyanyi lagu sebegini boleh dikira murtad.Jadi,jangan main-main! Sebelum dengar layan satu lagu tu,check dulu lirik dia.Rasenye, lagu jepun bley layan coz stakat aq dengar lagu die,x pernah walaupun sekali,aq menjumpai lirik-lirik yang menduakan Allah.Kalo ade,sile state kat comment supaya yang x blajar bahase jepun pun faham..Kite kongsi ek!

Yang menjadi masalahnya,jangan melalaikan.Melalaikan tu cukup ‘bermaksud’.Disebabkan perkataan ‘melalaikan’,aq mengklasifikasikan konsep berhibur sama dengan konsep bertabarruj,mengikut uruf setempat.  Ajijan bley study sambil dengar lagu hindustan namun Ajiji xley study sambil dengar lagu hindustan.Adakah lagu hindustan itu melalaikan? Ya pada Ajiji tapi tidak pada Ajijan.Inilah konsep melalaikan.Berbeza bagi setiap orang.Ada orang dia akan ingat Allah apabila dia mendengar lagi. Aq bagi korang 1 keadaan:

Yota dengar lagu ‘fall for u’.Lagu jiwang.Tyme die tengah dengar lagu ni, dia bermonolog, “boleh ke dengar lagu ni?Islam bagi tak?Allah ske ke kalo aq dengar lgu ni?”Setiap kali die dengar lagu jiwang tu,dia akan berfikir camtu.

Jadi,adakah lagu itu melalaikannya?Tidak.Malah lagu itu akan sentiasa mengingatkan dia pada Allah.Aq yakin,bukan Yota seorang berasa sedemikian,anda pun ada pengalaman seperti itu.Btoi kan?Huhuhu

Aq rase korang da faham konsep hiburan dalam Islam.Tidak melalaikan dan tidak mensirikkan Allah.Lagu ape-apepun dibenar,asalkan memenuhi 2 syarat ini.Hah?Tak dengar?Ape die yang korang x faham?Bab alat muzik bertali dan suara wanita?Ooo,bab tu ke?

Aq xsempat untuk ulas lebih panjang bab tu,insya Allah bab tu aq akan terangkan lain kali.Skang aq blom dapat seswaikan diri dengan sem baru,so aq agak sibuk skit.Doakan aq pandai mencari mase lebey ek.Da side track ni,kite balik bab alat muzik bertali dan suara wanita secara ringkas.

Electric Guitar by Sean Rogers1
girat letrix

Bab alat muzik bertali.Kita perhatikan dulu kenapa ada ulama’ yang mengharamkannya.Ulama’ yang mengharamkannya kerana alat muzik bertali merupakan simbol peminum arak dan mereka berpegang teguh dengan satu hadis nabi yang berbunyi, “Sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam. Dia memerintahkan aku menghapuskan al-Mazamir (alat muzik yang ditiup seperti seruling) dan al-kabarat (gambus dan alat muzik bertali) serta berhala yang disembah di zaman jahiliyyah.”

Dalam menafsir hadis nabi,kita perlu rujuk situasi semasa hadis itu dikeluarkan nabi. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa pengharaman alat muzik bertali dan ditiup dengan mulut kerana ia menjadi simbol kepada golongan peminum arak pada masa itu. Oleh itu, alat muzik berkenaan diharamkan berikutan pengharaman arak dengan tiga sebab. Pertama, peminum arak lebih bernafsu seronok apabila mendengar muzik itu. Kedua, mereka yang berhenti minum arak akan mengingati semula kenangan ketika minum arak dan boleh membangkitkan rasa rindu untuk mengulangi tabiat lama. Ketiga, berhimpun dan berkumpul mendengar hiburan dan muzik adalah kebiasaan perbuatan orang fasik. Pengharaman itu berdasarkan kepada tegahan Rasulullah SAW yang melarang umat Islam menyerupai sesuatu golongan yang negatif (melakukan perkara dilarang) kerana dia akan dianggap sebahagian daripada golongan itu.

Dalam situasi kita,penggunaan alat muzik bertali dibenarkan kerana pada zaman ini,alat muzik bertali itu tidak menepati ketiga-tiga syarat di atas. Alat muzik bertali sudah menjadi kebiasaan masyarakat umum,jadi ia dibenarkan.Macam dikatakan oleh Al-Ghazali dalam fatwanya, ” …Keharamannya disebabkan sebab-sebab lain,bukan zatnya.” Lagipun, jika diperhati tentang sejarah muzik,seperti yg aq tulis kat atas,anda akan berjumpa dengan seorang tokoh yang bernama Al-Farabi dan Farabi menggunakan alat muzik seperti gabu(gitar) untuk mendapat ilham.

Waheeda at MMU Melaka by isham80
penyanyi wanita(hiasan)

Yang kedua,suare pompuan.Ni isu besar gak,panjang kalo nak diulas tapi aq amik kesimpulan yang dibuat oleh para ulama. Ulama’ Sunnah wal Jamaah secara jumhurnya menggunakan 2 hadis.Yang pertama, Rasulullah SAW mengizinkan dua wanita budak bernyanyi di rumahnya (Shahih Bukhari). Pernah pula Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah (HR. Tirmidzi). Jika perkara ini haram,sudah lama Rasulullah menghentikan perempuan ini daripada menyanyi tapi Rasulullah tidak bertindak sedemikian.

Tapi,jelas Islam menentang perempuan yang menggunakan suaranya secara mendayu dan menggoda kecuali pada yang berhak yakni suaminya,malah digalakkanPersoalan yang akan timbul apabila berbicara tentang perkara ini, bagaimana mendayu dan manja itu diukur.Seperti kes tabarruj dan hiburan, anda yang mengukurnya.Tiada kayu pengukur untuk mengukurnya.Multimeter pun takley. Disebabkan tiada kayu pengukur untuknya,ada ulama’ yang menggariskan satu kaedah yang  selamat, mengharamkan suara wanita dalam hiburan secara mutlak.Its ok kalo anda nak gune pendekatan yang ulama’ ni guna,gunalah tapi perlu tau bahawa anda diberi option,samada untuk mengharamkannya atau membenarkannya.So, anda pilih,bukan aq dan bukan Cik Timah.Ada orang merasakan dirinya digoda jika perempuan menggunakan ‘you and i’ tapi ada yang tak rase apa-apa.Ada orang merasakan dirinya digoda apabila perempuan mengeluarkan ‘ala you ni,x ske I” tapi ada yang tak rase apa-apa.Malah ada yang tak rase ape-ape apabila disentuh perempuan!Ni memang xley la,saje je cakap.Huhuhuhu

So,secara kasarnya begitu.Dibenarkan.Anda dibenarkan berhibur dengan alat muzik bertali dan mendengar suara wanita.Cuma anda perlu take note that ada sesetangah ulama’ yang tidak membenarkannya.Mereka tidak salah dan anda juga tidak salah.Mereka ada pendapat mereka dan anda ada pendapat anda.Imam Nawawi walaupun bermazhab Syafie,dalam bab air 2 kolah dia menggunakan pendekatan mazhab Maliki.Namun dia tidak pernah mengatakan As-Syafie salah.Inilah indahnya Islam.

So,jom berhibur!Alang-alang da tulis bab ni,so aq nak kongsi la ngan korang lagu-lagu yang aq layan.Melodi n lirik die best.

(lagu ni aq layan tyme jiwang2)

(ni tyme epi-epi)

(lagu ni fevret aq,aq layan sampai nangis..hahahha)

Manusia dan hiburan itu ibarat irama dan lagu….

3 thoughts on “Warnakan hidup anda dengan hiburan

  1. sbnrnye aku rase byk je lagu2 jiwang yg boleh dekatkan diri ngn Tuhan kot..kalo kite tafsir lagu 2 cinta untuk Tuhan la..contohnye lagu Terima Kasih Cinta-Afgan(dgr lirik je..jgn tgk video clip) n lagu Ketulusan Hati-Anuar Zain(aku ske lagu nih =])..huhu

  2. thnks,
    first time dgr detailed explanation
    psl gitar n flute tu.

    tp cerah,
    ko x ckp pun asal flute diharamkan mse tu.
    gitar je.

    tertinggal ke?

  3. Salam saudara,

    Alhamdulillah… Saya amat tertarik dan kagum dengan kupasan bernas saudara yang bersandarkan al-quran & hadis mengenai topik ini.

    Nway, saya adalah seorang penggiat seni di dalam industi muzik tanah air dan saya juga ada menghasilkan sebuah karya yg berkonsepkan islamik (nasyid), this is the link : http://soundcloud.com/lutsinar/penyesalan-terakhir

    Mungkin hala tuju muzik dan cara penyampaian sy ada sedikit berbeza dgn kumpulan2 nasyid yg telah sedia ada di Malaysia, tetapi messagenya tetap sama cuma inilah cara sy menginterpretasikan karya seni saya.

    Jadi sy ingin meminta pendapat dan buah fikiran dr saudara mengenai karya yg telah sy hasilkan. Tlg berikan komen ikhlas saudara agar sy dpt memperbaiki karya sy supaya ia tetap berlandaskan syariah. Insyallah…

    Terima Kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s