Agama milik aku,kamu dan dia

Agama milik aku kamu dan dia

“Kamu xley cakap sal agame ni,kamu bukan ustat!”marah seorang pak cik.

Mendengar kata-kata yang cukup pedas itu,Azmun terus terduduk,kaku. Dia sangat terkejut.Dia sedar dirinya bukan seorang ustaz namun salahkah dia menegur seorang pak cik yang salah mengambil wudhuk walaupun dia mempunyai nas-nas yang kukuh?Adakah disebabkan dia seorang pelajar jurusan kejuruteraan membuatkan dia haram untuk berbicara tentang agama? Adaka hanya pelajar jurusan agama sahaja layak berbicara tentang agama?

Islam diiktiraf oleh Allah sempurna selepas 23 tahun nabi bertungkus-lumus dalam menyebarkan dakwah.Sebelum itu,Islam masih belum sempurna namun dalam keadaan Islam yang belum sempurna itu,lahir beribu-beribu syuhada.Mereka dikira berjaya di sisi Allah dan Rasul Nya.Pegangan mereka pada Islam yang belum lengkap itu begitu kukuh sehinggakan maut tidak dapat menggugat keyakinan mereka malah ada yang berasa kesal kerana nyawa mereka hanya satu,mereka inginkan nyawa mereka berjuta-juta supaya dapat berkorban di jalan Allah sebanyak yang mungkin.

Ketika itu,ilmu hadis,tauhid,usuludin belum wujud.Gelaran ustaz,maulana, mufti belum lagi menjadi buah mulut masyarakat.Sahabat-sahabat bebas berbicara tentang agama di mana-mana sahaja,tidak kiralah dari yang kecil hinggalah yang paling tua.Buah mulut mereka semua berkisarkan isu akhirat.Konsep seniority,penghormatan kerana umur,tidak pernah diamalkan oleh para sahabat.

Suatu ketika di antara magrib dan Isyak Rasulullah terlampau sibuk sehinggakan baginda terlambat ke masjid untuk mengimami solat. Walaupun Rasulullah terlambat sehingga ada sahabat yang tertidur,namun mereka tetap tidak mengerjakan solat sehinggalah Rasulullah tiba.Mereka memuliakan seseorang kerana taraf dia dalam agama bukan kerana umur mereka,darjat mereka mahupun pangkat mereka.Kalau diikutkan,memang ada sahabat yang lebih tua daripada Rasulullah pada ketika itu namun mereka menghormati nabi,mereka menunggu nabi walaupun nabi terlambat.

Namun,Islam ibarat aliran air yang berasal daripada atas bukit.Kini aliran air itu sudah mengalir sejauh 1430km,terlampau jauh. Banyak habuk-habuk, tanah-tanah yang turut dibawa air.Unsur-unsur inilah yang menampakkan air itu keruh padahal air itu pada zatnya sangat suci lagi menyucikan.Kini,Islam yang diamalkan semakin kabur,terpesong daripada jalan Islam yang sebenar.Konsep seniority diagung-agungkan sehingga para remaja tidak layak untuk menegur pakcik-pakcik yang otai kat masjid. Atas alasan pakcik-pakcik yang otai ini makan garam dulu,remaja yang berilmu ini dimarah,dimaki dan ditolak ketepi.

Pakcik-pakcik yang ego ini lupa bahawa agama itu untuk semua.Semua orang layak untuk berbicara tentang agama.Agama ini bukan milik ustaz, maulana ataupun mufti,bukan.Agama bukan milik mereka.Agama untuk doktor,agama untuk jurutera,agama untuk semua.Semua orang layak menerimanya dan berbicara tentangnya.

Aq pernah dipersoalkan, “anta tulis itu ini,anta tahu dari mana?Anta belajar ka?”Memang benar aq bukanlah ustat tapi seorang pembaca dan aq juga seorang penyoal.Aq membaca buku,walaupun tak baca tapi aq membaca supaya aq ada input untuk aq tulis as output.Apabila aq xpaham, aq akan berbincang dengan ustat.Aq akui,aq bukanlah seorang yang sempurna yang boleh menulis apa-apa tentang agama,cuma aq berpendirian aq tidak ingin menjadi manusia yang rugi.Aq hanya mahu berpesan-pesan kepada kebenaran.

Jadi,janganlah sesekali berasa rendah diri untuk berbicara tentang agama walaupun anda bukan ustaz.Renungkan balik kisah Sumayyah.Walaupun mempunyai ilmu yang terlampau sedikit namun dia dikategorikan Rasulullah sebagai para syuhadak.Benar,ilmu agama sebagai pengukur kefahaman seseorang tentang agama namun ilmu bukanlah kayu pengukur yang digunakan oleh Allah untuk menilai seseorang.Iman itu lebih penting daripada ilmu,jika baik iman seseorang makan baiklah ilmunya jika tidak, maka sebaliknya.

Berapa ramai ustaz di luar sana yang mempunyai phD dalam ilmu usuluddin,hadis dan sebagainya,namun menggunakan agama sebagai umpan mereka menarik wanita.Ilmu agama disalah gunakan untuk kepentingan mereka sendiri.Merek inilah golongan yang Allah sebut sebagai golongan yang celaka.

In da nutshell…ingat lah agama untuk semua!

5 thoughts on “Agama milik aku,kamu dan dia

  1. salam.
    Islam untuk semua!
    alangkah beruntungnya Islam jika umatnya sendiri tidak takut dan tidak malu untuk berbicara tentang agama. untuk menegakkan agama.

    nak kongsi sebuah kisah di kalangan umat islam di shah alam, di sebuah surau.
    apabila politik dijadikan nombor 1 berbanding agama. (mungkin ada yg tahu surau mana)

    apabila berlaku pertikaian dan perebutan kuasa antara ajk surau, akhirnya JAIS menggunakan kuasa untuk memilih ajk surau tersebut. dan apabila mereka yang terpilih diumumkan di hadapan org ramai, terdapat seorang yang dipilih itu tidak disukai oleh seorang ahli surau, lantas orang itu kedepan dan mempersoalkan kelayakan orang yang dipilih, dan memalukan orang tersebut. “Layak ke sifulan2 ni jadi ahli majlis surau??Belajar kat mana??Kelulusan apa??”

    inikah islam? mencerca saudara sendiri? sungguh diri kesal perkara ini berlaku.

    “lihatlah apa yang diperkata, bukan orang yang memperkatakannya”

    Bagaimana Islam hendak tertegak apabila umatnya sendiri berbalah sesama sendiri….

  2. taknak komen pasal penggunaan nama ‘Allah’ oleh penganut Kristian Katholik?

    tah, mcm jumud sgt pula minda pemimpin ni kn.

  3. aq scare jujur ske gak berbahas bab ni tp ade orang nasihat,bende yg lepas biarkan lepas..bagi aq penggunaan nama Allah bagi kristian bley je..lagipun,kalo kite xbenarkan,kite seolah2 mengatakan yang kristian ada tuhan lain.Bila kite kate camni,kite telah mensyirikkan Allah sbb kite kate ade tuhan selain Allah…ni basic aq la..klo nk panjang,aq rase xseswai la kat cni..

  4. Salam..trtarik utk mbri komen..
    Sy bljr d indonesia. Kl ad yg pnh k sni,psti akn tkeliru utk mbezakn org dsni muslim atau tdk. Mrk mbri slm,bbcara mgenai dosa,phala,puasa,haji tp rupa2nya paderi. Ktua pderi. Pglman sy sdri. Ad skali, sy bnr2 bristighfar pjg bl dosen yg slma ini bbcara sfat ktuhanan, mgakui Allah itu ad,rupa2nya kristian. Sdgkn sblmnya,sy suka mdgar bliau bbcara mgnai ktuhanan krn bliau mnyebut ALLAH dn faktanya mmg itulh Allah. Mlh sy mlhat sdri bku bliau. Trg2 tjuknya ALLAH. Akhrnya bru sy tahu, org kristian d sni jg mmgil Tuhan mrk Allah. Sedih dn tkjut krn akhrnya sdh tjdi slh 1 tnda2 kiamat,iaitu apbla tdk dpt mbezakn yg mna Islam,yg mn tdk. Mmg kl kta mgatakn Tuhan kta,Tuhan mrk, seolah2 msyirikkanNya,seolah2 Allah i2 byk. Tp mrk tdk mnymbh ap yg kta smbah..skian..hnya buah pndgn..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s