Muke 1st,perangai 2nd..?

muka1st-perangai-2nd

“Aku nak cari pompuan yg muke lawa,prangai lain hal,”umum aku suatu ketika dahulu.

“Nape lak camtu?”tanya seorang kawan berstatus sahabat.

“Ye la,muke pompuan da xley ubah.Kalo sblum kawin xlawa,lepas kawin pon xlawa la..lain la perangai,perangai bley ubah,”terang aku bersungguh-sungguh. Aku yakin pendirianku ini betul,tepat dan persis.Namun,suatu hari,tengah aku termenung jauh,aku terfikir bahawa pendapat aku ini salah.

“Lepas kawin,bley ke aq ubah pompuan tu jadi isteri solehah.Aq bukan orang yang beriman sangat,ilmu agama pun xde sangat.Aq cakap aq nak ubah  bini aq lepas kawin seolah-olah aq kate hidayah tu milik aq.Aq bley ubah sesiapa aq nak..Astaghfirullah hal azim..ya Allah,ampunkan daku..aq lupe hidayah milik mu…aq lupe nabi pun x mampu mengubah pak sedarenye..”aq bermonolog panjang.

Bila direnung kembali,secara kasarnya,memang wajah seseorang itu tidak boleh berubah.Jika mukanya penuh dengan jerawat,maka dari awal sampai akhirlah mukanya akan dipenuhi dengan jerawat.Tapi,apa yang boleh berubah,perasaan kita terhadapnya.Mungkin pada awal perkahwinan, jerawat itu sangat2 dibenci tapi bila da ok,jerawat itulah yang digila-gila. Apa yang aq cube terangkan,apa yang dilihat itu tidak akan berubah buat selama-lamanya,kalau kayu maka kayu lah yang dilihat tapi bagaimana kita melihat,itulah yang boleh diubah.

Apa yang anda lihat dengan gambar di bawah?

Untitled by you.

Apabila dilakukan servey,rata-rata menjawab ‘tanda soal’.Namun harus anda ketahui bahawa ada yang menjawab ‘dakwat hitam’ dan ada juga yang menjawab ‘satu kertas putih yang ada kotoran’.Fikirkan,1 gambar,1 objek tapi banyak pandangan.Itulah yang aq cuba sampaikan,sememangnya wajah seseorang tidak akan berubah namun perasaan anda terhadapnya, pendapat anda terhadapnya, boleh berubah.

Persoalan seterusnya,perangai,adakah perangai seseorang itu boleh berubah?Dalam bab ni,aq menyamakan perangai itu dengan akhlak. Akhlak ditakrifkan sebagai satu kesan bibit yang lahir dari hati tanpa menggunakan kawalan akal fikiran.Pemarah,peramah,pemurah itu akhlak.Freehair, dedah aurat,langgar peraturan,itu bukan akhlak.Akhlak adalah sesuatu yang dilakukan tanpa fikiran,terjadi secara semula jadi.

memetik kata2 seorang ulama’, “perangai manusia itu tidak boleh berubah.Apa yang berubah adalah bagaimana dia menterjemahkan akhlaknya.”Kata-kata ulama’ ini dikuatkan lagi dengan kisah Saidina Umar Al-Khattab.Umar sememangnya terkenal dengan sifat garangnya dan perlu kita tahu bahawa garang itu merupakan perangai Umar.Sifat garang padanya ini tidak berubah,dari awal dia hidup sehinggalah dia mati. Bezanya,bagaimana dia menterjemahkan garangnya itu.Sebelum dia memeluk Islam,garangnya itu diintrepetasikan dengan menentang Islam tetapi apabila dia memeluk Islam,garangnya itu diintrepetasikan dengan menentang orang kafir.Umar sendiri mengakui perangai manusia sukar untuk diubah, “aku lebih rela memindahkan gunung daripada mengubah perangai manusia.”

Rasulullah bersabda, “Kalau ada orang kata Gunung Uhud sudah berubah, walaupun kita tidak tengok, percaya sajalah. Tetapi kalau ada orang berkata, Si Polan itu sudah berubah, jangan terus percaya. Tengok dulu.” Melalui hadis ini,dapat kita faham bahawa Rasulullah juga mengakui betapa sukarnya manusia untuk mengubah perangai mereka.

Jadi,hujah aq yang 1st,perangai takpe asal muke ok,boleh dicanggah sama sekali.Seperti yang Rasulullah katakan,untuk cari pasangan hidup,kte ade 4 ciri-cirinya.1 harta,2 keturunan,3 wajahnya dan 4 imannya,dan yang ke-4 itulah yang terbaik.Pernah ditegaskan oleh Ibrahim Adham,mencari pasangan disebabkan harta merupakan amalan orang Nasrani yang menjaga hartanya.Manakala mencari pasangan disebabkan keturunan dan wajahnya merupakan amalan orang Yahudi.Amalan orang Islam?Berdasarkan Imannya!

Lagi,cuba anda perhatikan hadis nabi tentang pemilihan pasangan hidup ini. Rasulullah menyatakan 4 ciri-ciri.Perhatikan bahawa 4 ciri-ciri ini pada hakikatnya merupakan ciri-ciri yang sangat penting sehinggakan Rasulullah menyebut perkara-perkara ini dalam hadisnya.Rasulullah xsebut pasal perjanjian ibu bapa,Rasulullah xsebut pasal ketinggian,tapi Rasulullah sebut sal harta,kturunan,wajah dan iman.Sebab apa?Sebab inilah yang paling utama dalam memilih pasangan.

So,muke 1st dan perangai 2nd?Fikir-fikirkanlah deh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s