Allah needs nothing!

Allah needs nothing

Keadaan semakin genting,kota Melaka akan ditawan malam ini.Seorang demi seorang pahlawan Melaka gugur ditembak Portugis.Portugis berjaya memecah masuk laman istana,Sultan memeluk Shah Bandar.Merayu, meminta perlindungan daripada Shah Bandar.Tatkala Shah Bandar sedang melindung Sultan,tiba-tiba dadanya dibelah dengan sebatang pedang,dia tersungkur,sujud ke tanah.Kini tiada lagi tempat untuk Sultan berlindung. Kesemua tenteranya telah tewas di tangan Portugis,kini tiba masanya untuk mengaku kalah.Sultan yang dulu menguasai perairan dunia kini rebah,sujud mengaku kalah pada Portugis.Lemahnya Sultan tanpa tenteranya.

Gula tanpa manis.

Manusia tanpa jasad.

Sultan tanpa tentera.

Semuanya tiada makna dan tidak berguna sama sekali.Kedua-dua perkara itu saling melengkapi satu sama lain,hilang satu maka hilanglah satu yang lain.

Pergantungan-Inilah istilah yang paling sesuai bagi benda-benda di atas. Gula bergantung pada rasa manisnya untuk dikenali sebagai gula, manusia bergantung pada jasad supaya dipanggil manusia dan sultan bergantung pada tentera bagi dikenali sebagai ketua kerajaan.Semua benda ini lemah. Tidak mampu untuk berdiri dengan sendirinya.

Jadi bagaimana pula dengan Allah dengan Malaikat?Dalam al-quran, kadang-kadang Allah menggunakan perkataan ‘Kami’ sebagai simbol Allah mempunyai kerajaan.Apabila sebut pasal kerajaan,automatik kita akan terfikir perdana menteri,menteri-menteri dan rakyat.Secara analogi, kita dapat samakan kedudukan Allah dalam kerajaan sebagai Perdana Menteri, para malaikat sebagai para menteri dan rakyat itu ialah kita. Logik akal lagi, perdana menteri memerlukan menteri-menteri demi kelansungan kerajaan yang ditadbir,perdana menteri tidak dapat lakukannya seorang diri. Inilah hukum alam,jadi adakah Allah lemah disebabkan Allah memerlukan malaikat sebagai pembantunya?

Sebelum menjawab soalan ini,aq teringat satu soalan,kenapa Allah ciptakan malaikat.Soalan ini lain dengan soalan di atas,soalan ini kenapa Allah ciptakan malaikat dan soalan di atas,Allah lemah disebabkan memerlukan malaikat sebagai pembantu.Kenapa Allah ciptakan malaikat? Allah ciptakan malaikat untuk tunjukkan kepada kita betapa hebatnya Dia dalam mencipta satu makluk yang tidak pernah membantah perintah Nya walaupun sekali.Jika Allah suruh malaikat sujud,maka dari awal penciptaan malaikat sehingga dunia ini hancur,malaikat itu akan terus sujud kepada Allah.Jika Allah suruh malaikat rukuk kepada Nya,maka dunia kiamatpun malaikat itu akan terus rukuk kepada Allah.Mereka mengikut arahan Allah tanpa banyak soal.

Berbanding dengan manusia,contohnya isteri.Isteri wajib mengikut cakap suami selagi perintah itu tidak bercanggah dengan syarak.Jika suami menyuruh isterinya memakan budu tapi isterinya enggan,ha itupun sudah tidak taat.Contoh lagi,anak sendiri.Jika kita suruh anak kita berhenti daripada menghentakkan kepalanya pada sofa tapi dia masih menghentak-hentak kepalanya pada sofa,bermakna anak kita sudah tidak taat pada kita. Inilah kehebatan Allah dalam mencipta satu makluk yang tidak pernah menentang perintah Nya.

Berbalik kepada soalan 1st,adakah Allah lemah disebabkan Dia mempunyai malaikat sebagai pembantu.Soalan ini sememangnya soalan yang amat sukar.Logik akal mampu berhujah namun logik sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah aqidah.Sebelum kita membincangkan dengan lebih terperinci,perlu aq ingatkan korang tentang tujuan Allah ciptakan malaikat.Allah ciptakan malaikat adalah semata-mata untuknya dan hanya Dia sahaja mengetahui sebab apa malaikat dicipta.Inilah jawapannya namun pasti hati anda masih tidak puas dengan jawapan ini kan?Adik anda pun mampu jawab sebeginikan?Baiklah,jom kita bincang sama-sama.

Yang pertama,aq ingin menyoal balik,dari manakah antum(kalian) mengetahui malaikat itu pembantu Allah?Ada nas?Tidakkan,sebab apabila diteliti balik,kita semua tahu malaikat as pemantu Allah daripada ibu ayah semasa kecil atau guru-guru tadika.Fikirkan balik kenapa ibu bapa n guru tadika bagitau kita malaikat sebagai pembantu Allah?Sebab semua orang sudah sedia maklum bahawa Izrail pencabut nyawa,Jibrail menyampaikan wahyu,Mikail turunkan hujan dan Israfil meniup sangka kala.Untuk memudahkan mereka menerangkan yakuwari(tugas) para malaikat ini ,mereka menggunakan istilah membantu.Kesenangan yang membawa kepada seribu kesusahan.

Jadi,disebabkan kita faham malaikat-malaikat ini melakukan kerja,maka kita pun membuat satu kesimpulan yang mudah,malaikat membantu Allah. Sedangkan,pernah tak Allah sebut, Jibrail membantu Nya untuk menyampaikan wahyu atau Izrail membantu Nya mencabut nyawa manusia.Tidak,Allah tidak pernah sebut malaikat membantu Nya.Da tu apa kejadah semua itu?Itulah arahan.Anda perlu tahu perbezaan antara arahan dan bantuan.

Ceghah mengarahkan Aqil memasakkan spegeti untuknya dan Ceghah meminta bantuan Aqil memasakkan spegeti untuknya.Adakah 2 ayat ini sama?Tidak.Pada maknanya,ayat yang pertama Ceghah mampu untuk memasak spegeti namun disebabkan dia mempunyai kuasa memaksa orang melakukan deminya,maka disuruhnya Aqil.Hal ini juga menunjukkan kepada kita perbezaan kelas atau kasta.Apabila ayat itu ayat arahan, bermakna yang memberi arahan itu lagi berkuasa daripada yang menerima arahan.Manakala ayat kedua pula boleh difahami bahawa Ceghah tidak mampu menyediakan spegeti tanpa pertolongan daripada Aqil.Ceghah dan Aqil berada pada satu tahap yang sama atau Aqil mempunyai tahap yang lebih tinggi daripada Ceghah.Inilah bezanya arahan dan bantuan.

Tak percaya malaikat itu diarah oleh Allah?

Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)![45:29]

Dan (berkatalah malaikat): Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dialah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu dan tiadalah Tuhanmu itu lupa;[19:64]

Daripada ayat-ayat di atas,dapat kita faham bahawa malaikat sendiri mengaku bahawa mereka di bawah penguasaan Allah,mereka tidak akan kata A jika Allah tidak arahkan mereka untuk kata A.Mereka di bawah perintah Allah secara mutlak.

Dan daripada ayat kedua,kita juga dapat faham bahawa Allah sendiri mengakui bahawa alam ini ditadbir olehnya.Ditadbir secara bahasa memberi makna mengurus,mengolah dan mengemaskini.Jadi,Allah lah yang mengurus alam ini.Dia tidak perlukan sebarang bantuan daripada manusia mahupun malaikat.Dia tetap Dia walaupun tanpa kita.

Logiknya lagi,jika anda mencipta robot.Berdasarkan apa anda akan cipta robot itu?Semestinya sifat-sifat yang ada pada andalah menjadi idea utama dan menjadi hukum penciptaan,bende yang dicipta itu tidak boleh menyaingi pencipta.Begitu juga dengan Allah.Allah yang menjadikan malaikat yang mencabut nyawa,Allah yang menjadikan malaikat yang menulis baik buruk amal manusia,Allah yang menjadikan kesemua malaikat.Bermakna,Allah lagi berkuasa daripada malaikat.Mana tidaknya, kalau bahan yang dicipta itu sudah mengagumkan,bagaimana pula dengan penciptanya?Sendiri mau pikir.

Menambahkan logik dalam kepala otak anda bahawa Allah yang mentadbir alam ini,apa tugas malaikat mikail misalnya?Memberi rezeki?Silap, menurunkan hujan (menjaga pintu rezeki).Persoalannya,dari mana hujan itu datang?Haa…

Allah tidak memerlukan malaikat sama sekali,Dia mencipta sesuatu atas kehendak Nya sendiri.Perhatikan firman Nya dalam surah Fussilat ayat 11:

Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela;

Ni je la apa yang dapat aq kongsi dengan korang sume bab Allah lemah jika malaikat membantu Nya,aq taw banyak yang kurang,so harap2 korang dpt bantu.Korang ade jawapan lain,jom la kita kongsi bersama.Yang baik daripada Allah,yang buruk daripada kelemahan diri sendiri.Wallahu’alam.

3 thoughts on “Allah needs nothing!

  1. Salam’alayk, suatu artikel yang agak menarik la..
    Cuma nak berkongsi sedikit, tentang penggunaan istilah “kami” dalam al-Quran.

    Berdasarkan ilmu saya la, istilah “kami” yang mewakili Allah bukan merujuk kepada “kerajaan Allah dengan para malaikat”, namun ia lebih kepada gaya bahasa ‘Arab, untuk menunjukkan kebesaran Allah.

    Ambil analogi bahasa Melayu, jika kita berbicara dengan orang tua-tua, terkadang kita ada menggunakan kata ganti diri “KITA” sebagai mewakili diri, ye tak?

    eg: Pakcik A : Kamu buat apa tu?
    Budak B : Kita masak spaghetti

    Walaupun nampak janggal di situ, namun itulah gaya bahasa Melayu, dan tidak janggal bagi yang biasa. Sama jugalah halnya dengan penggunaan “Kami”, bukan menunjukkan ramai Tuhan seperti yang didakwa oleh sebilangan non-muslim, dan bukan juga merujuk pada “Kerajaan Allah bersama para malaikat”.

    Jika silap, harap ditegur.

    Walla hu’alam.

    p/s: Saya ni kawan pada Aqil, Syazwan, Fikah, Bila, n Mohsin. (Bukan budak JAD)

  2. kawan aqil mesti power..huhuuh
    penggunaan ‘Kami’ biase dijelaskan dgn analogi sbuah kerajaan;
    Amerika ingin menyerang Iraq maka perdana menterinya akan berkata, “kami akan menyerang iraq.”
    ni penjelasan yg ringkas la..
    wallahu’alam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s