Penawar bagi stress

Penawar Bagi StressSetiap orang pasti ada perkara yang dia tak boleh nak berkompromi. Orang yang menepati masa akan tertekan bila orang lain tak menepati masa atau bila terpaksa menunggu orang lain. Orang yang rajin study akan tertekan bila study berjam-jam tapi tak juga faham apa yang dipelajari. Orang yang sayang hartanya, akan tertekan apabila hartanya dicuri orang.

Pernah tak anda merasa tertekan apabila tak dapat selesaikan soalan yang diberi oleh sensei, sedangkan rakan disebelah anda senang-senang je boleh jawab? Pernah tak anda rasa tertekan bila anda tak dapat apa yang diinginkan? Pernah tak rasa tertekan bila janji dikhianati orang? Lepas tu, apa yang anda lakukan?

Sudah menjadi fitrah manusia untuk berasa tertekan dengan perkara-perkara yang tidak disukainya. Tertekan juga disebabkan kita tak dapat apa yang kita mahukan. Namun, apa yang penting adalah bagaimana kita mengurus perasaan itu supaya tidak mengganggu sistem kehidupan kita dan orang di sekeliling kita.

Ada orang bila tertekan, dia hilangkan dengan menjerit. Ada yang hilangkan dengan merosakkan barang-barang. Ada pula yang menangis sorang-sorang mengenang nasib diri yang ditimpa musibah. Namun, ada juga orang yang bila tertekan, habis semua orang dimarahinya.

Dikisahkan ada seorang hamba Allah ni yang memang tak boleh berkompromi dengan makanan kerana memang hobinya makan. Jadi, pastilah perkara-perkara yang berkait dengan makanan mudah untuk mengundang tekanan kepada dirinya. Pernah suatu ketika dia menangis hanya kerana makanan yang diordernya lambat sampai. Kerana itu kelemahannya, maka dia sering diuji Allah seperti tertinggal duit untuk makan tengahari, nak makan nasi ayam tapi kedai tutup, nak beli pizza tapi terlupa bawa kupon dan berbagai-bagai lagi.

Suatu hari, dia teringin sangat nak makan roti canai. Jadi dia pun berhasrat untuk menaiki bas awal supaya sempat makan sebelum kelas bermula. Ditakdirkan Allah dia diuji lagi pada hari tersebut. Bas yang dinaikinya lambat jalan. Memandangkan dialah yang pertama mengisi bas tersebut, lagilah terasa lama menunggu rakan-rakan lain memenuhi bas tersebut. Pada masa itu muncullah rasa tertekan sebab perutnya lapar dan sudah pasti niatnya untuk makan roti canai tak tercapai. Bermacam-macam perkara bermain difikirannya.

Dia bermonolog, “apsal orang lain lambat ni? Pakcik ni jalan je la, dah lambat ni.” Perasaan marah kepada orang yang lambat membuak-buak kerana sebab mereka lambatlah, pakcik tak jalan lagi. Juga kerana mereka lambatlah dia tak dapat untuk menikmati roti canai. Air mata sudah bergenang akibat tertekan.

Tiba-tiba hati kecilnya terdetik, “selfishnye ko ni. Cuba ko yang jadi orang lambat tu, tak ke tension kalau kene tinggal bas? Entah-entah dia kecemasan ke, sakit perut ke, lif rosak ke. Bukannya dia saje-saje nak lambat. Cuba ko jadi pakcik driver bus tu, tak ke dia kene marah kalau tinggal student? Fikir pasal diri sendiri je. “

Pastu terdetik pulak, “yang ko dok salahkan orang lain ni, ko nak salahkan siapa sebenarnya? Yang ko dok marah-marah ni, marahkan siapa? Siapa yang takdirkan diorang jadi lambat? Siapa yang menyebabkan diorang sakit perut? Siapa yang tentukan bahawa lif akan rosak pagi tu? Siapa yang membuatkan mereka bangun lambat? Marahkan Allah ke?”

Tersentak dengan pertanyaan hatinya sendiri.

“……apabila kita diuji kita mudah buruk sangka dengan Allah, dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah bertujuan menguji kita….”

Ketahuilah ubat tertekan adalah dengan berlapang dada. Berlapang dada dengan Allah, dengan orang sekeliling yang mengundang rasa tertekan di hati. Ketahuilah, kalau kita ada masalah, pasti yang lain juga ada. Kita tak hidup sendirian di muka bumi Allah ini. Hormatilah orang lain, selami hati mereka. Mereka juga seperti kita yang sering diuji. Dan keuntungan berlapang dada itu berbalik kepada diri sendiri juga akhirnya. Tekanan hilang, hati pun jadi tenang.

Ujian tertekan untuk kita sebenarnya adalah tarbiah(didikan) Allah pada kita. Mendidik kita menjadi insan yang sabar dan waras dalam setiap tindakan. Menjadikan kita lebih matang menangani emosi sendiri. Juga mempersiapkan diri kita untuk ujian yang lebih hebat pada masa akan datang. Kalau setakat ujian kecil pun kita tak dapat nak hadapi dengan tenang, bagaimana pula keadaan kita apabila diuji dengan perkara yang lebih besar. Kalau setakat perkara kecil pun kita dah marah-marah dan menangis, kalau perkara besar? Nak bunuh diri? Na’uzubillah…

Seorang teman pernah berkata, “beruntung kita menjadi orang islam kerana setiap yang berlaku dapat kita kaitkan dengan takdir Allah. Takdir yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa untuk kebaikan hamba-hambaNya. Kalau kita sakit, kita tahu yang sakit ni datang dari Allah, untuk kifarah dosa kita yang lampau. Kalau kita diuji, kita dapat rasa Allah nak ajar kita something atau Allah nak sedarkan kita tentang kesilapan-kesilapan kita yang lalu. Cuba kita lihat mereka yang tidak beragama islam, nihonjin contohnya, apabila tertekan dan tension gagal dalam shiken(exam), terus terjun bangunan atau berdiri tengah rail keretapi. Sebab apa? Mungkin sebab dia tak tau, apa sebab dia boleh gagal sedangkan dia sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh.”

Beruntung menjadi seorang muslim kerana kepercayaan dan keyakinan kita terhadap setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Juga keyakinan pada setiap yang berlaku adalah yang terbaik buat diri kita kerana sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui.

Firman Allah dalam surah at-Taubah :111

….dan siapakah yang lebih memenuhi janjinya selain Allah?…

Surah al-Ankabut : 2

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”

Bersabarlah apabila diuji kerana kita sentiasa layak untuk diuji. Berlapang dadalah dengan setiap yang berlaku dalam hidup ini. Letakkanlah diri kita di tempat mereka agar kita lebih mudah untuk bertolak ansur dan saling memaafkan. Ada sahabat rasulullah SAW yang menangis kerana tidak diuji Allah dalam satu hari, takut Allah sudah tidak menyayangi beliau. Maka, bersyukurlah kepadaNya setiap kali kita diuji kerana kita termasuk dalam kalangan mereka yang dikasihiNya.

8 thoughts on “Penawar bagi stress

  1. nice article….
    keep it up…
    sememangnyer kte manusia sentiasa diuji dgn berbagai dugaan dr Allah….
    namun dugaan itu bkn utk melemahkan tp menguatkan iman kte kpd Allah S.W.T…

  2. alhamdulilah..mcm bace psl dri sndri plak
    huhu..skg x yah la tertekan klu kene tgu org lagi..
    sbb da tau nk tng kn dri cmne..
    thnx byk2

  3. subhanallah…
    post ni sgt bermakna bg aku
    tibe2 hati terbuke utk bace post ni disaat2 diri ini stress
    kadang2 sedih juge pk
    kenapa aku tidak dapat mengawal diri ketika stress
    kenape aku cepat marah2
    aku sgt terkesan dengan ayat ini
    “……apabila kita diuji kita mudah buruk sangka dengan Allah, dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah bertujuan menguji kita….”
    semoga Allah mengampunkan dosa aku
    mintak maaf juge pade sape2 yang penah jd mangsa kemarahan insan kerdil ini

  4. :-)…….perkara ni mmg slalu berlaku kat saya..sbb saya ni bukan seorang yg penyabar…ada je perkara yg nk buat sy sakit ati…mudahan-mudahan..lps ni dpt kurang kn perasaan marah tuh….:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s