Pewaris Syurga Firdaus

Pewaris Syurga Firdaus

Apabila ditafsirkan perkataan Al-Jannah,kita akan dapati bahawa perkataan ini merujuk kepada sesuatu yang bersifat meninggi manakala An-Narr pula bererti sesuatu yang sifatnya kebawah.Bermaksud,syurga itu lagi tinggi tempatnya,lagi hebat dan neraka pula lagi bawah tempatnya,lagi hebat.Dan ketahuilah syurga yang paling teratas adalah syurga Firdaus, syurga di mana para ambiya’ duduk minum air grape bersama-sama,syurga yang di dalamnya terdapat bidadari-bidadari yang apabila diteguknya air kosong,nampak air itu mengalir dalam batang lehernya.Persoalannya, adakah syurga ini hanya disediakan untuk para ambiya’ sahaja?Kita tidak layak memasuki syurga itu?

Sebelum menjawab persoalan itu,kita kenal dulu syurga Firdaus itu syurga yang bagaimana sehingga ramai yang sanggup mengorbankan nyawa kerananya.Bak kata pepatah,’tak kenal maka tak cinta’.

Syurga Firdaus merupakan syurga yang paling atas di dalam syurga.Kalau diteliti balik,tempat yang paling atas adalah tempat yang digila-gila oleh semua orang.Kondominium sebagai contohnya,di tempat paling atas kondo terdapat rumah yang istimewa yang dipanggil ‘penthouse‘ dan penthouse ini merupakan tempat paling mahal untuk dibeli dalam banyak-banyak rumah dalam sebuah kondo.Kerana apa?Kerana pemandangan daripadanya yang cantik dan indah.

Dari kurun ke kurun,manusia mengakui bahawa semakin tinggi sesuatu tempat semakin dekat manusia dengan Tuhan.Keyakinan ini sememangnya keyakinan yang berasaskan fitrah.Fitrah yang mengatakan Tuhan berada di tempat yang tinggi.Aq tidak bermaksud Allah wujud bertempat,tetapi di dalam syurga kelak,dikatakan bahawa arasy Allah paling hampir dengan syurga Firdaus.Hampir yang bagaimana?Hanya Allah sahaja mengetahuinya.

Ahli syurga Firdaus juga dapat melihat Allah 2 kali sehari,sepagi dan sepetang.Ketahuilah,dalam leka dengan godaan bidadari yang mampu melupakan kita pada nikmat-nikmat syurga yang lain,apabila melihat wajah Allah,kita terpegun buat satu masa yang sangat lama.Segala nikmat yang diberikan sudah tiada makna lagi.Apakah masih ade sesuatu yang diinginkan oleh sesuatu ciptaan sekiranya ciptaan itu bertemu dengan penciptanya?

Al-Firdaus juga merupakan tempat para ambiya’ duduk semeja,minum kopi semeja,makan semeja.Mereka berkumpul di sana.Kita mendengar cerita tentang insan terhensem sehingga wanita-wanita tidak menyedari terpotong jari mereka dek kerana terpegun melihat wajah lelaki yang macho,Yusof A.S.Kita mendengar cerita tentang insan yang mampu mengawal semua jenis kehidupan di atas muka bumi,Sulaiman A.S.Kita mendengar cerita tentang seorang yang nekad dengan dakwahnya selama 900 tahun lebih,Nuh A.S.Namun kita tidak pernah berjumpa dengan mereka tetapi kita boleh berjumpa dengan mereka jika kita memasuki syurga Firdaus.

Insan yang dirindu-rindui,Muhammad Bin Abdullah juga berada di dalam syurga ini.Insan yang mempunyai wajah yang lebih hensem daripada Yusof,kekuatan melebihi Musa,kesabaran mengatasi Ayub dan kepimpinan mengalahkan Sulaiman ini,bergembira di sini,di syurga Al-Firdaus.Tidak cukupkah ini sebagai satu motivasi untuk kita juga ke sana?Tidak mahukah kita berpimpinan tangan dengan insan ini?Tidak mahukah kita hidup bersama insan agung ini?

Kita perlu ingat,persoalan yang perlu ditanya hati kita bukanlah syurga atau neraka tetapi syurga yang bagaimana kita mahukan?Naluri telah luahkan,yang terbaik itulah kemahuan kita.Tiada sesiapapun inginkan kereta honda ‘baulu’ kalau diberi pilihan untuk memilih BMW 5series.Tiada sesiapa yang ingin berkahwin dengan hamba jika diberi pilihan untuk memilih puteri raja.Tiada seorang yang mahukan kegagalan jika diberi pilihan untuk berjaya.Jadi,tiada siapapun inginkan syurga terbawah jika diberi pilihan untuk memilih syurga teratas,kan?

Menjawab kepada persoalan di awal perbincangan,adakah syurga ini disediakan khas buat para ambiya’?Jawapannya tidak kerana Allah telah berfirman di dalam surah al-mukminun ayat 11:

الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Berdasarkan ayat di atas maka kita juga layak memasuki syurga Firdaus cuma orang yang bagaimana yang layak mewarisinya.Inilah persoalan yang perlu kita ketengahkan.

Daripada ayat satu daripada surah yang sama,surah al-mukminun, dapat kita ketahui bahawa Allah telah bersumpah tentang kejayaan orang mukmin.Sumpah ini sebagai satu motivasi oleh Allah kepada orang mukmin yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai tentangan oleh kafir quraisy dan keyakinan mereka yang jitu terhadap Islam.Sebut bab keyakinan,aq yakin kalau kita hidup pada zaman Rasulullah,kita bukanlah orang Islam.Kerana apa?

Aq timbulkan satu analogi.Suatu hari,kelab drama ditubuhkan di JAD. Pengerusinya Aqil.Untuk meramaikan ahlinya,nak tak nak,Aqil terpaksa mengajak orang menyertainya.Aqil mengajak Azmun disebabkan Azmun kawan baiknya dan atas dasar persahabatan,Azmun menyertainya. Azmun bertanya kepada Aqil, “apa patut aq buat lepas ni?” Aqil menjawab, “cukup dengan ini,sebarkanlah kelab kita kepada orang lain dan ajaklah mereka sertai kita.”Bayangkan macamana orang ingin sertai Aqil jika aktiviti kelab atau apa-apa tentang kelab itu tidak ada melainkan orang itu betul-betul yakin kelab itu membawa kebaikan padanya,barulah dia masuk.Begitulah Islam pada awal-awal,tiada apa-apa dengan Islam melainkan mentauhidkan Allah.Bagi kita yang sentiasa bermain dengan logik,pasti kita tidak akan dapat terima pelawaan ini.

Sambung balik,Allah tidak pernah zalim kepada kita.Dia tahu kita ini cetek pengetahuan maka Dia tidak pernah tinggalkan kita dengan satupun teka-teki.Apabila Dia mengatakan orang ini berjaya,maka Dia terangkan,orang yang macamana dikatakan orang yang berjaya.Ayat seterusnya Allah terangkan ciri pertama orang yang berjaya,yang mewarisi syurga Firdaus.

Solat yang kusyuk

Kusyuk merupakan persoalan hati.Minah tidak boleh mengatakan solat Timah kusyuk dan Bucah tidak layak untuk menilai solat Tuntun.Hanya kita sendiri dapat menilai solat kita kerana kusyuk dalam solat itu merupakan persoalan hati yang mana hanya mampu difahami oleh pemiliknya sahaja. Orang yang kusyuk dalam solatnya adalah orang yang sedar bahawa Allah tuhannya.Dia sedar betapa kerdilnya dia,dia sedar betapa hinanya dia dan dia sedar bahawa dia sedang berhadapan dengan Raja segala raja.Jika berjumpa dengan raja pun wajib memakai pakaian yang kemas,ini kan pula berjumpa dengan Raja segala raja.

Saidina Ali,apabila dia mengambil wudhu’,mukanya menjadi pucat.Seorang sahabat bertanya kepadanya, “mengapa muka mu pucat wahai Ali?”Ali menjawab, “masakan aku mampu bertenang sedangkan aku akan berjumpa dengan Tuhan yang menciptakan aku selepas ini.”

Bukan untuk membandingkan diri dengan sahabat tetapi untuk kita ambil sebagai contoh.Siapa lagi untuk dicontohi kalau bukan para sahabat?Rasulullah bersabda, “sahabat-sahabatku ibarat bintang di langit,ikutilah mereka pasti kamu tidak akan sesat.”

Memang benar,kusyuk dalam solat merupakan perkara pertama yang akan diangkat ke langit namun diangkat yang macamana?Kita tidak tahu.Perlu diingatkan bahawa al-quran itu sesuai sepanjang zaman dan masa. Apabila al-quran menerangkan orang yang berjaya adalah orang yang mendirikan solat dengan kusyuk bermakna,orang yang mendirikan solat dengan kusyuk akan ada di atas muka hinggalah kiamat.Berbalik kepada persoalan kusyuk dalam solat itu diangkat,kita kena persoalkan

Solat merupakan pemisah antara keimanan dan kekafiran.Beza di antara orang kafir dan orang Islam ialah solat dan bukanlah sembahyang. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah orang kafir.Muhasabah balik diri kita,adakah kita berasa tidak senang jika tertinggal solat fardhu atau kita tidak berasa apa-apa?Kalau tertinggal solat subuh,kita jadi tidak senang,buat itu salah,buat ini salah,semua jadi tidak kena.Kalau inilah kita,Alhamdulillah,masih ada iman di dalam hati kita.Kalau inipun kita tidak rasa,mengucaplah dua kalimah syahadah.Anda dikhuatiri bukan orang Islam.

Solat yang kusyuk tidak akan dapat dilakukan jika perlaksanaannya tidak menepati kehendak Allah.Bagaimana solat yang Allah mahu?Solat sebagaimana nabi solat,itulah solat yang dikehendaki oleh Allah.Tidak perlu ditambah-tambah dengan bacaan zikir supaya lagi kusyuk,cukuplah dengan apa yang nabi lakukan.Allah tidak mahukan lebih,kalau Allah mahukan lebih sudah pasti nabi sudah lakukan kerana nabi menerima pendidikan daripada Allah melalui perantaraan Jibril.Jangan ditambah rakaat solat dek kerana mahu lebih keberkatan,solat subuh ditambahnya menjadi 4 rakaat dan solat magrib ditambahnya menjadi 10 rakaat.Ini tidak boleh.Apabila Allah kata 2 rakaat,mahu tidak mahu,suka tidak suka, maka solat subuh 2 rakaat.Tiada lebih dan tiada kurang.Jadi,solatlah sepertimana nabi solat kerana pada solat nabi itulah adanya kesempurnaan.

Menjauhkan Diri Daripada Perkara Sia-Sia

Demi masa,manusia ini dalam kerugian.Kita rugi pada tiap-tiap detik yang berlalu.Kerana apa?Kerana kita ini manusia yang dipenuhi dengan keterbatasan.Hari ini kita menyesal dengan hari kelmarin.Esok kita akan menyesal dengan hari ini.

“Ish,kalaulah semalam aku belajar betul-betul,pasti aku dapat jawab soalan hari ini,”luahan hati pada hari ini.

“Kalaulah dulu aku kahwin dengan si Piah tu,pasti hidup aku akan bahagia,” luahan hati pada hari esok.

“Ya Allah,bagilah kami untuk hidup di atas muka bumi walaupun sesaat,pasti kami lakukan kebaikan[32:12],”luahan hati pada hari akhirat.

Kehidupan yang dipenuhi dengan kekesalan.Kekesalan yang berpanjangan. Semuanya kerana apa?Kerana kita telah mensia-siakan hidup kita.

Orang yang berjaya adalah orang yang menjauhi perkara yang sia-sia, perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya di akhirat nanti. Orang yang berjaya yakin bahawa apa-apa yang dibuatnya,mendatangkan hasil kepada dirinya sendiri di akhirat nanti.Mereka adalah orang yang bijaksana,bukan bijaksini.Bijak mereka kerana mereka bukan sahaja berfikir di sini(di dunia) bahkan mereka berfikir perkara-perkara di sana (akhirat).Mereka yakin kehidupan dunia ini adalah kehidupan yang sementara sahaja dan akhirat nanti kehidupan yang kekal selama-lamanya. Mereka yakin kehidupan di dunia ini sebagai mazratul akhirat(jambatan ke akhirat),dunia ini merupakan jalan mereka ke akhirat,ibarat jambatan yang digunakan untuk menyeberangi sungai,tiada sesiapapun yang membina rumah di atasnya.’Dunia ini sementara,akhirat kekal abadi’.Mereka yakin dengan ini.

Yakin dan percaya adalah 2 benda yang cukup berbeza dan hal ini pernah diterangkan dalam Azz post yang lalu, percaya dan yakin.Datang kepada anda seorang yang memegang pistol,mengacukan pistolnya kepada anda dan berkata, “aku ingin menembak kamu.”Apa yang akan anda lakukan? Pasti anda akan buka langkah seribu untuk menyelamatkan diri anda kerana anda yakin bahawa peluru yang ditembak itu mampu membunuh anda.Begitulah juga jika anda yakin dengan Allah.Seharusnya anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi hamba apabila anda yakin bahawa Allah itu Pencipta anda.

Hati mereka yang berjaya dipenuhi dengan tugas-tugas membersihkan aqidah.Masa mereka dipenuhi dengan kerja-kerja menegakkan Islam.Mereka dengan sepenuh hati nekad bahawa mereka merupakan pembantu agama Allah. Mereka yakin dengan firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud, “jika kamu menolong agama Allah,Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan kedudukan mu.”Penat lelah mereka kerana Islam. Keringat yang keluar daripada kelenjar peluh mereka merupakan keringat di jalan Allah.Keringat yang akan menjadi saksi di akhirat kelak.

“Ya,aku nampak,aku saksi bahawa dia telah berjuang di jalan mu ya Allah!” sumpah sang keringat.

Meninggalkan perkara sia-sia bukanlah bererti meninggalkan hiburan. Ketahuilah hiburan dan perkara sia-sia itu merupakan 2 benda yang berbeza seperti kambing dan biri-biri.Nampak macam sama tetapi 2 haiwan yang berbeza.

Rasulullah juga berhibur sewaktu baginda hidup. Rasulullah bermain kejar-kejaran dengan Aisyah,mendengar sahabat-sahabat bermadah,bergusti dengan sahabat dan bermain pedang. Rasulullah juga orang yang paling banyak senyum di atas muka bumi ini.Apabila baginda keluar daripada rumahnya,kanak-kanak akan menarik tangan baginda dan bermain dengan baginda.Baginda melayani mereka,menggembirakan mereka.Inilah bukti bahawa Islam membenarkan hiburan.Rujuk azz post hiburan.

Menunaikan Zakat

Zakat memperlihatkan kepada semua manusia bahawa Islam itu cantik. Allah mengarahkan kita berusaha di dunia untuk kelansungan hidup kita. Allah menyuruh kita mencari duit banyak-banyak untuk kita hidup dengan selesa supaya hidup yang selesa itu memudahkan kita dalam beramal.Allah faham bahawa zikrullah tidak boleh membeli nasi lemak oleh itu Allah menyuruh umat Islam berkerja mencari duit.Apabila duit yang dicari ditemui,Allah menurunkan perintah mengeluarkan zakat,perintah untuk membersihkan harta.Perintah ini mengingatkan umat Islam bahawa semua harta ini adalah milik Allah,kita hanyalah peminjam yang tidak mampu membayar balik.Perintah ini mengikis sifat kebendaan yang ada di dalam hati umat Islam.Wah,cantiknya Islam dengan perintah ini.

Apabila diteropong perintah ini dari sudut yang lain,kita akan dapati bahawa zakat bukan sahaja merujuk kepada pengeluaran 10% daripada pendapatan tetapi zakat juga bermaksud membersihkan diri.Ayat ini merupakan ayat untuk kita melakukan muhasabah diri.Ayat untuk kita sentiasa membersihkan diri.

“Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Sebelum kita tidur,cuba renungkan kembali apa yang telah kita lakukan pada hari itu.Adakah pagi tadi aku bersyukur setelah aku bangun tidur? Adakah aku mendirikan qiamullail? Adakah aku dirikan solat secara berjemaah? Adakah aku tidak membuka auratku?Adakah aku… Renungkan kembali dan berazamlah supaya dapat membaikinya pada hari esok. Jika esok kita tidak mampu,itu persoalan kedua,yang pertamanya,adakah kita sudah menyesal dan ingin berubah atau dalam erti kata lain adakah kita sudah bertaubat untuk hari yang sudah berlalu? Allah tidak tanya apa yang kita akan buat,Allah tanya kita apa yang kita telah buat.

Umar Al-Khattab berpesan, “dirikanlah solat sebelum kamu disolatkan dan hitunglah amalanmu sebelum amalanmu dihitung.””Jangan dikira kebaikan kerana kebaikan tidak akan lari tetapi hitunglah kesalahan kerana kesalahan itu akan bertambah.”Inilah nasihat Umar apabila melihat sekumpulan sahabat mengira zikir-zikir mereka dengan batu-batu kecil.

Allah menyuruh manusia membersihkan diri mereka daripada dosa dan daripada dunia sebab Allah tahu manusia akan menentang Nya kerana dunia.Dunia akan menggelapkan mata manusia sehingga manusia buta, manusia tidak nampak jalan pulang ke syurga.Sehingga manusia lupa siapa Pencipta dan siapa yang dicipta.Ketahuilah bahawa nikmat di dunia ini, kecantikan artis di dunia ini,kelazatan makanan di dunia ini, kehebatan robot di dunia ini,hanyalah 1 daripada 70 khazanah Allah.Hanyalah 10 sen daripada 7 ringgit.Namun percayalah,jika 10 sen ini diletak betul-betul di hadapan mata,kita tidak nampak RM6.9 yang lain.

Menjaga kemaluan

Sabda Rasulullah, “jika kamu dapat jamin kata-kata dan celah paha mu,aku jamin syurga untuk mu.”Secara umum,dari dulu sampai sekarang,kepuasan nafsu shahwat lah yang dikejar oleh sesiapapun.Memang ada orang yang tidak bernafsu tetapi kita berbicara dalam konteks umum.Kalau bukan kepada kaum belainan jantina,kepada kaum sejenis.

Sudah menjadi fitrah kejadian alam,yang jantan akan mengkehendaki yang betina,yang lelaki mahukan yang perempuan.Fitrah ini Allah yang buat dan Allah tidak menghalangnya.Wujudnya Islam bukanlah sebagai satu sekatan tetapi satu alternatif..Allah tidak zalim menciptakan sesuatu selepas itu Dia mengharamkannya.Allah haramkan zina tetapi Dia galakkan perkahwinan.

Untuk menilai seseorang itu,kayu ukur yang paling tepat adalah sejauh mana dia mampu menjaga kemaluannya kerana perkara ini sebenarnya persoalan hati.Apabila direnungi balik sejarah-sejarah perang,kebanyakan panglima-panglima berpaling tadah apabila diberi tawaran perempuan cantik.Panglima yang mampu memancung kepala musuh,panglima yang mampu menikam perut musuh,panglima yang mampu memotong badan musuh,rebah apabila datang seorang perempuan lawa yang bogel.

Hebatnya Tariq,panglima pembuka kota Andalusia,apabila dia menolak perempuan-perempuan cantik yang dijadikan tawaran supaya dia menarik diri daripada penawanan kota Andalusia.

“Aq kalo ko letak 1 juta depan aq,aq takkan curi.Kalo ko bagi aq kuase pon aq taknak.Tapi kalo ko bagi aq perempuan,em..aq cair.”jelas Buyobuyo.

Sekarang anda boleh bercakap besar, “aku tidak tergoda dengan perempuan,” tapi cuba anda bayangkan,dalam satu bilik yang tertutup, tengah anda keseorangan datang kepada anda seorang perempuan yang berkulit putih,hitam rambutnya,mancung hidungnya,cantik matanya,merah bibirnya,sempurna potongan badannya.Dia mendekati anda,menanggalkan pakaiannya satu per satu.Percayalah,tatkala ini anda akan berfikir, “takpe lah,lepas buatni aq bertaubat.”

Dek kerana susah lah,Allah menjanjikan satu ganjaran yang cukup hebat kepada sesiapa yang mampu menjaga kemaluannya.Lelaki yang menolak pelawaan seorang janda kaya kerana takutkan Allah,diberi perlindungan di bawah bayangan arasy Allah semasa matahari berada sejengkal di atas kepala.Jangan sekadar baca,bayangkan!Bayangkan betapa teruknya ketika itu sehingga manusia tenggelam dalam peluhnya sendiri.Kepanasan matahari di dunia ini bukanlah tandingan kepanasan di sana.Bayangkan! Bayangkan betapa dasyatnya waktu itu sehingga ibu mengungkit-ungkit pemberiannya pada anak.Bayangkan betapa ngerinya ketika itu sehinggakan ibu yang mengandung tidak perasan anak nya sudah keluar. Bayangkan!Tapi apa yang anda bayangkan tidak akan sama dengan apa yang akan berlaku,yang akan berlaku jauh lebih dasyat daripada bayangan anda.

Kesimpulan…

Semua orang layak mewarisi syurga Firdaus.Aq,engkau dan mereka.Semua orang layak.Tetapi wajib ikuti syarat-syarat di atas.Syarat-syarat di atas pada zahirnya kelihatan mudah namun bukan senang untuk istiqamah dalam mengerjakannya.Mungkin hari ini kita mampu untuk solat dengan kusyuk tapi bagaimana pula dengan hari esok?Mungkin pada hari ini kita mampu memenuhi hidup kita dengan kerja dakwah tapi bagaimana pula dengan lusa?Mungkin pada hari ini kita mampu menolak pelawaan si gadis cantik tapi bagaimana pula jika didatangi si gadis lawa?

“ya Allah,bagilah daku kekuatan dalam menempuh dugaan Mu..bagilah daku cinta kepada Mu dan cinta kepada orang yang mencintai Mu….Amin…”

IMG_0159 by you.

Pak Cik Roslan

penyampaian oleh: Pak Cik Roslan

Penulisan oleh: Uwa|s A|-Qarn|

3 thoughts on “Pewaris Syurga Firdaus

  1. yang paling jauh bukannya bintang atau mentari atau bulan
    tetapi masa yang berlalu dan takkan kembali
    kelmarin yang luput menjadi kenangan
    kelmarin yang luput mengukir sesalan
    yang ada hanya hari ini dan akan datang
    GUNAKAN HARI INI SEBAIK MUNGKIN KERANA HARI ESOK BELUM TENTU MILIK KITA__imam syafie
    —–> terus dan terus berdoa agar Allah meredhai kite sume untuk mengisi ruang di
    syurga Firdaus….

  2. slame ni sibuk sgt dgn dunia sampai terlupa bekalan ke syurga firdausi..terima ksih kpd pakcik roslan krn menyedarkan kami semua akn hakikat kami sbg hambaMu yang kerdil..

  3. mantap sungguh pnulisan shbt ku ini..ble bace je rase nk bace brulang kali.keep up your good work!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s