Antara Cicakman dan aku..

Antara Cicakman dan aku

Kalaulah anda diberi pilihan untuk menjadi seseorang yang lain, siapakah yang anda ingin jadi?Perdana Menteri?Cicakman?Superman?Doraemon? Cik Leha?Mawi?

Kenapa anda ingin jadi seperti mereka?Apa yang hebatnya mereka sehingga membuatkan anda tidak berpuas hati dengan diri anda sendiri?Kenapa anda tidak ingin menjadi diri anda sendiri?Anda merasakan diri anda ada kelemahan?Adakah anda tidak redha dengan ketentuan Ilahi yang menetapkan anda adalah anda?

++++++Kisah Benar+++++++

Semua orang kenal aq.Aq seorang yang paling bising.Majlis ape-apepun, aq lah orang yang paling bising.Sifat banyak cakap ini bukanlah aq buat-buat tetapi sifat ini boleh dikatakan sifat semulajadi yang diterbitkan daripada diri ku.Pernah sekali aq ingin menjadi seorang yang pendiam,ketika itu aku berada di form 1.Selama 3-4 bulan aq tidak bercakap banyak walaupun kadang-kadang tatkala budak-budak ini berborak,aq ingin menyampuk namun ku tahan juga.Untuk dijadikan cerita,selepas 4 bulan,aq diserang stroke kecil. Seluruh badanku tidak dapat bergerak,kaku.Mataku celik tetapi aq tidak mempunyai kekuatan untuk bergerak hatta untuk menggerakkan jari tangan.Aq dimasukkan ke dalam hospital,doktor memasukkan air ke dalam badanku.Selepas aq pulih,sesi soal jawab aq dengan doktor bermula.

“Ade xm ke dalam mase terdekat ni?”Tanya doktor.

“Takde..”Jawab aq dalam keadaan yang sangat tidak berdaya.

“Awak ni jenis yang banyak cakap?”Doktor meneka.

“Agak…tapi saya dah cuba berubah..Dah berbulan saya tidak bercakap dengan orang lain,”terang aq.

“Inilah puncanya.Awak tidak boleh ubah sifat semulajadi awak.Awak nak cakap tapi awak tahan,bila lama-lama,dia akan pecah.Macam belon, tiup punya tiup,angin masuk dan masuk,akhir sekali pecah la.”Jelas doktor.

+++++TAMAT+++++

Bunga Hanya Sekuntum..

Hebatnya Allah kerana menciptakan manusia itu unik.Allah ciptakan kita tersangat istimewa sebab tidak akan ada seorang pun yang sama dengan kita, sejak daripada penciptaan nabi Adam hinggalah dunia ini kiamat.Jika muka agak sama tetapi perangai jauh berbeza,jika perangai agak sama tetapi muka jauh berbeza.Kita tidak akan jumpa 1 pasangan yang mempunyai kesamaan 100%.Hal inilah yang ditekankan oleh pujangga-pujangga cinta, ‘bunga hanya sekuntum’.

“Ilek la,bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor.Ko cari la pompuan yang lain,ramai lagi pompuan yang lagi lawa daripada dia kat atas muke bumi Allah ni,”nasihat Di.

“Betul,bunge bukan sekuntum.Tapi bunge ‘tu’ yang sekuntum.Mane nak cari lagi bunge taik ayam yang kelopak bunge sebelah kanan die ade tahi lalat sebesar kumbang?Takkan dapat punye.Die tu je yang ade,”jawab Do.

Ada benarnya kata-kata si Do.Memang bunga bukan sekuntum tetapi bunga itu yang sekuntum.Contoh lagi,memang banyak kedai yang jual nasi lemak tapi nasi lemak mak cik bakso ade kat mak cik bakso je,takde kat sya-sya, takde kat restoran 69. Inilah bukti kekuasaan Allah.

Allah menciptakan kita dengan perangai yang tersendiri.Ada yang jenis pendiam,ada juga yang jenis bercakap.Ada yang jenis lasak,ada juga yang jenis lembut.Ada yang jenis kuat makan,ada juga yang jenis tidak makan. Setiap orang ada ciri masing-masing yang mana ciri-ciri inilah yang membuatkan manusia itu istimewa.

Terkadang kita bertanya kepada hati kecil kita, “kenapa aku bukan si dia yang mempunyai wajah yang tampan,suara yang merdu dan ketinggian yang sempurna?”

Terkadang kita bertanya kepada hati kecil kita, “kenapa aku bukan si dia yang mampu mengingat sesuatu dengan hanya melihat dan mendengar?”

Terkadang kita bertanya kepada hati kecil kita, “kenapa aku bukan si dia yang mampu menjawab soalan yang diberikan oleh sensei tanpa bertungkus-lumus?”

Kelemahan.Diri ini tidak sempurna.Kita tidak mengerti hakikat penciptaan manusia.Kita tidak sedar bahawa semua manusia mempunyai kelemehan walaupun sebesar zarah.Kita tidak sedar walaupun kita tidak setampan dia,tidak mempunyai suara semerdu dia,tidak setinggi dia,namun kita mempunyai ramai peminat.Kita tidak sedar walaupun kita tidak mempunyai daya hafalan yang sebaik dia namun kita sudah menghafal juz 30.Kita tidak sedar walaupun kita bertungkus-lumus dalam menjawab xm, namun pada hakikatnya kita telah berjaya.Kita asyik memandang kelemahan itu sebagai kekalahan,jadi kita kalah.

Cuba kita betulkan balik pandangan kita pada diri kita,pandanglah kelemahan itu sebagai satu kelebihan,kelebihan yang akan menyebabkan anda menang.Allah tidak akan menguji hamba Nya jika hamba itu tidak mampu,itu janji Allah.

Disebabkan kelemahan yang ada pada diri kita, kita berputus asa,lalu kita memerhatikan orang lain di sekitar kita.Kita nekad untuk berubah menjadi mereka sedangkan kita lupa,kita lupa bahawa pada kelemahan kita itulah adanya kelebihan.Kelebihan yang membuatkan kita berbeza dengan mereka.

Tersebut al-kisah di sebuah kampung di atas bukit,tinggal lah seorang pak cik tua yang bernama Pak Mat.Pak Mat mempunyai 2 buah baldi dan baldi-baldi ini digunakan untuk dia mengangkut air dari sungai ke rumahnya bagi mengairkan tanamannya.Untuk dijadikan cerita,sebuah baldi sempurna tetapi sebuah lagi bocor di bahagian bawah.Jadi,apabila Pak Mat mengisi air ke dalam baldi-baldi itu,baldi yang satu lagi akan memancutkan air disebabkan lubang pada bahagian bawahnya.Belum sempat Pak Mat menggunakan air di dalam baldi itu,baldi itu sudahpun kosong.Begitulah apa yang berlaku pada Pak Mat tiap-tiap hari.Dia penat mengangkat 2-2 buah baldi tetapi hanya satu sahaja berguna untuknya.Suatu hari,baldi yang bocor itu kesihan melihat kepenatan yang dialami oleh Pak Mat, jadi dia bercadang untuk meluahkan perasaannya ini kepada Pak Mat.

“Pak Mat,aku kesihan melihat kamu.Kamu penat mengangkat kami berdua tetapi kamu hanya dapat menggunakan dia sahaja.Aku hanya beban bagi mu.Aku memang tidak berguna.”Keluh Si Baldi yang bocor.

Mendengarkan keluhan si Baldi,Pak Mat tersenyum dan menjawab, “esok,selepas aku mengisi air di dalam perutmu,kamu lihat apa yang ada di sepanjang perjalanan dari sungai ke rumah ku.”

Keesokannya Si Baldi memerhatikan apa yang ada di sepanjang perjalanan sepertimana yang disuruh oleh Pak Mat.Alangkah terkejutnya dia apabila dia mendapati jalan di sebelahnya dipenuhi dengan bunga-bunga yang cantik tetapi tidak pada jalan sebelah baldi yang sempurna.

“Kamu lihat,walaupun kamu cacat,tidak sempurna,tetapi kamu telah menghidupkan bunga-bunga yang cantik di sepanjang perjalanan ini,” nasihat Pak Mat.

Ingatlah bahawa setiap orang ada kelemahan dan kelebihan,bergantung pada kita lah bagaimana kita ingin mengukur kelebihan dan kelemahan itu.

8 thoughts on “Antara Cicakman dan aku..

  1. entri yang cukup menarik
    kadang2 aku juge merenung nasib diri yang suke bercakap
    penah juge berazam nk kurangkan bercakap tp hanya bertahan 1 hari sj
    memang aku rase diri ni lemah
    sbb aku x serius dalam sume bende yang aku buat
    sumenye aku jadikan gurauan
    kadang2 bile aku sedih pon
    kawan2 aku tanye
    “btol ke ko sedih?? ke ko main2”
    tu la hakikat hidup
    ape pon terjadi aku memang susah nk ubah tabiat aku
    tp jauh disudut hati aku teringin nk jadi seorang yang pendiam
    sbb aku seorang wanita~

  2. artikel yg best..kdg2 aku pon ade terfikir gak mcm artikel ni..
    rs diri ni lemah je..
    ni ade lagu yg sesuai ngn tajuk ni..tp lagu omputis la..hehe..
    try dgr..stay the same nyanyian joey mcintyre…



    (^_^)

  3. marilah kite same2 berdoa semoga dikurniakan hati yang sentiasa mensyukuri setiap kurniaan-Nya…amin…

  4. kalo kite asyik pikir ape org kate psl kite smpi bile pon
    kite x akan brjaya…btul x??..
    sbb kite x bleh nk senangkan hati semua org….
    so dun think kelemahan tu melemahkan kite…
    mybe ia adalah kelebihan yg Allah beri pd kite…
    percaye la yg semua org ad kelebihan dan kelemahan dr masing2…
    dan percaye la dr kelemahan tu kite blaja byk erti kehidupan…
    dunia hanya sementara…
    wallahua’lam…

  5. artikel ni menarik..lps baco komen cik semut merah..ak terfikir sbb apo dio nok jadi senyap…adakah org pendiam tu lebih baik daripada orag yg bising…bg ak tok salah bising asalk bukan keterlaluan…

  6. Ya Allah…sye selalu cmni..huhu..sbjik2
    kne ats mke..sye sellu bndingkn diri
    sye ngn org len..sye rse ni la
    punce sye x bersyukur ngn nkmat Allah
    bgi..ya ALLAH ampuni hmbamu ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s