Menjadi golongan yang sedikit….

menjadigolongansedikit_thumbAlhamudillah,aq da sembuh daripada demam selsema selepas diuji hampir satu minggu.Semasa aq belum demam sepenuhnya,aq terfikir mungkin aq dapat habiskan masa cuti demamku dengan menulis artikel untuk Azz.Wordpress tapi apabila aq betul-betul demam,bukan sahaja menghadap laptop bahkan untuk menggerakkan selimut daripada badanku juga memerlukan satu keazaman yang cukup kuat.Tajuk ini sebenarnya satu kebetulan,sebelum aq sakit,aq sudahpun terfikir untuk menulis tajuk ini,tetapi memandangkan ada artikel-artikel lain perlu diselesaikan,aq memberi laluan kepada artikel-artikel itu dahulu.Topik yang aq ingin ketengahkan pada post kali ini adalah ‘bersyukur, sejauh mana kita berterima kasih?’Orang cakap, kalau nak tahu sejauh mana orang itu bersyukur,tengoklah sejauh mana dia berterima kasih.

“Wei,aq sakit hati btol la ngan drebar bas tu.Aq ingat nak g masjid awal sebab nak makan nasi kat sane tapi die gerak awal sangat,”marah Pin.

“Memang ar,aq pom bengang ngan die.Ade ke ari tu die suh aq makan kopok kat luar bas,die cakap takut bas die bau busuk.Wei bajet skit la wei,”tambah marah Tin.

“Aq lagi terok kene ngan die,cam syi** je.Ade ke die tinggal aq padahal die nampak aq tengah bli nasi kat kedai bakso.Kuwang asam btol la,”tambah- tambah marah Kin.

Keluhan budak-budak JAD terhadap seorang pemandu bas. Sememangnya aq juga merupakan seorang pelajar JAD dan aq juga mempunyai masalah dengan pemandu bas yang sama.Namun aq terfikir,jika kita memarahinya,apa yang akan kita dapat?Dan aq juga terfikir,dia hanya melakukan kesilapan 2 atau 3 kali sahaja berbanding dengan jasanya menghantar kita ke UNISEL dan TBP yang tidak terkira banyaknya.

Memang tanggungjawabnya untuk menghantar kita kerana itu adalah tugasnya,tapi perlu kita ingat bahawa tiada erti tanggungjawab tanpa pengorbanan.Kalau anda mempertikaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pemandu bas JAD,anda juga harus pertikaikan wang daripada ibu dan ayah anda.Jika ibu dan ayah anda masih lagi memberi wang kepada anda walaupun anda mempunyai biasiswa YPM,wang ibu bapa anda tidak perlu dipertikaikan namun jika ibu dan bapa anda mengatakan, “cukuplah dengan biasiswa YPM,” maka anda boleh pertikaikannya.Kerana apa?Kerana sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa menyara anak-anak mereka sehinggalah mereka berkahwin bagi perempuan.

Aq ingin tanya,berapa ramai di antara kita mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pemandu bas itu setelah dia menghantar kita ke destinasi dengan selamat?Berapa ramai di antara kita yang menghulurkan senyuman kepadanya setelah dia menghantar kita ke UNISEL untuk menuntut ilmu? Berapa ramai?

Mengapa jika seorang pensyarah selesai mengajar kita,kita mengucapkan terima kasih?Padahal sudah menjadi tanggungjawab pensyarah itu untuk mengajar kita?Kalau kita pegang pada prinsip tanggungjawab, jangan diucap terima kasih!Mengapa jika seorang ayah memberi wang kepada anaknya,anaknya mengucapkan terima kasih?Padahal sudah menjadi tanggungjawab seorang ayah memberi nafkah kepada anaknya?

Aq bukanlah seorang yang memuliakan pemandu bas itu,tidak.Tetapi aq hairan dengan gelagat kita,gelagat manusia,gelagat manusia yang diberi ‘AQAL’ oleh Allah.Kenapa kita yang bijak berkata-kata,bijak melihat,bijak mendengar dan bijak berfikir ini menyamakan kebijaksanaan kita dengan haiwan apabila kehendak kita tidak dipenuhi?Atau dalam perkataan yang lebih mudah,kita marah apabila orang tidak berterima kasih kepada kita.

Kita marah kepada pemandu bas apabila tugasnya menghantar kita tidak selesai dengan baik.Hal inilah yang dimaksudkan dengan kita marah apabila orang tidak berterima kasih kepada kita.

Ketahuilah perihal berterima kasih bukanlah sekadar dengan ucapan tetapi hal ini juga dibuktikan melalui perbuatan.Bagaimana untuk berterima kasih kepada orang lain?Dengan memenuhi hak mereka.

Seorang ayah memberi nafkah kepada anaknya,seorang pensyarah mengajar pelajarnya,seorang anak berjasa kepada ibubapanya dan seorang pelajar berjaya dengan cemerlang dalam pelajarannya.Inilah berterima kasih.Melengkapi sesama sendiri dan sememangnya,inilah konsep ‘Syukur’ yang cuba diterjemahkan kepada kita oleh Allah.

Pak tua berpesan, “nak tahu samada seseorang itu bersyukur ke tidak, perhatikan samada dia berterima kasih kepada manusia ataupun tidak.”

Benar kata pak tua ini,jika kepada makluk yang hina dina inipun dia tidak mampu mengucapkan terima kasih,apatah lagi kepada Tuhan sekalian alam yang suci daripada sebarang sifat terkutuk.Yang bawah pun tidak disyukurnya, apatah lagi yang di atas sana?

“Bilakah anda akan melakukan sujud syukur?”Tanya Cantik.

“Apabila saya lulus dalam peperiksaan,”jawab Jelita.

“Apabila ibu bapa saya selamat sampai daripada bermusafir,”jawab Manis.

“Apabila saya berkahwin dengan lelaki yang alim,”jawab Ayu.

Inilah kita,manusia.Kita bersyukur kepada Allah hanya apabila sesuatu yang baik berlaku terhadap diri kita.Kita bersyukur apabila berjaya, kita bersyukur apabila selamat dan kita bersyukur apabila bahagia.Pernahkah kita bersyukur kerana kita dapat solat secara berjemaah?Pernahkah kita bersyukur kerana mendengar tazkirah?Pernahkah kita bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang baik?

Allah berfirman di dalam al-quran,surah Ibrahim ayat 7:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.

Dalam ayat ini Allah menyuruh kita supaya berterima kasih kepada Nya dan kalau kita berterima kasih,Dia akan tambahkan nikmat Dia ke atas kita. Jangan ditanya bagaimana Allah tambahkan nikmat Nya ke atas kita, sebaliknya tanyalah diri kita adakah kita bersyukur di atas nikmat Nya atau tidak.Dalam ayat itu juga,Allah telah memberi amaran keras kepada manusia-manusia yang berstatus ‘kacang lupakan kulit’ ini bahawa azab Allah tersangatlah keras.

Ada ulama’ menceritakan maksud azab Allah tersangat keras,apabila seseorang itu terjatuh ke dalam api neraka,dia akan terlompat hingga ke tahap syurga yang paling atas dan dia melihat segala nikmat yang ada di syurga itu namun nikmat-nikmat itu tidak lagi bermakna baginya kerana kesakitan azab api neraka yang disentuhnya sebentar tadi.Cuba anda bayangkan.Ha,yang anda bayangkan itu bukanlah azab yang sebenar,yang sebenar jauh daripada bayangan,ingat-ingatlah selalu.

Pada hakikatnya,Allah tidak memerlukan kita untuk bersyukur.Kita bersyukur atau tidak,sedikitpun tidak menjejaskan keesaan Nya. Mahkota Nya tetap di atas sana walaupun tiada seorang manusia bersyukur.Malah pada ayat yang lain,surah yang sama,Allah berfirman:

Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

Allah menjelaskan nikmat Nya tidak akan dapat dihitung.Daripada ayat itu, dapat kita fahami 2 perkara.Yang pertama sifat Allah yang maha kaya, mana tidaknya,hanya orang kaya sahaja tidak dapat menghitung hartanya dek kerana jumlahnya yang melampau banyak.Apabila diterjemahkan ayat ini ke dalam ayat perbualan biasa,kita akan dapati bahawa Allah adalah paling kaya.

“Ni soalan yang saya buat sendiri.Kamu try jawablah tapi saya nak ingatkan kamu,soalan ini kamu takkan terjawab,”jelas seorang Cikgu Matematik.

Apabila seorang guru mengajukan soalan dan mengatakan soalan itu tidak akan dapat dijawab,bermakna soalan itu merupakan soalan yang paling-paling susah.Apabila Allah kata nikmatnya jika dibilang tidak akan terbilang bermakna nikmat Allah berikan kepada kita tersangatlah banyak.

Yang kedua,Allah tidak berkira dengan kita dalam memberi nikmat Nya. Kita rujuk balik ayat cikgu matematik di atas,dalam ayat itu,cikgu matematik itu seakan-akan menyuruh anak muridnya tidak menjawab soalan yang diberikannya.Begitu juga dengan Allah,kira pun Allah tidak suruh apatah lagi mengganti balik nikmat yang digunakan.Apa yang Allah mahu hanyalah ‘terima kasih’ daripada hamba Nya.Itupun susah?

Tidak guna aq berceloteh lebih panjang kalau yang membacanya tidak ingin berubah.Tiada siapa yang dapat membantu anda berterima kasih kepada Tuhan yang menciptakan anda melainkan diri anda sendiri.Ingatlah, di dalam Al-Quran,banyak kali Allah berfirman yang bermaksud , “sedikit sahaja yang bersyukur.”Jadi,marilah sama-sama kita memasuki golongan yang sedikit ini dengan bersyukur kepada Allah…

Wallahua’lam..

6 thoughts on “Menjadi golongan yang sedikit….

  1. tjuk yg mnarik…
    alhamdulillah…ana bersyukur krn diberi peluang oleh Allah untuk membce setiap post azzariyat…
    hati tersentuh pabila membace ayt2 al-quran ttg golongn yg berSYUKUR…
    bukan mudah untuk mnjd manusia yg senantiasa bersyukur kepadaNYA…
    ucapan yg sambil lewa shje pon xde gnenyr…
    keikhlasan di dlm hati juge memnentukan same ade seseorg itu benar2 bersyukur kepadaNYA atau tidak….
    waallahu’alam….

    ^_^v

  2. bersyukur lah kpd ALLAH S.W.T yg kte masih diberi nikmat iman dan islam….
    semoga kte tdk tergolong dr kalangan org2 yg rugi….amin…

  3. tq for this article…baru je rase down sbb akhir-akhir ni rase mcm byk nikmat yang Allah bagi ditarik balik. Blajar makin x faham, waktu kelas xleh nk concentrate, nk menghafal 1 ayat pun amek mase lame…adey~xtau nk buat cmne…hm, tp bile bc post ni, rase mcm knape nikmat yg ditarik sedikit tu yg nk diungkit2? padahal nikmat laen yg Allah bg byk lg kan…tq Allah for giving me the answer & tq for writing this..

  4. bsyukur adlh kunci kbahgiaan..sbb klau bsyukr kta akn rs sume y ad pd kta da ckp.
    bsyukur la sbb Allah bg kta pluang u jd mnusia n bkn nya skdar batu kt tpi jln.
    hdp ni adlh anugerah dr Allah..
    Ya Allah,anugrhknlah ak ilham utk trus msyukuri nikmatMu..amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s