Dua srikandi penyeri hati

duasrikandipenyerihati_thumbPabila hati ini sepi,

kosong tanpa motivasi,

lesu dengan tradisi,

kisah 2 srikandi penyeri hati,

membawa aq kepada Ilahi…

Jika disebut nama-nama seperti Siti Khadijah,Saidatina Aishah,Sumayyah dan Fatimah Az-Zahra,boleh dikatakan hampir semua orang tahu kisah perjuangan mereka.Namun,adakah anda kenal dengan Ainul Mardhiyah dan Zinnirah?Yup,kedua-dua nama ini dilagukan oleh satu kumpulan nasyid yang sama,UNIC.Persoalannya,siapakah mereka sehingga kisah mereka dilagukan?

Zinnirah:

http://www.youtube.com/v/Gh8b5mnOYaQ

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan.Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh pada masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum lagi memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah.Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran.Hal ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa.”

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

[source]

Ainul Mardhiyah:

http://www.youtube.com/v/zDhf_QjyH40

Ainul Mardhiah merupakan bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya, “siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba dia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari syurga.” Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia malu untuk bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar berjihad.

Sebelum Zohor,sudah menjadi sunnah nabi untuk tidur sebentar,maka kesemua sahabatpun tidur sebentar bersama-sama menunggu waktu zohor masuk.
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri.Lalu ditanya, “dimanakah aku?” Lelaki itu menjawab, “inilah syurga.” Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah.Lelaki tadi menunjukkan ara untuk dia ikuti.Perjalanannya menemukan dia denga sebuah pohon dan di pohon itu terdapat seorang wanita yang tersangat cantik,kecantikannya tidak dapat digambarkan dengan kecantikan wanita dunia.Di bertanya, “adakah kamu ‘Ainul Mardhiah?”Wanita itu menjawab, “tidak,aku adalah khadamnya.’Ainul Mardhiyah berada di dalam singgahsananya.”

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi,sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai.Seraya dia member salam dan bertanya sekali lagi, “adakah kamu ‘Ainul Mardhiyah?”Wanita itu menjawab, “tidak,aku hanyalah khadamnya.’Ainul Mardhiyah berada di atas mahligai ini.”

Tanpa membuang masa,dia menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu.Di akhir perjalanannya,dia bertemu dengan seorang wanita yang berpuluh-puluh kali ganda cantik daripada wanita yang pertama jumpainya dan berpuluh-puluh kali ganda cantik daripada wanita yang kedua dijumpainya dan dia bertanya, “adakah anda ‘Ainul Mardhiyah?” Wanita itu menjawab, “akulah ‘Ainul Mardhiyah.Aku diciptakan untukmu dan kamu diciptakan untukku.”Lantas dia mendekati ketua bidadari itu namun ‘Ainul Mardhiyah berkata, “nanti,kamu belum lagi syahid.”

Tersentak dia lantas terjaga dia daripada lamunannya.Dia menceritakan hal ini kepada seorang sahabat yang lain dan berpesan supaya cerita ini tidak diceritakan kepada nabi sehinggalah dia syahid.Petang itu,pemuda itu keluar berperang dan dia Berjaya mendapatkan syahid di jalan Allah.Petang itu,ketika semua orang pulang ke masjid untuk berbuka puasa,sahabat yang diberi amanah oleh pemuda tadi mendekati nabi dan menceritakan cerita pemuda tersebut.Nabi membenarkan segala ceritanya,malah nabi bersabda, “sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.”

4 thoughts on “Dua srikandi penyeri hati

  1. Zinnirah dan Ainul Mardhiyah… 2 name yang aku kenal melalui lagu je b4 ni
    skarang baru tahu cite sbenar pasal mereka
    time kasih kpd penulis

  2. buat semua..
    ni bru dua dr bbrpe srikandi…
    klu nk tau lbh lg cri buku riwayat bidadari syurga..
    kt dlm tu ade diceritakan beberapa orang lg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s