Biarlah insan merintih kepada Tuhan nya…

biarlahinsanmerintihkepadatuhannya_thumb“Eh tadi tyme aq solat,aq rase macam terkentut.Tapi bunyi takde,bau pun takde.Sah ke solat aq?”

“Eh tadi tyme puase,aq korek hidung aq tapi jari aq tak masuk semua.Sikit je masuk.Sah ke puasa aq?”

“Eh tadi tyme tawaf kaabah,aq terlanggar awek arab.Awek tu lawa sangat, nafsu aq naik.Sah ke tawaf aq?”

“Tak sah!Solat ko tak sah!Puasa ko tak saf!Tawaf ko tak sah!”Jawab Mehmed (bukan nama sebenar) dengan garangnya.

Siapakah Mehmed sehingga dia mampu melabelkan ibadah seseorang hamba tidak sah?Bukankah perkara sah atau tidak itu hanya milik Allah?Seseorang yang melabelkan ibadah seseorang hamba mesti bukan calang-calang orang kerana Rasulullah sendiri pun tidak pernah melabelkan ibadah seseorang muslim dengan sah ataupun tidak melainkan ibadah itu memang jelas melanggar perkara-perkara sah sesuatu ibadah.

Rasulullah sendiri tidak mengetahui tahap kusyu’ solat para sahabat melainkan Allah mewahyukan kepada baginda.

Kita patut tahu bahawa ulama’-ulama’ telah menggariskan beberapa panduan kepada kita untuk kita pastikan bahawa ibadah yang dilakukan itu masuk ke dalam kategori ibadah yang diterima oleh Allah.Penuh rukunnya, tidak melakukan perkara yang membatalkannya maka ibadah kita sudah sempurna,sempurna pada tahap mana?Itu milik Allah yang mutlak,tiada seorang hamba pun yang layak untuk menilainya walaupun dia seorang Rasul Ulul Azmi.

“Ustazah,semasa saya solat di saf pertama di hadapan cermin,tiba-tiba saya tertengok budak perempuan yang berpakaian tetapi bogel,lalu di hadapan masjid.Sah tak solat saya?”tanya Mega kepada Ustazahnya.

“Adakah melihat aurat perkara yang membatalkan solat?”Tanya Ustazah.

“Tidak..Tapi kalau perempuan itu bogel?”Tanya Mega lagi.

“Perkara membatalkan solat?”Ustazah mengulang jawapan tadi.

Anda mesti yakin dengan ibadah yang dilakukan,selagi memenuhi rukun-rukunnya,anda tidak melakukan perkara yang membatalkannya,apa yang tinggal untuk ibadah itu menjadi sempurna ialah keyakinan.Anda haruslah yakin bahawa Allah ialah Maha Pemurah dan Allah akan menerima ibadah kita walaupun ada sedikit cacat cela.Sebab apa?Sebab kita adalah hamba Nya dan Dia tahu bahawa hamba Nya ini tidak dapat melakukan sesuatu kerja dengan sempurna.

Ramai di antara kita sekarang,solat sekadar satu senaman.Selepas solat terus beredar dengan hati yang senang kerana telah melakukan tanggungjawab sebagai seorang muslim.Namun,sifat ini perlulah kita ubah kerana tanggungjawab kita belum lagi selesai jika Allah belum lagi menerima solat kita sebagai satu ibadah.Seharusnya,selepas kita selesai mendirikan solat,sepatutnya kita berasa bimbang,kita berasa khuatir bahawa adakah semasa kita dirikan solat tadi sudah kita penuhkan kesemua rukunnya?Adakah kita tidak melakukan perkara yang membatalkanny?Adakah Allah terima solat kita sebagai satu ibadah?Perkara inilah yang harus kita cakna.

Usah ditanya ustaz dan ustazah jika rukun sudah kita penuhi,perkara membatalkan sudah kita jauhi,kerana ustaz dan ustazah bukan sahaja tidak mengetahui status ibadah kita,bahkan mereka juga tidak mengetahui status ibadah mereka sendiri.Benar,mereka adalah ahli tetapi sah atau tidak sesuatu ibadah itu adalah milik Allah yang mutlak,bukan milik sesiapapun.

Mereka yang ahli yakni para ustaz dan ustazah hanya mampu memberi nasihat,tidak lebih daripada itu.Mereka mempunyai ilmu,mereka arif dalam bab solat,puasa,zakat,haji tetapi arif dalam bab-bab ini tidak membolehkan mereka melabelkan ibadah seseorang.Dengan ilmu mereka itu,mereka hanya mampu untuk melabelkan ibadah seseorang lulus ataupun tidak,bukan sah ataupun tidak.

Jadi,merintihlah kepada Allah!Merintihlah kepada Tuhan yang disembah. Kerana hanya Dia lah yang melabelkan sesuatu ibadah itu sah ataupun tidak.Dia lah yang menilai sesuatu ibadah.Dia lah yang memegang cop mohor sesuatu ibadah.

Mudahnya hidup bertuhan namun tiada sesiapapun yang memahami konsep hidup bertuhan.Aq ketengahkan satu analogi;Kita merupakan pelajar tajaan YPM,setiap bulan kita dibekalkan dengan wang sejumlah RM420.Sebarang masalah dalam kehidupan kita selaku pelajar,kita adukan kepada YPM kerana YPM merupakan penaja kita,YPM adalah tuan kita buat masa sekarang.Hidup kita senang,kita tidak perlu bersusah-payah sebaliknya YPM lah yang perlu bersusah-payah untuk memastikan kita mampu menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan sempurna.Tetapi bagaimana pula dengan pelajar UNISEL yang tidak ditaja oleh mana-mana badan?Kepada siapa mereka mengadu jika mereka ada masalah dalam pelajaran?Kepada siapa mereka merintih jika mereka tiada wang?Hidup mereka susah,mereka terpaksa berusaha dengan sendiri.

Begitulah juga dengan hidup bertuhan.Apabila kita diuji dengan pelbagai masalah,kita hamparkan sejadah,kita berwudhu’ dan kita mengangkat takbir.Menangis,merintih,memohon pertolongan daripada Tuan kita.Hati ini yakin bahawa Dia lah tempat kita mengadu,Dia lah tempat kita meluahkan perasaan dan Dia lah kecintaan kita.

“Ya Allah..Apakah jenis bencana yang Kau timpakan ke atas aq.Aq insan lemah,aq jahil,aq tidak berdaya menempuh dugaan ini.Ya Allah,jika dia yang terbaik untuk ku maka jodohkanlah aq dengannya jika tidak,Engkau tahu yang terbaik untukku.Ya Allah,aq telah banyak berubah.Aq ingin jadi lelaki yang tebaik yang Engkau maksudkan supaya aq dapat dia.Dulu aq jarang baca quran tapi kini tidak lagi.Dulu aq selalu berbual kosong tapi kini tidak lagi.Segala-gala aq lakukan demi janji Mu ya Allah.Tolonglah Ya Allah,aku betul-betul mencintainya.Tolonglah ya Allah, aku mencintainya.Aku suka padanya ya Allah.Tolonglah..tolonglah..Ya Allah,cinta ini Engkau yang hadiahkan kepada ku.Tetapi kenapa Engkau takdirkan sebegini untukku?Kenapa Ya Allah?Ampunilah aq,siapalah aq untuk mempersoalkan takdir yang Engkau tetapkan tetapi..Aku tidak tahu Ya Allah..tunjukkanlah aku jalan yang lurus,jalan yang Engkau redhai..” rintih seorang hamba yang dalam kesusahan.

Sujudlah dan menangislah,sesungguhnya Allah sukakan hamba yang menangis kepada Nya.Pintalah apa-apapun daripada Nya,pasti Dia akan makbulkan.Kerana apa?Kerana Dia lah pemilik segala-galanya.Anda pinta kereta mewah,Dia berikan anda kereta mewah.Kalau bukan sekarang,esok nanti.Kalau bukan esok,di sana nanti.Yakinlah bahawa Dia akan memberi anda kereta mewah pada suatu hari nanti.

Jangan dipinta kepada manusia kerana manusia tidak dapat memberi apa-apa kepada manusia.Seperti kambing meminta kepada kambing,kerbau meminta kepada kerbau,tiada gunanya.

“Eh,aq ada masalahla…”Gee(bukan nama sebenar) mengadu kepada Aida.(bukan nama sebenar)

“Apa masalahnya..cubalah beritahu aq,manalah taw aq dapat bantu,”pujuk Aida sambil menggosok-gosok bahagian belakang Gee.

“Aq tak taw la,sejak kebelakangan ni aq susah untuk hafal ayat quran.Puas aq cuba tapi tak dapat gak….”luah Gee sambil menahan butir-butir mutiara di dalam matanya daripada keluar membasahi pipi.

“Cube ko fikir balik,mana taw ada ko buat salah..”nasihat Aida.

“Mane ade,aq dah puas fikir.Takde..Aq rase aq takde buat salah,”jawab Gee menyebabkan Aida terdiam,berfikir menyusun bicara,mengatur kata.

“Ko doa la banyak-banyak…Insya Allah,Allah tolong ko,”tambah Aida.

Lihat,akhir sekali manusia akan kembali kepada Pencipta nya.Manusia tidak dapat menyelesaikan masalah manusia macam ketam cuba menyelesaikan masalah cara mereka berjalan.Sampai bila-bila pun ketam tidak akan dapat berjalan dengan baik jika manusia tidak mengajarnya.

“Bos,saya nak gaji saya naik bulan ni,RM20,000 sebab gaji saya sebelum ini tidak cukup!”Jerit Ceghah kepada bosnya.

Bulan depan bosnya datang kepadanya dengan membawa RM20,000 dan berkata, “nah gaji kamu untuk bulan ini.”

Tetapi pada akhir bulan,Ceghah datang lagi kepada bosnya dan berkata, “bos,RM20,000 tidak cukup.Saya nak RM100,000.”

Lihat,manusia sebenarnya tidak tahu apa yang manusia inginkan.Walaupun bos kepada Ceghah memberinya RM1M pun,Ceghah tidak akan berasa cukup.Pada hakikatnya,bosnya tidak mengetahui apa yang sebenar diinginkannya. Siapa yang tahu?Allah!

Allah yang menciptakan kita maka Dia tahu segala-galanya.Ada sesetengah ulama’ tasawuf apabila berdoa,mereka berdoa dengan satu ayat yang ringkas, “Ya Allah,Engkau mengetahui apa yang aku mahu.”Di dalam Al-Quran,Allah memberitahu kepada kita bahawa Allah berada lebih dekat daripada urat leher kita sendiri.Ayat ini bukan menyatakan Allah bertempat,tidak tetapi ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah lebih mengetahui tentang kita melebihi apa yang kita tahu tentang kita.

Kalau kita lebih mengetahui tentang diri kita,mengapa kita tidak dapat memastikan pukul berapa kita ingin tidur?Mana tidaknya,kita tahu berapa banyak tenaga yang telah kita guna jadi kita tahu pada pukul berapa kita perlu tidur dan berapa lama kita harus rehat.Tapi kadang-kadang,bila kita tutup lampu,baring di atas katil,kita masih tidak mampu untuk melelapkan mata.Padahal kita tahu tentang diri kita~

Kalau kita lebih mengetahui tentang diri kita,mengapa kita perlu kentut dan berak?Mana tidaknya,jika kita arif tentang diri kita,kita tahu bahawa kuantiti banyak mana yang diperlukan untuk diri kita tetapi mengapa setiap kali kita makan,kita terpaksa ke tandas untuk membuang lebihan makanan?Padahal kita tahu tentang diri kita~

Hakikatnya,kita tidak tahu apa-apa tentang diri kita.Jika kita sendiri pun tidak tahu,adakah Mohsen yang jual aiskrim asam tahu tentang diri kita?Adakah Aida tahu tentang Gee sehingga dia mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Gee?Adakah bos Ceghah mampu menyelesaikan masalah duit Ceghah yang tidak cukup-cukup?Tidak! Hanya Allah sahaja yang mampu menyelesaikan masalah kita.

Kita berhempas-pulas mengejar apa yang kita mahu,tetapi percayalah, kadang-kadang apa yang kita mahu tidak semestinya yang kita perlu dan kadang-kadang apa yang kita perlu tidak semestinya yang kita mahu. Allah,Dia yang menciptakan kita maka Dia tahu apa yang kita perlu dan apa yang kita tidak perlu.Berbaliklah kepada Nya,merayulah kepada Nya, merintihlah kepada Nya,sesungguhnya Dia menanti-nanti anda menangis kepada Nya.

Tok Guru ada berceramah, “kita kena minta dengan Allah dengan menangis. Kalau tidak dapat menangis kerana Nya,kita menangis sebab benda lain, tidak mengapa.Memang Allah tahu isi hati kita,cuma Dia ingin lihat kesungguhan kita.Macam kita waktu kanak-kanak,apabila minta daripada ibu kita,ibu kita tidak beri maka kita menangis,meraung sehingga berguling-guling di atas lantai.Lihat anaknya sudah berguling-guling,ibu tadi tidak sampai hati lalu memberi apa yang anaknya mahu.Begitu juga dengan Allah,walaupun kita menangis sebab lain tetapi disebabkan kita bersungguh-sungguh inginkannya,maka Dia tunaikan.”

Kita menangis disebabkan report terlupa bawa.Kita menangis disebabkan Esther tidak menang One In A Million.Kita menangis kerana cinta kita ditolak.Tapi,pernahkah kita menangis bimbangkan nasib kita di sana,pada tangan kanan atau kiri buku amalan kita diberi?Pernahkah kita menangis disebabkan wafatnya baginda?Pernahkah kita menangis kerana cinta kita kepada Allah?

Biarlah insan merintih kepada Tuhan nya dengan cara yang dia suka….

4 thoughts on “Biarlah insan merintih kepada Tuhan nya…

  1. jalan menuju Allah sentiasa terbuka luas
    sebelum badan terbaring kaku
    sebelum mata rapat terpejam
    kembali dan sujudlah kepada Pencipta Yang Satu
    jika keyakinan kepada Allah tertanam kuat di dalam jiwa
    kukuh bersemayam dalam hati
    maka tiap2 bencana akan menjadi anugerah
    tiap2 ujian menjadi kurnia
    dan tiap2 peristiwa menjadi penghargaan dan pahala~

  2. bagus2 sye sokong cik semut merah…semoga cik semut merah hidup bahagia dunia dan akhirat..

  3. padaNYA lah tempat kita untuk bergantung harapan…
    dan apabila hamba-hambaKU bertanya tentang AKU, maka (beritahu kepada mereka),Sesungguhnya Aku(ALLAH) sentiasa hampir (dengan mereka): AKU perkenankan permohonan oang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU…..(Surah Al Baqarah,1:186)…

    terima kasih kepada yang menulis post nih~~..teruskan usaha anda..GAMBATENE~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s