Ibu bapa anda sihat?

ibubapaandasihat_thumbDikisahkan ada seorang alim yang hidup bersama dengan ibunya yang sudah tua.Pada suatu hari,si alim ini terfikir untuk keluar daripada negerinya untuk menuntut ilmu,lalu dipintanya kebenaran daripada ibunya tetapi ibunya tidak menizinkannya.Namun begitu,tatkala bulan mengambang,dia secara senyap-senyap telah keluar rumah dan berlari keluar daripada negerinya supaya tidak dilihat oleh sesiapapun.

Sesampai sahaja si alim ini di negeri yang satu lagi,dia terus memasuki masjid dan mendirikan solat sunat 2 rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah kerana telah menyampaikannya ke sebuah tempat baru.Ditakdirkan Allah, pada malam itu dan di kawasan itu,seorang janda telah diperkosa dan hartanya telah dicuri.Pencuri itu lari ke arah masjid dan tiba-tiba hilang.

Orang ramai yang sedang mengejar pencuri itu melihat ada satu kelibat yang sedang solat di atas masjid,tanpa berfikir panjang,dipegangnya si alim dan dituduhnya bahawa si alim itulah pencuri dan telah memperkosa janda tadi.Sudah menjadi peraturan di negeri itu,pencuri akan dipotong tangan dan orang yang mencabuli orang lain dipotong kaki dan akan diarak diseluruh bandar sambil dilaung-laung kesalahan yang dilakukannya.

Apabila tangannya dipotong,kakinya juga dipotong,si alim ini akan diarak sambil kesalahannya dilaung-laung.Sebelum dirinya diarak,dia meminta kepada pelaung supaya menukar laungannya,katanya, “launglah bahawa inilah balasan anak yang derhaka kepada ibunya,bukan balasan bagi pencuri dan perogol.”

Setelah diarak dan dilaung,si alim itu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk pulang berjumpa dengan ibunya untuk meminta maaf. Berkat doanya,Allah memberinya bantuan dan akhirnya dia sampai di hadapan rumah ibunya. Diketuknya pintu dengan kepalanya dan berkata, “Salam makcik.Adakah masih ada sedikit sisa makanan untuk diberikan kepada saya?”Ibunya menjawab dari dalam, “maaf encik,di dalam rumah ini sudah lama tidak ada makanan.Semenjak anak saya pergi meninggalkan saya,saya hanya makan daripada belas kasihan orang.”Mendengarkan jawapan daripada ibunya,si alim tadi cukup berasa cukup kesal,dia menangis sambil berkata, “wahai makcik.Lihatlah siapakah saya.”Ibunya membuka pintu dan alangkah terkejutnya dia melihat anaknya yang tidak bertangan dan berkaki.

“Ya Allah,apa sudah jadi terhadap mu,wahai anak?”tanya ibunya sambil menangis-nangis.

“Inilah balasan Allah kepada anak yang derhaka.”Jawab si alim.

“Ya Allah,jika kami anak beranak yang Engkau kasihi,maka matikanlah kami,”doa si ibu dan diaminkan bersama si anak.Selepas itu mereka berdua ditutup mata oleh Izrail dengan izin Allah.

Lihatlah,menuntut ilmu,perkara baik tetapi tanpa izin seorang insan yang bergelar ibu,nah,tangan dipotong,kaki dipotong!Ingatlah bahawa syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibu.Bayangkan betapa mulianya nilai seorang ibu sehingga kedudukannya terletak lebih tinggi daripada nilai sebuah syurga.

Dari Abu Hurairah,ia berkata: Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah dan bertanya kepada beginda, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku pergauli(hormati)?” Beliau menjawab, “Ibumu!” Ia bertanya lagi, “Lalu siapa?” Rasulullah menjawab lagi, “Ibumu!” Ia balik bertanya, “Siapa lagi?” Rasulullah kembali menjawab, “Ibumu!” Ia kembali bertanya, “Lalu siapa lagi?” Baginda menjawab, “Bapakmu!”

Mulianya seorang ibu berbanding seorang bapa sebanyak 3 kali ganda. Anda perlu ingat bahawa ibu andalah yang membawa anda ke mana sahaja dia pergi selama 9 bulan 10 hari.Dia ke tandas,dia bawa anda.Dia ke masjid pun,dia bawa anda.Aq yakin,jika diberi pilihan oleh Allah untuk meninggalkan kita,pasti dia tidak akan meninggalkan kita walaupun sesaat.

Digambarkan kasih dan sayangnya seorang ibu kepada seorang anak melalui satu cerita.Seorang anak laki-laki telah berkahwin dengan seorang wanita yang sangat cantik.Laki-laki itu mempunyai seorang ibu untuk dijaga.Disebabkan berasa tidak selesa dengan kewujudan ibu lelaki tersebut, isterinya telah mengeluarkan satu arahan yang tidak logik, “jika abang sayangkan adinda,sayang penggallah leher ibu sayang dan bawakan kepada adinda.”Dek kerana bimbang kehilangan isteri tercinta,maka lelaki yang sengal inipun pergi berjumpa dengan ibunya dan memenggal kepala ibunya.Semasa dia dalam perjalanan pulang untuk menyembahkan kepala ibunya kepada isteri tercinta,dia tersepak batu lalu terjatuh sehingga tergolek-golek.Tiba-tiba,kepala ibunya yang sudah terpenggal tadi bercakap,bertanya, “anak sakit?Sakit kat mana?”Ibu yang mati tadi hidup balik disebabkan kasih dan sayangnya dia terhadap anaknya.

Begitulah kasih dan sayangnya seorang ibu kepada seorang anak.Allah sendiripun apabila berbicara tentang kasih sayang,Allah akan menggambarkannya melalui kasih dan sayang seorang ibu.

Bayangkan setelah penat mengandungkan kita,ibu yang masih dalam keletihan ini tidak tidur malam melindungi kita daripada gigitan nyamuk. Ibu yang masih dalam kesakitan ini menahan kesakitannya untuk menyusukan kita.Ibu yang masih dalam pantang ini,bergerak ke hulu hilir menukar lampin kita.

Aq berasa hairan apabila melihat anak-anak yang berasa malu untuk dipeluk oleh ibunya.Aq berasa hairan melihat anak-anak yang mampu bercakap telefon lama-lama dengan kawannya tetapi tidak pernah menelefon ibunya untuk bertanya khabar.Aq merasa hairan melihat anak-anak yang sanggup berhabis duit menambah nilai kredit telefon untuk bermesej dengan teman tidak sejantinanya tetapi hanya membuat ‘misscall’ dengan ibunya.Aq berasa hairan dan pelik…

Aq bukanlah seorang anak yang soleh yang layak untuk menasihati anda tetapi aq hanya ingin berpesan-pesan supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Suatu hari di lapangan terbang semasa menunggu flight ke Kota Bharu,aq menelefon abohku untuk memaklumkan kepadanya bahawa aq sudah check-in.Selesai sahaja aq memberi salam,abohku meninggikan suara, “nak jadi anak derhako ko tok telefon aboh?Ni baru dok di Malaysia,kalu g Jepun seksok(esok)?”Terkesima aq mendengarnya,aq menangis di hadapan ramai manusia.Tanpa berfikir panjang,aq mematikan telefonku.Hatiku bermonolog, “bukan lame pon aq x call die,baru 1 minggu lebih ….lagipun,die bukan nak cakap banyak pun ngan aq…tapi…aq anak derhake…aq anak derhake..”

Sampai sahaja aq di Kota Bharu,umiku menegurku.”Mad,aboh buke maroh betol pon,dio just nok tegor jah.Jange ambil hati sangat,”pujuk umiku.

“Tapi kato-kato seoreg ayoh…”Jawab aq.

“Tu la,umi suroh call dio hari-hari,mad oyak takpo,takpo.Aboh buke nok kecek banyok pun,dio nok dengar soro(suara) jah.Nuh(xdpt diterjemahkan sebab loghat),kakna ngan abe Yus hok(yang) dok di Ireland pun call hari-hari,”tambah umiku lagi.

Peristiwa ini banyak mengajarku,mulai hari itu aq nekad untuk berubah. Nekad je la,tetap jarang call aboh aq,huhuhuuhu.Sebab itulah aq suka berpesan-pesan dengan semua budak JAD supaya menelefon ibu bapa masing-masing,bukan kerana aq memahami hati seorang ibu atau hati seorang bapa tetapi hati seorang ibu dan hati seorang bapa itu sudah berbicara menegurku.Aq yakin,hati seorang ibu dan hati seorang bapa ini sama dengan hati ibu dan hati bapa anda kerana mereka semua berasal daripada Tuhan yang sama,Allah.

Jadi,apa yang anda tunggu lagi?Topup kredit?Tidak perlu,pinjam telefon kawan,telefon ibu dan bapa anda!Mereka menanti untuk mendengar suara anda!Mereka bimbangkan kesihatan anda!Jangan ditunggu lagi kerana kal ho na ho(esok belum tentu ada).Kalau anda masih menunggu,sesalanlah yang akan anda perolehi. Mungkin suara itu sudah tiada lagi buat anda pada hari esok…..

Raihan-ODEI ANAK

Odei Anak Nokeilah Ko Idaah
Nasusah Mati Yama No Megentian Dika
Odei Anak Nokeilah Ko Idaah
Nasusah Tomod Yamamu Minaganak Dika
Wahai Anak Apakah Kau Mengerti
Betapa Deritanya
Ibu Yang Mengandung
Aduhai Anak Apakah Engkau Tahu
Alangkah Deritanya Ibu Melahirkanmu
Namun Kelahiranmu Adalah Penghibur Hati
Dibelai Dan Dimanja Setiap Hari
Di Malam Hari Tidur Tak Berwaktu
Tapi Tak Mengapa Kerana Kau Disayangi
Hari-Hari Sudah Pun Berlalu
Usiamu Makin Bertambah
Seorang Ibu Sudah Semakin Tua
Namun Terus Berkorban Untuk Sesuap Rezeki
Agar Sempurna Hari Depanmu
Kini Kau Dewasa, Ibumu Telah Pergi
Waktu Yang Berlalu Seakan Memanggil
Sudahkah Kau Curahkan Kasih Sayangmu
Apakah Terbalas Segala Jasanya
Syurga Itu Di Bawah Tapak Kakinya
Hanyalah Anak-Anak Yang Soleh
Bisa Memberikan Kasih Sayangnya
Hanyalah Anak-Anak Yang Soleh
Bisa Mendoakan Hari Akhiratmu

UNIC-LAFAZ YANG TERSIMPAN

7 thoughts on “Ibu bapa anda sihat?

  1. bile baca post ni teringat plak kisah Uwais al-Qarni (yg sebenar bukan penulis post ni ek)..
    disebabkan die sangat taat pada ibunya maka doanya tidak pernah ditolak oleh Allah SWT..
    Uwais al-Qarni tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah tp baginda mengenali Uwais al-Qarni sehinggakan baginda pernah menyarankan sesiapa yg berjumpa dengan Uwais al-Qarni meminta supaya UaQ mendoakan mereka… (kalo x silap la..kalo silap tolong betulkan ek..saya insan yg cetek ilmunya…) wallahualam

  2. salam..
    hmm..terpukul dengan diri sendiri. yang sememangnya jarang2 call parents. sbb xde benda sangat nak cakap. lepas baca artikel ni, insyaAllah. niat di hati untuk berubah!

    satu persoalan,
    kalau ibu kita tak berapa bagi ikut usrah. memang kita wajib patuh ek?

  3. salam ‘alaik…
    entri yg sgt terkesan…
    suatu perkongsian yg sgt berguna…
    teruskan perjuangan hatta dalam berblog jua…

    kepada sahabatku atiq…
    tetapkan matlamat….!
    hargai sgt…

  4. salam..menjawab kpd persoalan ms/mr A.
    Pernah dgr atau baca tentang hadith ghulam x? try la tengok2. banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripadanya. Kisah ghulam juga seperti kisah kita sebenarnya. Cuma dia disuruh ibubapanya untuk belajar sihir dr tukang sihir istana. Kita pula disuruh untuk study subjek akademik yg akn masuk dlm xm.

    lagi satu, dalam islam juga ada satu konsep yang dinamakan tauriah(berdalih).Rasulullah juga pernah bertauriah untuk mengelak daripada dikesan / ancaman kafir quraisy. suatu ketika sewaktu baginda dan saidina Abu Bakar tersesat dan ingin bertanya orang, orang tersebut bertanya, “kamu dari mana”. Rasulullah SAW menjwab,”dari air”. bg org arab, dr air bermaksud dr kawasan oasis. setelah itu, Abu Bakar pun pelik dan tny adakah rasulullah menipu. tapi jwb baginda, “sesungguhnya benar, aku berasal dari air mani”

    hm, kalau kita rasa mengikut usrah itu baik untuk iman dan amal kita, tapi parents x bg, kita ada pilihan untuk bertauriah sehingga masanya sesuai untuk kita berterus terang. Mungkin dengan berakhlak baik dan perubahan2 positif yg kta lakukan akn membukakan hati parents kita utk menerima pilihan kta utk mengikuti usrah. sorry klau x menjwb persoalan..

  5. huu~~
    entry yg tersentuh…
    teima kaseh…
    tp kan…juz nk kongsi sdikit…
    sye call ummi sye hari2…
    kdg2,ummi pown tnyr knpe laa smpai tiap hari nk call…
    sy pown cm pelik gak…pastuh, sy penah x call dua hari…
    esok tuh ummi lak yg call n marah2 sye sbb x call…
    hmm….
    lepas pd tuh, setiap hari sye call…wlwpown ade hari2 tertentu kne marah2 cket ngn ummi…asal kan sye rse lega lps call ummi..

  6. salam
    entri yang sgt menyentuh hati seorang anak
    Alhamdulillah diberi hati yang sangat sayang pada ibu dan arwah ayah
    x tahu kenapa hati tidak penah rase puas bile bersame ibu dikampung
    x tahu la macam mane nk g nihon
    x leh bayang perasaan mase tu sbb jauh sgt..kompem jarang2 leh balik
    semoga Allah kuatkan hati~
    p/s: jgn lupa doakan ibu bapa setiap kali solat
    betapa bertuahnya ibu bapa yang punya anak yang x pernah lupakan mereka dalam setiap waktu solat
    nak balas jasa mereka mungkin x terbalas sbb terlalu besar pengorbanan mereka
    hanya doa yang menjadi cara terbaik utk balas sume tu
    wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s