Tegakkanlah Islam dalam dirimu

“Tegakkanlah Islam dalam dirimu, barulah Islam akan tertegak di bumimu.”

Satu kata-kata yang memberi kesan yang besar buat diri ini. kalau kita punya cita-cita besar untuk melihat Islam kembali bangkit memerintah dunia seperti suatu waktu dulu, semuanya harus bermula dari diri ini sendiri. Kekuatan untuk menegakkan Islam dalam diri sendiri menjadi asas kepada kekuatan untuk memimpin rakan-rakan lain bersama-sama kita menjalani cara hidup Islam.

bangunankementeriankewang

Lihatlah bangunan yang tersergam indah ini. Bangunan yang terbina hasil gabungan batu-batan, konkrit, tiang-tiang, besi-besi dan juga pepasir. Bayangkan, tanpa sebutir pasir, mampukah bangunan ini berdiri megah? Janji Allah itu pasti. Islam akan menang jua suatu masa nanti. Pilihan di tangan kita, samada untuk menjadi sebahagian daripadanya atau tidak. Sekurang-kurangnya, kalau tidak mampu untuk menjadi tiang, biarlah kita menjadi sebutir pasir yang menyokong bangunan ini. Tegakkanlah Islam dalam diri kita, tanda kita menyumbang kepada usaha pengembalian sistem khilafah. Tanda kita menyumbang untuk kemenangan Islam yang dijanjikan Allah SWT.

“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”(ar-Ra’d:11)

Hanya kita yang mampu mengubah dan membentuk diri kita, dengan izinNya. Lihatlah bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih berjaya untuk menakluk Constantinople. Beliau yang sejak baligh tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan juga qiamulail. Jadi,atarimae da. Memang patut beliau berjaya. Ambillah pengajaran daripadanya. Sesungguhnya semuanya harus bermula pada diri kita sendiri.

Baru-baru ini, saya dan beberapa rakan yang lain melawat seorang aktivis dakwah yang baru melahirkan anak. Terpancar ketenangan di wajahnya, apabila pertama kali bersua. Anak kecilnya juga tidak meragam, tetap tidur lena walaupun kami membuat bising di sekitarnya. Kenapa saya bercerita tentangnya? Ya, kerana keteguhannya menegakkan Islam dalam dirinya, membuatkan diri ini kagum. Jika saya diuji sepertinya, sudah pasti saya tidak mampu untuk berbuat seperti dia.

Ceritanya bermula apabila kak aina(bkn nama sebenar) sedang berjaulah bersama rakan-rakannya di bumi kangaroo sewaktu pengajiannya di sana. Van yang dinaikinya mengalami kemalangan akibat mengelak daripada terlangggar koala di tengah jalan. Van yang berputar-putar dan kemudian terbalik(turned turtle) itu mencederakan beberapa penumpangnya termasuk kak aina. Kak aina yang kebetulan tidak memakai tali pinggang pada hari tersebut, mengalami kecederaan paling parah berbanding penumpang-penumpang lain. Sehingga ketika dia berjaya mengeluarkan dirinya darpada van tersebut dengan sisa kudrat yang ada, tiada siapa yang dapat mengenalinya. Darah penuh membasahi mukanya akibat kelopak mata yang terkoyak. Dia juga tidak mampu untuk bergerak dan berkata-kata akibat patah tulang leher.

Apa yang menarik hati saya, ketika dia dirawat selama beberapa bulan akibat kemalangan tersebut, dia tidak pernah menanggalkan tudung labuhnya. Walaupun die terpaksa memakai neck brace seperti gambar kanak-kanak dibawah, dia setia dengan tudungnya itu. Walaupun dipandang pelik oleh setiap mata yang memandang, lagi-lagi di bumi orang, dia tetap izzah dengan imejnya sebagai seorang muslimah. Saya tidak pasti, saya sekuat itu jika berada di tempatnya. Pasti darurat menjadi alasan untuk dikecualikan daripada menutup aurat. Subhanallah..kuatnya dia..

tb_hillsaccident_4501

Sebuah kisah lain di sekolah dahulu, pernah saya bertanya kepada seorang ustaz.

“ustaz, xkan tak  boleh bukak aurat dpn non-muslim? Die duduk satu dorm, sebelah katil saya lagi. Macam mane ustaz? Kire darurat la kan?”

“tetap tak boleh…kene tutup aurat jugak”

“tapi ustaz…”

“dzulaikha, syurga Allah tu mahal…”

Setakat itu sahaja ustaz memberikan jawapannya. Menyerahkan kepada saya untuk berfikir samada mahukan syurga Allah ataupun tidak.

Ya, syurga Allah itu mahal. Syurga itu terlampau indah sehingga tidak terbayang di fikiran kita. Pasti untuk menggapainya perlukan sebuah mujahadah yang besar. Usaha yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan islam, bermula dengan diri sendiri.

Rasulullah SAW sendiri, sebelum berjaya memerintah Madinah dan membuka semula Kota Mekah, bermula dengan pembentukan diri para sahabat baginda. Kerana dari situlah bermulanya kekuatan. Dari sebutir pasirlah, terbinanya sebuah bangunan.

Semuanya di tangan kita. Kembalilah kepadaNya. Mohonlah agar diberi kekuatan untuk kita sama-sama memperbaiki diri untuk menjadi individu muslim yang telus aqidahnya, baik akhlaknya, mantap peribadinya, indah kata-katanya dan lain-lain lagi. Semoga usaha kita memperbaiki diri ini menjadi tiket untuk kita ke syurgaNya. Semoga usaha kita ini menambah kasih sayang Allah pada kita, dan kasih kita pada Dia Yang Esa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s