Bersih najis dengan air kencing…

Bersih najis dengan air kencing

“143,312 new blogs for today”- WordPress.

“223,895 new blogs for today”- Blogspot.

Wah,wah,wah.Semakin rancak manusia menjadi blogger,baik di WordPress mahupun di Blogspot.Kebiasaannya sesiapa yang menggunakan WordPress bukanlah daripada rakyat Malaysia dek kerana kurangnya Widget-Widget yang ditawarkan dan kebiasaanya sesiapa yang menggunakan Blogspot adalah daripada rakyat Malaysia,lagi terperinci,kalangan remaja Malaysia.Dan ana bersyukur kerana saban hari ana melihat ramai blogger-blogger ini menulis tentang Islam,Alhamdulillah.

Ana menilai semua ini berdasarkan pemerhatianku di JAD.Islam dijadikan topik asas bagi menjayakan blog masing-masing,samada mereka betul-betul ingin berdakwah atau sudah ketiadaan modal,terpulang pada diorang.Blog menjadi tempat untuk seseorang menterjemahkan pendapat yang terbuku di hati.Kalau dulu manusia menterjemahkannya pada diari masing-masing dan hanya dia seorang sahaja yang boleh membacanya namun sekarang tidak lagi.Pendapatnya dapat dibaca oleh semua orang,tidak kisahlah kawan-kawan di JAD bahkan kawan-kawan yang telah fly pun boleh membacanya.

Bagus,ana gembira melihat perkembangan yang sihat ini.Namun,apa yang menyedihkan ana apabila terdapat pendapat-pendapat atau kata-kata yang tidak sepatutnya ditulis,sebagai contoh kata-kata yang menjatuhkan orang lain.

Seorang kawan ana yang meminta namanya tidak diberitahu meluahkan isi hatinya kepada ana.Fadli(bukan nama sebenar) memberitahu bahawa dia cukup terguris dengan teguran seorang rakan yang lain yang ditulis di dalam blog rakannya itu.Walaupun namanya tidak dinyatakan secara jelas, namun penulis mencirikannya secara terperinci sehingga sesiapa sahaja yang membacanya mengetahui bahawa teguran itu ditujukan khas buatnya.

Setiap hari Rabu,semua pengawas sekolah diwajibkan memakai baju uniform pengawas yang berwarna merah jambu namun pada hari itu Ahmad dari tingkatan 5 beta,terlupa memakainya.Keesokan harinya,jika ada orang memberitahu anda bahawa semalam ada seorang pengawas lelaki dari tingkatan 5 beta tidak memakai baju pengawas,anda kenal siapa itu?Tiada syak lagi,Ahmad lah orangnya.Kaedah inilah yang digunakan oleh penulis tersebut di dalam blognya,walaupun nama tidak diberitahu namun ciri-ciri yang dinyatakan cukup jelas bagi memberitahu umum bahawa teguran itu khas buat Fadli.

Mungkin penulis betul-betul berniat untuk menegur Fadli dan ingin supaya orang ramai tidak mengulang kesalahan yang dilakukan oleh Fadli namun cara yang digunakan ini tidak selari dengan syarak.Cara yang digunakan ini secara tidak lansung telah membuka aib si Fadli,telah menjatuhkan maruah si Fadli.

Fadli mempersoalkan, “kenapa disebabkan dia makan berdiri,kesalahannya itu dihebah-hebahkan kepada umum sedangkan banyak lagi perkara untuk ditegur?Kenapa penulis berasa hairan apabila aku makan berdiri tetapi penulis tidak berasa hairan kenapa dia memandang makan berdiri itu satu kesalahan yang lebih besar daripada meninggalkan solat berjemaah?”

Ana secara peribadi menyokong Fadli seratus peratus.Walaupun dia melakukan kesalahan,namun cara ini bukanlah cara yang betul untuk menegurnya kerana cara ini telah menjatuhkan aibnya.

Ketahuilah bahawa Islam adalah agama yang mendahului agama lain dalam menjaga maruah seseorang.Sebarang bentuk penghinaan atau sebarang kelakuan yang mampu menjatuhkan orang lain,Islam dengan tegasnya melarang perbuatan tersebut.

Kini,selari dengan ledakan teknologi,perbuatan-perbuatan menjatuhkan orang lain menjadi seperti perbuatan orang melayu makan nasi,satu perkara biasa yang tidak perlu diendah.Mekanismenya cukup mudah, menulis email dan meng’foward’kan kepada rakan-rakan yang lain, menulisnya di dalam blog,sms mahupun siaran media.Maruah individu yang disasarkan itu dirobek-robek,imejnya dicarik,cerita dan aibnya didedahkan.Cukup memalukan.

Sememangnya manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan namun jangan dijadikan kesalahan yang dilakukannya itu sebagai satu sasaran.Ana faham,terkadang kita tidak mempunyai niat lansung untuk menjatuhkan seseorang,niat kita suci murni,semata-mata untuk berdakwah namun kita secara tidak sengaja telah memberitahu umum si pelaku.Hal ini secara tidak lansung menjatuhkan maruah si pelaku.Tindakan kita ini tidak ubah seperti membasuh najis dengan air kencing,kita ingin membersihkan najis tersebut tetapi kita tersalah gunakan air kencing.Kita ingin menutup kemaksiatan di satu kawasan tetapi kita telah mendedahkan aib orang di dalam kawasan itu.

Teringat ana ketika di sekolah dahulu.Seorang kawan ana,ketua badar telah kantoi berdua-duaan di kawasan gelap dengan teman wanitanya.Semua orang mencemuhnya disebabkan perbuatannya yang keji itu tetapi ada seorang lagi kawan ana menegaskan bahawa ketua badar itu tidak perlu dicemuh sedemikian rupa,sebaliknya cemuhlah mereka yang tinggalkan solat dengan sengaja.Kawan ana yang seorang ini tetap mempertahankan maruah ketua badar walaupun orang lain menghina,mengkeji ketua badar tersebut.

Apa yang cuba ana sampaikan,janganlah disebabkan satu kesalahan kita terus mencemuh,membenci dan menjatuhkan maruahnya.Cendekiawan berpesan, “jika kamu ingin membenci seseorang,lihatlah kebaikan yang dilakukannya dan fikirlah keburukan yang kita lakukan.”

Betapa Islam memuliakan maruah seseorang dapat difahami dengan kata-kata Ibnu Umar kepada Kaabah.Pada suatu hari Ibnu Umar memandang Kaabah dan berkata, “Betapa agungnya engkau(Kaabah) dan agungnya kehormatan engkau,dan maruah seseorang mukmin itu lebih besar berbanding engkau di sisi Allah.”

Dalam Islam,untuk menjatuhkan maruah seseorang bukan senang. Menuduh seseorang melakukan kemungkaran itu juga mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan,bukan senang-senang sahaja menjatuhkan hukum.Daripada Zaid bin Wahab,katanya,” seseorang mendatangi Ibnu Mas’ud dan memberitahunya bahawa pada seseorang ini terdapat arak menitits daripada janggutnya,maka Abdullah berkata:Sesungguhnya kita dilarang daripada mengintip kesalahannya tetapi sekiranya dia jelas kelihatan pada kami,kami akan bertindak.”

Dapatlah difahami bahawa titisan arak di janggut sememangnya satu hujah yang cukup kuat untuk mensabitkan seseorang dengan arak namun betapa Islam menjaga maruah seseorang sehingga selagi tiada saksi maka seseorang pemerintah tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman.

Inilah Indah nya Islam.Islam membela nasib semua orang.Islam menjaga maruah semua orang.Betul,kadang-kadang kita tidak terniatpun untuk menjatuhkan seseorang tetapi kita manusia,kita tersalah melakukannya. Ana menyeru kepada seluruh manusia yang membaca artikel ini dan dia juga salah seorang blogger untuk lebih berhati-hati dalam setiap perkataan yang ditulis supaya tidak menjatuhkan martabat dan maruah seorang muslim yang lain.

Tiada guna anda menyertai program aman Palestin,tiada guna anda menderma untuk anak yatim jika anda sendiri menjatuhkan maruah saudara se Islam anda…..

Artikel ini bukanlah untuk membalas mana-mana artikel di blog sesiapapun tetapi artikel ini bertujuan khas untuk mengingatkan diri ana sendiri dan juga diri antum semua..

by:Mujahidin Al-Falah

gubahan:Uwa|s A|-Qarn|

One thought on “Bersih najis dengan air kencing…

  1. ak trsntuh sgt ngn citer sifadli nie..,bg ak la..klu nk tgur si fadli nie xperlu diheboh2 kn pom,,,tgur la face 2 face secara brhikmh,,,kalu untuk pengajaran umum lak,,x perlu la di sebut semua ciri2 si fadli,,si penegur nie jgn hanya tau tegur je tanpa pk aib n perasaan si fadli,,kesian si fadli kerana dek kesalhn kecil,,terpaksa tanggung malu mungkn setahun,2 tahun,3 tahun,or seuumur hidup..sob2 T_T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s