Misi mencari suami yang soleh..

Misi mencari suami soleh

Suami atau isteri,kedua-dua title ini belum wujud lagi di JAD,dari batch 5 hinggalah ke batch 10.Yang bakal jadi tu memang ramai,yang nak jadi,lagi ramai!:P Apabila ditanya kepada mana-mana muslimah di JAD,suami yang macamana anda idam-idamkan,rata-rata menjawab yang mampu membimbing nya hingga ke syurga,baik yang tidak bertudung hinggalah kepada yang bertudung labuh tutup satu badan.Bagus,hal ini merupakan satu perkembangan yang sihat,baik untuk si wanita ,mahupun untuk Islam sendiri. Persoalannya,lelaki yang bagaimana dianggap lelaki yang mampu memimpin seorang wanita ke gerbang syurga?

Yang berserban sebesar pasu bunga?

Yang berilmu sehingga mampu mengeluarkan hukum-hakam?

Yang berkepimpinan sehingga tiada perempuan lain berani dekati?

Yang pandai bercakap sehingga semua orang menghormatinya?

Tidak,bukan kesemua di atas.

Menilai seseorang berdasarkan luaran bukanlah satu perbuatan yang pintar. Memang kadang-kadang luaran menggambarkan dalaman namun bukan semua luaran itu menggambarkan dalaman seseorang.Langkah yang pertama sebelum anda memilih calon suami,perhatikan dia dan kenal dia betul-betul.Maksud kenal dia betul-betul tidak semestinya anda mendekatinya,tetapi cukuplah dengan bertanya kepada sahabat-sahabat yang rapat dengannya,bagaimana perangainya di rumah.Kebiasaannya lelaki berkelakuan baik di hadapan wanita atau kita panggil sindrom ini sebagai ‘control macho’.Jadi, bila anda berhadapan dengannya,janganlah sesekali menyangka dia sudah cukup sempurna bagi anda,mungkin anda tertipu.

Bagaimana pula umi dan abi?Umi dan Abi tidak pernah kenal satu sama lain tetapi mereka bahagia?Mereka bahagia dengan pilihan atuk dan nenek.

Teori pilihan ibu bapa ini sudahpun lapuk ketinggalan zaman.Dengan keadaan remaja yang makin hari,makin parah,menjadikan teori ini kuno dan tidak bernilai lagi.Ibu bapa sudah tidak mengenal wajah sebenar anak masing-masing.Jadi sangatlah bahaya untuk memperjodohkan anak orang lain dengan anak sendiri yang bermuka-muka.Anda mahu setelah anda berkahwin,lelaki anda berkata, “masa sekolah dulu abang pernah ‘buat’ dengan si fulan binti si fulan.”Picit dahi,tanyalah iman.

Berbalik kepada persoalan lelaki yang bagaimana mampu memimpin anda ke syurga.Lelaki yang harus anda cari adalah seorang lelaki yang memahami hak-hak wanita dan berazam untuk memenuhinya.Sukar untuk dicari tetapi anda harus cari,ini perihal masa depan anda,masa depan anak anda,masa depan anak kepada anak anda.Jika baik si bapa,maka baiklah si anak dan jika teruk si bapa,teruk lagi si anak,bak kata pepatah, “ayah kencing berdiri,anak kencing berlari”.

Jika perlu untuk anda bertanya kepadanya,maka tanyalah.Jangan disebabkan anda malu bertanya,anda terpaksa menempuh hidup sengsara dengannya seumur hidup anda atau jodoh anda akan berakhir dengan lafaz talak.Lafaz yang halal tetapi dibenci oleh Allah. Nauzubillah.

“errr…awak tahu tak apa itu hak-hak wanita?”tanya Amirah sambil tunduk ke bawah kerana malu.

Jika dia tahu,maka apa lagi yang patut ditunggu?Memang selalunya timba cari perigi tetapi tidak salah kalau perigi mencari timba.Buktinya,Si perigi Mastura nampak hidup bahagia dengan si timba Syawal dalam cerita Ahmad Albab.( ^^)

Persoalan seterusnya,apakah hak-hak wanita yang harus si suami soleh tunaikan?

Kebanyakan lelaki yang hidup di alaf moden ini tersalah anggap.Bagi mereka, tugas mengemas rumah,membersih pakaian,memasak tomyam, menjaga anak adalah tugas si Isteri.Jadi ramai yang berlepas tangan. Baring di hadapan tv sambil mengorek giginya yang sedikit jongang.

Hakikatnya,kerja-kerja membersih pakaian,menjaga anak,memasak adalah tugas suami.Para isteri tidak wajib melakukan semua perkara ini,tugas si Isteri hanyalah menggembirakan si Suami.Namun,tugas-tugas ini akan menjadi wajib apabila si Suami mengeluarkan arahan.Tetapi,jika si Isteri ingin meminta bayaran kerana penat mengemas rumah,memasak tomyam, Islam membenarkannya.

Hak isteri yang ramai sudah tahu ialah nafkah daripada suami,nafkah harta mahupun nafkah batin. Melihat situasi yang berlaku sekarang,ramai suami isteri yang memegang konsep ‘duit aku,duit aku dan duit engkau,duit engkau’.Konsep ini ditentang keras oleh Islam kerana konsep ini pada hakikatnya berat sebelah,konsep ini melebihkan lelaki.Mana tidaknya,isteri sudahpun menjadi miliknya,kini duit pula?Islam menyarankan para isteri memegang konsep ‘duit aku,duit aku dan duit engkaupun duit aku’.

Kaya manapun si isteri,Islam mewajibkan si suami memberi nafkah. Tugas suami melindungi isteri,jadi si suami wajiblah berusaha dengan sungguh-sungguh untuk melindungi isterinya,baik dari segi fizikal mahupun mental.

Hak yang seterusnya,lelaki haruslah bersabar lebih ketika bergurau dengan isteri.Imam Ghazali berkata dalam Ihya’ Ulumuddin, “menanggung sedikit bencana akan suami dek kerana bergurau,bercakap dengan isteri disuruh oleh syarak.”

‘Wanita diciptakan daripada tulang rusuk lelaki’.

Yang dimaksudkan dengan ayat di atas bukanlah Hawa diciptakan daripada tulang rusuk nabi Adam tetapi ayat di atas menggambarkan sifat sebenar wanita.Keras manapun tulang rusuk,dia akan bengkok.Begitu juga dengan wanita,keras manapun seorang wanita itu,dia akan merajuk.Sifat semulajadi seorang wanita,dia cepat marah dan dia cepat menyesal.

Jadi,tatkala dia marah,Islam menyuruh si suami bersabar kerana marahnya seorang perempuan tidak lama.Bila dia menyesal,dia akan lagi menghormati si suami dek kerana kesabaran si suami.

Rasulullah,seorang pemimpin negara yang hebat,seorang Rasul yang sibuk dengan tugas kerasulan,akan merendahkan martabatnya apabila dia berhadapan dengan isterinya,Aishah.Semasa bersama Aishah,Rasulullah bergurau senda sehingga perangai Rasulullah ketika itu menyerupai perangai kanak-kanak.Baginda berlumba lari dengan Aishah,kadang-kadang Rasulullah menang dan kadang-kadang Rasulullah kalah.

Jangan pandang benda ini sambil lewa,perkara ini merupakan satu tarbiyah yang besar kepada kita.Cuba fikirkan bagaimana Rasulullah boleh kalah dengan Aishah dalam berlari sedangkan kekuatan Rasulullah adalah sama dengan pemuda syurga?Bermakna Rasulullah buat-buat kalah bagi menggembirakan hati Aishah.

Macam kita apabila bermain dengan kanak-kanak.Kadang-kadang apabila kanak-kanak itu bermain tembak-tembak dengan kita,kita berpura- pura mati.Begitulah yang dilakukan oleh Presiden Madinah.Di tempat kerjanya, dia adalah seorang yang serius tetapi apabila bersama dengan isteri,dia berlembut.Disebabkan kelembutan yang ditunjuk oleh Rasulullah inilah membuatkan isteri-isterinya sangat-sangat menghormatinya.

Apabila diperhatikan suami-suami sekarang,berbeda sungguh dengan Rasulullah.Di tempat kerja,suami inilah yang paling banyak bercakap. Suami inilah yang menghidupkan suasana di pejabat.Namun,apabila suami ini pulang ke rumah,rumah yang bising menjadi senyap.Kehadiran suami ini telah menutup segala kebaikan di dalam rumahnya.

Semuanya berlaku apabila si suami bimbang isteri tidak menghormatinya jika dia berperangai seperti budak-budak di rumah.Seriusnya si suami ini sehingga si isteri berfikir berpuluh-puluh kali untuk meminta sesuatu. Apabila bersemuka dengan suami ini,si isteri tergagap-gagap, apa yang difikirnya sebentar tadi hilang begitu sahaja.Semuanya gara-gara si suami yang tidak memahami hak seorang isteri.

Sabda nabi, “barang siapa mengharamkan ramah-tamah di dalam rumahnya, Allah mengharamkan kebaikan di dalam rumahnya.”Tambah nabi dalam hadis yang lain, “Wahai Aishah,sesungguhnya Allah itu sifatnya ramah(Al-Rafiq),sukakan  orang yang ramah(Rifqa) dan Allah akan bagi anugerah kepada sesiapa yang ramah benda yang Allah tidak bagi kepada orang berikap sombong.”

Suami yang memenuhi hak isteri,suami yang mendengar setiap keluhan hati si isteri.Walaupun suami penat baru balik berkerja,jika dia suami yang tahu hak isterinya ke atasnya,dia akan mendengar suara isterinya walaupun kadang-kadang apa yang diberitahu oleh isterinya itu tidak logik pada akal.Kalau inilah yang berlaku,rumah tangga akan berkekalan. Insya Allah.

Kalau si suami balik dari kerja,campak beg di atas meja dan bermuka masam,pasti si isteri tidak akan senang dengannya.Jika hari-hari inilah yang berlaku,yakinlah bahawa si isteri akan mengharapkan si suami berada di tempat kerja lama-lama,lagi lama lagi dia suka.Bila tengok muka suaminya,dia juga akan tertekan jadi dia pilih untuk tidak tengok.Akhirnya , lafaz cerailah yang akan keluar daripada mulut si suami.

Dengan memenuhi kedua-dua hak ini,seorang lelaki itu belum lagi boleh dianggap sebagai lelaki yang mampu memimpin tangan anda ke syurga. Yang paling penting,agama.Hak anda untuk menuntut agama daripada suami anda.Suami wajib membimbing isteri dalam beragama, menjadi imam apabila mendirikan solat,menjadi ketua apabila musafir, menjadi pengharapan bilamana datangnya cubaan.

Jika suami sedar bahawa ilmunya tidak lah setanding dengan ilmu isterinya, maka benarkanlah isteri anda menuntut ilmu agama. Berilah mereka sokongan dan dalam masa yang sama,muhasabahlah diri anda. Anda juga harus belajar kerana anda akan disoal oleh Allah tentang isteri anda.

Secara kasarnya,inilah hak-hak wanita yang patut dipenuhi lelaki dan sewajarnya anda,tidak kisahlah anda lelaki atau perempuan, sewajarnya anda mengetahui hak-hak ini supaya rumah tangga yang bakal anda bina sempurna.Sememangnya banyak lagi hak-hak isteri yang wajib suami tunaikan dan anda juga perlu ingat,banyak juga hak-hak suami yang wajib isteri tunaikan.

Jangan asyik mengharapkan untuk menerima,nanti anda yang akan menyesal. Anda pulang dari tempat kerja dengan penat lelah,anda harapkan isteri yang sedang menunggu di rumah menyambut anda dengan senyuman.Sebaliknya,pada isteri anda,dia penat melakukan kerja rumah dan dia harapkan anda pulang dengan senyuman.Jika dua-dua mengharap, jawabnya tidak ke mana.Kedua-dua tidak akan senyum.Namun,jika anda memberinya,insya Allah,anda akan dapat balik.Percayalah.

Tiada nasihat lain yang mampu aq berikan kepada kaum Hawa selain daripada sabda Rasulullah.Walaupun hadis ini ditujukan kepada kaum Adam tetapi percayalah,hadis ini juga berguna kepada kaum Hawa. Rasulullah bersabda yang mafhumnya,kahwinlah seseorang disebabkan keturunan,wajah,harta dan agamanya,yang paling baik ialah agamanya.

Hanya orang agama sahaja faham hak-hak wanita,maka pilihlah yang beragama dan pilihlah yang menerima anda seadanya,bukan kerana keturunan anda,bukan kerana harta anda,bukan kerana wajah anda,tapi kerana anda adalah anda.

Semoga anda,silap,semoga kita menjadi satu pasangan yang berkekalan sehingga ke syurga…..Jangan akhiri hubungan kita dengan lafaz yang dibenci oleh Allah..

p/s:aq rase artikel ni kucar-kacir,tapi da xtaw nak ubah camne…sorry.. arap artikel yang kurang ni dapat memberi faedah yang lebih kepada pembaca…aq betul-betul memohon maaf..

10 thoughts on “Misi mencari suami yang soleh..

  1. x kucar-kacir pun..insyaAllah maksudnya sampai.nice job.

    lelaki2 yang baik adalah untuk perempuan2 yang baik…

    sekadar tambahan: buat wanita/lelaki di luar yang bercita ingin2kan suami/isteri sebegini,
    kita harus terlebih dahulu menjadi soleh/solehah…
    lebihkan menjadi soleh/solehah daripada mencari yg soleh/solehah.

    wallahua’lam…

  2. carilah yg mukanya cantik, sebab muka xleh ubah… perangai boleh diubah walaupun susah… muka ubah jadi cantik (bedah) berdosa, perangai ubah jadi cantik dapat pahala… hahaha…

    gurau2,,,

    banyakkan lah usaha menjadi yg soleh drpd mencari yg solehah…..

  3. salam
    kawin lmbat ag tp cukup bergune utk jangka masa lame
    aku nk kongsi lirik lagu:
    “suami.. jangan menagih setia umpama Hajar dan setianya Zulaikha
    terimalah seadanya..yang terindah di lubuk hatimu”

  4. sedikit perkongsian…cth suami terbaik, 1 dlm 1000 mungkin..
    jiran belakang rumah saya…sekarang pakcik tu dah pencen..imam dkt surau kwsan perumahan ktorg..
    sejak kahwin, isterinya(makcik esah) xpernah pun siang ikan atau basuh ayam..sume pkcik tu yang buat..pastu waktu bulan ramadhan pun makcik esah xpernah bangun untuk masak sahur..bangun untuk mkn je..stiap kali bday dpt hadiah+bunga…nk dkt raya pun mesti dpt kad raya yg di pos ke rumah sendiri oleh pkcik tu…sapu & kemas halaman pun pkcik tu yg buat..bila anak menantu & cucu dtg pun, pkcik tu la yg sibuk menolong makcik esah kt dapur..sugoi jyan..

    chotto kankei nai kedo..
    pengajaran: dont take things for granted..xleh ckp [awk pilih utk kahwin dgn dai’e/org beragama, kene trime lah yg sy ni sibuk dgn dakwah..]Rasulullah SAW yg lg sibuk pun ade mase utk jahit pakaian sendiri…pakcik ni pun ade mase utk penuhkn hak isterinya…

  5. sekadar tambahan pada komen di atas, mungkin boleh semak balik hadis Rasullullah mendengar Aisyah bercerita tentang kisah 11 orang quraiys bersama suami mereka..

    Mereka berdua berbual tentang kisah 11 wanita Jahiliah, cerita Aisyah sebagai santapan telinga suaminya.

    Sebelas orang wanita telah bersepakat dan berjanji untuk menceritakan perihal suami mereka.

    Wanita pertama berkata: Suamiku seperti daging unta yang busuk yang berada di puncak bukit yang tinggi yang tidak dapat untuk didaki. Beliau tidak berlemak dan mudah untuk bergerak.

    Wanita kedua berkata: Aku tidak boleh menceritakan mengenai suamiku. Aku takut dan aku tidak boleh memberitahu mengenainya. Sekiranya aku memberitahu mengenainya, bermakna aku membuka aibnya.

    Wanita ketiga berkata: Suamiku telah membuat syarat, sekiranya aku bercerita, aku akan diceraikan dan sekiranya aku diam, aku akan dikasihi.

    Wanita keempat berkata: Suamiku seperti cuaca di daerah Tihamah, tidak panas dan tidak sejuk (sederhana), tidak menakutkan dan tidak menjemukan.

    Wanita kelima berkata: Suamiku, ketika memasuki rumah seperti seekor harimau bintang (kerana banyak tidur dan malas bertanya), tetapi apabila beliau keluar seperti seekor singa. Beliau tidak akan bertanya perkara-perkara yang bukan urusannya.

    Wanita keenam berkata: Suamiku apabila makan, beliau akan menghabiskan makanannya. Sekiranya beliau minum, beliau akan menghabiskan minumannya. Sekiranya beliau tidur, beliau akan berselimut dan tidak memasukkan telapak tangannya kerana beliau tahu akan kesusahannya.

    Wanita ketujuh berkata: Suamiku adalah seorang yang lemah syahwat. Walaupun telah berubat tetapi belum juga sembuh. Di samping itu beliau mudah menjatuhkan tangannya.

    Wanita kelapan berkata: Suamiku berbau seperti bau Zarnab (sejenis bauan) dan sentuhannya selembut sentuhan seekor arnab.

    Wanita kesembilan berkata: Suamiku berkedudukan tinggi, seorang yang berjaya, dermawan dan rumahnya berhampiran dengan tempat permainan.

    Wanita kesepuluh berkata: Suamiku seorang pembesar dan banyak memiliki harta, sebahagian dari hartanya, beliau memiliki banyak unta. Sebahagian besar unta-untanya pula dibiarkan di halaman rumah, kerana itulah untanya yang hamil sedikit sahaja. Sekiranya unta-unta itu mendengar tiupan seruling mereka mengetahui bahawa mereka akan disembelih.

    Wanita kesebelas berkata: Suamiku bernama Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah Abu Zar’in? Beliaulah yang memberikan aku anting-anting pada sepasang telingaku. Beliaulah yang memberiku makanan-makanan berzat sehingga aku kelihatan sihat. beliau suka memuji aku, beliau mengambil aku dari keluarga susah dan menjadikan aku salah seorang anggota keluarga yang kaya. Beliau tidak pernah mencaci aku, sehinggakan aku dapat tidur dengan nyenyak sampai ke pagi dan aku dapat minum dengan tenang.

    Selepas itu bagaimana pula bonda Abu Zar’in. Tahukah kamu siapa bonda Abu Zar’in? Beliau memiliki harta simpanan dan rumahnya sangat luas.

    Maka bagaimana pula anak lelaki Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah anak lelaki Abu Zar’in. Tempat tidurnya seperti pelepah tamar. Beliau merasa kenyang dengan makan sebelah kaki kambing.

    Maka bagaimana pula anak perempuan Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah anak perempuan Abu Zar’in beliau sangat mentaati kedua orang tuanya. Tubuhnya montel dan sering menjadi kecemburuan jirannya.

    Maka bagaimana pula Jariah Abu Zar’in, tahukah kamu siapakah Jariah Abu Zar’in? Beliau tidak pernah menyebarkan rahsia kami dan sangat jujur sekalipun dalam soal makanan. Beliau tidak pernah membiarkan rumahku kotor.

    Setelah itu beliau berkata: Satu hari Abu Zar’in keluar dengan membawa satu bekas daripada kulit yang diisi dengan susu. Beliau bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai dua orang anak. Kedua anaknya itu seperti dua ekor harimau kumbang. Mereka bermain dengan dua biji buah delima di bawah pinggang ibunya. Maka beliau menceraikan aku dan mengahwini wanita itu.

    Setelah itu aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan kaya. Tunggangannya adalah seekor kuda terpilih. Beliau membawa aku ke kandang yang penuh dengan binatang ternakan. Kemudian dia berkata: Makanlah wahai Ummu Zar’in dan berehatlah supaya hilang penat lelah. Beliau berkata: Sekiranya aku kumpulkan pemberiannya dengan pemberian Abu Zar’in, nescaya pemberiannya tidak akan sama dengan pemberian Abu Zar’in yang paling sedikit.

    Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda kepadaku: Perhubungan aku denganmu seperti Abu Zar’in dengan Ummu Zar’in.

    Aisyah radhiyallahu ‘anha membalas: Bahkan engkau lebih baik dari Abu Zar’in.

    Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab: Benar! Abu Zar’in menceraikan Ummu Zar’in sedangkan aku tidak menceraikan engkau”

    [Riwayat al-Tirmidhi]

    betapalah dalam kesibukan baginda berdakwah dan memikirkan masalah umat, masih lg mampu bersabar menadah telinga mendengar aisyah berceloteh tentang 11 wanita quraisy yg xde kene mengene langsung dgn hidup baginda… bahkan baginda sempat pula memberi komen yg cukup romantis ke atas bebelan aisyah sehingga menggembirakan hati isterinya…

    maka kaum lelaki, belajar lah bersabar mendengar

  6. Islam menyarankan para isteri memegang konsep ‘duit aku,duit aku dan duit engkaupun duit aku’.

    Islam mmg best..huhu =p

  7. Jika dia tahu,maka apa lagi yang patut ditunggu?Memang selalunya timba cari perigi tetapi tidak salah kalau perigi mencari timba.Buktinya,Si perigi Mastura nampak hidup bahagia dengan si timba Syawal dalam cerita Ahmad Albab.( ^^)

    tu mmg kelakar.
    tak perasan pulak perigi Mastura tu dgn timba Syawal.
    hehe.

    OH. Bestnye dapat suami romantik mcm Rasulullah.
    Hmm.

  8. Memang tidak salah. Ramai yang salah faham dengan konsep cari jodoh dalam Islam,kalau asyik terperuk di dalam rumah dan tidak bergaul,macamana orang nak tahu kewujudannya?
    Sekarang lagi mudah,ada satu NGO Islam bersedia menjadi orang tengah dalam mencari jodoh.🙂
    http://baitulmuslim.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s