Jom Makan!

Jom MakanKorang masih ingat aq? Aq Ajib,ala dulu dalam artikel ‘jom tidur‘ tu, ingat?  Macamana tidur korang sekarang? Ok? Kalau tak ok,bace la sekali lagi artikel tu.  Hari ini Ajib nak cerite pasai makan plak,ye la,makan ni satu perbuatan yang wajib dibuat oleh makhluk yang bernyawa,kalau tak makan,tak tau la apa yang akan jadi kat makhluk tu.

Yang pertama,apa yang perlu kita buat sebelum kita makan?Basuh tangan? Salah,yang pertama adalah kita kena pastikan yang ada makanan untuk dimakan.Huhuhuhu,kalau basuh tangan tapi takde makanan untuk dimakan, takde maknenye~

Ibu selalu berpesan kat Ajib, “adik,kalau adik nak makan,adik makan makanan yang halal dan berkhasiat.Pastikan kedua-dua.Halal je tapi tak berkhasiat, tak elok dan berkhasiat tapi tidak halal,tak berkat.”

Bab makanan halal ni,ayah ada cerita kisah Imam Abu Hanifah. Dulu Ajib tak kenal siapa dia ni,lepas g sekolah,barulah Ajib tahu siapa Imam Abu Hanifah ini.Kalau korang nak taw,dialah pengasas mazhab hanafi dan guru utama kepada imam-imam mazhab yang lain.

Imam Abu Hanifah tidak makan ikan selama 6 tahun kerana menjaga dirinya daripada makanan yang haram.Suatu hari di kampung Imam Abu Hanifah,kecoh peristiwa kambing hilang.Hari demi hari,bilangan kambing di kampung itu berkurang disebabkan dicuri. Suatu hari,semasImam Abu Hanifah pulang daripada tempat pengajiannya,dia lalu di hadapan sebuah semak.Dia terdengar ada suara orang sedang bergelak ketawa di dalam semak,lalu dia mengintipnya.Dia melihat ada 2 orang pencuri sedang memakan daging kambing dan mereka membuang sisa-sisa makanan ke dalam sungai.

Imam Abu Hanifah mencari nelayan yang tinggal di kampunya dan bertanya, “pada pengetahuan anda,berapa lamakah masa untuk seekor ikan hidup?”

Nelayan itu menjawab, “paling lama selepas menetas daripada telur,kira-kira 6tahun.”

Mendengarkan jawapan nelayan itu,Imam Abu Hanifah nekad untuk tidak makan ikan selama 6 tahun bagi mengelakkan dia termakan ikan yang makan sisa-sisa kambing itu tadi.

Ayah cakap lagi, inilah warak.Warak bermaksud meninggalkan perkara-perkara syubhah.Imam-imam besar,para perawi hadis sangat warak sehingga mereka tidak akan makan atau minum di kedai-kedai atau gerai-gerai tepi jalan dek sangsinya mereka kepada kebersihan makanan itu.

Selepas ade makanan yang halal dan berkhasiat,barulah kita basuh tangan. Dulu,aq pernah makan menggunakan sudu tetapi ayah melarangnya,ayah hanya membenarkanku memekai sudu apabila di majlis-majlis rasmi sahaja. Kata ayah makan dengan tangan ini sunnah nabi dan setiap sunnah nabi ada kejayaan.Di tangan kita ini ada enzim-enzim yang tidak dikeluarkan oleh anggota dalam tubuh badan kita,enzim-enzim ini sebenarnya diperlukan oleh badan kita.

Selepas tu apa?Makan?Belum lagi,kena duduk dulu.Ayah kate, sebenarnya tiada seorang pun taw macamana nabi duduk ketika makan.Tiada hadis pun pasal tu secara jelas.Namun ada satu hadis yang berbunyi, “aku duduk seperti seorang hamba.”Maka ulamak berbincang n buat keputusan macamana nabi duduk dan keputusannya,ulamak menganggap nabi melipat kaki kirinya dan duduk di atasnya.

Abang ade cerita,saintis mengkaji cara duduk makan nabi dan mereka mendapati bahawa cara duduk sebegitu akan membahagikan perut kepada 3 bahagian,pepejal,cecair dan gas.Jadi,cara duduk sebegitu adalah cara yang paling baik untuk penghadaman makanan.

Sebelum start makan,kita disuruh membaca nama Allah.Tak perlu untuk baca doa,cukup dengan nama Allah.Bacaan basmallah sebenarnya sudah cukup untuk menjadi pelindung kita daripada makan bersama-sama dengan syaitan.Jika kita terlupa,bacalah ‘bismillah min awal u akhir’ yang bermaksud ‘dengan nama Allah dari awal hingga akhir’.Sahabat nabi pernah terlupa membaca basmallah,lalu dia membaca ayat tadi.Rasulullah menceritakan syaitan memuntahkan balik apa yang dimakan bersamanya tadi.

Pastu,sunnah nabi lagi,makan berjemaah.Tidak semesti makan dalam dulang baru dikira berjemaah,tetapi maksud makan berjemaah adalah makan daripada satu sumber yang sama secara beramai-ramai.

Ustaz ada cerita,dulu ada seorang yahudi yang suka mengintip nabi.Suatu hari, dia mendengar nabi kata makan berjemaah lebih baik.Entah macamana,bila dia balik rumah,dia ajak isteri dia makan berjemaah.Isteri dia enggan,diajaknya lagi.Enggan lagi,lalu dia pun meninggikan suara, “mengapa kamu tidak ingin makan bersamaku?”Isterinya menjawab, “sebenarnya pada makanan itu telah saya masukkan racun untuk membunuh abang.”Mendengar jawapan isterinya,yahudi tadi berjumpa dengan Rasulullah dan memeluk Islam.Inilah kelebihan makan secara berjemaah.

Aq pun suka makan berjemaah,jadi lagi berselera.Masa kecil dulu,aq pernah makan dalam dulang bersama dengan pak imam,ayah dan seorang pakcik yang aq tidak kenal.Aq tengok ayah n pakcik yang sorang tu tolak lauk kat imam,tolak nasi kat imam,semua ditolak kat imam macam nak suh imam makan semua.Aq mane bley biarkan bende ni berlaku,aq kaut yang imam punya.Lepas tu aq nampak ayah menjelingku tetapi imam tersenyum.

Selepas selesai makan,ayah menegurku.Katanya, “kalau kita makan dengan orang alim,orang warak,orang berilmu,kita kena dahulukan mereka.Kita kena korban sedikit makanan kita.Darjat mereka lagi tinggi daripada kita. Kita kena hormati mereka.”

Oooo,barulah aq faham.Jelingan ayah tadi sebenarnya aq tak paham apa-apapun,tu yang aq terus rampas makanan imam.Huhuhuhu.

Oh,satu lagi.Semasa makan dalam dulang tu,selepas semua sudah tarik diri, aq tengok imam menggunakan jari-jarinya menyapu semua sisa-sisa yang masih ada.Aq tanya ayah kenapa imam buat sebegitu dan ayah menjawab, “sebenarnya kita tidak tahu nasi yang mana satu yang akan mengenyangkan kita,jadi jangan membazir.Selagi makanan itu boleh dimakan,makan.”

Ibu kalau masak makanan,dia tidak akan campur lauk darat dan lauk laut. Sepanjang aq hidup,tidak pernah walaupun sekali lihat lauk ayam dan lauk ikan ada bersama-sama di atas meja makan.Kalau ada ayam,takde ikan dan kalau takde ikan,takde ayam.Ibu cakap,inipun sunnah nabi.

Lepas makan,kita disunatkan untuk jilat jari kita kerana secara saintifiknya, masih ada zat-zat makanan yang terlekat di jari-jari kita,cuma sopanlah sikit.Ada yang jilat jari macam nak makan jari.Sopanla sikit.Kita orang Islam,budi bahasa budaya kita.

Nabi suruh kita berhenti sebelum kenyang.Cikgu Fauzi,cikgu sains Ajib bagitaw yang saraf yang memberi maklum balas kenyang bertindak dengan lambat,sebab itulah nabi suruh kita berhenti sebelum kenyang.Sebenarnya kita dah kenyang tapi saraf belum dapat kenal pasti samada kita sudah kenyang atau tidak,so kita makan lagi.Tu yang jadi buncit tu.Huhuhu.

Lepas da kenyang,jangan terus tidur.Bacalah doa selepas makan bagi memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi kita rezeki. Basuh pinggan kita dan bersihkan tempat makan kita.Jangan harapkan orang lain,nanti tak jadi apa-apa.

Kita patut bersyukur kerana rata-rata manusia di dunia ini mati kerana kebuluran sebaliknya kita di malaysia mati kekenyangan.Takat ni je yang Ajib taw,jom la kongsi apa yang korang taw lak,Ajib pun nak taw.

One thought on “Jom Makan!

  1. makan berjemaah bukan tertakluk pada mkn dlm dulang sahaja, bahkan makan dlm dulang pun kadang2 belum tentu dikira makan berjemaah… masa makan perlu ada imam/ketua yang akan memastikan doa dibaca, semua org mendapat makanan sama rata, dan menjaga adab2 makan… kalau makan dalam dulang pun tapi semua dok pakai balun melahap je, x tercapai ibrah makan dlm dulang…. maka lepas ni sape2 yg turun makan iftar, silalah pastikan ada seorang di antara kamu yg mengetuai jemaah yg sedang makan, agar segalanya berpandu pada tertib dan adab, supaya ukhuwwah yang diharapkan berbuah….

    wallahualam….

    p/s: canggung kalau ada jemaah x ade imam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s