Pakailah Contact Lens Islam

Pakailah contact lens islamPernahkah anda merenung langit di waktu malam?Menikmati keindahan bulan dan bintang?Dari tingkatan 1 lagi,aq suka berjalan di waktu malam dan mendongak ke langit,menikmati keindahan bintang dan bulan di malam hari.Apabila anda melihat bulan dan bintang,apa yang anda akan terbayang?Percintaan Romeo and Juliet? Keindahan ciptaan Allah?Semua itu betul tetapi aq melihat bulan dan bintang dari sudut yang berbeza.

Apabila aq melihat bulan,aq tertanya adakah bulan ini yang dibelah oleh Rasulullah ketika dahulu dan apabila aq melihat bintang,aq tertanya adakah bintang yang aq lihat ini,pernah dilihat oleh Rasulullah?Kalau benar bintang ini pernah dilihat oleh Rasulullah,apa yang Rasulullah fikir ketika itu.Inilah yang aq faham apabila aq lihat bulan dan bintang,oleh itu melihat bintang adalah salah satu hobi aq.Dengan menceritakan semua ini,tidak terniat di hatiku untuk berbangga-bangga.Aq cuma ingin berkongsi apa yang aq fikir.

Apa yang aq cuba ketengahkan,lain orang,lain pandangannya.Ada orang melihat bulan sebagai lambang percintaan,tetapi ada juga yang melihatnya sebagai lambang permusuhan.Ada yang lihat bulan sebagai lambang Islam, tetapi ada juga yang melihatnya sebagai lambang parti politik.Lain orang, lain tafsiran.Inilah kelebihan manusia.

Jika kambing pak abu melihat rumput sebagai makanan,pasti,kambing pak usop pun melihat rumput sebagai makanan.Jika kucing adila tengok ikan sebagai mangsa,pasti,kucing saerah juga melihat ikan sebagai mangsa.

Hanya manusia sahaja mempunyai tafsiran yang tersendiri dek kerana dianugerahkan akal.Akal lah yang menentukan penafsiran seseorang dan akal yang Allah bagi kepada manusia sebenarnya adalah sama tetapi bergantung kepada manusia itu sendiri untuk membongkar kehebatan akalnya.Sebagai analogi,ada sebuah rumah,di dalamnya terdapat berjuta-juta bilik yang terkunci.Di dalam bilik itu terdapat barang-barang yang tersendiri.Kita diberi segugus anak kunci dan kita hanya diberi masa selama 1 jam untuk mengambil barang-barang di dalam bilik-bilik itu. Itulah akal,semua orang mendapat akal yang sama daripada Allah tetapi bergantung kepada empunya akal untuk membongkarnya dari sudut yang mana.

Namun,jika manusia sentiasa berbeza pendapat,manusia tidak akan sampai ke syurga Allah kerana jalan untuk ke syurga Allah cukup keliru, manusia harus bersama-sama berjalan menujunya.

Tatkala syurga siap dicipta,Allah mengarahkan malaikat masuk ke dalam dan memberi komen.Malaikat berkata, “Ya Allah,jika inilah syurga.Aku pasti semua manusia akan bertungkus-lumus untuk memasukinya.”Lalu Allah menyuruh malaikat melihat jalan-jalan ke syurga.Malaikat terkejut dan berkata, “Ya Allah,jika inilah jalan-jalan menuju,aku khuatiri tidak akan ada seorang pun yang akan sampai ke syurga.”

Selepas itu,Allah menyuruh malaikat melihat neraka.Malaikat berkata, “Ya Allah,jika inilah neraka.Aku yakin bahawa tidak akan ada seorang pun yang ingin masuk ke dalamnya.”Allah menyuruh malaikat melihat jalan-jalan ke neraka,lalu malaikat berkata, “ya Allah,jika inilah jalan-jalan menuju ke neraka.Aku bimbang semua manusia akan masuk ke dalamnya.”

Jadi manusia harus bersatu,manusia wajib berpegang dengan pegangan yang sama,pengangan mengesakan Allah.Kalaulah dalam mengesakan Allah pun manusia mempunyai banyak pandangan,bahaya.Pasti manusia akan masuk ke neraka.

“Cukuplah dengan solat dan jaga aurat,pasti kami masuk syurga,”jelas seorang rakan.

“Cukuplah kami dengan solat kami dan puasa kami untuk memastikan kami masuk ke syurga,”terang seorang budak surau.

“Biarlah kami berdakwah,jangan suruh kami berpolitik,”beritahu si daie.

Inilah yang akan terjadi jika semua orang yakin yang pegangan mereka adalah benar.Betul,pegangan itu tidak salah tetapi tidak lengkap.Bukankah Allah menyuruh orang-orang beriman supaya masuk ke dalam Islam secara menyeleruh.Kalau anda masih berkeras dengan prinsip-prinsip di atas,teruskan,tetapi ingat,anda bukanlah orang yang beriman kerana ayat ini hanya ditujukan khas buat orang yang beriman.

Kita lemah,sebagai makhluk yang diciptakan,kita tidak sempurna. Pendengaran kita bukan pendengaran yang pasti dan pandangan kita bukanlah pandangan hakiki.Pandangan kita kabur disebabkan halangan dunia yang fana.Kita memandang semuanya indah tetapi pada hakikatnya, semuanya khayalan.Seringkali kita terlanggar apabila berjalan,kita buta, tidak mampu melihat kenyataan.

Allah tidak pernah zalim.Dalam 99 nama Allah,tidak ada satu pun nama yang menunjukkan Allah zalim.Sememangnya kelemahan ini diciptakan oleh Allah supaya manusia sedar hakikat makhluk.Supaya manusia tidak angkuh mengaku diri sebagai tuhan,supaya manusia tidak bongkak dengan harta yang dicarinya.Lantas Allah memberi kita kanta mata Islam supaya yang kabur menjadi jelas,yang pudar menjadi terang.

Kita perlu tahu bahawa Allah memberi kita kanta mata Islam,Allah tidak memakaikan kanta mata itu kepada kita.Bergantung pada diri kita sendiri untuk mengambil kanta itu dan memakainya,jika kita tidak mahu,itu bukanlah masalah Allah tetapi masalah kita.Allah tidak memaksa kita untuk memakainya,cuma Dia beritahu jika kita memakainya,Insya Allah kita akan dapat sampai ke syurga.

“Ini jalan ke Kuching dan ini jalan ke Kinabalu.Kuching ialah bandar dan Kinabalu ialah gunung,”terang pemandu pelancong.

Jika kita ke kinabalu dan kita tertekan disebabkan terpaksa mendaki gunung,adakah boleh kita salahkan pemandu pelancong?Atau kalau kita ke Kuching lalu kita tersangkut dalam kesesakan lalu lintas,adakah boleh kita salahkan pemandu pelancong?

Inilah analoginya,Allah telah tunjuk kepada kita jalan-jalan Nya tetapi bergantung kepada kita sendiri untuk memilihnya.Untuk apa Allah lakukan semua itu?Untuk menguji hamba Nya yang terbaik amalannya![67:2]

Jadi,apakah yang dimaksudkan dengan kanta mata Islam?Kanta mata Islam adalah pandangan Islam terhadap sesuatu.Kita ingin lakukan satu perkara, kita perlu pertimbangkannya samada ianya bertepatan dengan Islam ataupun tidak.Jika hal itu bertepatan dengan Islam,maka buatlah namun jika sebaliknya,sendiri mahu ingat.

“Jika aku buat ini,betul ke dengan Islam?”

“Aq bercouple ni,bolehke dalam Islam?”

“Cik Mat wat camtu,kene ke dengan Islam?”

Tanya!Bertanyalah kepada diri anda sendiri supaya anda menjadi orang yang selalu ingat.Kanta mata ini wajib dipakai oleh semua manusia yang bergelar muslim.Yakinlah jika semua orang memakai kanta mata ini,pasti kerajaan Islam akan bangkit semula.Sebab apa?Sebab semua tindak tanduk yang umat Islam buat berlandaskan syarak,disukai oleh Allah.Apabila Allah suka,pasti kemenangan milik kita.

Dalam setiap tindak tanduk anda,fikirlah apa yang Allah kata terhadap kita bukan fikir apa manusia kata terhadap kita.Jika kita fikir untuk manusia, sampai bila-bila pun tindakan kita itu tidak akab betul.Benar,Ahmad berpuas hati dengan hasil kerja kita tapi bagaimana pula Ah Chong? Bagaimana pula Samivelu?Adakah mereka berpuas hati dengan tindakan kita?

Seorang pensyarah mengajar bab haba kepada 100 orang pelajar. Separuh pelajar memberi tumpuan yang penuh,hati mereka berkata, “baguslah pensyarah ini mengajar bab ni.”Namun separuh lagi berkata, “ish orang tua ni,dot ajar bab yang takde kaitan dengan pekerjaan aku.Aku nak jadi engineer kapal,asal dot ajar haba,bangang!”

Masakan kambing mampu memenuhi hak-hak kambing yang lain walhal hak dirinya sendiri dia tidak tahu.Begitulah kita,kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang,jadi puaskanlah hati Allah.Dia yang mencipta kita jadi layaklah Dia yang menerima kegembiraan atas hasil kerja kita.

Jadi,fikirlah apa yang Allah kata terhadap anda.Kata-kata Allah kepada kita tidak akan berubah,jika Allah kata itu baik maka dari awal kita lahir hinggalah kita mati,perkara itu adalah perkara baik.Jika Allah kata perkara itu perkara buruk,anda niat baikpun,perkara itu tetap perkara buruk.

Ramai di antara kita pada hari ini,mengira apa manusia kata terhadapnya. Melihat kawan-kawan lain berpegangan tangan,bermesra-mesraan, berkucup-kucupan,diri ini merasakan ditinggalkan.Diri ini adalah manusia yang datang daripada satu zaman yang lama.Lalu diri ini nekad untuk berubah,berubah mencari pasangan supaya diri ini tidak asing lagi.

Inilah yang terjadi apabila pandangan manusia diambil kira.Betul,kadang- kadang pandangan manusia ini ada benarnya namun sudah terang yang mana putih dan yang mana hitam.Nilailah sendiri kerana kita adalah sebaik-baik makhluk.

Jika kita mengikuti kebanyakan orang,kita adalah golongan yang sesat. Inilah prinsip yang diketengahkan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

[6:116]

Jika dilihat kelakuan manusia sekarang,ada logiknya.Berapa ramai yang mahu lakukan seks tetapi tidak ingin berkahwin?Berapa ramai yang dasarnya Islam tetapi mendedahkan aurat?Berapa ramai yang berbicara tentang agama tetapi tidak mengamalkannya?Logik.

Apa yang ditunggu lagi?Pandangan mata ini selalu tersasar daripada jalannya,gunakan kanta mata ini,kanta mata ini menjelaskan yang kabur, menerangkan yang gelap.Kanta mata ini dianugerahkan daripada Pencipta yang Maha Melihat kepada hamba-hamba yang ingin melihat dan yang ingn berjalan ke syurga.

One thought on “Pakailah Contact Lens Islam

  1. jangan terlalu leka merenung bulan di awan,
    sampai terlupa memijak rumput di halaman,
    jika syurga dan redha Allah jadi idaman,
    mulakan melangkah, pendekkan angan2…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s