Makhluk yang bernama masa

Makhluk yang bernama masa2 minggu yang lepas,smart group kedua untuk adik-adik choukouhai berjaya dilansungkan.Jayanya atau tidak,itu persoalan yang kedua, persoalan yang pertama,buat atau tidak dan semua fasilitator menjawab ‘buat’.Alhamdulillah. Tajuk yang dibincangkan boleh dirumus sebagai ‘tafsir surah al-asr’.Jadi, ada sebilangan fasilitator membuka diskusi dengan bertanya kepada adik-adik choukouhai ,”kenapa Allah bersumpah dengan masa?”

“Kenapa Allah bersumpah dengan masa?”tanya Izan.

“Sebab masa sangat penting.Masa yang pergi takkan kembali,”jawab Amir.

“Sebab masa ibarat emas,sangat berharga,”terang Afiq.

“Sebab masa diibaratkan bagai pedang.Jika kita tidak memotongnya, dia akan memotong kita,”balas Aqmal.

Jika Allah bersumpah dengan sesuatu bermakna benda yang disumpah itu adalah sesuatu yang cukup besar,sesuatu yang cukup agung.Makhluk yang bernama masa ini merupakan satu makhluk yang sememangnya sebati dengan hidup manusia.

squared circles - Clocks by Leo Reynolds


Masa itu kehidupan

Sudah menjadi fitrah manusia untuk mencari Penciptanya.Jadi dari zaman paleolitik lagi manusia mencari Tuhan.Di zaman paleolitik,manusia hidup di dalam gua dan api adalah satu sumber yang sangat penting untuk menerangi kegelapan di dalam gua,menjadi bahan pemanas badan tatkala salji sedang lebat turun di luar gua.Oleh kerana itu,manusia di zaman itu mengatakan mereka tidak akan dapat hidup tanpa api,maka api disembah-sembah sebagai satu kuasa yang agung.

Namun,manusia terus berkembang.Manusia mula menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan.Terlintas di kepala ketika itu,mereka tidak akan dapat hidup tanpa air,lalu air pula disembah-sembah.

Zaman bertukar daripada Paleolitik kepada Mesolitik,satu zaman bercucuk tanam.Semua manusia ketika itu mementingkan kesuburan tanah kerana dari situlah mereka mendapat makanan.Tanpa berfikir panjang,daripada air,mereka bertukar menyembah makhluk yang bernama tanah.

Namun,mereka sedar dan mereka bertanya sesama sendiri,”betul api,air dan tanah sangat penting tetapi siapa yang menciptakan mereka untuk kita?”

Akhirnya mereka memutuskan untuk meyakini adanya satu kuasa di atas sana yang menjadikan mereka dan api,air dan juga tanah.Persoalan hidup mereka tidak terhenti di situ,golongan yang berfikir daripada meraka mengeluarkan satu lagi soalan, “apakah itu kehidupan?”

Semua orang menjadi bingung sehinggalah munculnya ahli-ahli falsafah tamadun yunani.Yunani menghasilkan ahli-ahli falsafah yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana ahli falsafah sekarang.Mereka adalah pencetus pemikiran bertuhan. Aristotle,Plato dan Socrates.Nama-nama agung tamadun Yunani namun mereka dikhianati oleh raja sendiri.

Permulaan tamadun Yunani menafsirkan bahawa kehidupan itu bergantung kepada darah yang panas.Hal ini kerana pemerhatian mereka ke atas orang yang hidup dan orang yang mati.Mereka dapati suhu darah mereka berbeza.Yang sejuk adalah yang mati dan yang panas adalah yang hidup.Ramai manusia ketika itu yakin dengan teori ini namun ada seorang di antara mereka yang menentang. Dipanggilnya semua penduduk Yunani dan ditunjuknya satu eksperimen. Dia mengambil 2 ekor kelawar yang sudah mati,seekor dimasukkan darah yang sejuk dan seekor lagi dimasukkan darah yang panas.Keputusannya,kedua-dua ekor kelawar tidak bergerak,semua yang melihat menjadi bingung,mereka terus bertanya, “apakah itu kehidupan?”

Ahli falsafah Yunani membuka satu teori baru bahawa kehidupan ini adalah sel-sel yang disusun dengan betul dan tepat.Semua orang gembira dengan teori itu,mereka yakin dan pasti.Tetapi mereka dikejutkan dengan pembuktian oleh Socrates bahawa susunan sel yang betul tidak mampu memberi kehidupan.Akhirnya,Socrates merumuskan bahawa kehidupan ini adalah ‘masa’ kerana apa-apa sahaja yang ada maka benda itu akan hidup dan jika masa bagi hidupan itu sudah habis,dia akan mati.

Masa adalah kehidupan.

The Passage of Time by ToniVC


Makhluk bernama Masa

“Adik,apakah itu masa?”seorang ayah bertanya kepada anaknya yang genius.

“Masa?…Itu,”adik menunjuk-nunjuk ke arah jam dinding.

Itulah masa.Semua orang tahu jika jarum jam menunjukkan nombor 9, matahari sudah tiada,itu jam 9 malam.Jika jarum menunjukkan nombor 8, matahari dengan bangganya bersinar di luar tingkap,itu jam 8 pagi.Inilah masa tetapi aq persoalkan,adakah ini masa yang sebenarnya?Kalaulah ini masa,bagiku secara peribadi,tiada apa-apa yang istimewa dengan makhluk yang bernama masa ini.Namun kenapa Allah bersumpah dengannya?Aq teruskan pencarian kenapa Allah bersumpah dengan masa,apa yang hebatnya masa sehingga Allah bersumpah dengannya,tidak dengan nasi atau karipap.

Alhamdulillah,aq selesai membaca sebuah buku karangan Imam Al-Qurtubi dan Syeikh Daud Al-Fatani yang bertajuk ‘Misteri Di sebalik tiupan sangkakala’.Sedikit tentang buku ini,buku ini menceritakan perjalanan manusia daripada hari qiamat hinggalah ke hari akhirat.Walaupun pengarang tidak menulis tentang masa secara terperinci,tetapi ada sedikit penulisan mereka yang membuka kotak fikiranku.

Percaya atau tidak jika aq cakap masa bagi aq dan kamu adalah berlainan? Betul,jika jam menunjukkan pukul 10.39 pagi,maka aq dan kamu membacanya sebagai 10.39 pagi,tambah tolak 4minit ralat, (^^) namun hakikatnya 10.39 pagi itu adalah satu nombor untuk menyeragamkan pergerakan kita,itu bukan masa!

Percayalah masa bagi manusia sangat berbeza,aq buktikan melalui cerita di bawah.

Aq mencari Islam ketika aq mula-mula mengenal usrah semasa di tingkatan 1.Suatu hari,seorang pelajar tingkatan 5 memberi tazkirah.Katanya bahawa azab kubur itu sama kepada semua manusia dan bergantung kepada jenis kesalahan.Lalu aq terfikir,bagaimana azab Allah di kubur sama sedangkan jarak orang yang mati di zaman nabi Adam dengan hari qiamat sangat jauh dan orang yang mati di zaman nabi Muhammad dengan hari qiamat sangat dekat.Jika kedua-dua meninggalkan solat,katakan,bagaimana azab mereka sama?

Aq terus mencari jawapan dan semasa di tingkatan 2,seorang ustazah praktikal datang ke sekolah untuk melakukan praktikalnya.Namanya Azlina, Ustazah Azlina dan aq menganggapnya seperti akak aq sendiri.Orangnya terlampau baik dan berilmu.

Aq bertanya, “ustazah,Allah itu maha Adil kan?”

“Ya Allah itu Al-Adlu,Maha Adil,”jawab Ustazah sambil tersenyum.

“Jadi,semua dosa dan pahala adalah sama bagi semua manusia, bergantung kepada amalan masing-masing la kan?”Aq cuba membawa percakapan kepada soalan aq yang sebenar.

“A’a,bahkan.”Ustazah menjawab,mukanya sedikit berubah seakan-akan cuba memikirkan apa yang cuba ingin aq sampaikan.

“Jarak antara zaman nabi Adam dengan qiamat jauh dan jarak antara zaman kita(umat nabi Muhammad) dengan qiamat dekat.Kalau seorang yang hidup di zaman nabi Adam meninggalkan solat dan seorang yang hidup di zaman nabi Muhammad meninggalkan solat,adakah azab kubur bagi mereka sama?”Soal aq.

“A’a,same.Malah kalau ade yang lebih lama lagi dan dia juga meninggalkan solat,pasti dia juga diazab dengan azab yang sama,”jawab Ustazah.

“Ha?Macamana sama sedangkan jarak mereka jauh berbeza?”aq bertanya lagi.

“Masa itu hak Allah,Dia yang menciptakannya dan Dia boleh memanjangkan dan memendekkan masa itu sesuka hati Nya.Macam awak solat subuh hari jumaat,”terang ustazah.

“Solat subuh hari jumaat?”aq tertanya,kepalaku semakin putar.

“A’a,kan pada hari itu senior-senior awak akan baca surah sajadah kan? Kalau awak mengantuk,awak rase laaaame gile kan?Bile la abang ni nak sujud,bile la abang ni nak sujud,kan?”Ustazah beranalogi.

“A’a,alhamdulillah.Saya rasa saya dah faham.Syukran,”aq kegembiraan.

++++++++++

Contoh lagi,masa yang satu jam setengah dirasakan sekejap sahaja oleh Farhan jika yang mengajarnya Cik Noguchi.Namun jika yang mengajarnya Encik Yamashita,kelas yang satu jam setengah itu dirasakan bagai berjam-jam. Pernah anda berasa sebegini?

Jika rentak permainan satu kelab bola sepak selincah Manchester United, penonton merasakan masa 90 minit yang diberi tidak cukup.Namun jika rentak permainan satu kelab bola sepak selembab Proton FC,belum cukup 45 minit,penonton sudah mula meninggalkan stadium sebab merasakan sudah cukup 90 minit.Pernah anda berasa sebegini?

Pernah tidak,anda tidur 3 jam tetapi anda berasa seperti anda sudah tidur 10 jam dan kadang-kadang,anda tidur 10 jam anda berasa anda baru sahaja tidur.Pernah?

Inilah masa!Setiap manusia mempunyai masa yang berlainan,tidak sama. Masa untuk Atiqah tidak sama dengan masa untuk Fatin,masa untuk Gee tidak sama dengan masa untuk Tee.

“Eh,dah habis ustat tu bagi ceramah?Sekejap nye.”Beritahu Gee.

“Mane ade sekajap.Dari tadi lagi aku tunggu ustat ni berhenti bercakap,tak henti-henti jugak.Lama gile.”Betitahu Tee pula.

Inilah keistimewaan makhluk bernama masa,jadi tidak hairanlah apabila Allah,Ahsanul Khaliqin(sebaik-baik pencipta),bersumpah dengan ciptaan Nya yang bernama masa ini.Di mana sahaja ada sesuatu yang dipanggil makhluk,maka makhluk itu akan ditemani dengan makhluk yang bernama masa ini.

Manusia hidup jika masih ada masa untuknya.Hamster gemok masih lagi berlari jika masih ada masa untuknya.Batu buruk akan terus memburukkan dirinya jika masih ada masa untuknya.Fosil reput akan terus mereput jika masih ada masa untuknya.Mudahnya,semua makhluk akan diberi masa mereka yang tersendiri.

Di akhirat besok,semasa penghisaban tengah berlaku,ada yang merasakan begitu lama masa yang diambil untuk dihisab amalannya dan ada juga yang tidak terasa bahawa amalannya sudah dihisab.Yang berdosa merasakan seperti berjuta-juta tahun lamanya tetapi yang berpahala merasakan sekejap seperti jarak antara zohor dan asar.Sabda nabi:

“didirikan bagi orang kafir pada hari kiamat kadar lima puluh ribu tahun mengikut kadar apa yang mereka lakukan semasa di dunia.Dan Sesungguhnya orang kafir diperlihatkan neraka Jahannam dan mereka menyangka akan jatuh ke dalamnya dari jarak perjalanan empat puluh tahun.”

[Imam Ahmad daripada Abu Sa’id Al-Khudri]

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri katanya:Rasulullah ditanya tentang hari yang kadar masanya selama lima puluh tahun,betapa panjanglah hari tersebut.Maka baginda bersabda, “Demi Tuan yang diriku dalam kekuasan Nya,sesungguhnya diringankan untuk orang mukmin hinggakan terlebih mudah ke atasnya(menanti pada hari itu) daripada sembahyang fardhu yang dia lakukan semasa di dunia.”

[Imam Ahmad daripada Abu Sa’id Al-Khudri]

Firman Allah:

Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

[32:4]

Allah menggunakan ‘enam masa’ ,bukan enam jam,enam hari atau enam minggu.Kenapa?Sebab tempoh itu tidak sama dengan jam,minit atau saat yang kita guna.Inilah bukti bahawa istimewanya makhluk bernama masa.

Dandelion clock by dictybloke


Islam mengajar nilai masa

Bila sebut jepun,apa yang anda akan fikir?Bunga sakura?GTO?Gempa bumi? Kimura Takuya?Tepati masa?Ya,tepati masa.Orang jepun sangat tersohor dengan budaya tepati masa.

Jadual perjalanan bas di Tokyo:

“11.33 pm to Okayama”

“4.59 pm to Shinjuku”

Jadual perjalanan bas di Kuala Lumpur:

“11.00 pm ke One Utama”

“5.00 pm ke Unisel”

Apa yang anda dapat faham daripada kedua-dua jadual perjalanan di atas?

Ungkap balik kata-kata Muhammad Abduh, “aku ke Paris,aku melihat Islam tanpa Muslin dan apabila aku pulang ke Kaherah,aku melihat Muslim tanpa Islam.”

Sama sahaja keadaannya di Jepun,Islam tanpa Muslim,tepati masa walaupun 1 minit!

Ramai muslim pada hari ini tidak sedari hakikat yang Islam tersangatlah mementingkan masa walaupun sering mendengar nasyid nyanyian Raihan, ‘Demi masa’.Tiap hari lagu ini bermain di mulut ramai muslim namun jarang sekali iktibar daripada lagu ini diambil.

“Nyanyian adalah nyanyian dan Islam adalah Islam.”

Barangkali,inilah yang difikirkan oleh sesetengah orang.Betapa Islam mementingkan masa,Islam mengajarnya kepada kita sebanyak 5 kali sehari menerusi solat fardhu.Solat Magrib anda tidak sah jika anda solat waktu Isyak dan solat Isyak anda tidak sah kalau anda kerjakan dalam waktu Zohor.Anda mesti tepati masa bagi memastikan solat anda sah di sisi Allah.

Jika 7.30 pm adalah waktu berbuka bagi Wilayah Persekutuan,jika Ahmad yang tinggal di sana ingin berbuka jam 7.29 pm,puasa Ahmad batal.Bila Islam kata 7.30,maka 7.30,jangan dilebih atau dikurangkan.Inilah cara Islam mengajar kita supaya sentiasa menepati masa.

Tidak cukup dengan itu,Allah ingatkan kita dengan mati.Berulang kali di dalam Al-Quran Allah tegaskan bahawa mati itu tidak akan cepat mahupun lambat walaupun sesaat.Tidak cukup lagikah Islam mengajar kita supaya menepati waktu?Masih perlukan motivasi tambahan?Muhasabah diri anda!The Triple Nine Society Wall Clock by Leo Reynolds

Manusia Dalam Kerugian

“Demi masa.Sesungguhnya manusia di dalam kerugian!”

Jika seorang peniaga kecil-kecilan rugi sebanyak RM100,dia akan beritahu bahawa dia telah rugi besar.Jika seorang peniaga komputer hilang sebanyak RM100,dia akan beritahu bahawa dia telah rugi.Jika seorang kontraktor hilang sebanyak RM100,dia akan beritahu bahawa dia telah rugi kecil.Jika jutawan hilang sebanyak RM100,dia tidak akan perasan wangnya telah hilang.Jadi,jika jutawan itu kata “aku telah rugi besar”,maknanya jutawan itu telah hilang beratus ribu ringgit.Bayangkan,jika Allah,Pemilik manusia,Pemilik haiwan,Pemilik segala jenis kekayaan,Pemilik alam ini kata, “demi masa,susungguhnya manusia dalam kerugian!”Betapa besarnya kerugian yang manusia alami..Tidak dapat dibayangkan…

Prof HAMKA menulis di dalam Tafsir Al-Azhar mengapa manusia dikatakan berada di dalam kerugian.Kerana manusia itu lemah!Manusia tidak dapat lakukan semua perkara dalam satu masa!

Tersebut sebuah cerita Israiliyat tentang nabi Sulaiman yang diberi kuasa oleh Allah untuk memberi rezeki.Jadi,pagi-pagi lagi nabi Sulaiman sudah bergerak ke laut bersama tenteranya yang terdiri daripada golongan jin untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan laut.Nabi Sulaiman mengarahkan jin-jin memberi makan kepada haiwan laut namun sampai ke tengah hari,tugas itu belum selesai.Seekor jin membuka mulut,” Ya raja  ku Sulaiman,bilakah kami boleh berhenti daripada memberi makanan kepada sotong-sotong ini?Kami pun sudah kelaparan.”Nabi Sulaiman akur,tugas memberi rezeki bukan senang,hanya Allah sahaja yang mampu.

Manusia itu sifatnya lemah,disebabkan itu manusia berada dalam kerugian. Kita terpaksa korbankan banyak perkara lain untuk selesaikan satu perkara. Kita terpaksa korbankan waktu bermain untuk belajar.Kita terpaksa korbankan waktu tidur untuk bersama kawan-kawan.Kita tidak dapat lakukannya serentak.

Bila umur kita 20 tahun,kita terfikir,”kalau aku belajar betul-betul tyme spm dulu,pasti aku dapat fly ke ireland untuk wat medic.”

Bila umur kita 25 tahun,kita dah berkahwin,banyak beban terpaksa kita pikul lalu kita terfikir, “kalau aku belajar betul-betul dulu,pasti aku dapat kerja yang lebih baik.Takyah la aku dot susah-susah camni.”

Bila umur kita mencecah 45 tahun,kita sakit,lantas kita terfikir, “kalaulah aku jaga makanan aku dulu,pasti aku sihat.Takyah la aku kudung kene potong kaki sebab kencing manis.”

Bila umur kita melampau ke 65,kita nyanyok,semua benda harus orang lain lakukan untuk kita dan ketika itu barulah kita terfikir, “kalau aku tak hantar anak aku ke nursery dulu,diorang takkan hantar aku kat sini.”

Dan di akhirat nanti,jangan pula kita salah seorang yang merayu meminta Allah menghantar kita balik ke dunia untuk beramal,pasti kita yang rugi!

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

[32:12]

Teringat pesan guruk di sekolah dahulu, “tepati lah masa.Jika awak lambat 1 jam,awak boleh tertinggal bas.Jika lambat 1 minit,awak tertinggal kapal terbang dan jika lambat 1 saat,awak tertinggal bullet train.”

Didikan bonda dari kecil lagi supaya menepati masa,aq rasa ianya berhasil. Alhamdulillah,selagi tidak ada keberatan,selagi tidak ada musyaqah yang betul-betul,aq akan tepati masa,Insya Allah.Semenjak aq masuk JAD,pernah aq bertanya kepada qalbi(hatiku),”budak-budak yang lambat ni,tak dididik oleh mak bapak die ke mase kecik.Suke hati je datang lambat,janji pukul 9 ni pukul 10 pun belum sampai2.Call cakap depan lif,call cakap depan lif.Sakit hati betul la.”

Aq bukan ingin membangga-banggakan diri,tidak tetapi aq ingin berkongsi. Aq hairan mengapa manusia tidak dapat tepati masa sedangkan mereka telah berjanji untuk menepatinya.Mereka tidak pernah fikir tentang perasaan orang lain?Mengapa asyik kita yang menepati masa terpaksa membazir masa kita yang berharga disebabkan terpaksa menunggu manusia yang tidak bertanggungjawab?

“Eh,aku takley la..Memang aku dari kecik lagi takley tepati masa”

Ini bukan alasan!Allah tidak menjadikan manusia tidak mampu tepati masa. Tatkala Allah ingin meletak Al-Quran ke atas bukit,bukit bergegar kerana kasyyatillah(takutkan Allah),sebab apa?Sebab bukit,makhluk yang besar itu tahu bahawa dia tidak mampu memikul tanggungjawab besar itu, tetapi manusia menerimanya kerana kita mampu memikul amanah ini! Amanah yang macamana?Amanah menepati masa!Wal Asr!

Kita sama-sama lemah,kita tidak sempurna tetapi kita perlu ingat,kita adalah yang terbaik,jadi adakah wajar yang terbaik tidak melakukan yang terbaik?Wajarkah YPM memberi kita RM350 jika mereka mampu memberi kita RM420?Wajarkah kita menjawab 10 soalan daripada 100 soalan sedangkan kita mampu menjawab kesemuanya?Common sense,tidak wajar!

Sebagai kesimpulannya,aq menyeru diriku dan diri semua yang membaca supaya kita menghargai setiap detik yang berlalu.Walaupun kita pasti rugi tetapi sama-samalah kita kurangkan seminimum yang mampu kerugian itu. Supaya,apabila di akhirat nanti,kita tidak menjadi orang yang rugi…

nukilan:uwa|s a|-qarn|

One thought on “Makhluk yang bernama masa

  1. alhamdulillah
    terjawab juge soalan yang sentiasa bermain dalam fikiran
    kakak usrah pernah kate
    ‘masa milik Allah’
    kata2 itu sgt melekat dalam hati
    rase ingin tahu tentang perkara itu sgt tinggi
    tp ilmu aku x byk utk fikir sendiri pasal bende ni
    skarang entri ni sedikit sebanyak dah menjawab persoalan itu
    ape yg dimaksudkan dgn masa milik Allah~
    time kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s