Jangan, Ya Allah…….

Jangan Ya Allah

Segala-galanya bermula bila aku mencelah percakapan 2 orang rakan ketika tengah tunggu bas untuk jogging di Tasik Shah Alam pada tahun lepas…..

“ Nok pakai tudung labuh gini gop.” aku berkata kepada seorang kawan dengan nada bergurau.

“Pakai  la. Baru juruh sket.” rakan tadi membalas.

“ Haha. Gurau je. X sei la pakai. Takut. Labuh sangat.” aku membalas selamba tanpa memikirkan perasaan rakan tadi.

“ Kite ni kalu nak berubah kene cepat-cepat berubah. Nanti Allah tarik balik hidayah baru tahu.” Kata seorang  lagi  rakan dengan lantangnya.

Aku tersentak mendengar kata-kata itu, entah kenapa aku rasa aku seakan-akan dihina. Mungkin niat dia hanya untuk nasihat aku. Tapi aku yang terlalu melayan perasaan marah terus berlalu dari tempat  itu dan duduk kat tempat lain sorang-sorang. Sepanjang jogging  kata-kata rakan tadi bermain-main dalam fikiran. Balik dari jogging aku masih pikir bende yang sama.

“ Mungkin ini suatu titik permulaan untuk aku berubah.” Aku bermonolog dalam hati.

Tapi, rasa terhina masih menguasai diri. Aku tahu aku x patut rasa begitu . Mungkin kerana aku terkejut dengan kata-kata rakan tadi yang dilontarkan agak lantang kepadaku. Aku terus menangis sebab perasaan yang bercampur-campur.

“ Kenape die patut cakap kasar2 ngan aku? Kalu nk nasihat nasihat la btol2.. aku ni teruk sangat ke?  Aku pakai tudung pe? Tutup aurat pe? “dengan yakin aku bermonolog dalam diri.

Tapi kini aku sedar. Itulah monolog seorang manusia yang masih jauh dari Tuhannya. Kenapa aku kene pikir yang negative saje? Kenapa aku harus persoalkan nasihat seorang rakan tadi? Kenapa dengan yakinnya aku mempertahankan imej tudung aku yang sememangnya  tersasar dari syariat Islam.

Alhamdulillah.. kini setelah diberi sedikit tarbiah oleh kakak usrah dan rakan2.. aku mula berfikir dan menjawab balik monolog ku suatu ketika dulu.

“ Kenape die patut cakap kasar2 ngan aku? Kalu nk nasihat nasihat la btol2.. aku ni teruk sangat ke?  Aku pakai tudung pe? Tutup aurat pe? “dengan yakin aku bermonolog dalam diri.

“Memang patut die cakap kasar sebab ko ni kalu orang cakap elok-elok ko main2. Ko memang teruk..memang ko pakai tudung tapi x tutup aurat penuh sebab tudung ko jarang.” Aku bermonolog lagi menjawab persoalan yang pernah aku personal suatu ketika dulu.

MULA MENGENAL USRAH….

Alhamdulillah.. aku mula mengenal usrah mase sekolah menengah. Tapi mase tu lebih kepada taa’ruf dengan kakak2 senior.  Bile masuk JAD, Alhamdulillah, dicelah-celah usaha untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun, muncul sinar Islam ditengah2. Maksud aku, mase aku duk sibuk blaja, datang satu `sinar’ yang membawa aku mengenal kembali apa itu Islam? Apa itu dakwah? Jika dulu aku hanya tahu Islam itu adalah sebuah agama dan langsung tidak endah tentang seruan untuk menyampaikan dakwah.

Masa  bersama rakan2 yang terlebih dahulu join usrah banyak terisi dengan perkongsian yang begitu menarik.  Terdetik di hati nk join usrah yang same. Alhamdulillah Allah makbulkan keinginan hati. Kawan aku ajak aku join usrah yang die join. Sepanjang 3 bulan banyak benda yang aku dapat. Tentang wanita, aurat,kisah2 Nabi dan sebagainya. Aku juge blaja pakai tudung Akel yang x jarang sebab itu dituntut Islam.

KU HARAP PANAS SAMPAI KE PETANG…….

Semakin hari semakin banyak bende aku join. Ade Muzakarah, iftar dan banyak lagi. Mula2 aku rase seronok ikut bende2 ni. Tapi panas yang aku harap sampai ke petang tidak kekal kerana ada mendung datang bertandang. Semakin lame aku jadi semakin malas nk join sume ni. Tapi masa tu aku langsung tak rase aku ni jahat.

“ Esok ada muzakarah ye kat surau.” Seorang rakan mengingatkan.

“ Ala. Penat la. Balik kelas ade muzakarah lak. Tak abis2.meeting, muzakarah,meeting,muzakarah.Penat. Aku nk tido. Aku nk tido!!” hati kuat memberontak.

“ Nak jadi naqibah x?” tanye seorang rakan lagi pada hari berikutnye.

“ Naqibah?? Eh plizz la. Aku ni langsung x de ciri2 naqibah. Tengok pemakaian pon tahu. Pastu suke gelak kuat2 lak tu. Takkan la aku nk jadi naqibah. Aku belum bersedia. Aku x leh jadi naqibah.” Sekali lagi hati memberontak.

“ Malasnye nk pakai tudung besar ni. Susahnye, x selesa!!”memberontak lagi dan aku pakai kembali tudung2 lame ku yang kecil dan jarang. Tudung Akelku entah ke mana aku letak.

Tapi mase tu, aku langsung tak rase bersalah kepada Allah. Bagi aku tindakan aku ponteng muzakarah tu adalah keputusan terbaik. Tindakan aku tolak dr jadi naqibah tu keputusan yang baik. Keputusan untuk pakai balik tudung yang jarang tu adalah yang terbaik agar aku rase selesa.Aku seakan-akan memandang remeh tentang Islam.  (Ya Allah ampunkanlah dosa hambamu ini)

CUTI YANG MENGEMBALIKAN SINAR…..

Cuti 2 minggu yang aku tunggu2 telah tiba. Tanpa berlengah aku pulang ke kampung malam itu juga. Suatu hari, lepas penat main2 ngan anak buah, aku buke website kegemaran aku dulu hingga kini. http://www.iluvislam.com/v1/news.php.. tangan pantas mencari-cari article baru. Pastu gerakan tangan terhenti bile terbaca satu article yang bertajuk: Setelah aku berpaling dari jalan-Mu. http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1502. Lepas baca,tiba2 aku rase sebak. Di saat2 aku mencari kepastian tentang arah tuju hidup. Allah bagi aku hidayah melalui sebuah article. Article ini telah buat aku ingat kembali perjalanan hidup aku. Baru aku sedar. Dalam pada aku memberontak sebab kene pegi muzakarah dan kene jadi naqibah, sebenarnya pada mase tu hati aku dipalingkan!Hati aku keras! Aku sedang diuji.Aku fikir balik.

“Macammane bleh x sedar bila hati dipalingkan?” aku bermonolog lagi.

“ Hati tu milik Allah. Dia berhak bagi hidayah dan palingkan hati kita. Mungkin aku terlalu yakin dengan iman aku!” Aku monolog lagi jawab persoalan td.

Macam2 bende bermain dalam fikiran aku sehingga terlintas sesuatu yang aku cari selama ni.

“ Mungkin aku lupe untuk berdoa,”monolog lagi.

“ eh, aku doa je lepas solat,”aku jawab soalan aku sendiri.

“ tapi aku lupa doa agar Allah tetapkan hati untuk terus berada di atas jalan dakwah ini.”hati berkata2

“ ye, btol. Aku lupe doa pasal tu. Aku x mintak, macam mane Tuhan nk bagi. X pe. Allah Maha Pengampun .Aku sedang diuji” hati yakin berkata2.

Kini baru aku sedar.. muzakarah adalah masa untuk aku perbaiki diri.. kongsi dengan rakan2.. banyak ilmu boleh dapat. Sekali seminggu. InsyaAllah setiap 7 hari, ade yang mengingatkan kita pada Allah, Pencipta Yang  Satu. Jadi naqibah, boleh latih diri untuk same2 berubah. Dalam kita menyampaikan ilmu pada orang, menyeru orang berbuat baik, pada masa yang sama kitalah yang terlebih dahulu kene buat sume tu . Dalam tak sedar, kita mengingatkan orang lain dan diri kita sendiri.

SEKADAR PERKONGSIAN…….

Cerita ini hanya satu iktibar dan perkongsian. Nasihat saya pada rakan2. Bila hendak berubah, jangan tangguh2. Cuba berubah disamping doa yang tidak putus2 agar Allah kuatkan hati kita untuk istiqamah dalam berubah. Jangan terlalu yakin dengan keimanan kita, tapi yakinlah dengan kuasa Allah yang layak menilai hati kita.. Semoga hidup kita dalam Islam. Mati kita juga dalam Islam…amin

“ Jangan Ya Allah.. Kau palingkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami. Tetapkanlah hati kami untuk terus menerus membela agamaMu. Jangan Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekadar sekelip mata atau kadar yang lebih cepat daripada itu…………….”

15 thoughts on “Jangan, Ya Allah…….

  1. oram kate,kalo nak menderma,seluk saku dan terus letak dalam tabung,jangan dot pikiaq2 lagi,kalo dot pikiaq2,nanti sampai ke tua tak derma-derma.. kan?

  2. sahabat…maaf andai diri ini banyak melukai hatimu..
    Ya Allah, ampuni aku andai bicaraku dan perbuatanku menjauhkan hati insan untuk mendekatiMu…

  3. kpd cik Uwais..
    btol tu.. kalu nk buat baik x yoh pk2
    buat je dulu
    bercakap berdasarkan pengalaman;
    bile kite nk berubah,terus je buat
    bile kite pikir2, mase pikir tu la syaitan laknatullah datang menjalankan tugas
    saye benar2 menyeru sahabat, bile kita da sedar kite ade buat salah
    teruslah perbaiki kesilapan kita
    kuat atau tidak bukan persoalan, ia bergantung pada diri dan keyakinan kite pada pertolongan Allah~

  4. kpd cik konokokoro
    percayalah.. andalah sahabat yang banyak membantu diri ini
    untuk lebih yakin menuju jalan Allah
    percayalah andalah sahabat yang banyak membuat diri ini berfikir, berfikir dan terus berfikir
    andalah sahabat yang buat diri ini rasa sentiasa diingatkan pada Pencipta Yang satu~
    terime kasih~

  5. pernah juga rase hati ini dipalingkan olehNya.mgkin Allah tgh uji ak.ak berdoa agar Allah cptkn hilangkn hati yg x selesa ini…suatu hari,ktk sdg cuba menggunakn masa utk tido smntara tggu jam 830 pagi utk naek bas,ak termimpi ad seorg rakan yg juge berada dlm dakwah berkata kpdku”igtlah janji2 Allah..”..ak tersedar..Dari c2 ak sudah menemui jwpnnya..Ya Allah,tetapkanlah hati ini sntiasa mengingatiMu..

  6. ketahuilah(xtaw knape,rsae cam 2 minggu kbelakangan ni ske gune perkataan ni) bahawa manusia xkn dpt menggembirakn smua hati manusia..ktike uthman b. affan dilantik sbg khalifah,abu dzar dtg kpdnya, “Wahai Uthman, aku tidak akan menggembirakan hatimu tetapi terpaksa lukakan hati Allah sebaliknya aku akan melukakan hatimu untuk menggembirakan Allah.”….aq pom hadapi bende same lam 1,2 minggu ni,tp ye la,manusia tidak akan dpt menggembirakan semua manusia dlm satu mase ttp kte cube wat yg tbaik,ne!

  7. betol2
    utamakan pandangan Allah berbanding pandangan manusia
    satu saje yang benar2 bleh buat kite kuat
    yakin lah dengan pertolongan Allah
    susah nk dapat keyakinan ini
    tp ingatlah Allah Maha Pemurah
    selalulah berdoa agar Allah sentisa bersama kita
    agar manusia tidak menjadi penghalang untuk kite berjuang membela agama Allah
    cik papyrus.. ganbatte!! saye juge dalam proses pemulihan..hehe

  8. hm penah gk dpt ayt tu..huhu
    ad skali 2 owg tu siap ltak as laptp nyer background ag
    “jika kau ingin brubh mengapa trus2 biarkn dr dlm dosa”

    insyaAllah skrg ngah try nk brubah sket2 =)
    Ya Allah beri ak kekuatn n kesemptn tok brubah ke arah jlnMu y lbh baek~

  9. touched by articles n comments2 kt sni.cik naml11, nk mohon maaf juge seandainy kte2 sy penah mengguris hati.ganbarimashoune~

  10. cik Putt Fuji..
    tidak perlu mohon maaf
    sbb saye tidak pernah terasa dengan dengan nasihat awak
    cume satu yang saye minta
    tOlonG dOakan saye kuat utk istiqamah dalam ape yang saye buat
    arigatou~
    ana uhibukki fillah~

  11. mahalnya nilai sebuah hidayah tue..alngkah indahnya jika bisa memilikinya..moga2 kita semua sentiasa beroleh taufik n hidayah dariNya ye..cik naml11..rasa2 spt berada dlm situasi kamu d ats je bila baca post ni

  12. moga tabah hati tak berbelah hati…

    oh hati,tabahlah bila diuji, sabarlah bila dikeji, kerana Allah sentiasa memerhati, walau manusia tak mengerti….

  13. Terbitan E-book: POLIGAMI ANUGERAH TUHAN

    Tajuk : POLIGAMI ANUGERAH TUHAN
    Penulis : MD LUTFI BIN YUSOF
    Penerbit : PUSTAKA GLOBAL
    ISBN : ISBN 983-43879-0-7
    Mode : e-book, boleh dicetak.

    Pembelian boleh dibuat secara online daripada penerbit.
    Untuk keterangan lanjut:

    http://www.impstandard.com/anugerah

    Terimakasih.

    Penerbit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s