Carilah hatimu…

Carilah Hatimu

“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…Seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru…”

Suatu petang, seorang teman bertanya,

“ Apa yang dimaksudkan dengan mencari hati tu? Macam mana nak cari hati?”

“ hm, ntah…mungkin niat yang betul kot..”

Sejak itu, soalan tersebut bermain-main di minda ini. maka, bermulalah pengembaraan saya dalam misi mencari hati.

Kata-kata Imam al-Ghazali itu, sangat menyentuh jiwa ini, terutamanya sewaktu dilanda futur. Betul, iman manusia itu bak kata ulama’ ibarat air yang mendidih. Sesaat yang lalu mungkin kita boleh menangis dan menyesal dengan dosa-dosa yang lalu, tapi sesaat kemudian bila jumpa makanan jumpa sahabat, jumpa buku, kita lupa balik.  Solat maghrib kita mungkin khusyuk, tapi solat isyak kita nanti belum tentu lagi. Begitulah keadaan iman di hati.

Oleh itu, kita diseru untuk mencari hati, terutama ketika beribadah. Tapi, bagaimana yang dikatakan mencari hati itu? Watashi mo wakaranai kedo, kita rungkaikan sama-sama, InsyaAllah.

“Aku memang xde hati langsung nak masuk JAD. Datang ni pun sebab parents je”

“Aku ade hati kt die la, tolong adjust bley?”

Kalau kita lihat maksud hati dalam dialog di atas, dapat disimpulkan bahawa yang dimaksudkan adalah keinginan. Tak ada hati, tak ada keinginan. Ada hati, ada keinginan. Jadi, adakah maksud mencari hati yang dinyatakan oleh imam al-ghazali adalah mencari keinginan?

“Aku dah try sepenuh hati dah, tapi x boleh jugak…”

“ Tengok die makan sepenuh hati, rasa lapar la plak…”

Kalau dalam dialog di atas ni pula, sepenuh hati bagi saya adalah penuh kesungguhan. Minah dah cuba dengan bersungguh-sungguh, tapi dia tak boleh  buat juga. Ajim pula makan dengan bersungguh-sungguh hingga membuatkan orang yang melihat pun terasa lapar. Jadi, mencari hati tu, mencari kesungguhan ke?

Wallahualam, saya juga tiada jawapannya. Tapi, menurut beberapa tafsiran yang saya baca, mencari hati dalam ayat ini bermaksud mencari ketenangan. Fitrah setiap insan mahukan ketenangan dan kebahagiaan buat hati mereka. Pernah tak rasa hati tidak tenteram? Bagaimana kita mengubatinya? Buat tak tahu dan tengok tv? Atau call parents? Cari rakan untuk berkongsi? Pergi shopping? Ya, bermacam-macam perkara yang kita lakukan supaya memperoleh ketenangan hati. Dan sungguh, ketenangan itu susah untuk digapai kerana hati ini bukanlah milik kita. Hanya Dia Yang Maha Kuasa ke atas hati hamba-hambaNya.

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”(surah ar-Ra’du:28)

Lakukanlah apa-apa sahaja yang boleh mengingatkan kita tentang Allah SWT. Pasti ketenangan itu akan datang menjengah hati. Rasulullah SAW bersabda,

“Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kekayaan hati.”

Kekayaan hati disini bermaksud merasa tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dikurniakanNya. Bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Cuba kita lihat para sahabat. Lihatlah Saidina Abu Bakar yang imannya jika ditimbang lebih berat daripada dunia dan seisinya. Suatu ketika, ketika rasulullah sedang sakit, rasulullah meminta Abu Bakar untuk mengimamkan solat. Maka, kata Aisyah r.a., Ya rasulullah, orang tak akan faham apa yang dibaca ayahku ketika  solat. Kerana apa? Kerana dengan membaca basmallah sahaja pun, Saidina Abu Bakar sudah teresak-esak menangis mengenangkan sifat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Itu saidina Abu Bakar, yang diuji Allah dengan kesusahan, keperitan hidup sewaktu diboikot, kemiskinan setelah masuk Islam dan lain-lain. Namun, beliau masih teguh dan mampu menangis mengenangkan kasih sayang Allah kepadanya.

Bagaimana pula dengan kita? Diberi kemewahan hidup, kebahagiaan keluarga, sahabat yang ramai dan baik-baik, kelas yang ber’aircond’, surau yang berkarpet dan lain-lain, tapi masih mempersoalkan terhadap kasih sayang Allah terhadap diri ini. Dimanakah hatimu?

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang , gementar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpin pun.” (surah az-Zumar:23)

Gementarkah hati kita tika dibacakan ayat-ayat Allah? Termasukkah kita dikalangan hambaNya yang mendapat petunjuk?

Mungkin hati kita ada, tapi penuh dengan karat jahiliah. Kita dilahirkan dengan hati yang putih, namun kita sendiri yang menconteng pelbagai corak arang di atasnya. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia;

“Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? ” Rasulullah menjawab, “Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran”-(H.R Baihaqy)

Bersihkanlah ia. Semak-semak dalam kehidupan harian kita. Telahkah kita buka awal pagi kita setiap hari dengan hati yang bersyukur? Telahkah kita ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan? Mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadap diri ini. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuhlah wajah, fikiran, pendengaran dan penglihatan kita daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikanlah solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat kita.

Seorang teman pernah mengingatkan, “kite kalau nak berubah luaran senang je, kalau rase nak labuhkan tudung, boleh beli dan pakai..tapi hati ni, hanya Allah yang tahu..”

Terima kasih teman kerana mengingatkan diri ini. Proses mencari hati bukanlah proses yang sekejap saya kira. Proses yang mengambil masa sepanjang umur kita mungkin. Kerana hati ini takkan pernah tetap. Hari ni kita ikhlas beramal, esok belum tentu lagi. Hari ini kita beroleh ketenangan, esok belum tentu lagi. Hari ini hati kita sihat, tiada jaminan ketika sakaratul maut nanti hati kita akan sebersih itu juga. Jadi, sentiasalah muhasabah diri dan sentiasalah berusaha untuk mencari hati kita. Selagi punya masa perbetulkanlah niat untuk setiap amal kita.

graphic1

Sesungguhnya hati itu milik Allah. Carilah hatimu, ketenanganmu, kesungguhanmu, juga keikhlasanmu dalam setiap amalmu. Kerana hati ini miliknya, dan hanya dia yang mengetahui isinya. Pohonlah padanya agar dilembutkan hati untuk merasai ketakutan azab-azabnya. Pohonlah diberi kefahaman dan penghayatan tika membaca ayat-ayatnya. Pohonlah diberi ketenangan dalam menjalani hidup seharian sebagai hambaNya. Pohonlah diberi keikhlasan dalam setiap amalan kita. Jika tak berjaya juga, pohonlah padanya agar dikurniakan hati yang baru, kerana hati yang kita miliki saat ini mungkin bukan yang terbaik untuk kita..

4 thoughts on “Carilah hatimu…

  1. “Terima kasih teman kerana mengingatkan diri ini. Proses mencari hati bukanlah proses yang sekejap saya kira. Proses yang mengambil masa sepanjang umur kita mungkin. Kerana hati ini takkan pernah tetap. Hari ni kita ikhlas beramal, esok belum tentu lagi. Hari ini kita beroleh ketenangan, esok belum tentu lagi. Hari ini hati kita sihat, tiada jaminan ketika sakaratul maut nanti hati kita akan sebersih itu juga. Jadi, sentiasalah muhasabah diri dan sentiasalah berusaha untuk mencari hati kita. Selagi punya masa perbetulkanlah niat untuk setiap amal kita.”

    ~~inilah ap yg ak bimbangkan..smoge kte sume sentiasa berada di bwh lindungnNya..

  2. tertarik membaca kisah Saidina Abu Bakar di atas
    subhanallah.. suci sungguh hati sahabat nabi ini
    teringat juga kisah Saidina Ali yang pucat mukanya mase ambil wuduk kerana takut akan berhadapan dengan Allah s.w.t
    semoga pencarian hati kita kekal hingga kita dijemput bertemu Ilahi
    ” Ya Allah, hidupkanlah kami dalam Islam,matikanlah kami dlam Islam”

  3. 2,3 hari nie rmai yg membicarakan mengenai hati..maknan buat hati adalah keimanan kpda Allah..setiasa doa semoga Allah tetapkan hati dlm keimanan..amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s