Meriahnya Sambutan hari Ibu

Meriahnya sambutan Hari Ibu

Meriah sekali sambutan hari ibu di JAD walaupun ibu tiada di sini. Hampir  semua orang meluahkan rasa kasih dan sayang mereka di status YM berkenaan sambutan hari ibu,aq cukup gembira dengan perkembangan ini.Dengan niat sengaja untuk menguji,aq menukar status YM ku.Terpapar, “Islam ade sambut hari ibu ke?Ade hadis ke? Bukan ke Bid’ah?Ahaks!”Tidak lama selepas itu,seperti yang dijangka,aq menerima banyak mesej jawapan daripada kawan-kawan.Semua menentangku dan aq gelak keseorangan,misi berjaya.

Aq tertarik dengan jawapan daripada seorang sahabat,bunyinya, “we celebrate mother’s day just because to show our gratitude,not more than that.”Aq tidak menentang bahkan aq menyokong pendapat sahabat ini.

Benar,di dalam Islam tiada hari ibu tetapi tidak salah bagi menyambutnya. Seperti jua hari guru dan hari bapa,tiada di dalam Islam namun dihalalkan oleh ulama’ bagi sesiapa yang ingin menyambutnya.Berlainan dengan Valentine Day dan juga sambutan hari natal.

“Barangsiapa mengikuti sesuatu kaum,maka dia adalah daripada kaum tersebut,”sabda Nabi.

Ketika baginda hidup,baginda cuba sedaya upaya untuk membezakan antara Islam dengan agama lain contohnya kiblat umat Islam.Pada asalnya kiblat umat Islam ialah baitul maqdis namun Allah menukarnya,kini kiblat umat Islam ialah Makkah Muqarramah disebabkan tiap-tiap hari nabi berdoa supaya Allah mengubahnya.Firman Allah:

“sesungguhnya kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan” ( Al-Baqarah :144)

Namun begitu,hadis di atas sebenarnya difokuskan di dalam konteks ibadah sahaja,tidak bagi konteks kehidupan.Maksudnya,jika perlakuan kita menyerupai ibadah agama lain,maka ianya haram.Contohnya,kita memakai rantai yang ada simbol salib,maka hukumnya adalah haram.Kita memakai kopiah kecil yang diletakkan di atas kepala,bukan memakainya dan perbuatan ini menyerupai perbuatan yahudi maka hukumnya haram.

Sebaliknya,kita dibenarkan untuk meniru budaya barat selagi ianya tidak menyerupai perbuatan mana-mana agama dan ianya mendatangkan kebaikan kepada kita.Sebagai contoh,memperlajari bahasa asing.Dalam satu kisah,nabi mengarahkan seorang sahabat mempelajari bahasa ibrani dan sahabat itu mampu menguasai bahasa ibrani dalam 2 minggu sahaja. Hadis ini biasa diguna pakai untuk menceritakan kehebatan sahabat namun ianya juga boleh dipakai di dalam konteks meniru budaya asing.

Selagi ianya mendatangkan faedah yang baik kepada kita,maka kita dibenarkan untuk meniru perbuatan itu.Tidak menjadi satu kesalahan kepada kita jika kita memakai neck-tie,tidak menjadi satu kesalahan kepada kita jika kita memakai seluar jeans selagi seluar jeans itu menutup aurat dan tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk menyambut hari ibu kerana ingin meluahkan kasih dan sayang kita kepadanya.

Islam tidak zalim,Islam tidak mengharamkan sesuatu tanpa memberi alternatif lain.Islam mengharamkan zina tetapi Islam menggalakkan perkahwinan,Islam mengharamkan arak tetapi Islam membenarkan minuman-minuman lain.Itulah Islam,Islam adalah dari Allah pencipta semua makhluk maka Islam faham apa yang manusia mahu dan apa yang manusia inginkan.

Islam tidak menyekat apa sahaja yang manusia mahu melainkan apa yang diinginkan itu mendatangkan keburukan kepada diri manusia,barulah Islam mengharamkannya.Jika dengan menyambut hari ibu hubungan kita dengan ibu kita menjadi rapat,maka Islam galakkan.Malah,di dalam Islam, tiap-tiap hari adalah hari ibu.Kita disuruh bertanya khabar ibu kita setiap hari dan Islam adalah satu-satunya agama yang mendahulukan ibu sebanyak 3 kali daripada bapa.

Tidak lama lagi,hari guru pula akan tiba.Jadi,sambutlah hari guru, tunjukkan kepada mereka tanda terima kasih anda kepada mereka. Tidak menjadi satu kesalahan jika anda menyambutnya dan ini bukanlah satu bentuk bid’ah.Imam Syafie sentiasa memuliakan Imam Malik,guru kepadanya.Walaupun ilmunya banyak namun apabila dia ke tempat Imam Malik,dia akan mengikut cara Imam Malik.

Walaupun ramai di antara guru kita bukan Islam,namun guru tetap guru. Islam atau tidak,itu persoalan yang kedua.Jika dia mampu mengembeleng tenaga untuk mengajar kita,salahkah kita berpenat sedikit untuk meraikan mereka.Tambah-tambah,sambutan hari guru tiada di Jepun,kita tunjukkan istimewanya Malaysia sebagai negara Islam yang menghormati profession perguruan.

Akhir sekali,selamat hari umi,ibu,bonda,mama kepada sesiapa yang layak digelar sedemikian dan selamat hari guru,cikgu,sensei kepada sesiapa yang layak digelar sedemikian,Wallahu’alam.

3 thoughts on “Meriahnya Sambutan hari Ibu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s