Amanah-Kita terlepas pandang

amanah2Menulis artikel bukanlah satu perkara yang mudah, banyak perkara perlu dipertimbangkan. Sumber,ayat quran, hadis, analogi, kisah-kisah pengajaran, isu semasa dan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan dan sememangnya para ahli psikologi mengakui bahawa berfikir adalah satu pekerjaan yang cukup memenatkan. Sebagai contoh,kebiasaannya selepas anda selesai menjawab peperiksaan,anda akan tidur apabila tiba di rumah atau hostel kerana penat memerah otak.

Artikel ini ditulis sekadar untuk berkongsi dengan semua pembaca,bloggers dan juga pendakwah,dan sememangnya tiada niat lain di dalam qalbu yang penuh dengan titik-titik hitam ini melainkan untuk berpesan-pesan supaya kita semua tidak menjadi orang yang rugi.

Hampir setiap masa aq bertungkus-lumus memikirkan idea-idea baru untuk ditulis di Azz.Wordpress.Walaupun aq sering ketawa dan berlawak jenaka di kelas atau di mana-mana,mata ini menjadi sensitif dengan apa yang dipandang dengan harapan apa yang dipandang itu menjadi modal untuk dibincangkan dan telinga ini sentiasa dipasang agar-agar apa yang didengar dapat dibincangkan di dalam blog.

Buku demi buku dibedah,blog demi blog dilayar dengan harapan ada modal untuk dikongsi bersama-sama pembaca di Azz.Wordpress.Seringkali apabila aq menulis sebuah artikel,fikiran ku terhenti,tangan yang lincah menekan butang-butang di papan kunci tidak bergerak,aq ketandusan idea. Akhirnya,artikel itu disimpan di dalam draft untuk disambung pada suatu masa yang belum pasti.

Kadang-kadang,terdetik juga di hati ini untuk berhenti daripada menulis, cukuplah aq dengan tazkirahku semasa usrah.

“Aq letih-letih tulis artikel ni,bukan dapat duit pun.Wat penat kepala je fikir, orang bace ke tak tu pom aq tak taw,entah-entah orang yang same dot bace 2,3 kali.Sia-sia je semua ni,”hati ku bermonolog sendirian.

“Ish,lambatnya nak fly.Kalo fly bley la aq tinggal Azz.Wordpress kat kouhai,takyah la aku dot penat-penat fikir lagi.Ni nak main game pon da takde mase,”renungku sebelum tidur.

“Penatnye Jikken(eksperimen) tadi,kene buat report lagi.Malam ni ade perjumpaan ngan naqib,meeting lagi..alamak,artikel Azz untuk esok tak siap lagi,peningnya,”keluh aq sendirian.

Pernah beberapa kali aq ‘meminang’ beberapa orang untuk menjadi editor di Azz.Wordpress dengan harapan aq mempunyai masa untuk rehat walaupun hanya sehari namun setiap kali ‘pinangan’ ku ditolak.Walaupun agak sedih tetapi aq cuba keraskan hati yang lembut ini.

Walau bagaimanapun,setiap kali bisikan-bisikan seperti ini datang,fikiran-fikiran seorang pengalah ini bermain-main di fikiranku,aq cepat-cepat betulkan niat,aq tenangkan hati ini, “artikel-artikel ni kerana Allah, ini semua amanah daripada Allah dan aq mesti sempurnakan amanah ni.”

Dalam solatku,terkadang aq menangis.Meminta kekuatan daripada Ilahi supaya tidak tersungkur di medan dakwah.Supaya diberi kekuatan setabah Rasulullah dalam berdakwah,sekuat baginda dalam berjuang dan sehebat baginda dalam berperang.

Erti sebuah Amanah

“Saya cadangkan die sebagai ketua editor,”syor Mohsen sambil menunjuk-nunjuk ke arahku.

“Saya setuju,”tambah Syahjaril dan Adib,Atiq hanya mengangguk.

Lantas fikiran ku berkerja untuk memikirkan alasan-alasan untuk menolak jawatan tersebut,aq tahu aq tidak layak.Pabila hujah yang dicari dijumpai, mulut ini ingin sahaja dibuka dan membidas cadangan Mohsen namun aq terfikir, “jika aq tolak,siapa yang akan ambil?”

Bukan ingin menyatakan orang lain tidak layak namun aq terfikir sebuah kisah.Dalam satu negeri,raja mengarahkan semua rakyatnya menuang susu ke dalam sebuah lubang yang dibuat oleh raja yang tertutup rapi.Tiada siapa yang nampak apa yang ada di dalam lubang itu melainkan penutupnya dibuka.Raja membuat syarat,jika lubang itu kosong, semua rakyatnya akan menerima hukuman.Apabila hari untuk membuka penutup tiba,semua rakyat berkumpul.Penutup dibukan dan ternyata di dalam lubang itu kosong.Kenapa?

Kerana semua rakyat berfikir yang orang lain akan menuangkan susu ke dalamnya akhirnya tiada siapa yang menuangkan susu ke dalamnya. Akibatnya, semua rakyat dihukum oleh raja.

Memang kita tidak layak tetapi kita cuba berikan yang terbaik yang mampu kita lakukan.Kisah burung kecil yang cuba memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim itu sudah cukup untuk menjadi motivasi diri dalam menjalankan sesuatu tugas.

Amanah yang diberikan bukanlah satu perkara main-main.Apabila kita menerima sesuatu amanah,bermakna kita sudah bersetuju untuk menjalankannya walaupun sepenat mana,walaupun seletih mana kita.

Wajarkah kita,menyalahkan penjual jika barang yang dibeli rosak sedangkan semasa membelinya kita sudah berjanji dengan penjual yang kita akan mengambil risiko terhadap barang yang dibeli?

Apabila anda menerima amanah,sepatutnya anda menjalankannya,bukan mencari alasan untuk tidak menjalankannya.Susah mana pun satu amanah itu,anda tetap kena lakukan disebabkan anda sudah berjanji yang anda akan lakukannya.Memang anda tidak membuat perjanjian lisan mahupun bertulis yang anda akan lakukannya namun dengan menerima amanah itu, anda telah memberi satu janji kepada pemberi amanah itu yang anda akan lakukannya.

Seperti anda membeli air tin di vending machine.Akad sememangnya tidak dilafazkan secara lisan ataupun bertulis namun apabila anda memasukkan duit sebanyak 2 ringgit,anda seakan-akan mengatakan ‘saya beli’ dan apabila air tin itu keluar,pemilik asal vending machine itu seolah-olah mengatakan ‘saya jual’.Kalau air tidak keluar,bermaksud,akad tidak sempurna.( ^^)

Pada suatu ketika,dalam satu perjanjian,lafaz atau perjanjian bertulis tidak diperlukan,cukup dengan sekadar perbuatan.Jadi,apabila seseorang menerima amanah,dia seolah-olah telah membuat satu perjanjian bahawa “biar ribut datang melanda,biar badai datang menghentam,aq akan tetap lakukannya walaupun aq terpaksa korbankannya nyawaku!”

Lebih Teruk Daripada Gunung

“Apabila diletakkan al-quran di atas bukit(gunung),maka bergegarlah ia kerana takutkan Allah”

Gunung yang diagung-agungkan semasa penciptaan bumi pun tidak sanggup mengambil al-quran(amanah) tetapi manusia sanggup. Maksudnya, gunung yang tidak berakal,yang tidak mampu berfikir, yang dipijak-pijak,yang ditarah-tarah itupun tahu betapa besarnya nilai sebuah amanah,kita?

Apabila disebut tentang amanah,ramai yang terfikir bahawa amanah itu jawatan.Namun,tahukah anda bahawa amanah itu adalah segala-galanya tentang kita?Makan kita ialah amanah.Tidur kita ialah amanah.Maruah kita ialah amanah.Fikiran kita ialah amanah.Jasad kita ialah amanah. Semuanya ialah amanah!

Kita akan dipersoalkan di atas segala perkara walaupun sekecil zarah. Dari segi saintifik,betapa besar sebiji zarah sesuatu bahan?Kita perlu ingat bahawa segala yang kita ada sekarang adalah amanah dari Allah.Tangan yang kita ada sekarang adalah amanah dari Allah,kaki dari Allah,mata dari Allah,fikiran pun dari Allah.Pernah anda terfikir,Allah memberi kita pinjam hati yang putih bersih tetapi mampukah kita memulangkan hati yang putih bersih kepada Nya di akhirat kelak?

Amanah dari Allah ini seakan-akan dipermainkan manusia.Allah memberi amanah kepada kaum wanita supaya menutup aurat.Benar,sesetengah memeliharanya namun bagaimana dengan sesetengah yang lain?Yang dedah terus,sudah terang bersuluh berdosa tapi bagaimana pula yang bertudung tetapi singkat?Yang bertudung tetapi nampak batang leher?Yang bertudung tetapi nampak telinga?Bagaimana dengan golongan ini? Adakah mereka menjaga amanah aurat atau amanah maruah yang diberikan oleh Allah kepada mereka?

Wahai sekalian manusia,ingatlah kita adalah golongan yang mulia.Kita semua berketurunan seorang nabi.Jadi,adakah sanggup kita mencemarkan keturunan kita semata-mata demi kepuasan nafsu?Kita adalah sebaik-baik makhluk,memang kita bukan makhluk yang sempurna tetapi kita adalah sebaik-baik makhluk,jadi adakah wajar makhluk yang Allah akui makhluk yang terbaik tidak menjalankan amanah yang diberi?

Semua di antara kita sudah menerima amanah semasa di alam ruh,apabila Allah menyoal, “siapakah Aku?”Semua ruh menjawab, “bahkan kami menyaksikan Kamu adalah Tuhan kami.”Namun,alam dunia bukanlah satu alam yang senang untuk diharungi,ketika kita lahir lagi kita sudah tahu tentang hakikat dunia.Maka apabila kita dilahirkan,kita menangis kerana takut yang diri ini tidak mampu menyempurnakan amanah yang diberikan. Namun,apabila diri ini meningkat dewasa,diri ini lupa tentang amanah yang diberikan.Diri ini dikaburi dengan kabus-kabus dunia sehingga jalan pulang ke syurga tidak bisa kelihatan lagi.Selangkah diri ini ke hadapan, pasti,diri ini akan jatuh ke neraka.

Jika diri tidak dapat merasakan diri melihat Allah atau diri dilihat Allah, ingatlah bahawa terlampau banyak amanah yang kita terima dari Allah. Kesemua anggota badan kita akan menjadi saksi,samada kita menjalankan amanah yang diberi dengan sepenuhnya.Benar di dunia kita boleh berselindung tetapi tidak di akhirat esok,anggota badan kita kan bercakap kebenara,mulut akan dikunci.

“Benar ya Allah,tuanku menggunakanku untuk mencuri barang kawan-kawannya,”saksi tangan.

“Benar ya Allah,aku adalah mulut yang sentiasa mempertikaikan keburukan orang lain,”terang mulut.

“Benar ya Allah,tuanku sentiasa menggunakanku untuk ke tempat-tempat maksiat,”keluh kaki.

“Benar ya Allah,aku sentiasa digunakan untuk memikirkan benda-benda lucah,”beritahu akal.

Tatkala itu,nasi sudah jadi bubur,segala penyesalan sudah tidak berguna lagi.Nangis air mata darah sekalipun,jika anda adalah ahli narr,maka anda adalah ahli narr.Tiada lagi belas kasihan untuk mu di akhirat esok jika kamu adalah seorang yang pecah amanah.

Berfikir sebelum menerima

Jika orang sekarang berebut-rebut mengejar jawatan dunia sehingga terpaksa masuk penjara atau ISA,tidak pada Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah menolak jawatan sehingga dihumbankan ke dalam penjara. Persoalannya,kenapa Imam Abu Hanifah menolak jawatan yang diberikan kepadanya sedangkan sememangnya dia layak untuk menyandang jawatan ketua hakim Kufah seperti yang dibincangkan dalam artikel semalam, ‘Diri ini tidak layak‘?Kenapa?

Kerana Imam Abu Hanifah tahu yang jawatan itu adalah amanah,bukan sahaja amanah daripada pembesar tetapi amanah daripada Allah.Dia faham keadaan semasa,dia tahu siapa gabenornya dan dia arif tentang selok belok pemikiran khalifah,sebab itu dia tolak jawatan ketua hakim walaupun jawatan itu menawarkan pelbagai kemewahan.Dia tahu,jika dia jadi hakim,dia terpaksa menentang gabenor untuk menegakkan yang haq.Dia tahu yang gabenor ketika itu bukanlah seorang yang amalkan Islam seratus peratus,mungkin dia terpaksa senyap sahaja apabila yang batil mengatasi yang haq untuk mengembirakan hati gabenor.Dia tidak sanggup,jadi daripada dia mengkhianati Allah,lebih baik dia menolak jawatan ketua hakim.

Itulah nilai amanah yang dipandang oleh seorang yang bergelar Imam Mazhab.Amanah bukanlah perkara kecil walaupun pada mata kasar, amanah itu sebagai satu pemberian.Nabi mengingatkan kita supaya jangan sesekali pecah amanah kerana pecah amanah itu tanda orang munafiq dan orang munafiq tempatnya di neraka yang paling bawah.Terlalu azab sehingga jika ditayangkan nikmat syurga kepada ahli neraka yang paling bawah,mereka tidak terasa apa-apa.

Aq tiada niat untuk menghentam mana-mana ahli politik sekarang tetapi kebanyakan daripada mereka,tidak kira mana-mana parti,tidak memahami hakikat amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.Mereka gembira kerana rakyat menyokong mereka semasa pilihanraya tetapi adakah rakyat gembira dengan mereka selepas pilihan raya?

Janji demi janji ditabur,namun selepas setahunpun,janji tinggal janji. Rakyat yang miskin tertindas dan yang kaya dipergunakan.Baik yang memperjuangkan Islam ataupun tidak,semuanya pendusta. Aq mempersoalkan bagaimana mereka menilai amanah itu sendiri.Adakah mereka lupa yang kaki mereka sedang berada sebelah di syurga dan sebelah di neraka?

Di manakah pemimpin sehebat Umar Abdul Aziz yang memperjuangkan hak rakyat sehingga tiada seorang antara rakyatnya yang mampu menerima zakat?Di manakah pemimpin sekarisma Umar Al-Khattab sehingga sanggup berlapar demi rakyatnya?Di manakah mereka? Aq mendambakan seorang pemimpin yang faham apa itu amanah.

Aq menyeru kepada diriku dan semua yang membaca supaya mengukur baju di badan sendiri dahulu sebelum menerima apa-apa tugas.Semasa peristiwa israk mikraj,nabi melihat ada satu kumpulan manusia yang mengangkat beban demi beban sehingga tidak terangkat namun cuba juga diangkat.Inilah golongan gila kuasa!Fikirlah dahulu sebelum terima..

8 thoughts on “Amanah-Kita terlepas pandang

  1. “Pada suatu ketika,dalam satu perjanjian,lafaz atau perjanjian bertulis tidak diperlukan,cukup dengan sekadar perbuatan”

    kite kan pernah lafazkan akad, bahawa menerima Allah sebagai tuhan yang satu-satunya layak disembah, maka tatkala Allah menghulurkan salamnya selaku tuan, sudikah kita menerimanya sebagai hamba? apa erti saya menganut Islam, perlu dijawab pada perbuatan, menjadi khalifah selaku hamba yg bertuhan…..

  2. nasihat pada diri sendiri dan sahabat di sisi, moga tabah hati, tak berbelah bahagi….

    tabahlah bila diuji, sabarlah bila dikeji, teguhkan langkah kaki, di jalan dakwah ini, kerana Allah sentiasa memerhati, walau manusia tak pernah memahami……

  3. salam. saya ada satu persoalan yang lama terpendam di benak fikiran.

    macamana ye, kalau tujuan kita belajar adalah untuk berdakwah. tapi secara tak sedar amanah untuk berdakwah kita selalu terlepas pandang.

    konteks dakwah tu luas. hmm..cuma2 kadang2, ada situasi yang macam menekan…

    antara nak pergi program dakwah, atau teruskan buat kerja yang dirasakan ‘amanah’ sebab guna duit rakyat..

    kadang2 terfikir. apakah diri ini mementingkan diri. atau sebenarnya mana lebih patut didahulukan dan dipentingkan? buat keje belajar. atau keluar pergi program. utk mantapkan diri buat keje dakwah…

    hmm..belajar pun satu dakwah. itu betul. tapi bak kata orang, dakwah itu seni. kena tau cara.

    hmm..terfikir lagi.

    entahlah..mcari jawapan untuk merungkai soalan yang tak taula dapat difahami ke x..

  4. sekadar berkongsi pandangan untuk komen di atas,

    bertanyalah pada hati, jujur pada diri, dalam situasi terpaksa memilih antara 2 kebaikan yg bertindih, pilihlah yg paling menenteramkan hati dan jiwa….

    “Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

    Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.”

    [Hadith Riwayat Muslim]

    tapi hati yg membuat pilihan perlulah jujur kerana Ilahi, bukan kerana nak menjawab persolan nafsu dengan mencipta pelbagai alasan… selebihnya serahkan pada Allah untuk menilai baik buruk keputusan yg kita buat, dan mohon perlindungan daripada kejahatan/kejahilan yg tidak kita ketahui…

    wallahualam….

  5. @euforia

    hmm..benar.

    Alhamdulillah.

    tapi tertarik dan terkesan untuk bertanya. macamana ye yg dikatakan ‘persoalan nafsu’ dan juga mencipta ‘alasan’..?

    kadang2 benar. antara dua kebaikan tu, dua2 baik.

    tapi itulah..kadang2 cenderung kita ke satu arah bakal memberi kesan..

    saya teringat satu pedoman yg saya rasa terkesan.

    ada yang kata pada sya, dia tak boleh datang usrah. tak boleh sibuk2 dengan program, sebab bz nak studi..kena dapat result bagus. studi pun dakwah jugak. tak semestinya nak ke program dan ikut usrah. ( ni mungkin selepas ikut usrah result dia makin teruk. dan dia meraskana, dia perlu lebih banyak masa diperuntukkan untuk studi bukan benda lain)..dan katanya, amanah orang ni..kena belajar leklok..belajar guna duit rakyat..amanah kerajaan utk succeed..

    saya lanjutkan hal ni kpd naqibah saya. kemudian dia ulas,

    “kalau macam tu, kita ni hidup ni atas amanah siapa?”

    siapa yang bagi amanah kat kita tugas khalifah tu?
    itu bukan amanah jugak ke?

    saya rasakan, hal ni mmg benar terletak pada individu itu tersebut. hal yang mana penting bagi dia, dan utama.

    cuma saya sendiri mengalami sedikit kecelaruan kadang2. dua2 kita nak.

    ntahla. nak ulas panjang lagi, tapi masa tak mengizinkan..

    Wallahu’alam.

  6. insya Allah,kte akan bincangkn bende ni dlm post lain…tp menjawab kpd antara study n usrah. Pinjam daripada comment S0A di bawah,sabda Rasulullah yang bermaksud ‘sampaikan oleh ku walaupun satu ayat’.Suka untuk aq bertanya,study itu menyampaikan? ( ^^)

  7. saya berminat memperpanjangkan komen ini kepada artikel, tapi takpe beri laluan pada sedara ceghah dulu… (“,)

    @everjihad

    sekadar renungan, kadangkala (bahkan selalu), kita boleh memilih untuk tidak memilih….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s