Travelog:Mengenal bumi HAMKA

travelog_thumbInilah kali pertama aq melancong ke luar negara tanpa keluarga dan bersama kawan-kawan, Taqi dan Ammar.Semua perkara kami terpaksa lakukan sendiri,tiada sponsor dan tiada jagaan.Idea untuk ke sana dicetuskan oleh insan yang bernama Taqi kerana dia ingin berjumpa dengan kawannya yang sedang menuntut di sana. Tambahan pula,ketika itu syarikat penerbangan Air Asia sedang mengadakan promosi,jadi tiket ke ***** jatuh sehingga RM180 untuk pergi balik.

Kami bertolak dari Malaysia selepas Jumaat,jam 3 petang.Disebabkan kena check-in 2 jam lagi awal,kami terpaksa mendirikan solat Zohor menggantikan solat Jumaat.Kami sampai di sana lebih kurang pada pukul 8 malam.Masa di sana agak pelik sedikit,masa di sana sama dengan masa di Malaysia tetapi suasananya awal satu jam.Jika jam menunjukkan pukul 6 di sana,bermakna sudah masuk waktu magrib.Jika jam pukul 7,sudah masuk waktu Isya.Pada awalnya,aq sedikit keliru.Bagaimana di dunia yang sama,tempat yang tidak jauh beza jaraknya tetapi suasananya berlainan.Betul-betul besar kekuasaan Allah.

Aq bertanya kepada Munir, kawan Taqi,”macamana kat sini,susah tak makan?”

Jawab Munir, “eh,takde la.Senang je sini.Semua orang Islam.”

Semua orang Islam tetapi aq secara peribadi,tidak nampak Islam itu di sini. Teringat kata-kata Muhammad Bin Abduh,”Aku ke Paris,aku melihat Islam tanpa Muslim dan apabila aku pulang ke Kaherah,aku lihat Muslim tanpa Islam.” Inilah yang berlaku di sana,*******.

Perempuannya bertudung tetapi berskirt pendek disebabkan uniform super market.Budak pondoknya belajar agama tetapi memakai seluar pendek di waktu petang ketika bermain bola.Budak datang ke Masjid tetapi diambilnya selipar-selipar kita dan diminta wang pampasan.Inilah kehidupan di *******.

Aq tidak ingin memburuk-burukkan *******,pada hakikatnya apa yang berlaku di *******,sama juga dengan apa yang berlaku di Malaysia.Cuma jika cara perempuannya mendedahkan aurat,pakaiannya hanya pakaian bundle tetapi jika perempuan Malaysia mendedahkan aurat,pakaiannya pakaian butik-butik yang mahal.Inilah bezanya.

Hon Tanda Teguran

Dari pagi aq jaga,sehinggalah aq tidur.Hon kereta tidak pernah putus, bingit sekali namun inilah resam di sini.Jalan yang sepatutnya 2 line menjadi 4 line,pemandu-pemandu di sini cukup cekap sekali.Kadar kemalangan jalan raya di sini kurang tetapi inilah yang menimbulkan tanda tanya kepada aq.Bukan apa,bayangkan tengah kereta sedang meluncur laju, ada orang melintas jalan dengan tenangnya,bukan orang yang melintas itu tidak nampak tetapi jika dia tidak lakukan sedemikian,sampai esok pun dia tidak akan dapat melintas jalan.Yang lebih parah pabila malam menjelma.Lampu jalan di sana dipasang selang 3, maksudnya jika yang pertama bernyala,yang kedua,ketiga dan keempat tidak menyala.Gelap sekali tetapi kemalangan tidak juga berlaku. Menghairankan.

Hon kereta di sini bukanlah satu tanda kemarahan seperti apa yang berlaku di Malaysia.Pendek kata di Malaysia, kalau kita kematian enjin secara tidak sengaja di simpang empat,maka kereta belakang tanpa segan silu akan menghon kita tanda ‘woi lembab,cepatla gerak!” walaupun jelas terpapar di belakang kereta tanda ‘P’.Tetapi berlainan di ******.Hon dibunyikan sebagai satu tanda teguran.Mereka mampu melontarkan senyuman tatkala memberi hon kepada kereta di hadapannya dan kereta di hadapan apabila dihonkan,dia memandu keretanye ke tepi untuk memberi laluan kepada kereta di belakangnya.Tanpa bercakap mereka menyampaikan mesej secara efektif. Menakjubkan!

Si Dukun Cilik Ponari

Pada hari ketiga,pagi itu Munir ada kelas jadi kami bercadang untuk ‘merayau’ sendirian di ******.Taqi mencadangkan supaya kami bergerak pada pukul 12 tengahari,selepas solat Zohor.Memandangkan kata-kata Amir jemaah harus diikuti,maka kami pun ikut.”Sami’ na wa ato’na”.

Semasa menunggu waktu zohor,aq menonton televisyen selepas ‘penat’ tidur.Aq menonton siaran berita apa yang berlaku di Indonesia.Ada satu berita yang menarik perhatianku, ‘si dukun cilik ponari‘.

Asal ceritanya apabila seorang kanak-kanak hampir-hampir disambar kilat. Apa yang disambar kilat ketika itu ialah sebiji batu.Kanak-kanak itu atau namanya, Ponari, membawa batu itu pulang ke rumah.Diceritakan kepada ahli keluarganya tetapi semua tidak percaya,lalu batu itu dicampak ke luar rumah.Namun,keesokannya,batu itu ada di dalam rumah.Sungguh menakjubkan.Lantaran itu,batu itu dikatakan batu ajaib anugerah daripada Tuhan.

Ditakdirkan Allah atas alasan ingin menguji keimanan hamba-hamba Nya, batu itu mampu menyembuh semua jenis penyakit dengan cara meminum air celupan batu itu.Suatu hari,seorang yang lumpuh telah sembuh dengan hanya meminum air daripada batu ajaib ini.Maka berita ini tersebar ke seluruh Indonesia dan tidak lama selepas itu,kira-kira satu minggu, kampung si Ponari dan kampung jirannya dipenuhi dengan manusia-manusia yang ingin berubat dengannya.Nak dikatakan betapa ramainya manausia yang percaya kepada batu ajaib itu sehingga 5 orang mati kerana dihimpit manusia lain.

Apa yang memeningkan aq,Indonesia,satu negara yang cukup terkenal dengan ulama’ -ulama’ yang terkenal,tetapi rakyatnya masih berfikiran kolot.Masih percaya kepada benda-benda tahyul.Mereka lupa yang menyembuhkan manusia itu bukan batu itu tetapi Allah.Aq tidak menafikan yang di Malaysia juga masih ada amalan-amalan seperti ini tetapi tidak secara majoriti.Kalau ada,hanya seorang dua yang inginkan sesuatu secara mudah.

Selepas berita si Ponari ini,disiarkan satu teguran oleh seorang Ustaz supaya tidak mempercayai benda-benda tahayul ini sebaliknya kembalilah kepada Islam yang sebenar,yakinlah yang menyembuhkan itu ialah Allah bukan makhluk.Namun,semakin hari semakin ramai manusia yang berhimpit-himpitan untuk berjumpa dengan si Ponari sehingga apabila dia ke sekolah,dia terpaksa dikawal oleh 2 orang polis dengan tujuan menjaga keselamatannya.

Sudah terang dan tidak perlu bersuluh lagi bahawa perkara ini adalah SYIRIK dan dosa SYIRIK tidak diampunkan Allah.Mempercayai adanya satu kuasa lain yang mampu menyamai atau menandingi kuasa Allah sudah menyanggahi rukun kalimah Toyyibah yang mana di dalam kalimah itu kita menafikan bahawa tiada Tuhan atau tiada mana-mana kuasa yang berkuasa selain Allah,dan kita meyakini bahawa Allah itu Tuhan kita, Allah itu berkuasa.Apabila kita mempercayai batu itu berkuasa menyembuhkan manusia,hati kita telah lari,hati kita telah bertuhankan batu.Nauzubillah.

Iklan Mensyirikkan Masyarakat

“Anda ingin mengetahui nasib anda?Sila hantarkan ke 339999”

“Ingin tahu tuah anda berdasarkan nombor talefon kalian,hantarkan kepada 339998”

“Ingin tahu jodoh kalian?Hantarkan ke 339997”

Iklan-iklan ini bukan ditayangkan sekali dua tetapi setiap kali pertukaran iklan dengan iklan,setiap kali pertukaran iklan dan rancangan,iklan-iklan seperti ini memenuhi ruang.Alangkah terkejutnya aq apabila iklan seperti ini disiarkan selepas kata-kata nasihat daripada Ustaz tadi.

Belum sempat mesej ‘jangan syirik!’ sampai ke otak untuk ditafsir,mesej ‘jom syirik!’ menyusur di belakang.

Tilik nasib yang jelas hukumnya haram tanpa sebarang khilaf oleh para ulama’ menjadi salah satu cara segelintir masyarakat mencari  rezeki di sana.Aq tidak tahu samada empunya syarikat itu Islam atau tidak,tetapi pasti yang menghantar SMS kepadanya adalah daripada kalangan umat Islam sendiri.

Ya,umat Islam yang memakai serban menutup muka semasa perarakan menentang zionis,umat Islam yang membakar bendera Amerika semasa Bush datang ke Indonesia,umat Islam yang berkumpul bersatu hati cuba menegakkan sistem khilafah Islamiyah.

Aq tidak menghina Indonesia,bahkan aq salah seorang pembaca setia buku-buku karangan ulama’-ulama’ sana.Namun,aq ceritakan apa yang aq lihat supaya dapat dikongsikan dan dapat difikirkan betapa deritanya umat sekarang.Di manakah anda dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi ini?Tanya diri kita dan bermuhasabahlah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s