Berakhirnya Agenda Zionis

kbaz-001

Sedikit perkongsian tentang Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis yang diadakan baru-baru ini di PWTC. Alhamdulillah, sambutan hangat dari JAD no gakusei (pelajar JAD). Kami menaiki bas bersama-sama seramai 18 orang untuk berkonvensyen bersama 3 orang penceramah jemputan, yang sangat arif tentang Yahudi, Zionis dan agenda mereka. Dr. Azzam Tamimi (bekas rakyat Palestin, pelarian yang kini menetap di Britain). Panel kedua adalah Dr. Mohsen Soleh (dari Lubnan) dan yang ketiga adalah Dr. Roslan Mohd Nor(pengkaji bidang kajian Jurusalem-Islam). Pertama sekali maaf sekiranya mengganggu minda anda yang membaca kerana post ini melibatkan dua bahasa(bi & bm) kerana penceramah menggunakan bahasa inggeris.

So, here are some words from them…

“Palestine is not between the jews and the muslim. Zionisme turns them to be the enemy of the muslim.”

“Holocaust makes the jews think that the Europe was not safe for them anymore.”

“Israel is the project of the westerners. Hitler hated the jews, so he sets for their removal. They know the position of Palestine in the muslim’s heart, so they gave Palestine to the jews.”

“We’re not here to say, “bad luck Palestinians…they’re suffering, they’re being massacred..”. They’re enjoying the great honor for being chosen by Allah to be the syaheed.”

“We should not cry for them, but praise them for their effort.”

“The unity of the muslim is the only key to win.”

“Be on the front of civilization. Be strong. Educate ourselves. We have to restore our rights.”

“Urge government to support the boycott.”

“We need courage to jihad. Its not just about talking.”

“We should praise the Palestinians mom for giving birth such generation (generation that is full of jihad spirit)”

“Civilization of Islam could only be done by ending the zionism.”

“The issue is about building the ummah and changing the generation.”

“The question is not the strength of Israel. It is on how we overcome our weaknesses. How could we unite?”

A CUP OF TEA STORY BY DR MOHSEN SOLEH

There is a joke….

Cuba bayangkan kalau anda pergi ke sebuah restoran untuk menikmati minum petang dan anda order 1 cawan teh . 5 minit kemudian datang seorang pelayan membawa pesanan anda . 1 cawan teh telah tersedia di atas meja di hadapan anda . sedang anda cuba untuk menikmati teh tersebut tiba2 terbang seekor lalat dan hinggap ke dalam minuman anda . apa yang akan anda lakukan??

Pertama

kalau anda seorang  british anda akan bangun meninggalkan secawan teh dekat situ dan beredar dari restoran tersebut .

kedua

kalau anda seorang american anda akan buang lalat itu dan minum teh tersebut.

Ketiga

Kalau anda seorang Japanese anda akan buang teh dan makan lalat itu. sbb orang jepun kan suka makan makanan pelik2 ni , biase la tu makan serangga .

Keempat

Kalau anda seorang Palestin anda akan minum teh itu dan makan lalat tersebut .

Kelima

Namun, jika anda seorang Yahudi anda akan bagi tea kepada American , jual lalat tu dekat Japanese jadi mereka akan mendapat keuntungan wang dan mereka juga akan menyaman tuan restoran terbabit kerana tidak cakna dengan kebersihan restoran terbabit .

Message….

Rasa-rasanya apa mesej yang nak disampaikan oleh jenaka di atas? Ibarat cerita 1 cup of tea kisah mengenai saudara kita di Palestin. Betapa indahnya jika anda dapat memahami isi yang tesirat dan tersurat  di dalam jenaka di atas…

Masihkah anda ingat tentang saudara anda di Palestin? Saudara anda yang berjuang untuk mempertahankan bumi Islam. Masihkah anda semua ingat bagaimana mereka ditindas untuk mempertahankan tanah Palestin? Rakyat Palestin sanggup menggadai nyawa mereka andai kata merekalah benteng terakhir untuk menyelamatkan bumi Islam..

Kenapa mesti Palestin yang menjadi perhatian Yahudi?? Ada apa dengan Palestin?? Istimewa kah Palestin??

Yaa…Palestin memeng istimewa . Palestin adalah bumi yang diberkati Allah S.W.T seperti yang disebut dalam Al-Quran

Mahasuci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagai tanda-tanda(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar , Maha Melihat” (surah Al-Isra’ ayat 1)

Di bumi Palestin itulah tempat israk Nabi kita , Nabi Muhammad S.A.W dan di situlah merupakan Kiblat Pertama bagi umat Islam . Di situ juga lah terdapatnya masjid ketiga suci bagi umat Islam , Masjidil Aqsa. Betapa bumi Palestin itu adalah bumi yang penuh dengan keberkatan. Malah, Palestin juga merupakan bumi para anbiya dan bumi perkuburan para syuhada’.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W

“Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran , menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan sedemikian .”

Seorang sahabat bertanya

“Dimanakah mereka ya Rasulullah?”

Baginda S.A.W menjawab

“Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdis”

(Musnad Umar hadith no 823/2.sanadnya sohih)

Namun kini , bumi yang diberkati itu telah diceroboh dan dibangunkan pula di atasnya negara haram Israel. Betapa ramai yang telah terkorban dan tercedera angkara rejim Israel . Meskipun mereka diseksa, dibunuh dengan kejam namun bukan semudah itu untuk mereka menyerahkan bumi itu untuk dikuasai oleh zionis. Mereka mengambil jalan jihad sebagai jalan mereka, jihad mempertahankan tanah suci umat Islam daripada dirampas zionis. Golongan ini memikul ruh-ruh mereka di atas bahu, menyumbangkan para syuhada’, mengorbankan apa yang mahal dan bernilai sebagai harta untuk membebaskan bumi Palestin sekalipun musuh memiliki kelengkapan ketenteraan canggih dan kekuatan menyerang dengan penuh kekejaman.

Wahai saudaraku muslimin dan muslimat sekalian sekalian, sedarlah anda bukan hanya mereka yang berada di Palestin itu sahaja yang perlu berjuang . Zionis itu bukan musuh mereka sahaja. Mereka juga adalah musuh kita. Sesiapa yang memusuhi agama Allah adalah musuh kita jua. Berhati perutkah kita jika kita hanya memekakkan telinga, membutakan pintu hati dan hanya menyandarkan kepada mereka sahaja tanggungjawab untuk memelihara kehormatan agama Islam? Sekurang-kurangnya mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka, namun bagaimana pula dengan kita? Tepuk dada tanyalah hatimu.

Ya, mungkin kita tidak mampu untuk berjihad macam mereka namun setidak-tidaknyanya titipkanlah doa agar Allah terus memberi kekuatan kepada mereka untuk berjuang di sana. Ketahuilah, doa is not the least we can do, but the best thing we could give to them. Bertindaklah, boikotlah barangan keluaran Israel semampu yang kita boleh. Bersatulah, kerana sunnatullah telah menetapkan yang seikat lidi itu lebih sukar dipatahkan berbanding dengan sebatang lidi. Kemenangan rakyat Palestin sebenarnya bergantung pada kita. Bergantung kepada sejauh mana umat Islam mampu untuk menegakkan Islam dalam diri mereka dan bersatu menentang zionis. Ayuh saudaraku sekalian, tadahlah tangan mu..mintalah dengan nama Allah Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang agar dibebaskan Baitul Maqdis. Ingatlah yang kita juga ada tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang apa yang telah kita buat untuk bumi Palestin.

Pernahkah anda terdetik di hati anda……

Bagaimana perasaannya jika anda terpaksa menahan lapar dan dahaga ketika ada saudara anda yang lain sedang bergembira menjamu selera dengan makanan yang sedap-sedap…malah boleh mengomel2 lagi apabila masakan yang dimasak tidak sedap….sedangkan anda mengikat perut menahan rasa lapar….

Bagaimana perasaannya berjalan menuju ke sekolah melalui terowong-terowong yang gelap dan panas untuk menimba ilmu demi agama yang sangat anda cintai tanpa memikirkan masihkah anda dapat berjalan pulang ke rumah atau pun syahid di dalam perjalanan….

adakah anda masih boleh berjumpa dengan ahli keluarga anda selepas anda balik dari kelas ataupun melihat ahli keluarga anda dibunuh tanpa belas kasihan….

Mampukah anda tidur dengan lena sedangkan ada saudara anda yang merintih dalam kesakitan?

Saudaraku, inilah yang dilalui oleh umat Islam di Palestin…bukan sahaja orang-orang dewasa yang menjadi mangsa kekejaman, anak-anak kecil juga menjadi habuan mereka. Bayangkan kalau anda di tempat mereka, cuba bayangkan bagaimana perasaan anak2 Palestin ke sekolah tanpa memikirkan adakah mereka akan dapat pulang dengan selamat ke rumah. Boleh anda bayangkan bagaimana seorang anak Palestin ini melihat ayah mereka dibunuh dengan kejam?…ibu mereka disiksa dan dimalukan dan melihat kakak mereka dipenjarakan? Adakah masih ada zaman kanak2 untuk mereka? Masih adakah senyuman manis di bibir mereka? Apa anda fikir mereka akan duduk berdiam diri melihat kekejaman ke atas mereka? Tidak , jangan anda pandang rendah pada kanak2 ini. Mereka tidak pernah menyerah kalah. Sanggup bersenjatakan batu2 kecil untuk menetang kereta-kereta kebal tentera Israel. Apalah sangat harga dan nilai batu2 kecil yang dilempar oleh kanak2 Palestin ini. Namun, bukan itu yang menjadi ukuran, tapi hati dan semangat mereka untuk memperjuangkan Islam. Andai merekalah benteng terakhir untuk menyelamatkan Gaza maka sehingga ke titisan darah terakhir mereka akan terus berjuang .

Semua ini adalah sebagai peringatan buat diri saya sendiri dan juga rakan-rakan seperjuangan sekalian. Segala yang baik itu dari Allah S.W.T dan yang lemah itu dari kelemahan diri saya sendiri .

Wallahualam…..

4 thoughts on “Berakhirnya Agenda Zionis

  1. jom rmai2 boikot product israel..bkn ssh pong..jgn terlalu memanjakan dri dan keluarla dri zon selesa..smoga Allah memberi kekuatan kpada rakyat Palestin yg berjuang..dan kter sbgai umat Islam di Msia,ayuh bersatu..

  2. untuk teh tu ptt tmbh lg satu…
    if you are a muslim awak ptt celup lalat tu dan minum trus air teh…jgn mkn lalat tu…
    gurau2..
    ade hadis yg sy x dpt ingt sanadnye…pd sayap lalat trdpt ubat dan racun…jd klu lalat msk dlm air yg anda minum celup lalat tu dan trus smbg minum…sbb kite x tau sayap bhgian mne yg ade racun atau ubat..wallahualam..sekadar perkongsian…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s