Talkshow:Setitis Air Mata Ibu

tears_thumbRasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir).

Aq memulakan penulisan hari ini dengan sabdaan nabi yang diberitahu oleh Ustaz Hasrizal di akhir program.Pada pusingan ketiga program,sesi soal jawab, ustaz dan doc ditanya tentang apakah perbezaan antara leteran dan nasihat. Jawapan mereka ringkas tapi cukup untuk membezakan kedua-dua perkara itu.

 

Alhamdulillah,seramai 9 orang pelajar lelaki JAD dan 4 orang pelajar perempuan JAD sampai di masjid biru pagi tadi bagi mengikuti program ‘Setitis Air Mata Ibu’ yang dianjur oleh Nisa’ Shah Alam.Talkshow kali ini merupakan talkshow ke-3 yang dianjurkan Nisa’ Shah Alam dan talkshow ke-2 yang sempat aq ikuti.Panel pada kali ini cukup tidak asing,Ustaz Hasrizal dan Dr.Rubiah.

Pada awalnya,salah seorang daripada kami berselora dengan memberitahu bahawa ustaz Hasrizal akan membentangkan artikelnya yang bertajuk ‘Cinta Tanpa Syarat’ tapi ternyata tidak.Secara keseluruhannya,kami merasakan fokus pembincangan pada kali ini tidak selari dengan tajuk ‘Setitis Air Mata Ibu’,sebaliknya lebih berfokus kepada ‘Kebahagian Rumah Tangga’.Namun begitu,pengisian yang diberi oleh kedua-dua panel cukup mantap.

Round 1 – Sambutan Hari Ibu,Wajar?

Ustaz Hasrizal:

IMG_0237
ustaz Hasrizal

Dalam satu hadis yang cukup terkenal,tentang seorang lelaki yang datang kepada nabi dan bertanyakan tentang Iman,Islam dan Ehsan,orang itu juga bertanya kepada nabi tentang tarikhnya qiamat namun nabi tidak menjawab dek kerana yang bertanya dan yang ditanya itu tidak tahu jawapannya.Tetapi nabi ada bersabda bahawa sebelum qiamat itu berlaku,pengembala-pengembala kambing berebut-rebut untuk membina bangunan yang tinggi-tinggi dan perempuan melahirkan anak yang menjadi tuan kepadanya.Jika Al-Fatihah ialah Ummul Quran,maka hadis ini merupakan Ummul Hadis.

Berpaksikan hadis inilah ,kita dapat nilai betapa tingginya nilai seorang ibu sehingga perihal ibu disebut-sebut oleh Rasulullah dalam satu hadis yang tinggi darjatnya.Malah,dimetafora lagi dengan ayat ‘Setitis Air Mata Ibu’ pun tersangat mahal nilainya.Inilah kedudukan ibu di dalam Islam.

Imam Ghazali membahaskan watak manusia,khususnya tentang perbezaan lelaki dan perempuan,lalu orang melayu membuat satu kesimpulan tentangnya yang mana kesimpulan itu sedikitpun tidak menyampaikan maksud sebenar Imam Ghazali,kata mereka bahawa lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan pula mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. Sebenarnya,lelaki mempunyai 9 rasional dan 1 nafsu manakal perempuan mempunyai 1 rasional dan 9 nafsu.Maka,disebabkan hal inilah Allah memilih perempuan untuk mengandung 9 bulan 10 hari,bukan lelaki.

Cuba fikirkan,kenapa Allah tidak pilih lelaki untuk mengandung.Mana tidaknya,lelaki mampu mengangkat benda berat,lelaki mampu menarik keretapi dengan giginya sahaja tetapi kenapa Allah tidak pilih lelaki, sebaliknya memilih perempuan,kenapa?Kerana tadi,1 emosi dan 9 emosi.

Sebagai contoh,seorang lelaki menyayangi spotrim kereta.Cuba ikat spotrim kereta itu diperutnya supaya ke mana sahaja dia pergi,spotrim itu sentiasa ada padanya.Pasti,pada hari ketiga,lelaki itu akan membuang spotrim. “Ish, memenatkan aku je angkat ko,nak berak pon susah,”cemuh hati si lelaki.

Tetapi berbeza dengan perempuan,apabila dia mengandung seorang anak yang seberat 1kg,2kg atau 3kg,walaupun dia penat,walaupun dia letih, walaupun dia sakit,disebabkan emosi sayangnya dia pada anak yang dikandung,pasti anak itu selamat dilahirkan.Inilah kuasa emosi.

Malah,apabila ditafsir maksud ‘alam rahim’,rahim itu apa?Rahim itu sendiri memberi maksud kasih.Hanya perempuan sahaja mampu mengasihi orang yang tercinta sehingga lupa pada diri sendiri.Allah merekodkan di dalam Al-Quran tentang jasa ibu,firman Allah di dalam surah Luqman ayat 14:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Namun berbeza dalam konteks lain,talak contohnya.Talak diberi kepada lelaki kerana kalau diberi kepada perempuan,tiap-tiap satu minit, “kan saya dah suruh beli goreng pisang,nape tak beli?Ish,saya ceraikan abang!”

Perempuan gagal bertindak secara rasional,tindakannya dipenuhi dengan emosi.Namun,melihat kepada apa yang berlaku sekarang,lelaki pun tidak menggunakan talak sebaiknya,sebab itu kadar penceraian meningkat.Ada yang disebabkan ubat gigi pun cerai,ada disebabkan masakan pun cerai, perkara remeh-temeh pun dijadikan alasan untuk cerai.Ini bukan lelaki sejati!

Anak-anak jangan sesekali derhaka kepada ibu kerana sekali ibu terdetik di hati untuk mencela kita,nahas!Nabi menceritakan dalam satu hadis sahih bukhari kisah Al-Juraisy.Al-Juraisy merupakan seorang yang sangat alim sehingga dia membina sebuah rumah ibadah untuk dirinya sendiri.Suatu hari,tengah dia bersolat,ibunya datang lalu memanggilnya. Namun,disebabkan dia tengah solat,dia tidak menjawab.Seusai solat habis,dia membuka pintu namun ibunya telah pulang.Keesokan harinya, ibunya datang lagi dan pada masa yang sama,dia mendirikan solat.Maka,apa yang berlaku pada semalam,berlaku lagi pada hati itu.Keesokannya juga perkara yang sama berlaku,lantas ibunya terdetik hati supaya Allah menguji Juraisy.

Disebabkan kealiman Juraisy,maka ramai lah yang tidak suka dengannya. Orang kampung berkumpul dan bercadang untuk menguji Juraisy,lalu ditanya kepada sesiapa yang sanggup menggoda Juraisy.Seorang pelacur bangun dan bersetuju untuk menggoda Juraisy.

Dipendekkan cerita,pelacur itu ke rumah Juraisy dan berlakon seperti seorang musafir yang sesat namun Juraisy tidak melayannya.Disebabkan khuatir dirinya diperlekehkan orang kampung disebabkan kegagalannya menggoda Juraisy,perempuan itu menggoda seorang pengembala kambing dan hasilnya,dia mengandung dan dia mengatakan anak itu milik Juraisy.

Apabila berita ini tersebar,Juraisy dipersalahkan.Juraisy menangis kepada Allah meminta bantuan.Puas dia menafikan namun dia tetap disalahkan. Ibu Juraisy tahu bahawa semua yang berlaku disebabkannya lalu dia memohon ampun dengan Allah.Allah mengilhamkan Juraisy untuk menyuruh orang kampung bertanya sendiri dengan bayi tersebut.

“Weh Juraisy,kau gila kah?Masakan bayi yang baru lahir mampu berkata-kata,”kata seorang penduduk.

Juraisy tetap berkeras mengarahkan mereka bertanya kepada bayi tersebut dan akhirnya bayi itu berkata-kata.

“Ayahku seorang pengembala kambing,”beritahu bayi yang baru lahir itu.

Lihatlah kuasa seorang ibu,hanya dengan terdetik di hati,Allah makbulkan. Allah berfirman di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Israk ayat 23:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “oh”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dalam menafsir perkataan ‘OH’,saya(Ustaz Hasrizal) mengimbas kembali zaman-zaman saya belajar di Mesir dahulu.Bila kita minta laluan untuk ke tandas daripada pelajar Arab,mereka akan membenarkan tapi apabila kita lalu,mereka akan berkata ‘fuuu’.Daripada ayat itu,saya dapat faham yang ‘oh’ itu,di dalam bahasa Melayu boleh disamakan dengan ‘cit’.

“Man,tolong pergi beli gula,”arah Mak.

“Cit..”keluh Man.

“Man,tolong mak kat dapur,”arah Mak.

“Cit…”keluh Man.

Jadi,di dalam Islam,’cit’ itu merupakan sempadan derhaka.Jika kita menggunakan ‘cit’ kepada ibu bapa kita,bermakna,kita sudah derhaka.

++++++++

Dr.Rubiah :

IMG_0240
Dr.Rubiah

Saya(Dr) bersama kawan-kawan saya mengkaji asal-usul hari ibu dan kajian kami menemukan kami dengan satu jawapan bahawa hari ibu itu pada dasarnya diasas oleh orang Kristian bagi meraikan Tuhan Ibu mereka, Maryam.Pada pendapat peribadi saya,sambutan hari ibu itu tidak wajar. Mana tidaknya,kita seperti mengambil mangkuk mereka(kristian),kita pusing-pusing dan menjadi mangkuk kita.Tapi pada hakikatnya,mangkuk itu mangkuk kristian.Inilah proses Kristianiti tersembunyi!

Kita ingin meraikan ibu kita,kita ingin menghargai mereka namun kita ikut cara Kristian,hal ini tidak bertepatan dengan Islam.Kita ingin bersihkan najis tapi kita gunakan air kencing,ini tidak kena,ini tidak tepat.Maka,disebabkan cara kita yang tidak bertepatan dengan Islam ini,cara kita yang tidak disetujui oleh Allah ini,air mata ibu sudah tidak mahal lagi.

“Man,tak dengar cakap ibu nanti jadi anak derhaka,”nasihat seorang ibu.

Ada yang tidak kena dengan nasihat di atas.Tidak dengar cakap ibu tidak boleh, nanti jadi anak derhaka,tapi macamana pula kalau tidak dengar cakap Allah?Jangan lawan ibu berdosa tapi kalau lawan Allah tidak berdosa?

Ibu yang faham anak itu amanah Allah akan cakap, “jangan dengar cakap ibu kerana dengar cakap Allah!”

Sabda Rasulullah,”Ingatlah redha Allah pada redha ibu bapa dan murka Allah pada murka ibu bapa.”Memang hadis ini nampak seperti bila umi redha,Allah pun redha tapi pada hakikatnya,macamana umi itu redha dengan anaknya. Adakah selari dengan apa yang Allah redha atau bertentangan?Jika redha Allah pun tidak tahu,macamana umi ingin redha dengan seorang anak?

Ingatlah bahawa kasih sayang ibu itu datangnya daripada Allah bukan daripada ibu.Ingat bahawa kita semua datang daripada Allah,mata kita dari Allah,mulut kita dari Allah dan hati kita pun daripada Allah.Maka,kasih sayang itu pun sebenarnya datang daripada Allah.Mana mungkin seorang anak sayang kepada ibu jika dia tidak sayangkan Allah?

Anak-anak wajib sayangkan Allah dulu baru sayang ibu barulah terbit bibit-bibit kasih sayang di dalam hati anak-anak.Percayalah bahawa apabila ibu kita pergi,kita tidak akan ingat pada pakaiannya,kulitny warna apa,tahi lalatnya dekat mana tapi kita akan ingat belaiannya,nasihatnya dan tegurannya.Hal ini disebabkan pada belaiannya,nasihatnya dan tegurannya itulah terkandung kasih dan sayang.

Katakan kita solat satu waktu 5 minit,jadi 5 waktu sama dengan 25 minit. Bermakna,kita hanya ingat Allah dalam tempoh masa 25 minit sahaja,23 jam 35 minit lagi kita bersama syaitan!Ibu lupa kepada Allah lalu tidak peliklah jika anak itu lupa pada ibu.Cinta kepada Allah tidak dipupuk,maka pasti cinta kepada ibu itu akan lusuh hari demi hari.

Allah tidak cukup untuk diketahui,tetapi mesti dirasai.Allah berfirman di dalam Al-Quran,surah Qaaf ayat 16:

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Antara tarikh lahir dan tarikh syahadah kita,yang mana terlebih dahulu? Memanglah tarikh lahir kita tapi kenapa kita ingat tarikh lahir kita tapi kita lupa tarikh syahadah kita?

Tuan-tuan,di mana indahnya pantai?Kita lihat airnya biru,pantainya putih, bunyinya syahdu,terlalu indah.Tapi,apabila kita tadah tangan dan ambil airnya, di mana birunya tadi?Kita ambil pasir,kenapa tidak seindah pandangan tadi?Ya,indahnya pantai itu di hati,bukan di mata.Allah menyunting keindahan pantai itu di hati yang melihatnya,itulah hadiah darupada Allah.

Ibu-ibu perlu sedar bahawa anak itu hadiah daripada Allah.Jika ibu-ibu sedar yang anak itu hadiah daripada Allah,seharusnya anak itu dibelai dengan 99 nama Allah bukan leteran yang tidak tentu hala.Jika ibu sedar akan hal ini, pasti anak-anak akan terasa senang pabila bersama si ibu.

Betul,anak-anak harus sedar yang ibu menyayangi mereka namun anak-anak juga perlu tahu yang Allah menyayangi mereka berpuluh-puluh kali ganda  daripada ibu menyayangi mereka.Jika cinta kepada Allah didahulukan, pasti tidak akan lahir anak-anak yang perlu dihantar ke ‘workshop’.Anak-anak yang perlu di’service’ itu bukan disebabkan diri mereka tetapi disebabkan si ibu yang tidak faham erti anak itu amanah dari Allah.

++++++++++++++

 

Round 2 – Setitis Air Mata Ibu

Ustaz Hasrizal:

(Saya bangun untuk meraikan peserta yang dibelakang.)Apabila kita berbicara tentang tajuk ini,’Setitis Air Mata Ibu’,saya merasakan sesuatu yang tidak seimbang.Tajuk ini akan menyebabkan kita condong ke satu arah sahaja iaitu kita akan menuding jari ke arah anak,jadi saya cuba untuk menjadikan tajuk ini seimbang.

Derhakanya anak ,bukan salah orang lain tetapi ibu kepada anak itu sendiri. Mencari kesalahan orang lain tidak akan menyelesaikan masalah.Apabila anak-anak merempit,disalahnya kawan-kawan.Apabila anak itu pulang lambat ke rumah,disalahnya bapa yang tidak pandai mendidik.Hal ini tidak sedikitpun membantu dalam menyelesaikan masalah.

Dalam satu hadis yang dirakam oleh Bukhari dan Muslim,Nabi bersabda yang berbunyi, “Setiap anak dilahirkan dalam fitrahnya. Keduanya orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nashrani atau Majusi”

Jadi jelas bahawa yang mencorakkan anak itu ialah ibu bapa itu sendiri dan yang dimaksudkan dengan ‘mencorakkan’ di situ adalah memberi nafkah, bukan setakat nafkah jasmani,bahkan nafkah intelektual.Jika dibincangkan tentang nafkah jasmani atau fizikal,ibu binatang pun tidak pernah lupa tanggungjawabnya untuk memberi anak-anaknya makan.

Ibu burung tidak pernah lupa menyuapkan anak-anaknya makan setiap pagi dan setiap petang tetapi ada ibu manusia yang lupa untuk memberi nafkah kepada anak sendiri,manusia lebih teruk daripada binatang!

Saya melihat apa yang berlaku di Malaysia,nafkah pertama(makanan) disediakan tetapi nafkah kedua(pemikiran@intelektual) tidak disediakan malah terkadang nafkah itu dinafikan.

Dahulu,semasa saya ingin ke Dublin(atau sebaliknya,aq lupe (^^)…dan cerita die pun aq sedikit lupe,tapi insya Allah mesej jelas kot..sorry ek),saya memasang telinga mendengar perbualan seorang anak dan seorang ayah.

“Ayah,mana satu kapal terbang kita?”Tanya seorang anak.

“Yang hijau tu,”jawab si Ayah.

Soal si anak lagi, “ayah,kenapa kapal terbang tu?”

Jawab ayah lagi,mungkin sambil tersenyum, “sebab itu kapal terbang negara kita?”

Anak masih ingin tahu, “ayah,asal kapal terbang warnanya apa?”

Ayah masih tidak berputus asa melayan anaknya, “semua warna putih.”

Anak semakin ingin tahu, “kenapa putih yah?”

Ayah menjawab, “sebab dah diputuskan oleh Kerajaan.”(aq lupe ape die, flight organisation ape la,tapi maksudnye oleh satu badan khas la)

 

Lihat,walaupun soalan yang ditanya itu nampak seakan-akan mengarut, merepek tetapi ayah budak itu masih menjawab dan semua jawapannya tepat. Inilah cara orang barat menyediakan anak mereka untuk berfikir. Sebaliknya apa yang berlaku di Malaysia;

“Ayah kenapa xley duduk atas bantal?”Tanya anak.

“Takley2,nanti tumbuh bisul kat punggun ko,”Jawab ayah cuba mematikan perbualan.

“Ayah,kenapa xley tidur angkat kaki?”Soal si anak.

“Takley2,nanti mak ko mati,”jawab ayah yang masih cuba mematikan perbualan.

“Ayah2..”

Belum sempat anaknya bertanya,ayah pun bersuara, “ish kamu ni,banyak songehla.Pergi masuk bilik baca buku,jangan kacau ayah nak tengok tb ni.”

Apa yang dilakukan oleh ibu bapa di negara kita,semuanya meng’shut-up’kan anak.Lalu,dalam sedar tidak sedar,nafkah kedua tadi dinafikan.Disebabkan nafkah kedua inilah,orang barat mencari agama.Bayangkan,di masjid yang saya jaga 1000 orang masuk Islam dalam masa sebulan selepas peristiwa 11 September.Itu baru satu masjid,belum dijumlahkan dengan masjid-masjid lain.

Orang barat ada pemikiran tetapi tiada agama dan kita ada agama tetapi tiada pemikiran.Lantas,pabila kedua-dua menjadi dewasa,yang berfikiran akan mencari agama dan yang beragama akan tinggal agama.

Apabila kita sebut kasih sayang,perkataan ini cukup berkati rapat dengan emosi.Sepatutnya,ibu bapa membentuk anak-anak supaya memerlukan ibu bapa seperti manusia perlukan nasi,terlalu penting.Ibu bapa seharusnya beri apa yang mereka perlu,bukan apa yang ibu bapa tahu.

Kita baca akbar,terpapar berita ibu seterika anak dengan seterika panas.Kita marah,kita kutuk,kita hina si ibu yang tidak berguna itu.Namun kita tidak sedar bahawa berapa ramai ibu yang sedang seterika anak dengan seterika neraka?

Allah tidak wajibkan anak sayang kepada ibu tetapi Allah wajibkan anak menjaga ibu.Memang boleh jaga ibu tanpa kasih sayang tetapi perkara itu akan menjadi satu beban kepada anak.Walau bagaimanapun,jika penjagaan ibu itu disalut dengan kasih sayang,pasti kerja itu akan menjadi senang dan tidak membebankan.

Ingat,anak derhaka itu adalah produk ibu bapa sendiri!

+++++++++++++++

Dr.Rubiah :

 

Tanggung sahaja tanpa jawab,ini susah.Kita menanggung anak kita makan tapi kita tidak mampu jawab dari mana makanan itu datang,halal kah haram makanan itu,ini susah.

Tanggung jawab ibu sebenarnya mengejar anak-anak mengenal Tuhan. Apabila Tuhan dikenalnya,tidak syak lagi bahawa ibu pun akan dikenalnya. Ibu bertanggung jawab menjadikan anak sedar bahawa dirinya hamba ialah seorang hamba,hamba kepada Allah.

Ramai di antara kita ingin menjadi ibu yang solehah tetapi pendekatan, kaedah yang digunakan tidak tepat,tidak bersesuaian dengan Islam. Perasaan cinta kepada Allah itu harus mendahului perasaan cinta kepada ibu. Dalam membangunkan perasaan cinta ini,banyak kaedah boleh digunakan kerana cinta itu seni.

Kita mengajar anak kita bersifat kasar dengan Allah,maka disebabkan itu anak kasar dengan kita.Kita mengajar anak membaca doa secara kuat-kuat dan menyanyi,kita tidak sedar bahawa yang menerima doa itu ialah Allah. Jika dengan Allah pun anak-anak masih mampu meninggikan suara, menyanyi,bagaimana pula dengan kita?

Sewajarnya ibu mengajar anak berdoa secara lemah lembut,penuh dengan kata-kata hikmah.Contohnya doa makan, ” syukur pada Allah kerana bagi kita rezeki untuk makan,semoga Allah berkati rezeki kita dan tambahkan lagi.” Ingatkan mereka yang semua benda ini datang daripada Allah,kita adalah seorang hamba yang menggunakannya.

Impak daripada kasar dengan Allah,nasihat yang diberikan kepada anak-anak tidak lagi memberi kesan.Pesanan ibu-ibu sekarang sudah tidak mampu mengikat anak-anak.Kerana apa?Kerana kasih sayang sudah hilang daripada ibu itu sendiri.Terkadang,senyum pun dirasakan susah.Bila ambil gambar, bukan main lagi pose tapi bila berhadapan dengan anak,mulut dimancungkan, dahi dikerut.Bukan tidak tahu yang sains membuktikan untuk membuat muka masam memerlukan 20 urat untuk bergerak tetapi senyum hanya 12 urat,tapi tidak diamalkan.Sepatutnya,senyum menjadi satu budaya oleh kaum ibu.

Allah tidak tanya tanggung jawab ibu di pejabat,dia bos ke,die kerani ke,Allah tidak tanya hal ini tetapi Allah tanya bagaimana ibu di rumah,apa yang dibuat,bagaimana anak dididik,cukupkah nafkah yang diberikan kepada anak. Yang inilah yang ditanya oleh Allah.

“Dik,ibu solat menghadap mana?”Tanya seorang tetamu.

“Taktau makcik,ibu selalu solat di dalam bilik,”jawab seorang anak.

Jika ibu solat pun anak tidak pernah lihat,macamana ibu itu mampu menjadi ibu yang solehah,macamana keluarga bahagia itu mampu dibentuk? Masalah kita sekarang,kita tidak mampu membuat matlamat,natijahnya hasilpun tiada.Ibu-ibu perlu muhasabah diri sendiri,tanyalah hati, “aku buat kerja ini, ibadah ke padah…”Muhasabah!

Apa yang difikirkan,itulah yang diterjemahkan.Jika baik pemikiran kita,baiklah apa yang kita lakukan dan jika buruk pemikiran kita maka buruklah yang keluar.Orang melayu suka menilai sesuatu daripada awal. Ada satu kisah yang berlaku di Johor.

Satu pasangan mempunyai 9 orang anak,8 berjaya ke universiti dan seorang duduk bermain dengan basikal di luar.

“Anak-anak aku ,semuanya hebat-hebat,semuanya ke universiti kecuali yang tu,tu.Yang sorang ni lah yang takley nak harap,”beritahu ibu kepada jiran.

Bayangkan kalau anak itu dengar,apa yang dia rasa?Dipendekkan cerita,anak itu membesar dan berkerja menjadi pemandu teksi dan yang lain-lain berjaya, ada yang jadi doktor dan ada yang jadi jurutera.Tapi,apabila orang tua ini sakit,yang pemandu teksi ini,yang tidak berjaya inilah yang berulang- alik hantar ibu bapa mereka ke hospital sehingga meninggal di atas teksi.

Ibu berpesan, “kalau aku mati,ko tanam je aku.Takyah dot tunggu abang-abang dan kakak-kakak ko.”

Apabila ibu bapanya meninggal,ditanamnya tanpa menunggu abang dan kakaknya pulang.Abangnya memarahinya disebabkan tidak tunggu mereka.

“Bang,ibu pesan jangan tunggu abang dan kakak.Kata ibu,kalau semasa dia hidup pun abang dan kakak tak balik,takde gunanya lihat mayat dia yang tak bernyawa.”

Ha,anak yang tidak menjadi inilah yang boleh diharap,jadi,perhatian kepada semua ibu,jangan berfikiran negatif kepada anak masing-masing.

Kita asyik menilai perasaan sendiri sehingga kita lupa untuk mempertimbangkan perasaan orang lain.Betul,kita balik kerja letih-letih dan tiba-tiba suami suruh buat air,memanglah kita memberontak.Tapi,pernah tak tanya suami apa perasaan dia jika kita tidak buat air atau air yang dibuat tidak sedap?Bila anak pecahkan pasu,kita marah disebabkan membazirkan duit kita,namun pernah tak kita tanya apakah perasaaan anak apabila dimarah.

Kematangan seseorang itu dinilai melalui kebolehannya mengawal perasaannya.Sahih,kita kena sensitif tetapi mesti sensitif yang positif.Bila kita masak contohnya,betul kita letih tapi cuba fikir jika kita tidak masak, apa yang anak dan suami kita nak makan,tak laparkah diorang,tak letihkan diorang.Cuba tanya soalan ini pada diri kita,pasti kasih sayang itu akan datang dengan sendirinya.

Ingat,yang paling cepat berubah ialah emosi,bukan masa.Jadi,emosi perlu dipertimbangkan pada setiap masa dalam membuat apa-apa keputusan. Jika kita lakukan kesalahan,jangan takut untuk meminta maaf.Jika kita tidak meminta maaf,perkara itu akan berlanjutan dan akhirnya akan melahirkan anak yang derhaka.

Ibu-ibu perlu sentiasa ingatkan diri bahawa diri ini ialah hamba Allah dan anak-anak yang kita marah itu juga hamba Allah.Wajarkah kambing memarahi sesama kambing?Maka insaflah,bertaubatlah.

 

CANDID!

IMG_0235IMG_0234IMG_0233IMG_0232

p/s:sowi coz aq rase banyak xlengkap coz xsempat salin..xbiase lg dengan ‘mesin taip’ yang ni..kalo ade kekurangan atau kesalahan,harap dibetulkan..yang baik dari Allah,yang buruk dari aq sendiri..sorry..

 

Jom Dengar!

http://www.youtube.com/v/fRwA12N0e9o

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s