10 sebab doa tidak dimakbulkan[PART 1]

doa_thumbArtikel 2 hari lepas tentang ‘Ibrahim Adham:Pemimpin yang menjadi hamba’,ditulis bagi memudahkan perbincangan pada kali ini.Tentang siapa Ibrahim Adham anda sudah tahu,kini kita akan membahaskan tentang 10 sebab kenapa doa seseorang tidak dimakbulkan sepertimana yang diberitahu oleh Ibrahim Adham.Suatu hari di kota Baghdad,Raja yang menjadi hamba ini iaitu Ibrahim Adham atau Abu Ishaq ditanya oleh seorang lelaki,kenapa doanya tidak dimakbulkan.Abu Ishaq menjawab bahawa ada 10 sebab kenapa doa seseorang tidak dimakbulkan.

1.Kamu mengatakan kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan suruhan Nya

Kita kata kita kenal Allah tapi dalam masa yang sama kita lakukan maksiat, kita lakukan larangan Nya dan tinggalkan suruhan Nya.Kita lebih senang membeli seluar pendek yang mahal-mahal daripada membeli kain pelikat. Kita lebih suka meluruskan rambut lalu mendedahkannya daripada menutup rambut kita dengan tudung.Kita lebih rela agama kita dipijak-pijak daripada maruah diri kita dipijak-pijak.

Solat yang dikatakan mampu mencegah diri daripada perkara keji dan mungkar sudah hilang bisanya.Semasa solat kita menangis bercucuran mengenang dosa yang dilakukan tetapi sebaik sahaja memberi salam ke dua, kita berpegangan tangan dengan awek kita di pusat membeli belah.

Berapa ramai manusia pada hari ini yang sanggup melukakan hati Allah untuk menggembirakan hati manusia dan berapa ramai manusia pada hari ini yang sanggup melukakan hati manusia untuk menggembirakan hati Allah? Semasa perlantikan Uthman sebagai khalifah,Abu Dzar datang berjumpa dengannya dan berkata, “Wahai Uthman,ingatlah bahawa aku tidak akan sesekali melukakan hati Allah untuk menggembirakan mu sebaliknya aku akan lukakan hati mu untuk menggembirakan Allah!”Bayangkan kalau kita pergi jumpa dengan perdana menteri kita sekarang dan lafazkan benda sama, pasti kita akan dihumban ke dalam ISA.

Ingatlah bahawa Allah menyeru dan syaitan juga menyeru.Syaitan menyeru manusia masuk ke dalam neraka untuk menemani mereka.Sudah terang lagi bersuluh bahawa syaitan itu musuh kita tapi kenapa ada di antara kita yang masih termakan dengan pujuk rayunya?Berapa kali diulang di dalam Quran bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata,namun berapa ramai yang mengambil iktibar daripada kalam Allah itu?

2.Kamu berkata kamu cinta kepada Rasulullah tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.

Kita berkejar-kejaran dalam melaksanakan sunnah Rasulullah yang kecil-kecil tetapi kita tertinggal satu sunnah yang besar iaitu menyeru manusia menyembah Allah.Tatkala turun surah Muzammil,nabi berkata kepada Siti Khadijah.

“Wahai Khadijah,telah berlalu waktu tidurku.”

Setelah ungkapan ini dilafazkan,nabi tidak pernah berhenti daripada berdakwah.Biar badai datang melanda,biar gugur buah di pohon,nabi tetap terus berusaha mengajak manusia menyembah Allah.

Dalam satu kisah,tatkala nabi dan Abu Bakar sedang mengelilingi unggun api, ada kelkatu yang berterbangan di sekitar api.Nabi bersabda kepada Abu Bakar, “Ya As-siddiq,lihat kelkatu-kelkatu itu.Mereka bukan tidak tahu yang api akan membakar sayap mereka tetapi mereka pergi juga ke arah api. Begitulah manusia,mereka berlari-lari ke arah api neraka,aku tarik mereka tetapi mereka tetap berkeras nak ke sana.”

Disebabkan kekurangan ilmu,kita jadikannya sebagai satu hujah besar supaya kita tidak perlu berdakwah.Disebabkan kita tidak bersekolah di sekolah agama, maka kita membuat satu konklusi yang kita tidak perlu berdakwah. Sedarlah bahawa dakwah itu bukan mengajar,tetapi dakwah itu menyeru. Adakah kita perlukan seguni ilmu baru kita mahu berdakwah?Jika itu yang ditunggu,sampai kiamat pun doa kita tidak akan dimakbulkan kerana ibu sunnah Rasulullah kita akan tinggalkan.

Pada awak dakwah Rasulullah,Rasulullah tidak dibekalkan dengan ilmu ibadah,ilmu hadis atau apa-apa sahaja kecuali mentauhidkan Allah tetapi Rasulullah tetap berdakwah,Rasulullah tetap menyeru manusia menyembah Allah dengan ayat yang sama, “qul la ila ha illallah wa anta tuflihun,” yang bermaksud, “katakan tiada tuhan selain Allah dan kamu berjaya.”

Kepada yang sedang bermadu kasih,berapa banyak kamu selawat ke atas nabi berbanding kamu tanya awek kamu, “tengah wat ape?”Berapa banyak kamu tersenyum mengingat sirah nabi berbanding kamu tersenyum melihat gambar-gambar sewaktu kamu bergembira?Dan adakah kamu pernah menangis kerana Rasulullah disebabkan cerita-cerita perjuangan baginda sepertimana kamu akan menangis jika awek kamu tinggalkan kamu? Pastikan anda melakukan semua ini,barulah anda layak bercouple!

3.Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

Kita membaca Al-quran,mukjizat terbesar nabi,tetapi berapa ramai di antara kita yang mengambil penawar di dalamnya?Tiap hari,berulang kali kita membaca Al-Fatihah tapi berapa ramai yang mampu menangis apabila membacanya seperti Saidina Abu Bakar?

Apabila Ramadhan tiba,kita berlumba-lumba mengkhatamkan Al-quran sehingga ada yang mampu mengkhatamkan 3 kali dalam satu bulan, sedangkan pada bulan-bulan yang lain,ingin habiskan 1 juzuk pun payah. Namun,dalam sibuk menghabiskan bacaan al-quran,adakah kita memahami setiap bacaan kita?Baiklah,kalau bahasa arab dijadikan alasan,aq terima. Tapi, bukankah banyak quran-quran terjemahan yang dijual sekarang? Hendak seribu daya,tidak mahu seribu dalih!

Al-quran merupakan satu buku yang amat istimewa.Kita ambil satu ayat daripada Al-quran,contohnya “jika kamu ingin membilang nikmat Allah, pasti kamu tidak akan dapat membilangnya.”Semasa umur 10 tahun,pabila membaca ayat ini,kita dapat faham bahawa nikmat Allah itu tersangat banyak sehingga tidak mampu dibilang.Apabila kita mencecah umur 20 tahun,ayat yang sama,namun kita membacanya dari sudut yang berbeza bahawa betapa pemurahnya Allah sehingga tidak menyuruh hamba Nya membilang nikmat yang diberi Nya.

Setiap kali kita membaca al-quran,setiap kali kita akan dapat maksud yang berbeza-beza,bergantung kepada bagaimana kita melihatnya.Dalam quran, Allah memberitahu kita bahawa nabi itu ummi.Ada yang memahami ummi itu tidak dapat membaca,buta huruf tetapi ada juga yang membacanya sebagai nabi itu bersih daripada unsur-unsur negatif.Inilah istimewanya al-quran,tetapi berapa ramai di antara kita yang menyedari hakikat ini?

Kehebatan Al-quran tidak dapat dinafikan lagi apabila al-quran mampu mengubah satu kaum yang tidak mengenal tuhan,satu kaum yang berbunuhan sesama sendiri,satu kaum yang ketagih arak,menjadi satu kaum yang disegani ramai.Nabi hidup selama 39 tahun di Makkah,namun sedikitpun tidak memberi kesan kepada arab jahiliyah.Tetapi,apabila al-quran diturunkan,23 tahun sahaja,bangsa arab menjadi bangsa yang paling agung.Inilah kehebatan al-quran.

4.Kamu makan kurnian Allah tetapi kamu tidak bersyukur

Hari demi hari,Allah tidak pernah lupa melimpahkan nikmat Nya ke atas kita sehingga kita lupa bahawa hidup ini,sentuhan ini,rasa ini,penglihatan ini, pendengaran ini,sebenarnya milik Allah.Jarang sekali kita sujud dan bersyukur kepada Nya kerana memberikan semua itu kepada kita tanpa berbayar.

Seorang pesakit yang mengalami masalah ketika hendak buang air kecil, pergi ke hospital dan doktor sarankan ginjalnya dibedah.Apabila selesai semua pembedahan,nurse datang kepadanya dan menunjukkan jumlah wang yang perlu dibayarnya.Melihat jumlah wang yang dibayarnya,dia terus menangis.

“Pakcik,janganlah menangis.Kita boleh rundingkan..”Pujuk nurse.

“Bukan,pak cik menangis bukan kerana harga yang mahal.Pak cik mampu bayar.Tetapi pak cik terfikir,untuk membolehkan pak cik kencing sekarang, pak cik perlu bayar sebanyak ini.Bayangkanlah kalau tiba-tiba pak cik dapat resit daripada Allah kerana membenarkan pak cik kencing dari pak cik kecil sampai sekarang,entah berapalah nilainya,”ujar pak cik itu.

Allah berkata di dalam Al-quran, “jika kamu mampu membilang nikmat Ku, maka bilanglah,nescaya kamu tidak akan dapat membilang Nya.”Tambah Allah lagi di dalam surah Ibrahim, “jika kamu bersyukur di atas nikmat Ku, Aku akan tambahkan lagi nikmat Ku ke atas mu,namun jika kamu kufur,pasti azab Ku sangat pedih.”

Allah tidak meminta bayaran daripada kita walaupun sedikit.Kalaulah ditakdirkan Allah minta bayaran,nahas kita.Kisah abid yang beribadah selama 100 tahun sudah cukup menggambarkan betapa mahalnya satu nikmat Allah.Allah bertanya kepada abid itu samada untuk masuk syurga dengan ibadahnya atau keredhaan Nya,abid itu menjawab, “dengan ibadah ku.”Lalu Allah meletakkan ibadah abid itu di atas sebuah neraca dan Allah meletakkan nikmat mata di sebelah yang satu lagi,ibadah selama 100 tahun itu seimbang dengan 1 nikmat mata sahaja.Bayangkan,itu baru nikmat mata, belum nikmat pendengaran,sentuhan,cinta dan akal?Berapalah yang perlu kita sediakan untuk membayarnya seandai Allah menuntut hak Nya ke atas kita.

Syukur bukanlah sekadar ucapan tetapi syukur itu pada hakikatnya melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang. Kisah yang paling popular,kisah Aishah bertanya kepada Rasulullah. “Ya Rasulullah,kamu telah dijanjikan syurga oleh Allah.Kenapa kamu masih beribadah sehingga pecah tumit kaki kamu?”Maka Rasulullah menjawab, “salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”

Dalam konteks ilmu,syukur itu apabila kita mengamalkan ilmu yang kita ada. Di akhirat esok,soalan yang akan ditanya bukanlah berapa banyak ilmu yang kamu ada tetapi adakah kamu amal ilmu yang kamu ada.Ingatlah pepatah arab, Ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah.Orang yang ada ilmu tetapi tidak beramal adalah orang yang tidak bersyukur dengan ilmunya dan pasti, dia tidak akan mampu mengangkat kaki untuk melangkah ke hadapan di akhirat nanti.

5.Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya

Semasa syaitan dihalau keluar daripada syurga,syaitan telah mengumumkan perang terhadap manusia dan Allah sebagai pencipta manusia,mewakili manusia menerima cabaran itu.Allah yakin bahawa manusia mampu menentang syaitan dan akhirnya berjaya sampai kepada Nya dalam keadaan Dia redha.

Namun,jika dilihat situasi yang berlaku sekarang,adakah syaitan itu musuh kita lagi?Baik yang alim mahupun yang teruk,semua bagaikan hanyut dibawa arus dunia yang fana.Yang teruk memang jelas,berpegangan tangan lelaki dan perempuan,berpeluk-pelukan,bercumbu-cumbuan tetapi yang jadi masalah kepada agama,yang alim.Kealiman mereka itu mendatangkan fitnah kepada agama.Mereka berkopiah,bertudung bidang 60 tetapi bercakap bertentangan mata,keluar bersama-sama,makan bersama-sama.Kata mereka, “UKHWAH FILLAH.”Mereka lupa batas Ikhtilat dan jelas,mereka adalah fitnah kepada agama.

Dalam surah An-Nas,Allah menyatakan syaitan itu ada 2 bentuk,satu bentuk asalnya dan yang satu lagi,syaitan bertopengkan manusia.Hari ini,syaitan- syaitan yang bertopeng ini cukup ramai,dari serendah-rendah status sehinggalah setinggi-tinggi status,dari tukang sapu hinggalah perdana menteri. Mereka menegakkan hukum manusia dan menolak hukum Allah. Mereka-mereka inilah tentera-tentera manusia yang menjadi duri dalam daging,mereka ialah tali barut syaitan laknatullah.

Allah tidak zalim membiarkan kita seorang diri berperang dengan syaitan. Allah membekalkan kita dengan banyak bantuan,contohnya Rasul dan kitab. Diutus Nya Rasul sebagai orang celik memimpin orang-orang buta ini mengenal si gajah, supaya orang-orang buta ini tidak salah tafsir apa itu gajah.Dibekalkan lagi dengan ayat-ayat suci supaya apabila kata-kata syaitan mula merasuk hati,ayat itu menjadi pedinding.

Ingatlah wahai saudaraku,syaitan tidak pernah mengaku kalah.Jika hari ini mereka gagal membunuh mu dengan lembing,esok mereka akan cuba membunuhmu dengan panah,jika mereka gagal lagi,mereka akan cuba meletupkan kamu.Tiada perkataan ‘give up’ dalam kamus hidup mereka. Mereka tahu pertarungan ini berakhir pabila kiamat berlaku,jadi mereka tidak akan sia-siakan masa mereka walaupun satu saat untuk meramaikan lagi teman-teman mereka di neraka.

Ketahuilah di akhirat esok,manusia dibuka hijab mata dan manusia mampu melihat perkara-perkara ghaib,jin dan syaitan.Jika kita menjadi ahli neraka, kita akan dapati di sisi kita makhluk-makhluk yang paling hodoh diciptakan oleh Allah.Ketika itu,azab neraka sudahlah menjadi satu beban kepada kita, terpaksa pula melihat makhluk yang paling hodoh,pasti kita akan bertambah sengsara.

Wahai umat Islam semua,bangkitlah menentang syaitan.Jangan bersedih dan jangan takut,percayalah bahawa Allah bersama kita.Kerajaan Allah akan menang,mengalahkan kerajaan Azazil.Namun,ketahuilah,dalam menuju ke arah kemenangan itu,ramai yang akan gugur.Samada gugur sebagai pejuang atau gugur sebagai petualang,pilihlah!

bersambung…

JOM BERHIBUR!

http://www.youtube.com/v/JHW5nfFmZDw

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s