Moga ku tidak lupa diri bila gembira.. moga ada jalan kembali

regret_thumbTurun dari kelas nihonggo, aku melihat senarai nama tertampal di JAD board. Sesi perjumpaan dengan HEP..
“ Ah, ni mesti pasal result,” aku bermonolog.
“Eh, nama aku?” tiba2 aku bersuara melihat nama aku tersenarai disitu.
“ Aku x de fail.. result aku bukan teruk sangat pon. “ aku bermonolog lagi seakan-akan tidak dapat menerima takdir.
Hati menjadi tak tenteram. Macam2 aku pikir.
“ Ni mesti nak marah2 ni. Kalu perjumpaan2 ni x de lain la. Nak marah la ni.” Aku mengeluh sambil berjalan naik ke kelas dengan Leha(bukan nama sebenar)
“ Relek la wei. Bukan ape pon. Saje je tu.” Leha memujuk aku yang tidak senang duduk.
“ Ashi ( bukan nama sebenar),aku kene panggil ngan HEP la. Ni mesti pasal result ni.” Aku luahkan kebimbangan pada deskmate tersayang.
“ Eh, ko kene? Ala… relek r. x de ape la.” Ashi juga memujuk aku dgn menggunakan ayat yang sama ngan Leha.
“ Sume orang cakap cam tu. Diorang x rase. Aku yang rasa. Tp ye la, kalu aku pon, aku gune ayat yang same nk pujuk kawan aku.” Aku monolog lagi.
“ Kakda( bukan nama sebenar), saye kene panggil ngan HEP ni.. ishh.. stressnye. Stress2..” sebelum ini aku memang x suke sebut stress sbb kate orang bile kite sebut stress, kita jadi lagi stress. Tapi kali ni aku sebut gak perkataan tu.
“ Aku rase aku banyak buat dosa la Shi,” kata aku pada deskmate tersayang.
“ X de la wei. Ko ni.. Allah nk tarbiah ko ni.” Balas Ashi.
Fikiran aku jadi sangat terganggu. Takahashi Sensei yang mengajar di depan seakan- akan tidak wujud di mata aku. Aku berfikir.
“ Mesti result aku teruk dari orang lain ni. Kalu x takkan kene panggil.”aku monolog lagi.
Sebelum kimatsu( final exam) ade gak aku berazam nak dapat result tinggi, tapi bile aku diuji, jadi blank mase jawab soalan exam, tahap kesyukuran aku berubah serta merta.
“ Emmm.. xde rezeki kot. Bia la nk buat cane.. subject yang aku blank tu, kalu lulus je pon x pe,” keluh aku pada seorang rakan.
Begitu sekali tahap kesyukuran boleh berubah bile kita dilanda musibah. Aku memandang ini sebagai satu pengajaran yang sangat positive kerana Allah telah ‘memujuk’ku dalam Al-Quran.
“…….berpegang teguhlah kepada apa yang telah Aku berikan kepadamu dan hendaklah engkau termasuk oang-orang yang bersyukur.” ( Al-A’raf:144)
“…. Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ( Al-baqarah:216)

Hampir separuh hari, tindakan dan pemikiran aku seolah-olah menyalahkan takdir. Siapa yang tentukan takdir? Allah s.w.t.. jadi, aku menyalahkan Allah? Tidak Ya Allah. Cuma hambaMu ini manusia biase yang kadang2 gagal dalam mengawal perasaan ni. Semoga Allah mengampunkan aku.
Selama ni aku bukanlah seorang yang bijak. Bleh masuk JAD ni adalah satu rezeki buat aku. Aku juga bukan seorang yang sentiasa pandang ke hadapan. Bagi aku kalu lulus sume pon da ok. Aku selalu meletak target yang rendah untuk diri sendiri. Jadi bile result aku melepasi target tu, aku sudah cukup gembira. Aku x kesah result orang lain, asalkan aku bahagia ngan result aku. Bukan mahu mebuka pekung didada dengan menghebahkan kekurang diri, tapi mungkin ini kelemahan aku.
Tapi ternyata apa yang aku buat selama ini salah. Salah sama sekali. Sepanjang sensei mengajar, aku hanya memikirkan perkara ini.
“ Aku belajar selama ni sbb exam, nak exam baru belajar. Kalu x de exam bukan nk buat fukushu( ulang kaji) pun. Aku belajar slame ni pon sebab nak lepas JAD, leh g Jepun, leh jadi engineer, leh beli kete idaman, Honda Accord…” Aku cube mencari di mana silap aku selama ni.
Kesedihan aku tidak berhenti setakat itu. Masa rehat, Sekali lagi aku meluah rase pada Kakda.
“ Kakda, bakpo ni. Makin dekat nak fly, makin banyak dugaan. Da la kene marah ngan sensei sbb x tahu nak amik senmon gapo. Pastu kene panggil ngan HEP ag.. waaaa…. X suko la.” Aku luahkan segala-galanya pada Kakda.
“ X baik cam tu. Kene sabar. Bile da masuk JAD, pintu untuk berundur da tertutup. Sabar la. Sket je lagi.” Kakda yang cool membalas luahan aku.
Aku sedih bukan sebab malu name aku tertampal disitu sbb budak kelas aku pon sume da tahu, aku ni berada pada tahap biasa2 je dalam kelas. Cume aku sedih sebab baru sekarang aku sedar yang aku jauh ketinggalan. Kawan2 stadi maut untuk dapat result gempak, tapi aku masih dalam angan2. Sedih sbb aku tak de matlamat hidup yang jelas. Tapi aku bersyukur kerana walaupon lambat aku masih ade peluang untuk perbetul matlamat hidup aku. Bak kate omputih, “ better late than never”.
Kini aku jumpe ‘ubat’ pada kesedihan aku. Aku lupa, aku sentiasa berdoa agar diperkuatkan rasa pergantunganku pada Allah dan mungkin Allah mendengar rintihan aku. Dia uji aku dengan kesedihan ini agar aku hadapi kesedihan ini dengan penuh pergantungan padaNya. Agar aku hadapi kesedihan ini di atas jalan yang Allah redhai.
Mungkin sebab terlalu sibuk dengan shukudai, buku Laa Tahzan yang aku beli bulan lalu baru 9 helaian dapat dibaca. Namun 9 helaian itu sudah mampu beri aku sedikit keyakinan untuk hadapi kesedihan ini.Aku kene yakin.setiap apa yang terjadi adalah yang terbaik buat aku. Mungkin kalu aku dapat result tinggi, aku lupe untuk bersyukur. Alhamdulillah. Allah masih sayang aku. Sbb tu Dia takdirkan aku jadi macam ni. Supaya aku berfikir. Supaya aku betulkan niat aku, menuntut ilmu biarlah ikhlas kerana Allah, agar aku berjaya, agar aku dapat bantu agama Allah dengan kejayaan aku.
Mungkin selama ini, kurang keberkatan pada ilmu2 Allah yag aku tuntut sbb tu la aku dapat result biase2 saje. Sbb selama ni, aku g Unisel nk tuntut ilmu Allah, dalam mase yang sama aku buat apa yang Allah murka. Mungkin aku terlepas pandang , mungkin juga diri ini terlalai untuk menjaga aurat dengan baik, menjaga pergaulan dengan kaum Adam. Bende2 yang aku anggap remeh ini mungkin menjadi sebab kurang barakah atas ilmu yang aku dapat. Satu lagi, mungkin aku kurang manjaga ‘hubungan’ dengan Allah s.w.t.. apatah lagi hubungan sesame manusia. Mungkin pernah gurauan aku dgn rakan2 buat mereka terasa hati tanpa aku sedar. Aku minta maaf pada kawan2 yang terasa ngan gurauan aku. Tapi tu sume kemungkinan, yang lebih tepat, aku sebanarnya sedang diuji. Kerana Allag telah berfirman dalam (surah Al-Ankabut:2)
“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan,”kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”
Mungkin selama ini aku terlalu lalai dengan kehidupan ini. Mungkin aku perlu masa untuk duduk, merenungi kebesaran Allah agar diri ini sedar bahawa diri ini terlalu hina disisi Allah.. bahawa ilmu yang aku ada ini terlalu kecil jika dibanding dengan ilmu Allah.Semoga ada jalan kembali. Semoga belum terlambat untuk aku perbetul diri. Sekarang sumenye telah terluah dalam satu article. Semoga esok lebih baik dari hari ini. Semoga esok lebih diberkati dari hari ini. Semoga esok dapat dilalui dengan penuh senyuman dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t.Semoga kesedihan hari ini membawa diri ini lebih dekat kepada Pencipta Yang Satu.
“Moga ku tidak lupa diri bila gembira dan cuma mula mencari Kau disaat hiba…”

10 thoughts on “Moga ku tidak lupa diri bila gembira.. moga ada jalan kembali

  1. artikel ni cam tampar muke aq..sbijik..ble name terpapar,rase bdose do’oh…aq jadi fitnah kpd agame..nauzubillah..
    kpd yg mnulis,jom kte same2 bruboh!
    kte kene wat prubahan kamen raider ni,henshin!!!!!!
    ceria slalu~

  2. hurm…hidup ni mcm roda…
    ada masanya kita berada di bwh…
    dan pastikan ada masenya kte kan berada di ats…
    tak semestinya gagal sekali bermakna utk anda gagal selamanya…selagi anda berpegang dgn janji Allah…
    pasti hidup anda akan sentiasa dibwh rahmatNya…
    ape yg pnting adlh tdk berputus asa dgn janji Allah..
    jgn kerna dugaan yg kecil pegangan anda pd janji2 Allah menjdi rapuh…wallahualam…

  3. thanx bg pnjam ‘bahu’ td..dh ok dh..
    em.ni bukan la hadis or ayt al quran tp nk share nikmat yg Allah beri from adenye kwn2 disekeliling. frm ayat ni awk kne sntiase igt awk de kwn2 yg sntiase leh support awk
    “if u fall, stumble down, ill pick u up of the ground,if u lose faith in you,ill give the strength to pull through,tell me you wont give up.ill be waiting if u fall,ill be ther for u”
    ganbarimashoune~

  4. salam,
    tq kepada penulis bila baca artikel nie kte sme2 dpt betulkan kmbali niat kte dlm menuntut ilmu ALLAH..kpd penulis hidup ini diciptakan begitu indah…lebih indah andai di sepanjang perjalanan itu kita melalui pelbagai dugaan moga2 darinya kita pelajari sesuatu..hujan yang turun di langit itu x semestinya membawa bencana silap2 disebalik hujan itu muncul pelangi indah yang akan hiasi alam..tabahlah hadapi dugaan..ingatlah Allah x kan membebankan hambanya melainkan apa yang mampu dipikul oleh hambanya..bersyukurlah kerana anda terpilih untuk ditarbiah dri terus dilalaikan..jya ganbarimasyou….

  5. em sbnrnya aku pernah trpk nk nasihat org senang je..tpi time kena kt diri sendiri payah utk ak nsihat diri ak..aku tabik la kt cik yg tulis artikel ni..sbb dle dio dok sedih sempat lg dia pk utk kembali pd Allah…ak pun pernah diuji ngn hal result…ak rso tk puas hati sgt..bkpo la tokleh skor padahal ak studi abis2 abisan..lps dpt result tu ak tarik sorg kwn..ak ckp nasihati aku…trm ksh ha ak ucap kt kwn aku tu..sbb melalui dia Allah sedarkn aku result meme ptg tp kasih syg Allah lg ptg..mungkn Allah sye aku sbb tu Allah uji aku time tu..wallahualam

  6. Nk share gak experience. Dulu penah gak rase xbleh terima bile result exam xsampai target. N penah gak terfikir “Allah xdgr ke aku dh doa hari2? Solat Hajat hari2, stadi siang malam sampai xtdo, makan pon xtentu 2 xcukup lg ke?”… Pas2 ngadu kat Abah pasal 2.. Then Abah cakap pasal ayat ni

    “…. Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ( Al-baqarah:216)

    N lg 1, xigt ayat mane tp maksudnye “…Kita merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.”

    N lepas 2 fikir, n dh dapat jawapan. Baru sedar, bila tym result x ok, baru kite igt Allah, n igt org laen gak. Maybe kalo result ok tym 2 aku akan jd orang yg riak, takbur ngn nikmat Allah bg. kalo result ok tym 2 maybe aku xpandang result org laen ade yg lg teruk dr aku, n jd orang yg xbersyukur dgn nikmat yg Allah gak yg bg.

    N daripada result yg x ok 2 jugak aku belajar cara berdoa yg betul(insyaAllah), iaitu kite xbley doa ape yg kite nk, tp doa supaya Allah bg yg terbaik untuk kite… N sentiasa bersyukur dgn apa yg Allah tetapkan sebab perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s