10 sebab doa tidak dimakbulkan[PART 2]

01_muslim_prayer_2Tiap hari kita berdoa, “Ya Allah,lindungilah aku daripada godaan syaitan. Ya Allah,biarlah aku dapat solat dengan kusyuk,”tapi sampai sekarang kita masih ikut pujuk rayu syaitan,sampai sekarang bila kita solat je,kita pk syukudai yang belum siap,esok kuiz,kanji belum hafal lagi,kusyuk dalam solat itu tiada. Kenapa Allah tidak makbulkan doa kita sedangkan Allah berjanji di dalam al-quran, “berdoalah pasti Aku memakbulkannya.”Kita sambung nasihat Ibrahim Adham tentang 10 sebab doa tidak dimakbulkan.

6.Kamu berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak mengejarnya.

Saban hari kita mendengar keindahan-keindahan syurga yang dijanjikan Allah. Dengan bidadarinya yang montok,sentiasa muda,tidak mengandung, mengikuti cita rasa kita bagi yang lelaki,disediakan pula lelaki-lelaki yang tampan,segak, berbadan sasa bagi perempuan jika dia mahu.Ditambah pula dengan padang futsal yang selesa,pakai pula kasut nike yang tiada di dunia, waduh,gawat sekali!Yang perempuannya berjalan dengan angkuh ke sana ke mari dengan beg tangan crocodilenya,berperfumekan girly dan rambut yang berubah-rubah mengikut detik hati,waduh,gawat sekali!Namun,adakah semua ini menjadi motivasi untuk diri kita?

Dikisahkan dalam satu riwayat,seorang ahli syurga terjaga dari tidur dek kerana satu bau yang sangat wangi yang tidak pernah dihidunya semenjak dia memasuki syurga itu.Lalu dipanggilnya malaikat.

“Wahai malaikat,bau apakah ini?”Soal ahli syurga itu.

“Inilah bau dari ketiak ahli syurga di atas,”jawab malaikat.

“Benar?Apakah amalan yang menyebabkan dia lebih daripada aku sehingga bau ketiaknya pun mengatasi segala bau yang ada di dalam syurga ku?”soalnya lagi.

“Hanya dengan satu subhanallah,”jelas malaikat.

Cuba tanya pada diri sendiri,adakah cerita ini masih tidak mampu meningkatkan kemahuan diri kita lagi?Habis tu,cerita yang macamana yang mampu menyebabkan kita beramal?

Ramai di antara kita menjawab ‘syurga’ apabila ditanya kemana kita mahu pergi selepas mati,namun berapa ramai yang beramal dengan amalan ahli syurga?Berapa ramai yang memakai tudung tapi tudungnya menampakkan batang lehernya?Berapa ramai lelaki yang sempurna tetapi tidak berusaha menunaikan solat secara berjemaah?Berapa ramai tahu tidak boleh derhaka kepada ibu bapa tetapi mendoakan kematian ibu bapanya?

Sahabat-sahabat dulu sanggup mengorbankan benda yang paling berharga iaitu nyawa demi syurga Allah.Anas An-Nadho contohnya.Apabila gunung Uhud ditawan tentera Khalid Al-Walid,dia berlari ke arah bukit itu.Sahabat lain bertanya, “kemanakah kamu?”Dengan tenang dia menjawab, “aku berbau syurga di arah sana.”Lalu dia ditikam,dipotong,ditebas sehingga tiada seorang pun dapat mengenal jasadnya kecuali sepupu perempuannya yang kenal di bawah sikunya ada satu tanda lahir.

7.Kita mengakui adanya neraka namun kita tidak lari dari nya.

Diriwayatkan jika dikeluarkan seorang sahaja ahli neraka dan diletakkan di atas dunia,pasti mati semua manusia yang ada kerana busuknya ahli neraka itu.Dikatakan,jika satu percikan api neraka sebesar zarah dikeluarkan dan diletakkan di atas bumi,pasti kering kesemua air yang ada di atas bumi dek kepanasan percikan api itu.

Di dunia,Allah dengan sifat Ehsan Nya akan memengsankan kita jika kesakitan yang kita alami tidak mampu ditanggung oleh jasad kita.Contohnya,apabila seseorang kehilangan darah yang banyak,lalu dia akan koma.Ketahuilah bahawa ahli neraka tidak akan mati.Malah,apabila jasad itu hancur,maka Allah akan menggantikan jasad buruk itu dengan jasad baru supaya azab yang dirasakan tidak berkurang.

Rasulullah bersabda yang maksudnya lebih kurang,”ahli neraka akan diazab dengan azab yang sangat pedih sehingga tidak ada masa untuk memikirkan tentang perkara-perkara lain.”Lalu sahabat bertanya, “bagaimana pula dengan makanan dan minuman yang dijanjikan kepada mereka,adakah mereka juga tidak memikirkan makan dan minum?”Lalu baginda menjawab, “disebabkan kasih dan sayangnya Allah kepada hamba Nya,Allah mengilhamkan mereka untuk makan dan minum supaya tidak berada dalam kepedihan azab yang sama sepanjang masa.”

2005 dulu kita digegarkan dengan satu cerita di Kedah,seorang kanak-kanak berumur 4-5 tahun mendakwa yang dirinya telah pergi ke neraka dan syurga. Maka ramailah ustaz dan ustazah yang turun padang bagi mengkaji kesahihan cerita budak itu dan seorang mufti itu bertanya, “cuba adik ceritakan bagaimana sifatnya syurga.”Lalu diceritakan bahawa syurga itu indah, pokok-pokok yang kehijauan,sungai madu,debu-debu daripada kunyit emas, bidadari-bidadari yang comel-comel dan segala bentuk keindahan.Mufti itu bertanya lagi, “cuba adik ceritakan perihal neraka.”Mendengarkan soalan itu, budak itu terketar-ketar ketakutan dan berkata, “andaikata jika saya ingin masuk syurga,saya terpaksa meredah neraka dahulu,pasti saya tidak ingin masuk ke syurga.”Mendengar jawapan adik itu,mufti itu berkata, “budak ini benar.”

Bagaimana dikhabarkan indahnya syurga,namun jika terpaksa meredah api neraka,segala nikmat yang ada pada syurga tidak mampu mengubat kesakitan berada di dalam neraka.Panasnya neraka sehingga api neraka itu berwarna hitam.Asal api yang berwarna oren itu dipanaskan menjadi biru, dipanaskan lagi menjadi merah dan dipanaskan lagi menjadi putih dan dipanaskan lagi menjadi hitam.Fakta hari ini menyatakan api yang paling panas ialah api putih dengan kepanasan setinggi 1000’C.Itu baru api berwarna putih,bayangkan bagaimana pula kepanasan api berwarna hitam.

Namun,kesemua ini tidak mampu membuatkan kita takut melakukan dosa. Hari demi hari kita melakukan dosa sehingga apabila kita tertinggal solat fardhu,tiada lansung terdetik di hati kita yang kita telah melakukan satu dosa yang amat besar.Kita marah apabila orang yahudi menyerang Palestin,lantas kita buat demostrasi jalanan besar-besaran.Namun,tahukan anda,dalam membuat demostrasi itu pun ada orang yang tidak solat,bukankah mereka sedang merobohkan agama?

Ketahuilah nafsu itu tunduk kepada shiam.Shiam itu bukan sahaja memberi maksud menahan diri daripada makan dan minum tetapi menahan apa-apa sahaja yang mampu membawa kita ke lembah neraka.Kita ingin pegang tangan bukan mahram kita,tahan dulu sampai anda kahwin,lepas kahwin,bukan setakat pegang.Nah!Kita ingin makan babi,tahan dulu,akhirat esok jom sama-sama makan babi.Tahan!

8.Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia ke arahnya.

Tahun depan,pelajar batch 3 akan ke Jepun.Persedian yang dibuat bukan 2,3 bulan sebelum ke Jepun tetapi dari sekarang lagi.Kini semua pelajar batch 3 tengah sibuk memikirkan universiti mana patut mereka pilih supaya mereka senang di sana nanti.Lihatlah,kita bersiap sebegini rupa hanya untuk dunia yang sementara,bagaimana pula untuk akhirat,adakah kita sudah bersedia?

Rasulullah bersabda bahawa orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati.Percayalah,orang yang mengingati mati tidak akan melakukan dosa walaupun sebesar zarah kerana mereka takut tengah mereka melakukan dosa,malaikat menarik nyawa mereka,lantaran itu mereka dicampakkan ke dalam neraka.

Saidina Ali berkata, “solatlah seperti solat ini merupakan solat kamu yang terakhir.”Ungkapan ini dikeluarkan supaya semua yang mendengar bersolat dengan bersungguh-sungguh.Setiap kali sahabat-sahabat selesai memberi salam ke dua,hati mereka akan berasa gelisah dek kerana rindunya mereka kepada Tuhan mereka.Mereka bimbang,adakah mereka masih mampu berjumpa dengan Allah di waktu solat yang sama pada keesokannya.Di antara dua solat,mereka menangis tanpa henti-henti,mereka pinta supaya diberi peluang lagi untuk solat untuk kali ke seterusnya.

Berapa ramai di antara kita yang sudah bersedia untuk berkahwin dengan kematian?Hantarannya kesakitan,pewanginya kayu gaharu,pakaiannya kain kafan,bersandingnya seorang diri,pengapitnya munkar dan nakir. Bersediakah kamu?

Orang yang bersedia untuk mati,rindukan kematian.Bilal bin Rabah,setelah kewafatan Rasulullah,tidak sabar-sabar menunggu saat kematiannya, dia merasakan hidupnya sudah tiada makna lagi tanpa Rasulullah.Namaun, apabila diberitakan oleh malaikat di dalam mimpinya bahawa dia akan mengikuti jejak Rasulullah dan yang lain,dia terus menjadi sihat dan gembira. Inilah contoh orang yang bersedia dengan mati.

Mati bukanlah satu pengakhiran tetapi satu permulaan bagi satu kehidupan yang kekal abadi.Orang kafir sibuk beramal demi dunia kerana bagi mereka jika mereka mati,kehidupan mereka tamat.Mereka bijak di sini tetapi mereka tidak bijak di sana.

9.Kita bangun dari dari tidur tetapi kita lupa akan keaiban diri sendiri.

Memang,jika kita membandingkan diri kita dengan kawan-kawan yang di luar sana,pasti kita ialah yang terbaik.Kita solat berjemaah,mereka tidak.Kita memakai tudung menutup satu badan,mereka tidak.Kita membaca di blog Azz tetapi mereka tidak.Memang,kalau dibandingkan dengan mereka,kita ialah yang terbaik.Sebenarnya,orang yang perlu kita ambil sebagai kayu ukur bukanlah remaja zaman sekarang tetapi remaja zaman Rasulullah.

“Untuk akhirat,bandingkan lah dirimu dengan orang yang terkaya dengan amalannya dan jikalau dunia,bandingkan lah dirimu dengan orang yang lagi miskin daripada mu,”syair bahasa arab.

Ada ketikanya,apabila kita diuji dengan sedikit cubaan,kita menangis,kita tersungkur dan kita tidak redha dengan ujian Allah.Baru nikmat kefahaman dalam belajar ditarik,kita sudah mula menuding jari ke arah Allah.

“Semua ini Allah punya pasal la!”Jerit hati yang sedikit bingung.

Namun kita lupa,kita lupa dengan nikmat-nikmat yang selalu diberikan kepada kita tanpa lupa,contohnya nyawa.Nyawa yang berharga ini seperti tiada nilai lagi kerana hari-hari kita dapat dengan percuma.Disebabkan kesombongan,kejahilan kita,kita selalu menuding jari kepada semua orang.

“Ko tengok la si Ra’il tu,pakai je tudung labuh tapi pakai highheel..Bengom!”

“Ko tengok la Ceghah tu.Name je editor azz tapi pergaulan,masya Allah!”

“Ko tengok la Kak Naqibah tu,tadi dalam usrah bukan main pergaulan laki perempuan haram tapi skang dot gelak-gelak dengan laki.Satu meja pulak tu.Betul la ade debate tapi..Ish!”

“Ko tengok la Aril tu,suh orang pakai serban tapi die kopiah pun tak pakai!”

Mungkin inilah pengajaran yang kita dapat semasa kita kecil dahulu apabila diajar menyanyi lagu ‘ bangau oh bangau’.

Bangau Oh Bangau,kenapa engkau kurus?

Macamana aku tak kurus,ikan tak mahu timbul.

Ikan oh Ikan,kenapa tak mahu timbul?

Macamana aku nak timbul,rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,kenapa panjang sangat?

Macamana aku nak panjang,lembu tak makan aku.

Lembu Oh Lembu,kenapa tak makan rumput?

Macamana aku nak makan,perut aku sakit…..

Akhir lagu ini,makhluk yang dikenali dengan lidah bercabang juga yang mengaku salahnya.Yang lain?Semua orang lain yang salah,dirinya sempurna, tiada kesalahan!Kesalahan orang lain senang je dia nampak tapi kesalahan dia,sampai bila pun dia tidak nampak.

Ada seorang pelajar,dia masuk ke dalam kelas,kelas berbau busuk.Dia bergerak ke surau,di surau pun,dia menghidu bau busuk.Lalu dia ke kedai perfume,juga berbau busuk.Disalahnya kelas,disalahnya surau dan disalahkannya kedai perfume,walhal dia tidak tahu yang di hidungnya ada tahi hidung.

Sebelum kita mengata orang lain,lihatlah diri kita dahulu dan ingatlah bahawa semua manusia tidak perfect,jadi jika orang di sekeliling kita melakukan,jangan sesekali menjadikannya alasan untuk kita juga melakukan kesalahan yang sama.Ingatlah!

10.Kamu mengebumikan mayat-mayat orang tetapi kamu tidak mengambil iktibar.

Setiap detik dan setiap saat,ada sahaja orang yang mati,samada muslim atau tidak.Yang pasti,malaikat Izrail tidak pernah mengenal erti berehat,kerjanya sangat penat.Kadang-kadang dia terpaksa menarik 2 nyawa serentak dan kadang-kadang 10 nyawa serentak.Bergantung kepada penetapan Allah,kita tidak dapat menentangnya,hatta Rasulullah pun mati.

Kita mengangkat keranda orang mati,kita masuk ke dalam kubur untuk meletakkan mayatnya namun apabila kita balik ke rumah,kita masih melakukan maksiat.Lansung tiada kesan di hati kita bahawa mati itu tidak mengenal usia,tidak mengenal tempat dan tidak mengenal siapa!

Ketahuilah yang mengikut anak adam itu ke perkuburan ada 3 macam.Yang pertama hartanya,yang kedua keluarganya dan yang ketiga ialah amalnya. Dihantarnya arwah So’ot dengan mercedesnya tanda menghormati jenazahnya,namun mercedes itu ditinggal di luar kawasan perkuburan. Lalu dia diangkat oleh anak beranaknya,namun dia ditinggalkan seorang diri di dalam kubur.Yang ada bersamanya sekarang?Hanyalah amalannya semasa di dunia.Jika baik amalannya,kuburnya menjadi luas,terang bak taman-taman syurga namun jika sebaliknya,kubutnya menjadi terlalu sempit sehingga tulang-tulang rusuknya bersilang antara satu sama lain.

Jika kita mengambil pengajaran daripada ini,pasti kita tidak akan membuang masa kita untuk beramal walaupun dengan hanya mengucap ‘alhamdulillah’.

One thought on “10 sebab doa tidak dimakbulkan[PART 2]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s