Kerja yang telah dilupakan

think3_thumb“Bang,nak minum ape?”tanya seorang pelayan yang berkopiah putih.

“Em…Kejap ek..Nak pikir..”Jawab seorang pelanggan yang juga berkopiah putih.

“Fikir…Fikir umat bang?”Gurau pelayan sambil ketawa kecil.

Satu bentuk gurauan namun penuh dengan seribu satu makna bagi mereka yang berfikir.

Fikir Umat

Sesunguhnya sunnah nabi itu ada 3 cabang;sirah,surah dan soriroh.Sirah itu perjalanan hidup Nabi,kisah-kisah baginda bersama dengan isteri,kisah baginda dengan para sahabat,itu sirah.Manakala surah pula luaran nabi, penampilan nabi,pemakaian nabi dan yang terakhir soriroh.Soriroh ini adalah cara pemikiran nabi,fikir nabi kepada umatnya sehingga baginda tidak ingin ada di antara umat baginda yang masuk ke dalam neraka.Sirah dan Surah senang diikut tapi bagaimana pula dengan sorirah,fikir nabi kepada umat.Adakah anda juga meluangkan masa untuk berfikir demi umat Islam?

Fikir bukanlah satu perkara yang kecil.Dengan fikir manusia,besi yang dulu tenggela apabila diletakkan di atas air kini terapung dan besi yang sama juga boleh terbang malah mampu memikul beban lain.Inilah hasil fikir manusia.Apabila mausia memikirkan sesuatu,yang fantasi menjadi realiti.

Sekarang umat menderita yang amat.Lelaki dan perempuan berpimpinan tangan di khalayak ramai tanpa segan silu.Bagi mereka inilah cara mereka meluahkan rasa cinta dan menterjemahkannya di khalayak ramai.Tidak kurang pula bagi yang sedikit beriman,tudungnya labuh dan kepalanya berkopiah namun duduk berbincang bersama-sama di satu tempat yang sunyi dengan alasan “FIKIR UMAT!”Umat betul-betul menderita,bagaikan ikan yang dibawa keluar daripada air,hidup segan mati tak mahu!

Rasulullah,pabila baginda ingin tidur,pipi baginda akan basah memikirkan nasib umat baginda.Menangis memikirkan seseorang yang belum lagi wujud di atas muka bumi ini.Menangis memikirkan aq,menangis memikirkan kamu, menangis memikirkan semua orang!

Satu kewajipan,bukan pilihan

Ketahuilah bahawa setiap umat mempunyai cara mengabdikan diri kepada Allah dengan cara yang berbeza-beza dan umat Muhammad ialah dengan berdakwah.Bukankah kita diutuskan untuk menjadi khalifah dan beribadah kepada Allah,bukan berdakwah?Jika anda berfikiran sebegini,nampaknya anda masih belum faham apa itu tujuan dan apa itu cara.

Jikken(eksperimen) hari ini bertujuan untuk memahami teori Bernoulli dengan cara ambil 2 helai kertas,dekatkan dan tiup di antara 2 kertas itu. Contoh lagi,tujuan Akmal berjumpa dengan Ustaz adalah untuk belajar ilmu agama dengan cara bertalaqi kitab.Inilah beza di antara tujuan dan cara.

Kita diutuskan di atas muka bumi dengan 2 tujuan,menjadi khalifah dan menjadi hamba Allah.Dengan cara yang bagaimana?Dengan cara berdakwah! Menyeru manusia menyembah Allah Ta’ala.Jadi,berdakwah ini bukanlah satu perkara yang harus,buat dapat pahala dan tidak buat tidak menjadi satu kesalahan tetapi berdakwah itu wajib,berdasarkan sabda nabi:

Jika kamu melihat kemungkaran,cegahlah ia dengan tangan dan jika kamu tidak mampu,cegahlah dengan lisan dan jika kamu tidak mampu,cegahlah ia dengan hati kamu dan sesungguhnya pencegahan dengan itu(hati) adalah selemah-lemah iman.

Jika dirujuk balik hadis di atas,Rasulullah tidak mengkususkan kamu itu siapa, lelaki atau perempuan,sebaliknya hadis ini ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang melihat kemungkaran di depan matanya maka jika anda melihat ada kemungkaran di hadapan mata anda,wajiblah anda menegurnya atau mencegahnya dengan sedaya upaya yang anda mampu.

“Takpe la,aq cegah ngan hati suda..”monolog aq seorang diri.

Jika anda sama dengan aq,maka sedarilah bahawa kita mempunyai iman yang tersangat lemah.Apa yang dimaksudkan dengan iman yang sangat lemah ini?Maksudnya,di akhirat esok,kita akan dibasuh dahulu di dalam kolam api neraka yang panas menggelegak,barulah kita dapat masuk syurga. Eh,jangan ingat anda dapat masuk syurga dengan begitu sahaja,sebelum anda masuk ke dalam syurga selepas dibakar dalam api neraka,dahi anda akan ada tanda bahawa anda x-ahli neraka.Semua orang syurga dapat mengenal anda, mahukah anda?Jika di JAD pun anda terasa malu apabila nama anda terpapar di dinding kerana kesalahan yang dibuat,bagaimana pula di akhirat nanti? Satu tempat yang tidak bermasa,kekal selama-lamanya.

Umat yang terbaik

Allah telah bersumpah di dalam al-quran bahawa kita yakni umat Islam adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia.Firman Nya di dalam Al-Imran ayat 110:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Betul kita adalah umat yang terbaik tapi kita harus ingat,kita harus tahu bahawa untuk dikenal sebagai umat terbaik,Allah telah metelakkan 3 syarat utama.Yang pertama menyeru manusia ke arah kebaikan.Yang kedua melarang manusia melakukan kemungkaran dan yang terakhir beriman untuk diri sendiri.

Betapa indahnya Al-Quran,ayatnya disusun mengikut logik.Dalam ayat di atas,Allah menerangkan 3 syarat untuk menjadi umat yang terbaik berdasarkan tahap kepayahannya.Yang pertama menyeru manusia ke arah kebaikan.Sekali lagi aq ingin mengingatkan bahawa Allah menggunakan istilah seru atau ajak,bukan ajar atau didik,bermakna,sesiapapun mampu melakukannya,bukan setakat ustaz atau ustazah,tetapi pak mat yang jual cendol pun boleh.

Menyeru manusia ke arah kebaikan adalah perkara senang. Bahkan,dikisahkan bahawa Abu Jahal pernah mengajak nabi duduk berbincang dan mencadangkan supaya dibahagikan hari menyembah tuhan masing-masing.Hari ini sembah tuhan Abu Jahal,esok dia akan sembah Allah. Senang,mengajak orang berpuasa,senang.Kemungkinan besar kita tidak akan terima sedikitpun tentangan daripada orang yang diseru.

Kedua,mencegah atau melarang melakukan maksiat atau kemungkaran.Hal ini cukup susah.Bayangkan kawan karib anda sendiri free hair,macamana anda ingin menegurnya?Kalau ditegur secara direct,nanti terasa hati,lagi la dia lari daripada Islam.Kalau tegur secara halus,nanti mesej tidak sampai. Akhirnya,anda mengambil keputusan untuk berdiam diri.Susah,malah nabi dicemuh,dicaci dan dimaki kerana melarang manusia syirik kepada Allah, nabi melarang manusia menyembah berhala.

Ketiga,beriman untuk diri sendiri.Mungkin ada yang terasa perkara ini senang tetapi berapa ramai di antara kita yang mampu menangis apabila orang di hadapannya berbicara tentang kematian?Berapa ramai di antara kita yang bersyukur apabila diuji dan berapa ramai di antara kita yang bergetar hatinya apabila disebutkan nama Allah?Susah,beriman untuk diri sendiri memang susah melainkan adanya suasana dan apakah yang patut dibuat untuk mendapat suasana itu?

Berdakwahlah,pasti anda akan jumpa suasana itu!Dalam ayat di atas,Allah menggunakan perkataan ‘dan’ yang membawa maksud untuk menjadi umat yang terbaik,WAJIB ke atas kita untuk menyeru manusia ke arah kebaikan, dan WAJIB ke atas kita mencegah kemungkaran dan WAJIB ke atas kita beriman untuk diri sendiri.

Dakwah dan belajar.

“Malas aku keluar berdakwah,baik aku belajar je.Bukanke belajar itu juga dakwah?”Dalih seorang teman.

“Ish,aku nak belajar la..Lain kali la aku berdakwah..”Alasan seorang rakan.

“Aku kena pilih ni,antara belajar dan dakwah…”Hujah seorang kawan.

Persoalannya,adakah belajar dan dakwah itu satu pilihan?

Kenapa,apabila kawan ajak kita berdakwah,kita cakap yang kita takde masa untuk belajar,so kita pilih untuk belajar dan tinggalkan dakwah sedangkan apabila disuruh buat pilihan antara Sunway atau belajar,cepat je kita cakap Sunway.Kenapa bila diberi pilihan antara main bola atau belajar,laju je kita jawab main bola.Tapi kenapa apabila diberi pilihan antara dakwah atau belajar,kita susah sangat untuk pilih berdakwah?

Ketahuilah belajar dan berdakwah itu bukanlah satu pilihan tetapi satu kelebihan.Mana tidaknya,untuk menghasilkan output,kita kena ada input. Untuk berdakwah,kita kena belajar.Rasulullah,walaupun baginda sibuk menyeru manusia menyembah Allah,dalam masa yang sama,Rasulullah juga merupakan murid kepada hazrat Jibrail.Kalaulah belajar dan berdakwah satu pilihan,pasti Rasulullah akan tinggalkan belajar dan pilih untuk berdakwah tetapi Rasul tahu bahawa dakwah dan belajar itu bukanlah satu pilihan tetapi satu kewajipan.

“Takpela,aq berdakwah dengan belajar je la..”

Betul,anda boleh menjadi qudwah hasanat kepada sesiapa yang melihat tetapi cuba tanya kepada diri anda sendiri,adakah dengan belajar,anda telah menyampaikan apa yang Allah dan Rasul Nya cakap.Sabda nabi, “sampaikanlah oleh ku walaupun satu ayat.”Adakah dengan belajar,apa yang disampaikan oleh Rasulullah dapat diterjemahkan di medan dakwah?

Ketahuilah bahawa pemikiran manusia berbeza-beza,maka kita selarikan gerak kerja dakwah supaya tidak menimbulkan fitnah kepada orang luar. Aq bukan mencadangkan semua jemaah Islam bergabung dan tubuh satu jemaah, tetapi cara berdakwah itu harus difahami sebetul-betulnya. Dalam hadis di atas,tegur dengan hati yakni dengan menjadi qudwah hasanat,adalah selemah-lemah iman.

4 thoughts on “Kerja yang telah dilupakan

  1. aku stuju
    dakwah dan belajar bukan satu pilihan
    tapi satu kelebihan
    jgn jadikan berdakwah itu mengganggu blaja kita
    Allah bagi masa,Allah bagi akal
    gunakan akal untuk berfikir macam mana nk guna masa yang Allah bagi
    nak kongsi, seorang rakan penah bgtau
    kalu kite nk tegur org, susah nk tegur direct
    care terbaik, ajar die kenal Allah
    sbb bila die kenal Allah, kompem die akan jalani kehidupan yang dituntut islam
    wallahualan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s