Berbahagialah…Kerana Anda Seorang Wanita

wanita

Betul ke susah jadi wanita?

Sekurang-kurangnya kita sebagai perempuan atau wanita pasti terfikir tentang perkara-perkara yang dinyatakan di bawah. Allah tak adil ke?

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Sebab tu la kot wujudnya golongan Sisters In Islam(SIS) yang kononnya ingin menegakkan hak asasi wanita.

Tapi, pernahkah kita lihat realiti disebaliknya ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang paling selamat dan baik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah dan terdedah pada pandangan mata-mata yang ingin mencurinya di tepi jalan bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, dia perlu atau wajib untuk menggunakan harta tersebut untuk isteri dan anak-anaknya.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat, dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika dia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya di akhirat kelak.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Maksudnya, bagi seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat sahaja, iaitu :sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat kepada suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka dia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita… kan

Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui akan segala ciptaanNya.

Yakinlah, hukum dan peraturan Allah adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan dan hukum buatan manusia.

Maka, berbahagialah wahai wanita-wanita sekalian. Tunaikan dan tegakkanlah kewajipan agamamu, niscaya syurga menantimu di sana kelak.

**********************************************

p/s : Anda ingin menjadi muslimah? Mulakan langkah pertama dengan menghadiri kuliah ini.

Tajuk : Fiqh Wanita – Wanita dan darah

Tempat : Lecture Theatre 1(LT1), Unisel Shah Alam

Tarikh : 30 Mei 2009 (8.30pg – 12.30tghari)

Pengangkutan : Bas disediakan dari TBP

Maklumat tambahan : Program tajaan penuh YPM dgn kerjasama Biro Pembangunan Insan MPP 2009, sarapan pagi dan makan tengahari disediakan.

Jom beramai-ramai menimba ilmu, supaya kita lebih yakin tentang kebersihan diri dan apa yang kita amalkan selama ini. Anda punya sebarang kemusykilan atau soalan yang  ingin ditanyakan kepada penceramah nanti? Emailkan ke xylannet_03@yahoo.com. Supaya penceramah juga dapat bersedia dengan jawapan dan hujah-hujah untuk menjawab keraguan anda. Kalau nak ajak rakan-rakan yang bukan JAD pun xpe, sebab bajet untuk 110 orang.

8 thoughts on “Berbahagialah…Kerana Anda Seorang Wanita

  1. salam..`seindah hiasan adalah wanita solehah`..buat shabt2 wanita di luar,marilah sme2 meninggikan martabat wanita spya tdak mudh dieksploitasi n dipermain-mainkan..ingtla bhwa drimu begitu berharga..jgn mudh terpedaya dgn janji2 manusia bergelar lelaki dan letakkan Allah yg pertama..kuatkan perisai anda..timbalah ilmu dunia n akhirat..

    p/s=wa…bestnye progrm..tapi syg xdpt nk ikut..nanti post la psl progrm tu..hehe..

  2. ok, insyaAllah…nanti kite taklifkan mane2 azzariyat crew untuk bertugas tulis laporan pasal program tu..don’t worry k..:)

  3. waaa miss susi, smangat ye bab ni..pantang kalau dengar wanita dieksploitasi.hehe~

    hakikatnya, wanita tanpa sedar menjadi bahan untuk dieksploitasi, dan tidak sedar diri sedang dieksploitasikan! [erm,faham kan ayat ni?]

    Islam sangat-sangat membela hak wanita..seandainya seorang wanita itu berpegang teguh kepada Islam, insyaAllah tidak ada ruang untuknya dijadikan bahan mainan oleh musuh2 Islam.

    Salah satu cara untuk musuh kita merosakkan Islam adalah dengan merosakkan wanita, itu suatu hakikat yang saya kira masih kurang yang memahaminya. Sedarlah wanita sekalian, anda harta yang sangat berharga…jagalah dirimu sebaiknya…

    wallahualam, maaf terpanjang~🙂

  4. wah..cik farhana..kami sudh biasa dgn ayat pnjg2 cik farhana..teruskan..sharing is caring kan??hehe…

    jom sme2 kter wat progrm tok muslimah lagi..hehe

  5. bez ade program psl wanita…tp sygnyer..xdpt pegi…ade hal di kampung..nnt postkan kt website nih yer ttg prgram wanita tuh…
    ^^v

  6. allow me to quote this

    “4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat, dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika dia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya di akhirat kelak.”

    maaf, saya masih jahil dalam agama. dan sedang berusaha untuk menjadi muslimah sejati. insyaAllah.

    saya cuma terfikir, jika wanita y mati kerana melahirkan anak, tetapi hidupnya dmuka bumi bukan lah seorg y agak baik,
    mksud saya, aurat tidak terjaga dengan sempurna,
    masih huru hara.
    masih kurang pegangan agama.
    masih kurang ajaran Islam.

    adakh dia masih d tempatkan d syurga?

  7. dalam berbicara tentang syurga dan neraka,pahala dan dosa,bukanlah hak manusia.Hatta Rasulullah perlukan wahyu daripada Allah untuk menyatakan sahabat itu syurga atau tidak.
    Ketahuilah bahawa ibu yang mendedah aurat tetapi dia mengandung,akan masuk ke dalam syurga namun perlu diingatkan,sebelum dia masuk ke syurga,pasti dia ke neraka dahulu dek dosa yang dilakukannya.Ketahuilah bahawa berada sesaat di neraka tidak sama berada dalam satu tempoh masa di syurga.
    Seorang yang pernah diperlihatkan keadaan syurga dan neraka mengungkapkan, “andaikata aku terpaksa masuk neraka dahulu untuk aku dapat masuk ke syurga,pasti aku tidak ingin masuk ke dalam syurga.”
    Secara tuntasnya,ibu-ibu masih belum selamat walaupun mati ketika melahirkan anak.Bersama-samalah kita berubah menjadi yang terbaik kerana yang terbaik itu ialah ‘manusia’.
    Wallahua’lam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s