Pokok tanpa buah

tree_thumbAku Aril,mungkin ada di antara korang yang mengenali aku atau mungkin tidak. Tak kisah,itu bukan topik utama yang aku ingin ketengahkan hari ini.Satu hari, aku diberitahu bahawa pada hujung minggu ini,YPM merancang satu kem di Janda Baik. Semua pelajar diwajibkan menyertai kem itu.

“Ish, apsal la ade kem ujung minggu ni.Bosannye,”keluh aku sambil memasukkan baju-baju yang ingin dibawa ke kem.Kem yang bertujuan merapatkan jurang di antara junior dan senior itu merampas kebahagiaan cuti hujung minggu ku.Sebagai seorang pelajar persediaan ke Jepun yang sentiasa sibuk, hujung minggulah waktu yang dinanti-nantikan.Walaupun sekadar baring di atas katil usang namun itu jauh lebih baik daripada melibatkan diri dengan aktiviti semasa kem.

Dipendekkan cerita,kem itu mewajibkan pelajar memberi tazkirah di waktu pagi dan ditakdirkan Allah,kumpulan kami mendapat amanah itu.Sudah menjadi asam garam senpai,perkara-perkara sebegitu akan diberi kepada kouhai.

Pagi itu,kouhai kumpulan aku bangun memberi satu tazkirah yang bertajuk ukhwah.Beliau memulakan perbicaraan dengan sebuah hadis Rasulullah yang berbunyi:

Tidak sempurna iman di antara kamu jika tidak mengasihani sahabatnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Yang membuatkan aku bertambah kagum apabila dia menyuarakan hadis itu dalam bahasa arab.

“Ish,bukan calang-calang orang ni,tinggi ilmunya.Mesti jadi imam lepas ni,”bisik aku.

2 bulan kemudian…

“Halim,lame tak nampak kat surau,”sapa aku.

“Er…Sibuk,sibuk…”Jawab Halim.

Itulah jawapan Halim setiap kali aku menegurnya,lalu tanpa berfikir panjang, aku bertanya kepada kawan-kawannya tentang dirinya.Betul,kawan-kawannya cakap bahawa sememangnya ilmu agamanya tinggi tetapi dia bukan jenis manusia yang beramal dengan ilmunya.

Gula Tanpa Manisnya

Teringat kepada satu pepatah arab yang berbunyi, “ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.”Sama dengan,kereta ferari tanpa minyak,iphone tanpa bateri dan report tanpa kousatsu.Tiada nilai.Manusia yang hanya mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya,tidak dipandang oleh manusia bahkan Allah sendiri.

Ilmunya banyak seperti daun-daun di pokok,namun satu pun tidak dapat memberi maanfaat kepada pokok itu sendiri.Apabila mentafsir pepatah di atas,kita selalu terlepas pandang bahawa pokok tanpa buah bukan sahaja tidak dapat memberi manfaat kepada manusia tetapi kepada pokok itu sendiri.Buah daripada pokok itu,sepatutnya menjadi penyebar benih supaya pokok itu dapat memastikan kemandirian spesisnya.Namun,jika pokok itu tanpa buah?Maka putuslah generasinya.

Diriwayatkan Daripada Muaz bin Jabal dia berkata Rasulullah SAW bersabda. Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah perbuat dengannya.-Riwayat oleh Attabarani dengan isnad yang sohih-

Perhatikan hadis di atas,Allah tidak menekankan berapa banyak ilmu yang kamu ada tetapi apa yang kamu telah perbuat dengannya atau dalam istilah yang lebih mudah difahami,adakah kamu mengamalkannya ataupun tidak. Allah tidak kisah kita hafal buku-buku satu perpustakaan ke,satu dewan ke,tetapi apa yang Allah kisah,adakah kita mengamalkan amanah ilmu yang diberikan oleh Nya.Seorang yang ada ilmu asas tentang solat dan mengamalkannya lagi disukai oleh Allah daripada seorang yang mengetahui pelbagai masalah-masalah dalam solat tetapi tidak mengamalkannya.

Ilmu dan Amal Ilmu

Ilmu dan amal ilmu adalah 2 benda yang cukup berbeza.Semua orang ada ilmu tetapi berapa ramai yang mengamalkannya.Semua orang tahu bahawa berpegangan tangan lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram tetapi berapa ramai yang mengendahkannya.Semua orang tahu lelaki dan perempuan tidak boleh berada di satu tempat yang tertutup walaupun berpakaian ‘islamik’ tetapi berapa ramai yang mengambil berat hal itu?

Dalam al-quran,Allah mengatakan apabila Dia sayangkan hamba Nya,Dia akan berikan hamba Nya itu ‘hikmah’ dan apabila ditafsirkan ke dalam bahasa melayu,hikmah itu bermaksud kefahaman tentang agama untuk mengamalkannya.

“Habis tu,da hikmah tu diberikan kepada hamba yang terpilih,buat ape aku nak berusaha lagi?”Alasan seorang yang fikirannya tidak digunakan sebaik mungkin.

Ana ingin persoalkan 2 perkara kepada orang-orang yang sebegini.Yang pertama,adakah anda tahu bahawa diri anda dipilih atau tidak oleh Allah sehingga anda mampu membuat satu penilaian awal terhadap Allah?Yang kedua,ketahuilah Allah menyediakan 2 jalan kepada anda,jalan bertaqwa dan jalan fahsya dan jalan-jalan ini akan dipermudahkan kepada anda mengikut apa yang anda niat.Jadi,jika Allah tidak pilih anda,sebenarnya salah siapa?

Ilmu itu amanah dari Allah.Ada orang terpaksa merulang-alik berjalan kaki untuk mendapatkan ilmu dan ada orang yang hanya duduk di hadapan komputer dan melayari internet,terus dia dapat ilmu yang dicarinya.Namun, konklusinya,semua orang mampu mendapatkan ilmu walau dengan cara susah mana sekalipun namun seperti awal tadi,ana persoalkan berapa ramai yang mampu mengamalnya?

Suatu hari,diri ini terdengar satu hadis yang bermaksud, “jika kamu melihat kemungkaran,cegahlah dengan tangan…(ila akhir ayat)”Lalu,belum sempat berjalan memasuki lif,diri ini ternampak si Khadir dan si Amirah sedang berjalan berdua-duaan memasuki uti A.

“Maksiat!Kena tegur,nabi suruh tegur!Tapi…Kalo aku tegur,nanti ape kate Khadir kat aku..Nanti Amirah burukkan aku kat blok B..Nanti aku kene cop pemikiran streotaip…Nanti budak2 ni panggil aku kolot..”Hati ini bermonolog,lantas menafikan ilmu yang ada tadi.

Maka,di akhirat esok,diri ini akan dipersoalkan kenapa tidak mengamalkan ilmu yang ada.Nah,tadi sibuk sangat cakap Allah tidak pilih kita untuk diberi ‘hikmah’ tapi apabila Allah beri,adakah kita mampu berjanji dengan Allah untuk mengamalkannya?

Dalam beramal,biasanya kita akan pertimbangkan 2 pandangan iaitu pandangan Allah dan pandangan manusia dan kebiasaannya juga,kita akan berlaku tidak sebelah apabila lebih mementingkan ‘apa kata dia’ daripada ‘apa kata Dia’.Kita mengetepikan pandangan Allah untuk kepentingan peribadi,jadi tidak hairanlah kalau suatu hari nanti Allah akan menarik balik nikmat ilmu yang diberikan kepada kita.

Fitnah Apabila Berilmu

“Weh,kat uti ada kem agama,jom!”Ajak Anep.

“Kem ape?”Tanya Mohsen.

“Kem penyempurnaan solat,”jawab Anep.

“Alah,bende tu aku da blaja masa usrah form 1 lagi la,taknak la,aku nak tidur,” balas Mohsen.

Ha,inilah fitnah kepada orang yang berilmu,merasakan diri ini sudah cukup dengan ilmu yang ada.Golongan yang paling senang terkena dengan fitnah ini ialah para ulama’.Apabila seorang kanak-kanak datang ke depan dan memberi tazkirah,diri yang berilmu ini merasakan diri ini hebat lalu apa yang kanak-kanak itu sampaikan ditolak dan tidak diterima sama sekali tanpa mempertimbangkannya.

Merasakan diri ini sudah cukup dengan ilmu merupakan ujian yang Allah ciptakan bukan untuk manusia biasa sahaja bahkan nabi Musa pun diuji dengan benda yang sama.Sudah menjadi fitrah manusia,apabila dia sudah tentang sesuatu,sesiapa sahaja yang bercakap tentangnya akan dibangkang atau dibantahnya tanpa berfikir.

“Eleh mamat ni,poyo seyyy…Aku pom tau bende ni,”monolog hatinya.

Fitnah yang sudah sebati dengan masyarakat sekarang,tidak beramal dengan ilmu yang dimilikinya.Semua ibu bapa tahu bahawa menutup aurat itu wajib tetapi ramai di antara ibu bapa yang membenarkan anak perempuan mereka membuka tudung.Jika mereka beramal dengan ilmu mereka,pasti tidak akan ada seorang pun anak perempuan islam yang tidak bertudung.

Manusia sekarang berkejar-kejaran mencari ilmu sehingga jika dikumpulkan buku-buku yang dibeli,boleh dibuat perpustakaan awam.Banyaknya ilmu yang dia ada tetapi adakah tengah dia menuntut ilmu itu,dia berfikir bahawa dia mampu mengamalkannya atau tidak.

“Saya da cuba untuk mengamalkannya tetapi xsempat..”keluh Amir.

Kalau dalam keadaan ini,tiada apa-apa dapat dikatakan lagi.Anda telah berusaha,maka Allah yang akan menilai kejayaan anda.Hujung minggu lepas, ana diberi satu task untuk menjual barang-barang palestin dan kami berjaya mengutip sebanyak RM80.Seorang akh berkata, “pada kami,kejayaan kumpulan kami bukanlah berapa banyak yang dapat kami kutip tetapi apa yang kami dapat semasa melakukan task ini.”

Kejayaan atau kegagalan bukanlah dinilai melalui hasilnya tetapi bagaimana prosesnya.

5 thoughts on “Pokok tanpa buah

  1. jom jadi seperti pokok yang berbuah,kereta ferari yang penuh minyak,iphone bateri full dan report dengan kousatsu+kadai skali~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s