Wanita:Bukan nak promote stokin 99sen kat Giant!!!

b_01giantSelesai satu program si Masjid Bandar Sunway, 3 orang sahabat bercadang singgah di Sunway Pyramid kejap. Ade hal penting nak kene buat. Dengan memakai t-shirt labuh muslimah dan menggalas beg yang agak besar, 3 orang sahabat ni masuk ke dalam Sunway dengan yakinnya.
“Eh, kito ni macam pejuang Assobiah jah ni. Baju labuh, galas beg.” Kate Mut sambil ketawa walaupon perkataan pejuang Assobiah tu x penah wujud.
“ Ye ah. Haha. X po kito g kejap jah.” Sampuk Siti.
Maka berjalanlah 3 orang sahabat ni masuk Sunway. Seperti biasa, ada mata yang memandang pelik kepada 3 orang sahabat ni. X kurang juga yang berpaling sekali lagi pabila tengok mereka.


“ Pelik sangat ke pakaian aku ni?” monolog Mut yang sememangnye suka bermonolog.
Seperti biasa, bila ade persoalan yang timbul dalam kepala, Mut akan cube fikir sampai puas hati.
Kroniknya zaman sekarang. Sehingga wanita yang pakai jubah dan tudung labuh dipandang pelik tapi yang pakai macam Britney Spears kat luar sana dipandang biasa-biasa. Ini tak boleh jadi!! Di mana kesedaran sume orang tentang Islam? Adakah mereka tidak beramal dengan al-Quran? Kan Allah dah berfirman dalam surah An-Nisa’:31 yang bermaksud,
“Dan katakanlahkepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya ……………”
Tapi, terlalu sukar untuk kita memuaskan hati sume orang. Terlalu sukar untuk kita buat sume orang sedar tentang perkara ini. Siapalah aku untuk berbicara tentang sume ini.. aku hanya berdoa semoga sume orang di beri hidayah oleh Allah untuk kembali sujud menyembahNya, kembali berpegang pada al-Quran.
Aku tertarik menyentuh isu aurat. Tapi jangan salah faham, tidak bermakna aku adalah orang yang menutup aurat dengan sempurna. Aku juga masih dalam proses membetulkan diri. Kita sama-sama perbaiki diri kita.
Selama 2 tahun lebih berada di JAD, aku memerhatikan apa yang berlaku dari hari ke hari. Semakin ramai yang punya kesedaran tentang Islam. Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah atas hidayah yang tidak putus-putus yang Kau beri kepadaku dan rakan-rakanku, tidak kira melalui apa cara sekalipun.
Aku seronok melihat perubahan rakan-rakan. Alhamdulillah, kebanyakkan mereka sedar untuk menutup aurat dengan baik. Kalu turun dengar kuliah Maghrib di surau Khamis malam, ramai yang pakai T-shirt lengan panjang yang sedikit labuh dipadankan pula dengan seluar yang longgar membuatkan sejuk mata memandang.. tapi………..
Tapi ape?? Ape salahnya jika mereka tutup kaki mereka dengan stokin Giant yang berharga 99sen tu? Bukanlah niat untuk promote stokin Giant, tapi apa yang aku nak sampaikan ialah, KAKI JUGA ADALAH AURAT…
Seringkali aku melihat rakan-rakan yang pergi ke kelas dengan lengkap berbaju kurung. Dilihat dari atas, MasyaAllah…. Cukup sempurna aurat ditutup, tapi sekilas pandangan beralih ke bahagian kaki, seperti ada sedikit gangguan dalam hati.
“ Ruginya, pakaian die perfect tutup aurat, tapi dia x tutup kaki..kalu tak, da sempurna aurat die ditutup.” Hati berbicara.
Persoalannya.. adakah dia tidak tahu bahawa kaki itu aurat? Ataupun dia saje amik mudah pasal aurat?
“ sape2 yang menberatkan auratnya, die boleh lihat wajah Allah ketika di padang Mahsyar nanti,” kata Dzulaikha dalam satu muzakarah.
“ wah… bestnya…,” aku mencelah. Teringat kata-kata Pakcik Roslan ketika daurah suatu ketika dulu. Manusia bila berada dalam syurga , segala nikmat dirasakan cukup. Pastilah nikmat itu adalah nikmat terindah yang kita sendiri tak terbayang keindahannya. Tapi dalam Syurga Firdaus, ahli syurga ini boleh melihat wajah Allah, bila mereka lihat wajah Allah mereka akan terlupa pada nikmat-nikmat indah yang mereka dapat tadi. Subhanallah. Semoga kita menjadi salah seorang ahli Syurga Firdaus.
Berbalik pada kisah tadi,apabila kita memberatkan aurat, kita boleh lihat wajah Allah ketika dipadang Mahsyar. Kita tiada hak nak kate Allah itu berwajah. Tapi cuma ingin berkongsi bahawa ia adalah satu nikmat yang sangat besar, indah dan mengatasi nikmat-nikmat lain.
“ Dzul, ape maksud memberatkan aurat?” aku bertanya ingin tahu.
“ Maksudnya, kita jaga betul2 la. Bukan tutup sekadar tutup.”terang Dzul.
“ Contohnye, kalu pakai tudung biasa tu dah tutup aurat, kita pakai tudung labuh sket sebab kita nak jaga. Mane tahu kalu tudung kene angin ke,terselak. Kalu tudung labuh sket, at least leh cover lagi.” Puteri Gunung Fuji mencelah.
Tidak bermaksud kita ‘wajib’ bertudung labuh. Apa yang nak dipakai itu terpulang pada diri kita sendiri asalkan ia menutup aurat. Tak semestinya pakai tudung Akel bidang 60 baru tutup aurat, Cuma bila kita melabuhkan tudung kita, aurat kita lebih terjaga. Itu saje.
Article ini bukanlah bertujuan membidas sesiapa. Cuma aku ingin kongsi kerana mungkin ada diantara kita yang tidak tahu, tidak sedar atau mungkin terlepas pandang isu aurat ini. Perkara aurat bukanlah satu perkara main-main kerana ia satu KEWAJIPAN kepada insan bergelar wanita. Selain dalam surah An-nisa, Allah ‘ingatkan’ lagi kita dalam surah Al-Ahzab:59 yang bermaksud;
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.”
Apabila WAJIB, kalu kita tak buat, kita akan berdosa dan bila kita berdosa, pastilah azab yang sangat pedih menanti kita ‘disana’ nanti. Nauzubillah.
Jadi, ape tunggu lagi? Apa yang kita nak buat supaya aurat kita terjaga? Pegi Giant beli stokin 99sen? Beli sarung kaki tebal?? Itu terpulang kepada kita. Yang penting aurat kita terjaga. Sama-sama kita beramal.

15 thoughts on “Wanita:Bukan nak promote stokin 99sen kat Giant!!!

  1. Aku tertarik menyentuh isu aurat. Tapi jangan salah faham, tidak bermakna aku adalah orang yang menutup aurat dengan sempurna. Aku juga masih dalam proses membetulkan diri. Kita sama-sama perbaiki diri kita.

    ramai yg memberi alasan xmahu menegur yg lain kerana diri belum sempurna, tp sebenarnya untuk menyempurnakan diri perlulah kita saling tegur-menegur supaya tdk tergolong dlm golongan yg rugi… mari sama2 perbaiki diri…..

  2. baguish2..kalo aq tulis bab ni,nanti oram cakap aku bias lak..hhuuh
    so,pakat2 la g giant bli stokin 99sen..takpun Taqi,sile ambil peranan anda..hahah

  3. terkenang diri saat mula2 menutup kaki dengan berstoking dulu..memang stoking kat giant tu laa yag dibeli sokmo. comel pun comel, murah gak tu..
    masih harga 99 sen ek? xnaik2 eh?hehe

    alhamdulillah, diberikan kesedaran oleh Allah untuk menjaga aurat dgn lebih sempurna..=))

  4. mcm mne kalo pkai socks yg sme kaler ngn kulit?
    or pkai t-shirt wif stongan(atau hand socks)??
    adakah msih mendedahkan aurat?

  5. ana bukan org yang faqih dlm bab ni,tp ini pandangan pribadi.Kta lihat kembali apakah tujuan tutup aurat itu.Kita tutup aurat supaya dapat menutup kulit,warna,bentuk tubuh badan kita dan jika pakaian itu tidak memenuhi syarat2 ini, maka hukumnya sama dengan tidak menutup aurat.Jadi,pada pendapat pribadi ana,pemakaian pakaian yang sama warna dengan tubuh badan tidak dibenarkan.

  6. alhamdulillah semakin lama berada di bumi JAD ini kita sering kali diperingati dengan rakan2 yg menyeru kearah kebaikan..teringat waktu zaman sekolah dulu saya sering beranggapan cukup klu tutup aurat klu sekadar pki tudung n baju lengan panjang..tidak memahami erti sebenar dlm menutup aurat..tapi stlh berdampingan dgn rakan2 yg sentiasa menyeru ke arah kebaikan terdetik di hati utk menjlnkn perintah Allah sebaik mgkin..slh satunya dgn menutup aurat dgn erti kata sebenar..tapi sbgi seorg yg sdg berusaha memperbaharui diri kita sbnarnya memerlukan bimbingan n sokongan drpd rakan2..rse geram juga bila de rakan yg selalu pndang serong bila pki tdung lbuh skit or bju labuh sikit..mulalah dipanggilnya ustazah or mak haji…wlupn sbnrnya niat di hati rakan tersbut hanyalah sekadar gurauan tapi dgn ‘gurauan’ akn membuatkn seseorg yg sdg memperbaharui dirinya akn terbantut..bukan menuding jari menyalahkn sesiapa sekadar renungan kita bersama agar kita tdk memandang remeh dgn usaha ke arah kebaikan seseorg..agar kita sentiasa menyokong mereka yg ingin berubah..

    kpd yg sdg melakukan transformasi diri kearah kebaikan..jgnlah ambil pusing dgn kata2 rakan anda yg menjadikan perubahan anda sebagai gurauan..lakukannya demi Allah..semoga Allah terus memberi hidayah kpd kita n rakan2 kita…

  7. erm..isu ni mmg patut diketengahkan dan sebenarnye dah lame dibincangkan..

    sy stuju sgt ngn ayat di atas..di mana manusia sekarang ni mmg pelik..wanita yg berpakain menutup aurat (jubah/tshirt labuh etc) dipandang pelik kalau kelihatan berkeliaran di cafe,restoran,shopping complex..tapi wanita yg berpakaian separuh telanjang dilihat sekali pandang (tk pelik) oleh kebanyakkan mnusia skang nih..

    sbb seorang rakan pernah kena dulu..malam2 pegi ke cafe di matrikulasi utk beli mknn,and time tu br balik masjid (solat isya’)..tetibe..kat cafe rase macam ramai sgt yg memandang sbb time tu pkai jubah..maybe derang rase pelik sgt tengok org pkai jubah ke cafe..sedangkan ramai yg lain memakai baby-T atau shorts atau skirt pendek..tapi tak dianggap pelik..

    moga2 Allah buka hati kita sume esp wanita utk snts istiqamah tutup aurat🙂

  8. surah An-Nisa’;31:
    “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya ……………”

  9. hm, sebenarnya pandangan pelik org terhadap kita juga adalah sebahagian daripada tarbiyah Allah untuk kita dalam mendidik rasa izzah terhadap islam yg kita anuti…Sejauh mana kita bangga dengan imej seorang muslimah…

    “Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan berakhir dalam keadaan dagang”

  10. ble tgk owg pkai tdg labuh n ttp aurat ngan smpurna ni rs cm diowg baek ngat..n kdg2 tmbul gak rs nk jd cm diowg huhu..kn besh klau owg tgk kta je pn da mngingatkn mreka pd Allah…
    insyaAllah..moga Allah bg kta semua hdyah dan kekuatn ntuk brubah ke arah y lbh baek =)

  11. biar serong cmne pon org pndg kite dan menyindir apbl cube kite cari pakaian terbaik utk tutup aurat ngan sempurna,keep in mind ‘Dia’ tgh bangga dgn kite menegakkan imej islam dikala imej islam diperlekehkan.insyaAllah”look up to the sky,you’ll see things tht cn mk u smile”

  12. bersyukur jap terjumpe web ni… gile ar, sy sgt speechless.. truskan web ni… semoga web ni sentiasa terpelihara n sentiasa d update..

    ade sedikit cadangan kat owner page or sape2 yg buat article… since one of the article ade tulis psl pmulaan agama itu adalah mengenal allah.. kalo bley perbanyakkan article2 psl tu.. bley ke?? kalo da byk bagus la.. br je jmpe page ni hari ni.. haha.. tp alhamdulillah ar tjumpe gak…

    keep up the good works guys!! semoga allah merahmati kalian selalu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s